
Setelah sekian lama menantikan keputusan pencalonan awal Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2021, akhirnya kita mengetahui siapakah wajah-wajah yang akan merebut undian peminat sempena edisi kali ini.
Pada sidang media pengumuman pencalonan akhir Top 5 AME 2021 pada hari ini telah menyaksikan wajah-wajah baharu dalam industri seni dan hiburan menghiasi kebanyakan daripada 16 kategori yang dipertandingkan.
Seperti biasa, wajah-wajah yang selalu ‘menang besar’ di AME sebelum ini seperti Khai Bahar dan Siti Nordiana masih mengungguli beberapa kategori besar seperti Penyanyi MeleTOP Era, Lagu MeleTOP Era, Grup/Duo MeleTOP Era dan Artis Versatil MeleTOP.



Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran wajah baharu menerusi beberapa kategori. Ia membuktikan bahawa industri tidak ketandusan bakat ‘fresh’ yang saban tahun diketengahkan menerusi pelbagai jenis platform.
Ini termasuklah Nadhir Nasar (Artis Baharu MeleTOP), Meerqeen (Artis Baharu MeleTOP), Dolla (Lagu MeleTOP/Grup atau Duo MeleTOP/ BBNU MeleTOP), Syahmi Sazli (Bintang Filem MeleTOP/Artis Baharu MeleTOP), Dini Schatzmann (Pelakon MeleTOP/Artis Baharu MeleTOP), Cupcake Aisyah (Influencer MeleTOP), Azfar Heri (Influencer MeleTOP), Azzam Sham (BBNU MeleTOP) dan Sharifah Rose (Influencer MeleTOP).
ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah Aqil Zulkiflee! 5 Fakta Tentang Pemenang YouTuber Popular ABPBH-34 Ini – REMAJA
So, jangan lupa untuk menyokong selebriti kegemaran korang dengan mengundi mereka bermula 6 petang hari ini sehingga 12 tengah hari pada 30 Januari 2020; iaitu pada hari sama berlangsungnya AME 2021.
Sedikit berbeza daripada undian pencalonan awal tempoh hari, undian untuk peringkat Top 5 ini boleh dilakukan menerusi empat kaedah atau cara iaitu :
- Menerusi aplikasi SYOK
- Menerusi laman web era.je
- Menerusi laman web Anugerah MeleTOP Era
- Menerusi SMS : Taipkan AME/AME3/AME5/AME10/AME20<jarak>kod calon dan hantarkan ke 33310.
All the best guys!
Nik Amir Mustapha Bersyukur ‘Imaginur’ Menang Filem Terbaik Di FFM33, Teruja Untuk Terus Hasilkan Karya Baru

Selepas meraih anugerah sebagai Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33), Nik Amir Mustapha berkata, beliau tidak menjangkakan filem arahannya, Imaginur akan dipilih sebagai Filem Terbaik.
Menurut Nik Amir (39), beliau bersama penulis skrip Imaginur, Redza Minhat hanya berserah dan melihat filem Abang Adik mempunyai potensi untuk dipilih sebagai pemenang.
“Bukan hanya kerana filem itu sudah berjaya memenangi berapa anugerah di luar negara, tetapi juga telah berjaya menarik perhatian penonton di Malaysia”



“Malah saya amat mengagumi hasil kerja pengarah Jin Ong kerana beliau bijak dan berpengetahuan luas. Saya harap dapat belajar dengannya suatu hari nanti,” katanya.
Mengulas kejayaan Imaginur, Nik Amir berkata, sejak awal lagi, beliau dan Redza tidak pernah membayangkan filem itu akan dipilih sebagai Filem Terbaik, sementelah mereka sendiri mengolah draf Imaginur sebanyak 11 kali.



Ujarnya, fokus mereka adalah untuk menghasilkan cerita yang menarik dan dikongsikan bersama penonton.
“Selepas sambutan yang diterima tahun lalu, saya dan Redza memang sudah terfikir untuk menghasilkan filem lain. Cuma buat masa ini kami masih fikirkan genre apa yang akan dipilih,” ujarnya.
BACA: Tak sampai Sejam ‘Open Slot’, Tiket Percuma Filem Imaginur Licin!
“Tentu sekali, kejayaan di FFM33 ini menyuntik semangat untuk terus hasilkan lebih filem dan kalau boleh, kami tidak mahu hasilkan filem bergenre sama,” jelasnya yang pernah memenangi trofi sama pada FFM26.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Naib Presiden Wanita Pertama Amerika Syarikat. Siapakah Kamala Harris?

Walaupun Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan idea demokrasi sejak beratus tahun dahulu, namun tahukah anda bahawa tidak pernah ada wanita yang menjawat jawatan sebagai Presiden ataupun naib Presiden negara kuasa besar dunia itu.
Negara kita Malaysia terlebih dahulu mengorak langkah sebelum ini dengan Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi timbalan perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah pemerintahan Malaysia. Biarpun hanya berada dalam jawatan selama kurang dua tahun pelantikan beliau memberi impak kepada suara wanita di parlimen terutamanya.
Kini dengan kemenangan Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46 semalam, sekaligus menempatkan Kamala Harris sebagai naib Presiden negara itu. Siapakah wanita yang lebih suka dipanggil dengan nama Kamala berbanding gelaran Mrs Harris ini?
- Nama penuhnya ialah Kamala Devi Harris. Berketurunan India di sebelah ibunya dan American-Jamaica di sebelah bapanya.

- Dilahirkan pada 20 Oktober 1964, wanita berusia 56 tahun ini dibesarkan oleh ibunya selepas kedua ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 7 tahun.
- Ketika di tahun pertama persekolahannya dia diiring kesekolah kerana tahun tersebut merupakan tahun kedua program integrasi pelajar berkulit hitam di sekolah pelajar berkulit putih. Beliau bergerak dari kawasan rumahnya yang majoritinya berkulit hitam dan komuniti bergaji sederhana rendah ke sekolah yang terletak di kawasan kulit putih yang kaya.
- Kerap mengunjungi negara India Ketika kecil, beliau sangat dipengaruhi oleh datulknya yang merupakan pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang berjuang memerdekakan negara tersebut. Neneknya pula merupakan aktivis yang lantang memperjuangkan wanita miskin dan memdidik mereka tentang kawalan kelahiran.
- Beliau merupakan graduan dari Howard University dalam jurusan sains politik dan ekonomi.

- Ketika mengikuti pengajian bidang undang-undang di San Francisco. Beliau tinggal bersama adiknya, Maya Harris dan menjaga anak saudaranya.
- Keluarga beliau pada mulanya ragu akan pilihan kerjaya yang ingin beliau ceburi. Kerana Ketika itu pendakwa raya dilihat sebagai individu yang memiliki sejarah yang tidak menyenangkan.
- Ibunya, Shyamala Gopalan merupakan seorang seorang seorang saintis bio-perubatan manakala bapanya pula, Donald Harris merupakan seorang ahli ekonomi dan profesor emeritus di Stanford University.
- Adiknya, Maya Harris merupakan seorang peguam lulusan Stanford University dan merupakan penyokong kuatnya sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.
Sumber: politico.com, townandcountymag.com & oprahmag.com
“Hanya Kurangkan Pengguna Basikal”, The Pocket Rocketman Bersuara Isu Nombor Plat

Semakin ramai geng basikal seakan menjadi trend di negara kita selepas Perintah Kawalan Pergerakan diberi kelonggaran oleh pihak kerajaan.
Baik pada hari biasa mahu pun hujung minggu, ramai je berbasikal secara berkumpulan mahupun berseorangan menuju ke beberapa destinasi pilihan.
Berbasikal ni memang baik untuk kesihatan dan juga lebih mesra alam selain menyambung silaturahim. Namun sikap sesetangah penunggang basikal yang tidak acuh tentang keselamatan jalan raya mungkin penyebab timbulnya isu mencadangkan agar perkenalkan nombor plat dan lesen buat kelompok ini.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata pihak mereka sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ianya sudah menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat Malaysia.
Mendapat reaksi yang pelbagai, ada bersetuju dan ramai yag mengecam hal ini kerana merasakan ianya sebagai sesuatu yang tidak munasabah dan tidak berasas.
Untuk pengetahuan korang, nombor plat pendaftaran ke atas basikal pernah diperkenalkan semasa zaman penjajahan British menjelang tempoh Perang Dunia Pertama namun dimansuhkan dan dikenakan hanya buat kenderaan berenjin sahaja.
Terbaru, Raja pecut Asia terpanggil memberikan pandangan peribadinya di laman facebook miliknya.
Menurut Azizulhasni, pengenalan lesen dan plat kenderaan ini hanya akan mengurangkan pengguna basikal. Melalui aktiviti berbasikal, ada beberapa isu boleh diatasi antaranya daripada aspek kesesakan lalu lintas dan kesihatan.
Mengakui agak susah untuk Malaysia membina laluan khas basikal seperti negara-negara maju lain, ini antara cadangan beliau:
1- Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini. Peraturan yang saya maksudkan disini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya.
2- Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bile tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Tapi saya percaya juga kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya.
3- Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal dimana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh disini tanpa gangguan kenderaan lain. Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport, trek berbasikal ini amat popular di bangkok dan mempunyai jarak 23.5km satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu. Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000km dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain. Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage by stage ala-ala macam tour de langkawi (touring) dan mereka yang complete total 1000km tu akan dapat certificate.
4- Ada banyak lagi nak tulis tapi fokus yang tiga tu dulu la kot, korang ada nak tambah pape boleh cadangkan di ruangan komen.
Let’s say kita pilih jalan terakhir iaitu aplikasikan lesen dan nombor plat, ini bermaksud penunggang basikal juga akan mempunyai hak yang sama di atas jalan raya. Maka perlu di bina infrastruktur khas kepada penunggang basikal ini seperti laluan khas basikal serta tempat parking basikal di kebanyakkan tempat. Ini kita boleh lihat di beberapa negara Eropah. Seperti negara Holland/Belanda, basikal merupakan antara pengangkutan harian untuk ke tempat kerja, disana ada laluan khas dan tempat parking basikal khas di merata-rata. Di Melbourne,Australia pula mempunyai bike paths/trails yang khas. Anda boleh google Melbourne Bike Grid Map dan tengok sendiri betapa sistematik dan bagaimana ianya bersambung antara satu sama lain dan sangat efektif untuk digunakan. Malah ramai yang memilih untuk berkayuh ke tempat kerja kerana lebih cepat dan meningkatkan tahap kesihatan. Ianya juga menjadi produk pelancongan dimana kita boleh berkayuh sambil menikmati sejarah serta keindahan kota Melbourne.
Saya tak pasti negara mana masih mengenakan plat ini tetapi di Eropah rata-rata sudah tidak digunapakai. Di Poland dikenakan lesen plat selepas World War 2 sehingga lah akhir 1960an. Di Switzerland pula pernah diguna pakai lesen plate yang dipanggil ‘Velovignette’ tetapi sudah diberhentikan pada tahun 2011. Di Jerman juga mereka sudah berhenti lesen plate ini lama dahulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka ‘mengayuhkan kebasikalan’ itu. Di Toronto, Canada ada di bincangkan idea ini pada tahun 1984, 1992 dan terkini 1996 tetapi tidak diterima ramai kerana ianya tidak efektif. Antara beberapa faktor utama ianya ditolak adalah mengenakan lesen dan plat ini tidak mengubah ‘behaviour’ atau perlakuan pengayuh basikal itu dan keduanya menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berkayuh ke sekolah (dan sebagainya) dan boleh menghalang minat ke arah aktiviti yang lebih sihat.
.
Mengenakan lesen dan plat hanyalah akan mengurangkan pengguna basikal. Sekarang ni kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sehat walafiat, kalau di tackle dengan betul mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas (kurang pengguna kenderaan), basikal ni pun negara maju lain considered as clean, quiet and green. Lepas tu tak ke berkembang juga ekonomi dari sektor basikal ini? Jual beli barangan basikal dan yang berkaitan, sektor sains sukan, sektor kejurulatihan dan lain-lain.
Andai kata ingin juga aplikasikan lesen dan plat, perlulah ada juga ujian untuk mendapatkan lesen ini, mane boleh bagi lesen suke-suke hati je kan. Jadi perlu di fikirkan pula untuk ada satu sistem seperti pengguna kenderaan yang lain yang perlu menduduki ujian untuk mendapatkan lesen mereka. Dah kalau ada yang tak lepas lesen tu macam mana pulakkan. Banyak yang saya nak huraikan tetapi rasanya cukuplah ringkasan ini sahaja dulu buat masa ini. Kesimpulannya bagi saya adalah jika nak bina bike lane atau laluan khas seperti negara-negara maju lain itu mungkin agak complicated sedikit infact kita sudah cuba dulu dan gagal. Nak bina sebuah infrastruktur khas ini adalah a different level of funding dan memerlukan dana yang besar (kurang sesuai dengan keadaan sekarang-ekonomi kurang stabil) oleh sebab itu bagi saya mungkin buat masa ini kita cuba aplikasikan dahulu point saya 1 dan 2 dahulu (kalau boleh 3 lagi bagus) atau mungkin ada banyak lagi idea-idea bernas dari rakyat Malaysia yang lain sebelum idea lesen dan plat diguna pakai. Atau mungkin juga sudah sampai masanya untuk diberikan pengiktirafan undang-undang (Recognition of Law) kepada pengayuh basikal seperti pengguna-pengguna jalan raya yang lain?
.
Menurut Azizulhasni, jalan terakhir adalah aplikasi lesen dan nombor plat dilaksanakan, maka infrastruktur khas untuk penunggang basikal perlu ada kerana mereka mempunyai hak yang sama di atas jalan raya.
Emm…penulis setuju juga dengan pendapat Azizulhasni ni, korang setuju ke tidak?
Sumber : Facebook Azizul Hasni Awang