Hasrat peserta Big Stage X Rocketfuel, Rieffa untuk meneruskan perjuangan dalam pertandingan nyanyian itu tidak kesampaian apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang berlangsung malam ini.

Lebih menyentuh hati, Rieffa atau nama sebenarnya Muhamad Alif Abdullah, 18, dilihat gagal menahan sebak sejurus namanya diumumkan sebelum mengucapkan kata-kata maaf kepada ibu dan seluruh ahli keluarganya.

Sebak Hingga Hampir Rebah, Rieffa Tersingkir Dari Big Stage X Rocketfuel -“Mama, Saya Minta Maaf…”

Mohon Maaf Kepada Ibu & Keluarga

Dalam keadaan penuh emosi, anak kepada pempengaruh Ayu Kepoh itu mengucapkan penghargaan kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang penyertaannya dalam program tersebut.

“Kepada semua yang menyokong saya, terima kasih sebab bersama saya selama empat minggu.

“Pada mama, saya minta maaf tak dapat banggakan mama.

Ads

“Kepada keluarga saya, saya minta maaf. Saya tak boleh,” katanya usai pengumuman penyingkiran.

Sebak Hingga Hampir Rebah, Rieffa Tersingkir Dari Big Stage X Rocketfuel -“Mama, Saya Minta Maaf…”

Hampir Rebah, Rakan Peserta Tampil Beri Semangat

Suasana di dewan bertukar hiba apabila Rieffa dilihat menangis dan sukar mengawal emosinya sehingga hampir rebah di atas pentas.

Melihat keadaan itu, rakan-rakan peserta bersama hos program, Nabil Ahmad, segera menghampirinya untuk memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

Ads

Malah, seluruh penonton yang berada di dewan turut melaungkan nama Rieffa sebagai tanda sokongan buat penyanyi muda itu.

Sebak Hingga Hampir Rebah, Rieffa Tersingkir Dari Big Stage X Rocketfuel -“Mama, Saya Minta Maaf…”

Ranisha Kekal Unggul Minggu Keempat

Pada konsert bertemakan ‘Love Tune’, Ranisha berjaya menduduki tangga teratas menerusi persembahan lagu Nak Dara Rindu nyanyian Dayang Nurfaizah dengan markah tertinggi sebanyak 74.67 peratus.

Ads

Danny pula berada di kedudukan kedua, manakala Adam Nazmie melengkapkan kelompok tiga terbaik pada minggu ini.

Sebak Hingga Hampir Rebah, Rieffa Tersingkir Dari Big Stage X Rocketfuel -“Mama, Saya Minta Maaf…”

Dalam pada itu, Hussain sekali lagi dinobatkan sebagai penerima anugerah Rocketstar of The Weekselepas berjaya meraih undian dalam talian tertinggi untuk minggu ketiga berturut-turut.

Untuk rekod, Big Stage X Rocketfuel dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, manakala barisan juri tetap terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads