Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mekyun pernah mendapat perhatian di media sosial kerana kepetahannya berbahasa Kelantan dan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih.

Gadis cantik berusia 24 tahun ini merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor dan kini menjadi selebriti media sosial yang banyak membuat perkongsian video di laman Tik Tok dan Instagramnya.

@mekyunnnnReply to @ashiap_____ Tengok sampai habis tau 🤣🐵 ##fyp ##fypシ ##tiktokmalaysia ##xyzbca ##foryoupage

♬ original sound – Mekyun – Mekyun 🌻

Sempena kempen #SayaRemajaMalaysia pada tahun ini, Mekyun telah pun dipilih menjadi tetamu jemputan, sekali gus berkongsi pengalamannya dibesarkan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

IKLAN

“Mekyun fasih berbahasa Melayu mungkin kerana dibesarkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Kebanyakan jiran-jiran dan rakan-rakan Mekyun adalah berbangsa Melayu. Mekyun fasih berdialek Kelantan pula kerana Mekyun pernah bersekolah di sana dan dari situ Mekyun belajar untuk bercakap bahasa Kelantan. Tambahan pula, ibu dan ayah memang asal dari sana, jadi jika ada perkataan yang sukar untuk difahami, Mekyun akan rujuk kepada mereka,” jelasnya.

Dibesarkan Dalam Masyarakat Melayu, Kefasihan Mekyun ‘Kecek Kelate’ Curi Perhatian Warganet
Foto: Mekyun

“Dekat Kelantan ada banyak sangat keunikan, antaranya termasuklah adat budaya seperi dikir barat, makanan dan wau bulan. Kalau sebut tentang makanan, Mekyun memang suka makan nasi kerabu, nasi dagang, laksam, roti titab dan banyak lagi,”

Mungkin sebelum ini ramai yang mengagumi Mekyun kerana walaupun berbangsa Cina, kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu sememangnya harus dipuji. Bagi Mekyun, sebagai seorang rakyat Malaysia, sudah menjadi kewajipan kita untuk pandai bertutur dalam bahasa Kebangsaan.

IKLAN

“Bagi pandangan Mekyun, mengapa remaja perlu berbangga bertutur dalam bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa Kebangsaan kita. Kedua, ia merupakan bahasa pertuturan antara pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya kalau kita pergi ke kedai makan, pasti ada individu yang berbangsa Cina, Melayu, India, Sabah dan Sarawak, jadi kan senang kalau cakap bahasa Melayu semua orang akan faham,” sambungnya lagi.

Dibesarkan Dalam Masyarakat Melayu, Kefasihan Mekyun ‘Kecek Kelate’ Curi Perhatian Warganet
Foto: Mekyun

Korang juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam kempen #SayaRemajaMalaysia dengan menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan oleh Majalah Remaja. Menangi RM300 dengan membalas pantun melalui fungsi ‘duet’ dan muatnaik video tersebut di laman Tik Tok korang.

IKLAN
@majalahremajaJom balas pantun mekyun @mekyunnnn untuk memenangi RM300! ##KitaMalaysia ##PantunRemaja ##BahasaJiwaBangsa ##majalahremaja ##fyp ##foryoupage♬ original sound – Majalah Remaja

Good luck guys!

https://www.youtube.com/watch?v=ONIhn-3s2s0

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI