Ya, team REMAJA cukup mengidolakan gaya hidup sihat keluarga diraja Britain ini, terutamanya Meghan Markle dan Kate Middleton. Malah, cerita tentang kecantikan dan fesyen mereka berdua memang tidak pernah akan habis.
Tapi persoalannya, bagaimana mereka menjaga badan walaupun sudah berusia dan melahirkan anak namun tetap langsing? Dalam proses menguruskan berat badan tetapi ingin ikuti diet yang sihat dan betul. Cuba ikut diet yang diamalkan oleh ahli keluarga diraja Britain ini.
Asalkan berdisiplin dan jangan mudah terpengaruh.
Ratu Elizabeth II
Queen Elizabeth II | Anwar Hussein/Getty Images
Untuk pengetahuan korang Ratu Elizabeth II kini sudah berusia 95 tahun tapi masih sihat kan? Rahsianya, beliau gemar makan dark chocolate.
Malah, beliau akan makan snek dark chocolate ini di antara waktu makan besar. Menurut bekas chef mahkamah Darren McGrady, Ratu adalah seorang yang cerewet dalam makanan. Dia hanya mahu makan dark choc dengan kandungan koko 60 peratus atau lebih tinggi.
Seperti yang diketahui, dark chocolate adalah alternatif snek yang lebih sihat berbanding coklat susu atau coklat putih. dark chocolate juga diketahui dapat mengekalkan kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan fungsi otak.
Ini rupanya rahsia sihat Ratu Elizabeth II.
Kate Middleton
Ads
Foto Via planssy.com
Diet sihat Kate Middleton pula ilah dengan memakan salad atau sayur-sayuran mentah dan segar. Duchess of Cambridge ini juga ada beberapa makanan sihat kegemarannya : ceviche (ikan segar yang diawet dalam jus oren atau lemon dan rempah ratus), goji berry dan salad tembikai.
Salad dan sayur-sayuran yang dimakan mentah membolehkan badan mendapat nutrien yang sempurna. Hasilnya, badan akan lebih bertenaga, kulit yang sihat dan pencernaan yang lebih baik. Tetapi perlu diingat, sentiasa basuh sayur-sayuran dan buah-buahan segar di bawah air yang mengalir sebelum dimakan.
Putera Charles
Prince Charles and Camilla Parker Bowles | Max Mumby/Indigo/Getty Images
Putera Charles terkenal untuk sentiasa memilih telur untuk sarapan pagi. Salah satu menu kegemaran beliau ialah Cheesy Baked Eggs, atau telur kukus dengan keju. Resipi ini diperbuat daripada telur, keju bayam, tomato dan krim.
Untuk info, telur adalah makanan superfood yang kaya dengan protein, vitamin B2, karotena dan selenium. Selain memberikan rasa kenyang lebih lama, telur juga merupakan makanan yang sangat berkhasiat dengan rasa yang enak.
Ads
Puteri Charlotte
Kate Middleton, Prince Louis, and Princess Charlotte | Max Mumby/Indigo/Getty Images
Seperti ibunya, Puteri Charlotte juga sudah terbiasa makan makanan yang sihat sejak kecil. Kate Middleton pernah mendedahkan bahawa anak perempuannya itu sangat suka makan buah zaitun sebagai snek.
Buah zaitun biasanya diproses menjadi jeruk atau junkfood. Buah ini kaya dengan vitamin E dan pelbagai varian antioksidan.
Camilla atau Duchess of Cornwall suka memakan sayur-sayuran dari kebunnya sendiri. Salah satu snek sihat kegemarannya ialah kacang. Kekacang mempunyai ciri anti-radang dan merupakan sumber vitamin C, E dan zink yang baik.
Ads
Prince Harry Dan Meghan Markle
Meghan Markle and Prince Harry | CREDIT: TOBY MELVILLE – WPA POOL/GETTY
Sejak berkahwin dengan Meghan Markle, Putera Harry dilaporkan mempunyai tabiat yang lebih sihat, terutamanya dalam soal diet. Seperti yang dilaporkan oleh Brightside, diet sihat Putera Harry adalah untuk memulakan hari dengan minum jus sayuran dan bersenam. Dia juga mengambil suplemen yang disyorkan oleh pakar pemakanan.
Dalam temu bual 2016, Meghan Markle telah berkata bahawa dia kadang-kadang menjalani diet vegan pada hari bekerja, manakala dia akan beralih kepada makanan lain pada hujung minggu. Menurut laporan, mengenai snek ringan yang sihat, badam dan mentega badam adalah kegemaran Meghan. Ini kaya dengan lemak sihat dan mempunyai protein berasaskan tumbuhan yang tinggi.
Walau bagaimanapun, kedua-dua Meghan dan Putera Harry suka ayam panggang. Dalam temu bual Meghan berkata, “Tiada apa-apa yang lazat (atau mengagumkan) seperti ayam panggang yang sempurna,” tambahnya.
Simple je diet sihat dorang ni kan?
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak kebelakangan ini, aktiviti mendaki gunung atau bukit telah menjadi kebiasaan dalam kalangan anak muda yang ingin ‘healing’ bersama rakan-rakan lain di hujung minggu.
Namun perlu diingatkan kepadas semua individu yang terlibat dengan aktiviti pendakian gunung untuk membuat persediaan rapi sebelum mendaki bagi mengelak daripada perkara tidak diingini.
Menerusi petikan temubual KOSMO bersama Pengerusi Persatuan Malim Gunung Perhutanan Cawangan Perak, Muzafar Mohamad baru-baru ini, antara perkara penting yang patut disediakan ialah penggunaan khidmat malim gunung bertauliah bagi mengelak risiko tersesat ketika aktiviti tersebut.
Katanya, terdapat lokasi-lokasi yang ditentukan oleh Jabatan Hutan Negeri, Taman Negeri dan Taman Negara yang mewajibkan penggunaan malim gunung yang telah melalui latihan meliputi aspek perundangan, keselamatan dan kemahiran dalam aktiviti mendaki.
“Malim juga bertindak sebagai pemberi pertolongan cemas dalam mana-mana insiden kemalangan dan mereka telah terlatih seperti apa yang berlaku di Gunung Tahan minggu lalu.
“Di samping malim memantau keselamatan peserta sepanjang aktiviti, mereka juga bertindak sebagai pemudah cara dengan mengatur jadual perjalanan, di mana harus berkhemah, berehat dan penerangan berkenaan lokasi,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jelasnya, malim gunung juga akan memastikan penggunaan laluan mendaki tidak merosakkan alam seperti membuka laluan baru sewenang-wenangnya.
Selain itu, Muzafar berkata, setiap individu yang menjalankan aktiviti mendaki terutama yang berusia 30 tahun ke atas digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala.
“Kesemua penggiat, malim gunung dan pendaki sebaiknya mengikuti mana-mana latihan khidmat bantuan awal ‘first aid’ kerana dalam mana-mana situasi pendakian atau kembara, khidmat kecemasan terhampir adalah sekitar dua jam paling dekat malah berhari-hari bagi sesebuah gunung.
“Semua yang terlibat harus membawa kit pertolongan cemas masing-masing di samping ubat-ubatan yang diperlukan untuk diri sendiri kerana hanya kita yang benar-benar tahu kesesuaian ubat-ubat dan tahap kesihatan diri,” ujarnya.
Muzafar turut mengingatkan agar peserta aktiviti lasak seperti pendakian gunung perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan diri supaya malim gunung maklum mengenai situasi tersebut.
“Peserta juga digalak memakai jam pintar yang membolehkan mereka tahu kemampuan diri seperti tahap kardiovaskular semasa pendakian.
“Pendaki juga seharusnya lebih sayangkan nyawa berbanding impian gunung masing-masing dengan mematuhi arahan malim gunung, atau arahan pihak berkuasa. Sebab ada ketikanya suatu aktiviti terpaksa dibatalkan sebelum bermula sedangkan wang telah habis dibelanja untuk permit dan persiapan,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecur liur apabila penulis menyaksikan perkongsian resipi tradisi ini. Masak lemak cili api merupakan salah satu masakan yang tidak asing bagi kita rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis dan cara pembuatannya.
Namun, pernahkan anda mencuba masak lemak cili api yang dipadankan bersama pucuk asam gelugor? Memang sedap!
Perkongsian masakan daripada SuiSan Aliezsha ini nampak menyelerakan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini juga amat ringkas dan mudah untuk dibuat. Sesuai dijadikan juadah untuk dijamah sekeluarga hujung minggu ini.
Bahan-bahan
Kelapa parut (perah untuk mengambil pati santan)
Udang
Cili Api (ditumbuk halus)
Kunyit hidup (ditumbuk halus)
Serai (dititik)
Pucuk asam gelugor
Garam (secukup rasa)
Cara membuat
Sediakan kuali, masukkan bahan yang ditumbuk lumat (cilia pi & kunyot hidup), serai yang dititik dan santan.
Kepekatan kuah bergantung kepada berapa banyak udang yang digunakan. Kalau bahannya banyak, lebihkan lagi santan.
Apabila kuah mendidih masukkan pucuk asam gelugor.
Kemudian masukkan udang.
Garam secukup rasa
Anda boleh juga masukkan asam keping namun jika tidak pun tak mengapa kerana pucuk asam gelugor sudah memiliki rasa yang masam.
Hidangan ini sesuai dipadankan bersama nasi putih dan juga ikan goreng panas-panas. Memang sedap, terangkat!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida berkongsi beberapa perkara mengenai putera sulung tersayangnya, Ammar Ahyan.
Menerusi temu bual bersama Remaja, Shahida menyifatkan remaja berusia 17 itu seorang yang pemalu dan rendah diri.
“Ammar kini berusia 17 tahun, dah besar dah anak saya kan.
“Dia seorang yang pemalu dan soft spoken, dia juga seorang anak yang sangat baik dan dengar cakap,” katanya.
Menurutnya lagi, Ammar sangat berbeza dengan adik-beradik yang lain, terutamanya dalam hal materialistik.
Selain, beliau turut meluahkan harapan agar Ammar dapat menjadi pelindung kepada adik-adiknya pada masa hadapan.
“Dia juga lain dengan anak saya yang kedua itu, Ammar ini bukan seorang yang materialistik. Nak belikan baju, dia tak nak, apa yang ada itulah dia akan pakai selagi tak koyak.
“Selain itu, saya mengharapkan Ammar menjadi seorang pelindung kepada adik-adiknya dan menjaga mereka. Ia kerana dia jenis yang penyanyang dengan adik-adiknya dan seorang abang yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Ibu kepada lima cahaya mata itu, berharap agar Ammar dapat mengambil alih tanggungjawab keluarga seandainya mereka sudah tiada.
“Jadi, saya harapkan seandainya kami sudah tiada nanti, dia akan ambil alih tanggungjawaban kami untuk melindungi dan menjaga adik-adiknya,” tambahnya.
Selain itu, Datin Seri Shahida turut menceritakan tentang minat Ammar yang tidak berfokus kepada dunia hiburan.
Ammar juga dikatakan mempunyai minat yang mendalam terhadap lagu-lagu lama, lebih-lebih lagi karya-karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Ahmad Jais.
“Ammar ini apa yang saya lihat, dia memang tidak berminat dalam dunia hiburan. Dia lebih berminat tentang isu semasa.
“Ammar juga seorang yang berpatriotik kerana sukakan lagu-lagu lama, dia mana ada layan lagu baharu ini. Dia minat lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Ahmad Jais,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!