Keterampilan setiap individu pasti akan menyerlah apabila keyakinan diri disulam dengan aura positif. Setiap individu memiliki kelebihan masing-masing dan keunikan yang menjadikan mereka berbeza antara satu sama lain.
Seperti anak Malaysia ini, Mogan Murugan yang telah memenangi gelaran naib juara bagi kategori lelaki pertandingan Best Top Model of The Universe yang diadakan secara digital dan disertai oleh peserta serata dunia.
Pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh sebuah agensi peragaan dari Milan telah menetapkan para peserta melakukan tugasan sendiri dengan mengambil gambar mereka dalam konsep yang telah diberikan.
Kreatif dalam melaksanakan tugasan, ternyata tuah menyebelahi dirinya.
Ads
“Saya amat berterima kasih dan berasa diberkati untuk orang yang istimewa, unik, menakjubkan dalam hidup saya yang menyokong saya, menaikkan semangat saya dan membawa kegembiraan kepada jiwa saya.
“Sekali lagi terima kasih banyak kepada semua atas sokongan dan kasih sayang anda yang sentiasa diberikan,” tulis jejaka berambut keriting ini dalam satu hantaran Instagramnya sejurus diumumkan sebagai naib juara.
Tempat pertama pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Mvozakhe Mehlomakulu dari Afrika Selatan. Selain Mogan, seorang lagi peserta dari Malaysia, Hairul Hellas berada di kedudukan kelima. Seramai 450 orang telah menyertai pertandingan yang diadakan oleh Agensi Model Yarelys itu.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pagi tadi, buat kali pertamanya Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di hadapan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya selepas 13 hari memegang tampuk pemerintahan negara.
Selain bercakap tentang integriti, negara yang sudah tidak dihormati seperti sebelum ini, Tun Mahathir turut menyentuh tentang hutang negara yang sudah mencecah 1 trillion. Memang terkejutkan! 1 trillion bersamaan 1000 juta.
Ternyata cakap-cakap orang bahawa semasa pentadbiran Datuk Seri Najib yang boros (kebanyakkannya memasang janji kepada rakyat selain ditadbir oleh orang tidak amanah), jumlah hutang ini pastinya sangat mengejutkan. Jika begini jumlahnya berapa keturunan dapat habiskannya dan apa nasib anak cucu pada masa depan?
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tugas pentadbiran sekarang adalah memulihkan negara dan menjadikan Malaysia dihormati semula serta dipandang tinggi di seluruh dunia.
Katanya ia merupakan satu perjuangan agar negara dapat kembali ditadbir dengan baik dan berjaya dalam pembangunan serta dikenali sebagai negara yang mampu mendirikan diri sendiri atas usaha sendiri.
“Kita harus sedar bahawa sekarang negara kita tidak dihormati seperti dahulu. Saya amat kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam Komanwel kerana dapat menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan program serta perancangan dengan jayanya, tetapi hari ini kita dapati negara ini tidak lagi dihormati dan pentadbir tidak lagi dipandang tinggi,” katanya.
Tun M berucap di hadapan warga kerja JPM di Putrajaya pagi tadi
Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan warga JPM akan pemisahan kuasa dalam sistem demokrasi iaitu pemerintah (Eksekutif), perundangan (Legislatif) dan Kehakiman bagi mewujudkan ‘check and balance’ (semak dan imbang) untuk negara kembali dihormati.
“Permisahan ini sangat penting, kalau tiada ‘check and balance’ seperti ini maka tetap akan berlaku sesuatu tidak baik, yang tidak dapat ditegur, tidak dapat dihalang dan ditentang. Ini kita harus ingat. Pentadbir menjadi tangan yang terkuat dalam melaksanakan segala urusan untuk membangunkan negara.
“Pentadbir mestilah terdiri daripada pentadbir yang baik dan tidak terpesong kerana sebab-sebab lain. Ini amat penting sekali dan saya yakin, anda (pentadbir) semua tahu kita sebagai pentadbir mestilah akur kepada sistem pemerintahan negara kita iaitu sistem demokrasi,” tegas perdana menteri.
Katanya jika pemisahan kuasa itu tidak wujud, maka satu pihak akan menguasai ketiga-tiga cabang tersebut dan pihak berkenaan tidak lagi ditegur atau ditentang serta boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Atas sebab itulah kata beliau negara mesti mempunyai tiga cabang terbabit khususnya pentadbiran yang memainkan peranan penting dan golongan pentadbir pula mesti terdiri daripada anggota yang berpegang pada ikrar untuk berkhidmat kepada negara tanpa dipesong oleh lain-lain perkara.
“Contohnya, kalau kita suruh dilakukan sesuatu bertentangan undang-undang negara, maka menjadi tanggungjawab pentadbir negara untuk tidak menerima sesuatu yang salah dan disuruh melakukannya. Kita lihat dalam beberapa tahun lepas ini, pentadbir tidak mempunyai kuasa untuk menegur dan menentang apabila disuruh melakukan (sesuatu) yang bertentangan dengan undang-undang negara,” katanya.
Di bawah pentadbiran DS Najib, hutang negara meningkat 1 trillion berbanding semasa Tun M memerintah hanya 300 bilion. Meningkat lebih tiga kali ganda
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau mendapati ramai anggota pentadbir melakukan perbuatan yang tidak baik dan merugikan negara, mungkin kerana takut atau disogok untuk berbuat demikian.
“Kita dapati kewangan negara sudah dicabul dengan begitu besar sehingga sekarang kita hadapi masalah penyelesaian hutang yang sudah meningkat kepada trilion ringgit. Ini tidak pernah dilakukan oleh kita. Dahulu, kalau kita ada hutang jumlahnya tidak melebihi RM300 bilion tetapi sekarang sudah meningkat lebih RM1 trilion.
“Bagaimanakah kita mahu selesaikan hutang ini. Bergantung pada usaha dan daya fikir kita untuk mengatasi cabaran ini. Untuk ini, kita perlu kerjasama antara pihak kerajaan dan wakil-wakil rakyat yang dipilih dan pentadbiran,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia mampu menghadapi pelbagai cabaran dengan berpegang pada prinsip yang diletakkan di bawah sistem pentadbiran berdemokrasi.
“Hanya dengan cara itu kita dapat bersihkan pentadbiran negara kita dan apabila ia menjadi lebih bersih, dikenali, maju dan efisien maka pada ketika itu akan terpulih negara kita. Saya berharap dapat kerjasama tidak berbelah bagi selaku perdana menteri, asalkan apa yang dilakukan oleh saya tidak bertentangan dengan dasar-dasar dan undang-undang negara,” katanya.
Beliau berkata pentadbir perlu menghormati perlembagaan negara yang selama ini menjadi asas dalam penyusunan pentadbiran negara yang mengutamakan undang-undang.
Katanya undang-undang diwujudkan bukan memberi kuasa kepada kerajaan semata-mata sebaliknya turut berperanan melindungi rakyat daripada sebarang jenayah yang mungkin dilakukan oleh kerajaan.
“Inilah yang kita idamkan dan kita percaya (dengan) kerjasama para pentadbir kita akan mencapai matlamat kita. Saya berharap dengan pertukaran kerajaan, kita dapat membaiki banyak masalah yang dihadapi negara terutama masalah kewangan, dapat diatasi.
“Untuk itu, kita perlukan pentadbir yang cekap, efisien, beramanah dan boleh dipercayai. Itu sahaja harapan saya. Saya ucap berbanyak terima kasih kerana mendapat peluang menjelaskan sedikit-sebanyak pendirian kerajaan baharu yang kita pilih,” katanya.- Bernama
Bukan hanya menakut-nakutkan, perkara ini betul-betul berlaku dan akan dilaksanakan di negara jiran kita, Singapura mulai 8 Disember depan.
Seperti yang kita tahu pengambilan vaksin merupakan satu cara untuk mengurangkan kebolehjangkitan virus tersebut sesama manusia. Dan terbukti ianya berkesan setelah kita melihat kes baru kian menurun setiap hari di Malaysia. Namun usaha untuk mengembalikan taraf kehidupan yang baik tergendala dek segelintir kelompok yang dilihat bersikap antivaksin.
Sumber: Berita Mediacorp
Memandang serius perkara ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Isnin lepas mengumumkan bahawa majoriti golongan tersebut kini memerlukan rawatan intensif yang turut memberi tekanan besar kepada sistem penjagaan kesihatan setelah lonjakan luar biasa kes jangkitan sejak beberapa minggu lalu.
Justeru itu, pesakit COVID-19 yang tolak divaksin atas pilihan sendiri perlu menanggung kos perubatan apabila dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan.
Menurut laporan Mediacorp, pemerintah menanggung bil perubatan sepenuhnya kepada semua penduduk Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka masa panjang serta individu yang disahkan positif sejurus pulang dari luar negara.
MOH memaklumkan undang-undang baharu itu akan dilaksanakan kepada semua pesakit COVID-19 yang layak menerima vaksin, namun memilih untuk tidak divaksinkan.
“Dalam masa sekarang, individu yang belum menerima suntikan vaksin adalah majoriti yang ditahan di unit rawatan rapi dan secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan sumber penjagaan kesihatan negara,” katanya.
Difahamkan, bil perubatan bagi individu yang sudah divaksin satu dos akan ditanggung oleh pemerintah sehingga 31 Disember bagi memberikan mereka masa untuk menerima vaksinasi lengkap, menurut MOH.
Pesakit COVID-19 yang tidak divaksin atas pilihan mereka sendiri masih boleh memanfaatkan aturan pembiayaan jagaan kesihatan biasa untuk membayar bil perubatan mereka jika boleh.
Hal ini juga, tidak mustahil akan dilaksanakan di Malaysia juga di masa akan datang.
Hish.. boleh jadi penat gini kalau hari-hari attack.
Nampaknya Jabatan Netizen Malaysia, a.k.a jentera bawang Malaysia bekerja keras lagi sejak semalam untuk menyerang sebuah stesen television tv di Taiwan.
Ini semua gara-gara stesen television TVBS Taiwan itu menayang sebuah rancangan tv dengan mengatakan Malaysia sepatutnya sebuah negara panas tak tapi mampu mengawal COVID-19, menyindir orang Malaysia yang tak pakai mask, sindir soal pekerjaan PKP menyebabkan ramai hilang pekerjaan, ramai sudah/akan mati akibat kebuluran sebelum PKP berakhir.
Sebab ramai orang susah di Malaysia dan membandingkan dengan negara seperti US yang kononnya masih ok sebab mereka ada elaun kebajikan. Dan yang tak boleh blah hos dan jemputan membahan lelaki dan ketua keluarga di Malaysia tak pandai beli sayur katanya. Korang rasa, acaner.
Kalau sebelum ini mereka berperang dengan artis Malaysia soal isu bantuan prihatin, bergaduh dengan imam palsu tajwidi sampai masuk hospital nampaknya kali ini mereka mempertahankan negara yang tercinta tanpa mengira bangsa di mana dapat dilihat semua kaum Bersatu padu membantai kembali stesen tv ini hingga komen mencecah 61 K dan disyer lebih 7.3K (salute dan korang memang superb. Ya demi negara kita semua, MALAYSIA).
REMAJA confirm sangat, ayat YOUR MUM IS GREEN (MAK KAU HIJAU) akan disertakan sekali dia ia merupakan senjata rahsia jabatan netizen Malaysia, hikz.
Pengacara rancangan TV di Taiwan telah membuat komen-komen biadap terhadap Malaysia. Dan memang mendapatlah balasan dari jentera bawang MalaysiaKaum lelaki turut dikutuk sebab tak pandai beli barang. Adus memang pedas part nie..
Bacalah perkongsian dari fb Khairul Azri yang memaklumkan isu ini untuk kita semua tahu bahawa kita harus mempertahankan dan sayangkan negara kita iaitu MALAYSIA.
Petang tadi den ada dapat info bahawa terdapat sebuah lagi rancangan TV di Taiwan telah membuat komen-komen biadap terhadap Malaysia.
Di antara komen yang menghiris hati adalah,
– Kononnya Malaysia patut malu sebagai sebuah negara bercuaca panas tapi tidak mampu mengawal Covid-19.
– Menyindir orang Malaysia tidak memakai ‘mask’ kerana mengikut cara British menangani wabak sebab Malaysia kan sebuah negara bekas jajahan British.
– PKP menyebabkan ramai hilang pekerjaan, ramai sudah/akan mati akibat kebuluran sebelum PKP berakhir. Sebab ramai orang susah di Malaysia dan membandingkan dengan negara seperti US yang kononnya masih ok sebab mereka ada elaun kebajikan.
Oleh sebab video tersebut panjang sangat, dan den busy harini tak ada masa nak verify.
Ada kawan-kawan yang dah tonton video tersebut dan boleh sahkan?
Kalau benar, mungkin kena hantar bala tentera bawang dah ni.
Di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
UPDATE: Serangan nampaknya sudah bertali arus, 18K komen. Kasi up 180K please.
Gambar: Hos dan Jemputan membahan lelaki dan ketua keluarga di Malaysia tak pandai beli sayur katanya. -.-‘ #Khairul_Azri
Bacalah bagaimana netizen mempertahankan negara. Salute semua! Ini baru sebahagian, beribu lagi komen ada. Tak kira bangsa. Sama-sama mempertahankannya. Yeay, we are Malaysian!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!