Bayangkan bangun setiap hari dan rasa ada sesuatu yang ‘lain’ tentang diri sendiri. Itulah yang dialami oleh seorang remaja perempuan dari Kecamatan Tempuran, Indonesia.
Dilahirkan sebagai perempuan, tapi mengalami perubahan fizikal menyerupai lelaki ketika berusia 16 tahun kerana menghidap penyakit jarang berlaku dikenali sebagai DSD (Disorders of Sex Development).
Apa Itu DSD? DSD atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Gangguan Perkembangan Seksual, adalah keadaan kesihatan di mana seseorang dilahirkan dengan struktur kromosom, hormon, atau alat kelamin yang tidak sepadan dengan jantina tipikal lelaki atau perempuan.
Dalam erti mudah : tubuh dan jantina biologi tidak berkembang seperti biasa. Kebarangkalian untuk seorang kanak-kanak dilahirkan dengan masalah DSD adalah kira-kira satu dalam 1,000 hingga 4,500 kelahiran hidup.
Lapor Detik Jabar, kehidupan remaja berusia 16 tahun itu cukup menyedihkan apabila mengalami banyak perubahan fizikal sejak usia mencecah 12 tahun.
Daripada susuk budak perempuan bertudung semasa zaman sekolah rendah tapi sekarang tak ubah seperti remaja lelaki yang lasak buat kerja kampung.
Ads
Selepas keadaan fizikalnya berubah mendadak dan tak seperti perempuan lagi, budak itu kemudian menjadi bingung apabila terpaksa menukar jantina kepada lelaki.
Mana tidaknya, meski mempunyai sistem pencernaan wanita, namun hasil imbasan USG mendapati Raras mempunyai alat kelamin lelaki tetapi kedudukannya lebih ke dalam.
Boleh dikatakan Raras mempunyai bahagian intim lelaki dan perempuanlah. Cuma yang berfungsi untuk buang air kecil dan pundi kencing masih guna alat sulit perempuan.
“Sekarang ini, untuk kencing masih guna yang perempuan tetapi saya kena buat pembedahan lain supaya alat kelamin lelaki boleh berfungsi,” katanya.
Ads
“Saya Tak Pilih Untuk Jadi Lelaki. Tapi Ini Realiti Tubuh Saya”
Menurutnya, keputusan untuk tampil sebagai lelaki bukan sesuatu yang dibuat secara mudah. Ia memerlukan keberanian, sesi kaunseling, panduan dari pakar, dan paling penting penerimaan daripada keluarga. “Saya hanya mahu hidup dalam tubuh yang selesa, tanpa tipu diri sendiri,” katanya.
Raras yang kini sudah bertukar nama menjadi Ahmad Prasetio juga berharap kerajaan dapat membantu dari segi kewangan dan sokongan untuk proses tukar identiti.
“Saya harap ada pihak yang boleh tolong untuk pengurusan dokumen sebab identiti kena tukar. Saya juga perlu mendapatkan rawatan intensif untuk proses pemulihan nanti,” luahnya.
Punca Utama Penyakit DSD:
1. Kecelaruan Kromosom (Chromosomal Disorders)
Biasanya berlaku secara semula jadi semasa pembentukan embrio. Kromosom yang tidak normal ini akan mempengaruhi perkembangan alat kelamin, hormon, dan ciri-ciri seksual.
Ads
2. Masalah Hormon Semasa Dalam Kandungan
Ketika janin terbentuk dalam rahim, tubuh akan menghasilkan hormon jantina seperti testosteron (lelaki) atau estrogen (perempuan).
Jika badan tidak dapat menghasilkan atau memberikan tindak balas yang normal terhadap hormon ini, maka perkembangan seksual jadi tidak seimbang.
3. Kecacatan Pada Enzim Atau Kelenjar
Ada kes di mana tubuh tidak dapat menghasilkan hormon tertentu kerana kekurangan enzim atau masalah kelenjar adrenal/gonad.
Ini akan ganggu proses normal pembentukan ciri seksual.
4. Faktor Genetik Warisan
Walaupun jarang, ada kes DSD yang diwarisi dari genetik keluarga. Contohnya, bila ada mutasi dalam gen yang bertanggungjawab terhadap perkembangan jantina.
Moga masalah Raras atau kini dipanggil Ahmad atau remaja di luar sana yang ada penyakit DSD ini dapat diselesaikan dengan baik dengan bantuan pihak prihatin selain dapat menjalani terapi pemulihan.
Semalam viral di media sosial mengenai tindakan seorang ibu yang didakwa kononnya mahu terjun dari sebuah jambatan bersama dua orangnya yang kelihatan sudah dibukakan baju.
Dalam video berkenaan, wanita ini sedang dipujuk oleh seorang wanita lain manakala anak kecilnya dipegang oleh seorang pengguna jalan raya yang mungkin bersimpati dengan tragedi ini. Seorang lagi anak wanita ini dilihat berada dalam kereta dan anggota polis sedang mengawal keadaan dari atas jambatan tersebut di saat orang ramai bertindak menyiarkan rakaman video berkenaan.
Di sebalik timbul kisah kononnya dia mahu terjun bersama dua anaknya, kata wanita ini, dia sebenarnya tiada niat pun untuk terjun kerana tahu dua anaknya masih kecil. Cuma dia akui fikirannya buntu dan berharap suaminya datang ke situ.
Mungkin dalam suasana kelam kabut itu, di mana orang ramai berfikiran dia mahu bersama-sama terjun ke bawah bersama dua orangnya, ternyata tindakan pantas orang ramai berjaya menggagalkan tindakannya. Kejadian ini berlaku di Jambatan Peserai, Batu Pahat, semalam.
Pada kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, wanita itu yang juga pembantu makmal dipercayai bertindak sedemikian kerana tekanan perasaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, sebelum kejadian, wanita itu dikatakan memberhentikan kereta yang dipandunya di laluan motosikal serta menyebabkan kesesakan lalu lintas di atas jambatan berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengakui ada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan mendakwa hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ.
“Sehubungan itu, mangsa dinasihati untuk pulang bersama keluarganya terlebih dahulu kerana keadaannya yang masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapannya,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan menyatakan bahawa dia mengalami tekanan perasaan disebabkan gagal menghubungi suaminya sejak kelmarin dan suaminya bertindak menutup telefon bimbit
“Mangsa juga mengalami tekanan perasaan kerana dimarahi oleh pengetua sekolah melalui telefon ketika mahu menyambung cuti selama sehari dan pengetua berkenaan memarahi suspek dengan perkataan yang kurang sopan,” katanya.
Menurut Abdul Wahib, suspek mendakwa pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah di Batu Pahat, kerana kampung wanita berkenaan dan suaminya di Batu Pahat tetapi permohonan pertukaran berkenaan tidak disokong oleh pengetua.
“Mangsa dan suami juga dipercayai mengalami masalah kewangan kerana suaminya sudah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan yang lalu. Suaminya juga mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh daripada bangunan ketika bekerja dan kini tuntutan SOCSO suaminya belum diperolehi.
“Masalah kewangan yang dialami menyebabkan wanita itu dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama dua bulan sebanyak RM 1,000,” katanya.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai laporan berhubung kejadian yang tular di media sosial.
Siapa yang tengok persembahan pembukaan FIFA WORLD CUP QATAR semalam?
Kalau ada yang mengikuti perkembangan FIFA WORLD CUP IN QATAR 2022, mesti korang perasan dengan alunan ayat kitab suci Al-Quran berkumandang dalam acara kelolaan FIFA buat pertama kali dalam sejarah. Malah, ia turut menjadi topik perbualan dunia.
Difahamkan, segalanya bermula apabila pelakon terkenal Hollywood Morgan Freeman bersama ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah, berkongsi pentas bercakap mengenai kemanusiaan dan penyatuan.
Terselit Mesej Keamanan
Pada permulaan pembukaan, Freeman menyampaikan mesejnya mengenai keamanan.
“Apa yang menyatukan kita lebih besar daripada apa yang memisahkan kita. Kita adalah satu suku besar dan Bumi adalah khemah kita. Bersama-sama kita menyeru agar semua orang bersatu.
“Ini adalah panggilan kepada seluruh dunia. Bola sepak menyatukan rakyat dan negara. Terdapat satu benang harapan dan rasa hormat.
“Bola sepak meluaskan dunia, ia menyatukan negara dalam kecintaan mereka terhadap permainan bola sepak ini. Apa yang menyatukan negara, ia menyatukan masyarakat. Kita semua mempunyai sejarah bola sepak, begitu juga dengan Qatar,” katanya.
Kemudiannya, Muftah memulakan bacaan Surah Al Hujurat ayat 13 di atas pentas semasa acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 itu.
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” Surah Al Hujurat ayat 13
Perkara tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya daripada golongan orang Arab dan Muslim di media sosial, di mana rata-rata mereka menyatakan rasa bangga dengan upacara yang memberi pengaruh besar serta cara Qatar dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat sedunia.
Is this the sort of thing from the opening ceremony that the BBC didn’t want people to see? Beautiful quotes from the Qur’an?#Qatar2022pic.twitter.com/nAY300r2Un
Difahamkan, Muftah dilahirkan dengan penyakit yang jarang ditemui, di mana ia menjejaskan tulang belakang bawahnya yang dipanggil sebagai Sindrom Regresi Caudal. Segmen mereka berakhir dengan Freeman menghulurkan tangan untuk memegang tangan Ghanim Al Muftah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini pasti korang merasai perubahan cuaca yang semakin panas. Bukan hanya di siang hari, pada waktu malam juga turut terasa bahangnya sehingga menganggu tidur dek kerana kepanasan.
Ha, perhatian buat semua, musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara termasuk di Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand kini sudah bermula. Musim ini merupakan permulaan Monsun Daya dan berkemungkinan akan berlanjutan hingga Oktober 2022.
Menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun. Fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD) dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.
ASMC juga memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.
Oleh yang demikian, rantau ini diminta untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan. Namun begitu, dijangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seteruk seperti tahun 2015 dan 2019.
Masyarakat dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya strok haba. Strok haba boleh berlaku jika korang mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Sekiranya korang mengalami gejala keletihan haba, pastikan korang mencegahnya daripada menjadi strok haba.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!