Dah jadi ‘hobi’ orang perempuan, pantang sahaja melihat barangan keperluan rumah yang berguna, lebih-lebih lagi kalau harganya murah dan berpatutan.
Bukan hanya untuk perempuan yang dah berumah tangga sahaja, sebenarnya perempuan bujang juga mempunyai keinginan dan ‘nafsu’ yang sama dalam membeli barangan rumah.
Antara kedai yang menjadi pilihan mereka adalah Daiso. Banyak barang yang ‘rare’ dijual disini kerana semuanya diimport dari Jepun. Jadi, apa-apa yang korang nak cari, boleh cuba dapatkan disini.
Kali ini, kami nak senaraikan antara barang-barang keperluan dapur yang sangat berguna untuk memudahkan kerja rumah, hasil perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Azlin Ramli.
1. Tisu basah untuk mop lantai

Korang boleh pilih sama ada nak yang ada bau atau tidak. Pengemop dia juga turut dijual sekali, siap guna buang terus.
2. Penapis cuci pinggan

Produk ini adalah untuk menapis sisa cuci pinggan sebelum dibuang dalam tong sampah. Memang berguna untuk memudahkan kerja dan elakkan sinki daripada tersumbat.
3. Perangkat rambut dalam bilik mandi

Benda ni paling best terutamanya untuk kaum perempuan. Selalu menghadapi masalah rambut gugur ketika mandi, inilah salah satu jalan penyelesaian yang ada bagi mengelakkan saluran di bilik air tersumbat.
4. Oil absorbent pads

Bagi korang yang tidak suka makan makanan yang terlalu berminyak, di sini juga korang boleh mendapatkan produk untuk menarik lebih minyak. Selain itu, terdapat juga produk yang membolehkan korang mengeraskan minyak sebelum dibuang.
5. Perangkap lalat dan tikus

Anda mungkin berminat dengan
Kalau rumah korang banyak tikus, jangan risau sebab Daiso juga ada menjual perangkap tikus dan juga lalat. Cuma, korang berani tak nak buang tikus-tikus tu nanti? Hiks!
6. Penghalau serangga

Selain daripada lalat dan tikus, ada juga produk yang boleh menghalau atau mengelakkan haiwan-haiwan ‘berkunjung’ ke rumah kita.
Paling penting, harganya berbaloi kan?
∞
Bagi kebanyakan daripada kita yang merupakan 90’s kids, Happy Meal adalah satu hidangan wajib setiap kali ke restoran McDonald’s.
Fine, kadangkala bukan disebabkan makanan pun yang mengujakan kita tetapi disebabkan permainan yang ditawarkan pada setiap bulan!

Set ikonik ini telahpun berada di pasaran selama 40 tahun. Jadi sempena ulang tahun istimewanya pada 28 November ini, kita di Malaysia boleh mendapatkan permainan Happy Meals dari era 90-an untuk dijadikan koleksi edisi terhad serta untuk mengembalikan nostalgia.
Jom tengok beberapa mainan yang kita rindukan dari zaman kanak-kanak. inilah antara 14 permainan Happy Meals yang wajib korang dapatkan.
1990
GRIMACE

1991
DINO HAPPY MEAL BOX CHANGEABLE

1993
HOT WHEELS THUNDERBIRD

1995
HAMBURGLAR

1996
SPACE JAM BUGS BUNNY

1998
TAMAGOTCHI

1998
MY LITTLE PONY

1999
FURBY

*
Itu baru daripada era 90-an. Kami juga menyukai permainan era 80-an seperti koleksi McNugget, Hamburger (1989) dan Hello Kitty dari tahun 2013 ini.


Ingat, stok adalah terhad. Jadi first come first serve okay.
∞
Tahniah atas kecemerlangan!
Dengan usaha gigih, kejayaaan pasti akan diraih. Inilah yang dilalui oleh Amelia Wadhihah Ishak apabila dirinya tampil dengan keputusan cemerlang sekaligus menerima anugerah cemerlang dalam majlis International Excellence Awards di University of Manchester.
Anugerah ini diberikan oleh Faculty of Science and Engineering, University of Manchester kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang dalam peperiksaan A Level (3A*) selain menonjolkan pencapaian dan kebolehan diri dengan baik melalui ujian esei (PS) dalam permohonan ke universiti tersebut. Hanya 10 orang pemohon daripada seluruh fakulti merentasi 13 jabatan telah berjaya dinobatkan anugerah ini.
Amelia Wadhihah merupakan bekas pelajar Kolej MARA Seremban dan menyatakan hasrat gembiranya selepas menerima anugerah ini.
“Saya berasa terharu dan gembira apabila menerima anugerah ini di dalam majlis tersebut.
Ribuan terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru dan tidak lupa kepada pensyarah Kolej MARA Seremban yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini,” kata Amelia.
Selain International Excellence Awards, Amelia Wadhihah telah menerima Frank Morton Award for International Excellence daripada Department of Chemical Engineering and Analytical Science (CEAS), University of Manchester.
Anugerah ini hanya diberikan kepada 10 orang pelajar antarabangsa dengan pencapaian akademik tertinggi dalam permohonan masuk ke bidang Kejuruteraan Kimia di universiti tersebut.
Sumber : Majlis Amanah Rakyat
∞
Kang Ha Neul akhirnya rasmi keluar daripada Military!
Hari ini bertarikh 23 Mei, pelakon muda Korea Selatan yang terkenal dengan watak dalam drama Scarlet Heart Ryeo telah menamatkan perkhidmatan ketenteraan di Gyeryongdae Service Support Corps di Daejeon.

Kang Ha Neul memberitahu Soompi, banyak yang dipelajari sepanjang dua tahun dia menjalani perkhidmatan ketenteraan tersebut.
“Saya manfaatkan masa saya semasa saya berada di dalam dengan membaca dan mempelajari skill ketenteraan. Terima kasih kepada semua kerana menunggu saya tamat latihan.” Katanya kepada Soompi.
Salah seorang wartawan bertanya Kang Ha Neul mengenai grup wanita mana yang memberi semangat kepadanya sepanjang dua tahun latihan.
*Fakta: Biasanya, ketika lelaki sedang menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan, mereka kurang dapat ekses kehidupan luar. Masa mereka hanya dengan latihan sepanjang dua tahun. Beberapa pilihan rancangan televisyen antaranya rancangan muzik menjadi pengisian masa lapang, dan kalau dah namanya lelaki, pasti wanita menjadi penguat semangat selain keluarga.
Ini jawapan pelakon kacak tersebut.
“Kesemua mereka! (sambil ketawa). Macam pagi tadi, saya nampak Lovelyz dan Twice di kaca tv. Kadang-kadang saya nampak Red Velvet di kaca tv juga. Mereka-mereka ini antara penguat semangat saya untuk terus maju ke hadapan.”

Pelakon itu turut mengesahkan bahawa dia akan kembali ke kaca tv, menerusi drama romantik komedi KBS yang bertajuk Camelia Blooms (masih dalam pembikinan).
Tahniah kepada Kang Ha Neul, dan pastinya ramai yang tak sabar menunggu oppa kesayangan ni kembali beraksi dalam industri hiburan.

∞