Namun perkongsian majikan ini Hamidah Sulaiman di fbnya yang berkongsi nasib pekerjanya yang maut dalam kemalangan semalam begitu menyentuh hati.
Kalau ada usaha kita untuk membantu, bantulah agar nasib anak-anak ini dipelihara apatah lagi dua hari lagi kita akan melalui bulan Ramadan.
Baca kisah dikongsi majikan arwah.
Ini kisah anak-anak arwah staff saya yang meninggal dunia semalam. Mereka 6 beradik.
Sulung darjah 6 yang bongsu satu tahun setengah. Hari ini mereka kehilangan mama tersayang. Kematian yang amat menginsafkan.
Ini kisah mereka sekelurga.
Saya dan suami sampai ke rumah abang ipar arwah selepas solat Jumaat tadi. Jenazah belum sampai. Masih di hospital.
Suaminya di dalam penjara. Sebelum ini telah beberapa kali ditahan dan arwah yang membayar wang denda sehingga lah yang kali terakhir ini arwah sudah tidak sanggup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Arwah, mama hebat. Siapa sangka seawal jam 10 malam sudah mula membuat persiapan menyiapkan nasi lemak. Arwah menghantar nasi lemak setiap pagi ke Stesen Petronas. Pulang semula ke rumah menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Bayangkan bagaimana kalutnya setiap pagi.
Selesai menghantar anak ke sekolah, beliau terus ke tempat kerja. Bekerja sebagai cleaner di sebuah bank. Jarak perjalanan ke tempat kerja antara 30-45 minit.
Setiap sabtu dan ahad arwah akan part time pula di Sultan Salai. Juga jarak perjalanan antara 30-45 minit.
Baru saya tahu. Tiada sehari pun hari rehat buat beliau. Arwah bekerja siang dan malam untuk menampung hidup beliau 7 beranak.
Sedihnya Ya Allah bila tahu anak sulung baru berusia 12 tahun perlu menjaga sendiri adik-adik bila pulang dari sekolah. Tiada mak yang menghidangkan makan dan minum apabila balik dari sekolah. Semuanya telah disediakan mamanya dari awal pagi.
Hari ini, rezeki Allah beri pada kami. Dapat menunggu jenazah sampai ke masjid. Sepanjang menunggu saya mendengar cerita-cerita baik tentang arwah.
Ads
Sehinggalah selesai solat jenazah, apabila imam berkata bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab ‘baik’. Imam bertanya lagi. Bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab baik. Kata Imam,
Ini adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup. Sementara kita menunggu suami arwah tiba, boleh la melihat dan mencium arwah buat kali terakhir.
Hiba.
Anak-anak arwah dipimpin oleh saudara mara ke hadapan. Mereka, usianya tidak lebih 12 tahun apatah lagi si bongsu masih menyusu badan. Hampir pasti tidak faham langsung apa yang berlaku. Ajaibnya apabila melihat wajah mama mereka terkujur kaku dan tersenyum anak-anak ini menangis semahunya.
Selesai saudara mara dan sahabat melihat wajah untuk kali terakhir, kami semua diminta duduk. Menunggu sahaja ketibaan suami arwah.
Sebak
Tiba-tiba terdengar esakan dan jeritan anak arwah. Mereka meluru dan memeluk susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan masuk dari pintu masjid. Tangannya bergari sebelah. Ditemani 2 orang pegawai penjara.
Allah.. air mata ini tidak dapat aku tahan. Sungguh, cerita seperti ini hanya dalam drama. Tetapi ini benar-benar terjadi kepada orang yang aku kenali.
Suaminya terus dibawa ke hadapan jenazah. Menangis semahunya menatap wajah isteri, kemudian dibawa ke tepi dinding. Masa ini semua anak arwah memeluk ayah mereka. Barangkali rindu teramat kepada lelaki bergelar ayah ini. Si kecil juga sempat didukung ayahnya. Suasana di dalam masjid bertukar sangat hiba. Hampir semua yang ada sebak dan menangis menyaksikan momen ini.
Ads
Tidak sampai 10 minit, lelaki ini terpaksa pergi. Dia terpaksa pulang ke tempat sementaranya, penjara! Tidak dapat menghantar arwah isteri ke tempat rehatnya yang abadi.
Wahai pekerjaku yang baik budi dan berdedikasi, engkau meninggalkan senyuman di wajahmu. Sudah kerap kali kau mengadu penat pada kawan mu sekalipon tidak pernah engkau ceritakan masalah ini kepada majikanmu.
Semalam, Allah SWT merehatkan mu. Habis sudah penat mu di dunia ini bekerja siang malam, menguruskan anak-anak dan menjaga maruah suami mu sehinggakan aku majikan mu tidak tahu langsung kamu bekerja seorang diri menyara keluarga.
Wanita hebat,
Semoga Allah SWT lapangkan kuburmu menempatkan rohmu bersama orang-orang soleh.
Kuatkan lah hati anak-anak ini. Masih terniang perbualan terakhir saya bersama arwah minggu lepas di Sultan Salai, akak hantar semua anak-anak akak masuk sekolah cina. Sebab akak nak anak-anak akak pandai berdikari.
Sehingga cacatan ini ditulis, sebak masih ada. Siapalah yang akan menjaga 6 orang anak arwah sementara ayah mereka di dalam penjara. Arwah sudah tidak mempunyai bapa, ibu mertua dan ayah mertua.
.
.
Catatan saya ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, ambillah pengajaran daripada kisah benar ini.
Sebelum melakukan apa-apa yang boleh merosakkan diri sendiri, ingat juga kesan yang akan terjadi kepada anak-anak dan isteri akibat perbuatan diri sendiri.
Ads
Allah SWT susun jalan cerita seperti ini untuk memberikan pengajaran kepada kita semua yang masih bernyawa.
*SUMBANGAN DAN BANTUAN IKHLAS*
Assalamualaikum..
Terima kasih pad yg cakna & alert tentang
*6 BERADIK KEHILANGAN IBU DALAM KEMALANGAN MOTOR*
Pada 25 April 2019 (Khamis) ketika baru pulang dari tempat kerja sebagai cleaner di sebuah bank di rembau..
Anak yang sulung berumur 12 tahun (darjah 6) dan Yang bongsu berumur (setahun).
Buat sementara waktu mereka kini tinggal bersama pakcik saudara di Kampung Legong Ulu, Kota, Negeri Sembilan.
Sebarang pertanyaan lanjut atau mahu membuat sumbangan ikhlas pada anak-anak tersebut boleh berhubung dengan penjaga waris :
*NORAZILA BT SAHRAN*
(IBU SAUDARA)
No Tel: 0167534022
*SAJIRIN BIN KASSIM*
(DATUK SAUDARA)
No Tel: 0193508629
Akaun : CIMB
( 0504 000 5041205 )
Sebarang maklumat selain dari di atas adalah tidak benar sama sekali. Wallahualam..
Sekiranya tidak mampu bantu, bantulah share, semoga ada insan-insan yang dapat membantu anak-anak kecil ini dan keluarga terdekat. Allah kira semua itu walaupun kita hanya sekadar share.
C&P
Semoga semua urusan 6 beradik ni dipermudahkan oleh Allah.. Aamiin.
Al fatehah untuk arwah ibunya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada November 2022, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi telah menarik perhatian REMAJA. Demi membina masa depan negara Malaysia, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan slogan baharu “Membangun Malaysia Madani” dalam usaha .
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan perasmian amanat Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Tatakelola Yang Adil Dan Berkesan
Anwar berkata, madani merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan. Ia juga memberi makna usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai murni kekeluargaan, dan kurikulum yang juga terarah kepada pembinaan masyarakat
Pada terasnya, konsep madani mencerminkan kepercayaan dijalin antara kerajaan dan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama.
“Agenda dasar kerangka madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa tetapi menyentuh pencorakan masa depan negara.
“Ini sebagai usaha dan upaya untuk mencipta lonjakan baharu buat negara,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat selepas wacana “Membangun Malaysia Madani” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dalam pada itu dalam amanatnya, Anwar berharap persidangan Parlimen akan datang “lebih siuman, tenang dan manusiawi” daripada sebelum ini.
Beliau percaya hasil sokongan daripada pimpinan politik dalam Jemaah Menteri, kerajaan perpaduan boleh melakukannya.
“Kalau tak manusiawi, lawannya itu jelik. Jadi sebab itu saya percaya kita boleh lakukan,” katanya.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau tidak akan mencampuradukkan sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah dalam negara.
Beliau berkata, sebarang pengambilan harta negara harus dipulangkan semula.
“Harus dipulangkan kepada negara dan rakyat,” katanya.
Demi Masa Depan Generasi Akan Datang
Anwar turut mahu kegemilangan negara dimartabatkan semula demi masa depan generasi akan datang.
“Saya tegaskan semula, buka pintu hati kita selamatkan negara kita yang pernah tunjuk potensi baik. Ia mesti dimulai sekarang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata slogan baharu bukan bermaksud akan meninggalkan dasar yang lama. Katanya, idealisme itu mesti diterjemahkan kepada dasar sedia ada.
Sebelum ini, “Keluarga Malaysia” adalah slogan diperkenalkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada sesuatu mengenai vibe yang diberikan oleh pelakon cantik, Nur Fazura semalam di karpet merah Anugerah Bintang Popular-BH 31 (ABP31).
Sebelum ini, sememangnya kemunculan bae kepada Fattah Amin ini menjadi perhatian dek kerana stail Fazura yang cantik walaupun minimalis. Gayanya sedap je untuk mata akak-akak memandang dan pada masa yang sama, mengujakan peminat fesyen tanah air.
Semalam, Fazura sekali lagi memilih persalinan Rizman Ruzaini dalam busana kuning meringue ringkas pada bahagian hadapan namun mempunyai twist ala origami di bahagian belakang.
Berdasarkan komen fans di laman Instagram-nya, memang ramai yang ingin mencuba gaya tersebut.
“OMG Faz, I dah dapat idea untuk baju kahwin I!”
Tetapi, tak semua di kalangan kita yang mampu untuk memiliki dres seperti itu. Don’t worry girls! Korang masih boleh cuba untuk meniru gaya solekan dan dandanan rambut Fazura.
Instagram
Kombinasi duo jurumekap Japhet (KF) Bong dan jurudandan CKay Liow sekali lagi mencipta magis, sama seperti semasa majlis resepsi Fazura dan Fattah dulu.
KF menggunakan pembayang mata dari Chanel, pemerah pipi (blusher) dari NARS, aksesori bulu mata #bornlikethislash dari Shindesu, eyeliner dari Shiseido dan gincu dari Urban Decay.
InstagramUrban Decay Vice Lipstick – VanishedChanel Le Blanc Collection 2018
Bagi dandanan rambut pula, CKay tetap menggunakan produk dari Shwarzkopf Pro seperti yang biasa digunakannya. Sebelum ini untuk resepsi perkahwinan Fazura dan Fattah pun, CKay menggunakan koleksi produk Osis dari jenama yang sama untuk membentuk rambut fazura.
Kami juga merasakan potongan rambut Fazura yang lebih pendek daripada sebelum ini membuatkannya kelihatan lebih fresh, muda dan sofistikated. Jadi bagi yang dah bosan dengan look yang sama je, try cutting your hair shorter okay.
Apapun, tahniah kepada Fazura atas kemenangan semalam dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama. Lots of Love!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walau keputusan dibuatnya kurang popular di kalangan pemimpin dunia khususnya negara jiran Greece namun Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pasti dikenang sebagai pemimpin kesayangan ramai umat Islam khusus di negara pentadbirannya, Turki.
Ini kerana, tidak sampai sebulan menukar gereja yang juga muzium Warisan Dunia UNESCO, Hagia Sophia menjadi masjid dan umat Islam menunaikan solat Jumaat buat pertama kali selepas 86 tahun, terkini Presiden Turki itu sekali lagi mengumumkan satu lagi muzium yang dahulunya bekas gereja Ortodok menjadi masjid iaitu Muzium Kariye.
Dalam pengumuman semalam, Recep Tayyip Erdogan berkata, keputusan menukar Muzium Kariye sebagai masjid.
Bangunan berusia 1000 tahun itu sejarahnya amat mirip dengan Hagia Sophia. Keduanya berada di lokasi berdekatan di Eropah Istanbul. Sebelum dijadikan muzium, Kariye merupakan gereja Ortodok yang lebih dikenali dengan nama The Holy Saviour atau Gereja Chora.
Gereja itu dibangunkan di era Empayar Byzantine pada pertengahan abad. Di dalamnya dihiasi dengan lukisan Hari Kiamat yang memiliki nilai sejarah tinggi bagi penganut agama Kristian.
Gereja ini sempat diubah menjadi Masjid Kariye setelah penaklukan Konstantinopel pada 1453 oleh kerajaan Uthmaniyyah Turki. Ia kemudian dijadikan Muzium Kariye selepas Perang Dunia ke 2 di mana Turki berubah menjadi republik dan cara yang agak sekular selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah.
Malah sekelompok sejarahwan Amerika Syarikat membantu memulihkan marmar gereja asli dan membukanya kepada umum pada 1958.
Bagaimana pun Mahkamah Pentadbiran Tertinggi Turki telah menyetujui penukaran Muzium Kariye menjadi masjid pada November tahun lalu.
Laporan AFP memetik, Erdogan berkata, walau Muzium Kariye ditukar menjadi masjid namun ia masih boleh dilawati dan dikunjungi pengunjung. Ia sangat berbeza dengan Hagia Sophia yang ditutup hanya untuk tujuan ibadah umat islam sahaja.
Perubahan status dari muzium menjadi masjid oleh Presiden Tukri Recep Tayyip Erdogan ini tetap mengundang kritikan dari pemimpin gereja yang mengatakan kunjungan ke masjid berisiko mempersendakan perpecahan agama. Namun Turki menyakinkan tapak bersejarah ini tetap terbuka kepada umum dan sejarah Kristian tetap dilindungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!