Kumpulan K-Pop generasi kelima popular, CORTIS baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila tampil memukau di Los Angeles, Amerika Syarikat sempena perlawanan musim terbaru Major League Soccer (MLS) 2025 antara LAFC dan Atlanta United. CORTIS menjadi artis Korea pertama yang secara rasmi dijemput untuk segmen istimewa “Honorary Falconer”, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian luar biasa dalam kerjaya walaupun masih baru sahaja memulakan debut mereka sejak Ogos lalu.
Dalam acara penuh simbolik itu, para anggota CORTIS yang dianggotai oleh Martin, James, Juhoon, Seonghyeon, dan Keonho tampil bergaya mengenakan jersi LAFC yang tertera nama dan nombor pemain bola sepak terkenal Korea, Son Heung-min. Selain itu, mereka turut mencipta momen bersejarah apabila diberi penghormatan untuk melancarkan maskot pasukan, seekor helang yang menjadi simbol semangat juang LAFC.
Sebelum ini, segmen “Honorary Falconer” turut pernah menampilkan nama-nama besar seperti pelakon Hollywood Will Ferrell dan penyanyi Meghan Trainor. Apa yang lebih menarik, selepas penampilan CORTIS, LAFC berjaya menewaskan Atlanta United dengan keputusan 1-0, sekaligus melanjutkan rekod kemenangan mereka kepada lima perlawanan berturut-turut.
Ads
Disebabkan kemenangan itu, para peminat dan kru siaran tempatan mula menggelar CORTIS sebagai ‘Pari-pari Kemenangan’ sehingga sorakan penonton di stadium serta reaksi hangat di media sosial menyifatkan kehadiran CORTIS memberi impak positif kepada suasana perlawanan dan pasukan tuan rumah.
Dalam pada itu, populariti CORTIS dalam arena sukan bukanlah sesuatu yang baru kerana terdahulu lagu hit mereka berjudul ‘GO!’ sebelum ini pernah digunakan oleh Major League Baseball (MLB) sebagai lagu promosi rasmi untuk playoff 2025. Lagu tersebut terus berkumandang di pelbagai platform termasuk televisyen, radio, media sosial dan stadium, menandakan pengaruh besar CORTIS dalam budaya pop global.
Ads
Kredit foto: BigHit Music
Walaupun promosi album debut mereka telah berakhir, CORTIS kekal aktif di Amerika Syarikat dengan pelbagai kolaborasi. Untuk perkembangan terkini, kumpulan yang didirikan di bawah agensi Big Hit Music ini juga bekerjasama dengan jenama minuman tenaga terkenal dunia, Red Bull, yang membuka lebih banyak peluang dan cabaran baru buat kumpulan tersebut.
Ads
Sementara itu, CORTIS bakal membuat penampilan istimewa dalam acara antarabangsa “Red Bull Dance Your Style World Finals” yang akan diadakan di Los Angeles pada 11 Oktober ini. Penyertaan itu menjadikan mereka artis K-Pop pertama yang bekerjasama secara rasmi dengan jenama berkenaan sekaligus memperkukuh kerjaya mereka secara global.
Selain itu, CORTIS juga akan mengadakan bengkel tarian khas bagi lagu ‘GO!’ pada 12 Oktober ini bertujuan untuk berinteraksi secara lebih dekat bersama para peminat. Sebagai info tambahan, kumpulan ini juga mencuri perhatian peminat muzik di seluruh dunia selepas melancarkan lagu ‘FaSHioN’ pada September lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah peribahasa yang sesuai digambarkan buat penyanyi, Syada Amzah yang menzahirkan rasa rindunya untuk berkumpul bersama ahli keluarganya, seperti sebelum ini.
Penyanyi berusia 26 tahun itu berkata, dia sangat menantikan momen untuk berkumpul bersama adik-beradiknya meskipun sedar perkara itu mungkin sukar untuk direalisasikan.
“Mustahil tidak sayang darah daging sendiri. Rindu seluruh keluarga saya.
“Bukan secara individu tetapi rindu berkumpul bersama semua walaupun perkara itu mustahil. Sayang semua,” katanya menerusi Instagram miliknya.
Video yang diulang siar daripada akaun TikTok ibunya, Fauziah Sarman, memaparkan beberapa foto zaman kanak-kanaknya bersama kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah, Syafiq dan Syahir.
Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila mengejutkan industri seni tanah air apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.
Antara isu yang menjadi perdebatan ahli keluarga tersebut adalah apabila Syafiq mendakwa Shila menghalau keluarganya keluar daripada rumah banglo didiami mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan hanya paras rupa yang digilai ramai, Hero Malaya, Remy ishak juga terkenal dengan sikap merendah dirinya.
Menurut pelakon filem Sangkar itu, walaupun sudah lama berada dalam industri seni tanah air, namun dia mengganggap setiap hari adalah proses pembelajarannya sebagai seorang anak seni.
“Macam saya dahulu, saya pun ada idolakan seseorang. Tentunya apabila orang jadikan kita penanda aras, kita akan rasa berbangga kan. Tapi, saya sendiri pun masih belajar.
“Dalam dunia lakonan ini tak ada orang yang lama sebab kita semua bermula dengan benda baharu. Saya pun masih proses belajar. Jadi, bila orang rasa nak berlakon dengan saya, percayalah saya pun gementar.
“Sebab saya pun baharu. Setiap projek adalah baharu. Tapi, Alhamdulillah kalau ada orang rasa keterujaan itu,” katanya.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang putera ini memaklumkan dirinya sentiasa terbuka untuk membantu pendatang baharu saat dijadikan rujukan ketika berada di set pengambaran.
“Ya ada. Tapi, saya tak ingat nama. Dalam set pun ada yang tanya dan merujuk kepada saya. Okey sahaja untuk ajar. Kita tak boleh anggap budak baru lahir, terus berlari. Mereka perlukan masa untuk merangkak, kemudian berjalan.
“Beri mereka waktu. Saya pun pernah berada di situasi begitu. Takkan kita nak anggap mereka terus tahu semua,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada Jun 2017, kecoh satu negara dek kerana keputusan menolak tawaran biasiswa bersyarat ke Universiti Oxford / Campuran yang dilakukan oleh YB Syed Saddiq.
Waktu itu, beliau dikhabarkan menangguhkan pengajian pada perinkat Ijazah Sarjana bagi bidang Dasar Awam kerana ‘hati beliau katanya berada di Malaysia, demi membantu negara’.
Syed Saddiq terpaksa melakukan Press Conference tahun lalu untuk menjawab soalan netizen mengenai penolakan biasiswa ke Oxford.
Syed Saddiq sempat untuk memohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan rapat beliau dan berharap agar mereka dapat memahami serta menerima keputusan tersebut walaupun bukannya mudah untuk dilakukan.
Peluang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford ialah impian beliau sejak dahulu lagi. Dan nampak, beliau sememangnya layak untuk ke sana apabila hari ini, beliau memaklumkan telah menerima satu lagi biasiswa bersyarat daripada Chevening Scholarship untuk menyambung pengajian dalam bidang yang sama, MASIH di Universiti Oxford.
Whoa bro, congrats!
Namun, nampaknya beliau sekali lagi terpaksa menolak biasiswa tersebut dan terus menangguhkan pengajian Ijazah Sarjana di sana demi negara.
Ternyata, keputusan menolak buat kali pertama bukanlah mudah, inikan lagi keputusan menolak buat kali KEDUA.
“Sukar untuk saya memilih di antara impian saya dan tanggungjawab saya.
“Untuk kali kedua, saya terpaksa menolak sekali lagi kerana saya telah diberikan kepercayaan dan amanat oleh rakyat Muar. Menjadi tugas saya juga untuk mengubah negara, berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan memastikan suara orang muda akan didengari di Parlimen,” terang beliau.
Syed Saddiq dalam pada itu faham dengan keinginan ibu bapa beliau melihat dirinya berjaya dalam bidang akademik. Beliau juga sedar jika menolak tawaran dari Oxford ini untuk kali kedua, beliau tidak akan berpeluang untuk menangguhkan tawaran ini lagi.
Seperti kebiasaan di peringkat Masters termasuk di Malaysia, penangguhan kali kedua bermaksud tawaran tersebut akan luput.
“Saya melihat rakyat tanpa mengira kaum dan agama bertungkus lumus untuk membangunkan negara, dari sekecil-kecil sumbangan ke Tabung Harapan. The little things make the biggest diference. Anda semua inspirasi saya,” tambah pemimpin berusia 26 tahun ini.
Nampaknya beliau memilih untuk meletakkan impian ke belakang sebentar kerana anak muda di Malaysia perlu diwakili sebaik mungkin.
InsyaAllah Syed Saddiq, ada hikmah di sebalik nikmat ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
LKM digital JPJ akan menggantikan sepenuhnya pelekat bercetak bermula 1 Februari 2026, selaras dengan usaha pendigitalan JPJ dan pengurangan dokumen fizikal.