Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Itulah yang sedang dirasai oleh sebuah akaun Instagram dikenali sebagai @jab_netizen yang telah melontarkan kata-kata berbaur cacian dan face shaming terhadap salah seorang peserta program realiti All StasGegar Vaganza, Liza Hanim.
Sewaktu diumumkan sebagai peserta kejutan yang diundi masuk oleh para peminat, pemilik nama penuh Haliza Hanim Binti Abdul Halim ini telahpun menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi; bukan hanya di auditorium MBSA tetapi juga di platform media sosial.
Ramai mengakui bakat serta tata persembahan Liza Hanim setiap kali menaiki pentas tidak boleh disangkal sama sekali. Biarpun bergelar sebagai peserta Hot Seat yang dipilih masuk hasil undian peminat, Liza Hanim tetap dijangka akan memberikan saingan sengit terhadap 10 orang juara terdahulu program Gegar Vaganza.
Bagaimanapun, tidak kurang juga kata-kata kurang enak dilempiaskan terhadap Liza; bukan disebabkan kualiti persembahannya tetapi disebabkan rupa parasnya yang dimiliki.
Haih, sudah tahun 2023 pun ada lagi yang isu-isu face shaming melampau! Salah satu akaun media sosial yang menyentuh perihal sensitif itu ialah @jab_netizen.
“Liza Hanim sangat berbakat, bersuara sedap dan mantap. Tapi kekurangannya adalah tak berupa cantik dari segi hidup sedikit kembang serta kulit wajah ada lubang-lubang sejak zaman anak dara. Jadi faktor tersebut buatkan beliau sedikit terbelakang zaman itu,” catatnya.
Liza pantas menyedari komen tersebut yang menjengah di ruangan komen dan mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan kecewa terhadap standard yang diletakkan oleh segelintir masyarakat di Malaysia terhadap golongan penghibur.
Liza (kiri) bersama rakan karibnya, Noryn Aziz di program All Together Now bersama Ernie Zakri dan Syamel (belakang)
“Bukan sentap, tetapi saya perlu mengetengahkannya.
Ads
“Tergamak nak bagi komen macam ini, berkali-kali pula itu, kenapa? Motif? Kekadang bahasa kata itu lagi penting dari rupa paras tau. Akak tak goyang dengan cacian, kutukan (atau) kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.
“Kekadang akak tertanya juga rupa orang yang tulis ini, macam manalah agaknya??” soal Liza sebelum menyambung, “Hantaran ini (adalah) untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit. Terus kental dan lakukan apa sahaja yang membuatkan kita gembira dengan diri sendiri serta keluarga.
“Teruskanlah bersyukur kepada Allah SWR atas segala kurnianya,” simpulnya.
Tampil mempertahankan rakan seperjuangannya sejak era 90-an, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang jarang-jarang sekali menunjukkan amarah di media sosial tidak berselindung di sebalik kiasan pada hantaran Liza.
Ads
“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentu soal fizikal sebab semua orang tidak sempurna. Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya,” catat Siti.
Ya, begitulah catatan sebenar Datuk Seri Siti Nurhaliza. #HamikKau!
Sementara itu, dua bintang program Big Stage iaitu Wani Kayrie dan Aisha Retno juga berharap agar Liza terus fokus dengan persediaan persembahan bagi konsert All Stars Gegar Vaganza seterusnya.
“Anda cantik dengan cara anda sendiri Kak Liza. Yang penting kita bersyukur,” kata Wani. Manakala Aisha berkata, “Saya sayangkan anda. Jangan biarkan kata-kata ini menghentikan perjuangan terbaik anda. Idola saya, terus pandang ke hadapan dan slay.”
Ads
Antara selebriti tempatan lain yang turut menunjukkan solidariti terhadap Liza ialah Aya Amiruddin, Nadia Aqilah, Syura Badron dan Ieda Moin.
Dalam pada itu, tinjauan REMAJA terhadap akaun @jab_netizen mendapati pemiliknya cuba mempertahankan kata-kata hinaan terhadap Liza.
“Saya tiada niat langsung untuk body shaming atau mengutuk. Saya cuma menjelaskan mengapa Kak LH kurang menyerlah berjaya sedangkan beliau sangat sangat berbakat.”
Cukup-cukuplah menjadi rupa paras sebagai kayu pengukur potensi seseorang. If you do not have a nice thing to say, do not say anything at all!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sekian lama menantikan keputusan pencalonan awal Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2021, akhirnya kita mengetahui siapakah wajah-wajah yang akan merebut undian peminat sempena edisi kali ini.
Pada sidang media pengumuman pencalonan akhir Top 5 AME 2021 pada hari ini telah menyaksikan wajah-wajah baharu dalam industri seni dan hiburan menghiasi kebanyakan daripada 16 kategori yang dipertandingkan.
Seperti biasa, wajah-wajah yang selalu ‘menang besar’ di AME sebelum ini seperti Khai Bahardan Siti Nordiana masih mengungguli beberapa kategori besar seperti Penyanyi MeleTOP Era, Lagu MeleTOP Era, Grup/Duo MeleTOP Era dan Artis Versatil MeleTOP.
Wany HasritaNadhir NasarNabila Razali
Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran wajah baharu menerusi beberapa kategori. Ia membuktikan bahawa industri tidak ketandusan bakat ‘fresh’ yang saban tahun diketengahkan menerusi pelbagai jenis platform.
Ini termasuklah Nadhir Nasar(Artis Baharu MeleTOP), Meerqeen(Artis Baharu MeleTOP), Dolla(Lagu MeleTOP/Grup atau Duo MeleTOP/ BBNU MeleTOP), Syahmi Sazli (Bintang Filem MeleTOP/Artis Baharu MeleTOP), Dini Schatzmann (Pelakon MeleTOP/Artis Baharu MeleTOP), Cupcake Aisyah (Influencer MeleTOP), Azfar Heri (Influencer MeleTOP), Azzam Sham (BBNU MeleTOP) dan Sharifah Rose (Influencer MeleTOP).
So, jangan lupa untuk menyokong selebriti kegemaran korang dengan mengundi mereka bermula 6 petang hari ini sehingga 12 tengah hari pada 30 Januari 2020; iaitu pada hari sama berlangsungnya AME 2021.
Sedikit berbeza daripada undian pencalonan awal tempoh hari, undian untuk peringkat Top 5 ini boleh dilakukan menerusi empat kaedah atau cara iaitu :
Kehidupan… biasalah. Murid sekolah tak sabar nak jadi macam abang, kakak di sekolah menengah. Yang sekolah menengah pula tak sabar nak masuk zaman kolej, universiti. Macam besttt je kan. Ye! Kehidupan di universiti memang menyeronokkan. Tak perlu pakai uniform sekolah, bebas pilih kelas, pensyarah, waktu kelas. Ada banyak aktiviti. Pendek kata, memang bestlah!
Tapi itu sisi seronoknya, namu realitinya hanya mereka yang pernah laluinya yang tahu. Lagi-lagi yang datang dari keluarga yang kurang ‘berada’.
Kali ini Remaja kongsikan ‘realiti’ susah senang kehidupan lelaki ini sebelum berjaya menjadi pensyarah. Mungkin kita boleh mengambil pedoman dan jadikan inspirasi untuk berjaya.
Ini Perkongsiannya :
Tapi, ketahuilah dik… bukan semuanya manis seperti yang dilihat. Namun, perlu diingat…semua pengalaman inilah sebenarnya yang mematangkan kita dalam menempuh kehidupan pada masa akan datang.
Bila bukak je socmed timeline penuh dgn kisah kesusahan pelajar nak kumpul duit untuk daftar masuk universiti. Hati aku tersentuh. Aku tersenyum. Inilah lumrah bagi mereka yang berasal dari keluarga yang susah. Aku sendiri pernah berada dalam situasi tersebut.
Dalam hati aku ungkap kata-kata “InsyaAllah kamu pasti akan berjaya!” Apabila telah berjaya jangan sesekali lupa pada PENGORBANAN orang yang membantu. Doa mereka yang sentiasa mengiringi perjalanan anda. Kamulah yang bertanggungjawab mengubah nasib keluarga. Dahulukan mereka. Itulah KEBERKATAN dan KEBAHAGIAAN yang sebenar. Berikan mereka SENYUMAN!
Jangan masuk uni hanya nak kejar IMPIAN dan CITA-CITA. Anda pasti akan kecewa apabila gagal. Semuanya bermula dengan NIAT. Perbetulkan niat. Mulakan dengan keikhlasan. CEKALKAN hati. Lakukan kerana AMANAH dan TANGGUNGJAWAB kepada keluarga. Allah pasti akan mudahkan urusan. Habis SPM, kontrak emak jadi tukang kebun tamat. Felda masa tu takde hasil sebab sawit tanam semula. Memang susah! Aku tolong emak jual nasi lemak. Apabila result SPM keluar, aku cakap kat mak nak sambung blaja. Mak diam je. Hasil jualan berapa sangat. Abah tak bagi aku sambung. Abah takde duit! Aku memang DEGIL. Aku mengaku bosan hidup susah. Aku tau dengan PENDIDIKAN je boleh ubah nasib kami AKU TEKAD. Pejabat Zakat aku pergi. Yayasan Pahang aku redah. Pejabat YB aku naik. Pejabat Felda aku merayu. Abang-abang bantu yang mampu. Aku marah kat abah. Mak suruh sabar. Aku marah dia langsung tak menolong. Rupanya abah diam-diam tebalkan muka berhutang dengan Ketua kampung. Itulah sisi lain seorang ayah. Dia tak tunjuk sayang depan-depan
Perjalanan belajar aku mudah. Allah bantu. Walaupun aku penat part-time tapi Alhamdulillah segala kerja aku dipermudahkan. Sumpah aku tak sempat study mcm orang lain. Tapi ajaibnya apa yg aku selak buku tu lah yang masuk exam. Pelik kan! Sekarang aku jadi lecturer bila aku membebel pun bukan ada orang nak dengar. Yelah aku ni siapa nak tegur. Setinggi mana ILMU kita hanya satu yang membezakan kita dengan orang lain. Jawapannya ADAB. Perbaiki adab mencari ilmu.
Kesimpulannya … walaupun nampak pahit, tapi kehidupan di universiti memang kenangan terindah. Pandai berdikari, pandai sesuaikan diri, dah ada matlamat hidup yang jelas, dan dah nampak jodoh. Eh!
Kami pasti, semua orang mengimpikan peluang untuk melawat ke sebanyak mungkin tarikan Disneyland di seluruh dunia.
Iyalah sejak kecil kita menonton karakter kegemaran Disney menerusi rancangan kartun dan filem Disney.
Bagi korang yang bertuah pernah ke mana-mana Disneyland sebelum ini, tentunya korang masih ingat permainan taman tema di sana, perarakan Disney pada waktu malam dan makanan berbentuk karakter Disney yang dijual.
Kini, salah satu daripada makanan tersebut ada dijual di Malaysia and WE . ARE . THRILL!
Korang kini boleh mendapatkan aiskrim berbentuk ‘kepala Mickey Mouse’ yang selalu dimuat naik oleh ramai pengguna Instagram di Disneyland.
Dibawakan oleh Nestle Malaysia, aiskrim Mickey ini bukan saja cantik untuk tatapan Instagram tetapi juga sedap dinikmati. Ia datang dalam perisa vanila dengan campuran sos salted caramel dan dilapisi susu coklat pada bahagian luar.
Seriously, korang kena cuba sendiri (tapi pastikan ambil gambar aiskrim tersebut terlebih dahulu!)
Aiskrim Mickey ini boleh didapati sekarang di kebanyakan pasaraya, kedai serbaguna dan kedai stesen minyak. Bagi yang ingin membeli dalam pek besar, korang boleh dapatkannya pada harga RM32 untuk 8 batang aiskrim.
Enjoy ~
P.S: Kami rasa kesemua ahli Club Mickey Mouse Malaysia telahpun merasainya, betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!