Kes penderaan kanak-kanak kurang upaya sindrom down, Bella sememangnya mendapat perhatian ramai. Tidak kira bangsa dan agama, semuanya prihatin dan tidak jemu berkongsi perkembangan kes ini agar tidak dilupakan.
Setelah terbongkarnya keadaan Bella yang berada dalam jagaan Rumah Bonda yang kini telah disita, nasib kanak-kanak malang itu kini semakin baik dalam jagaan rumah kebajikan Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.
Terbaharu kemaskini mengenai anak syurga itu, seperti yang dimuat naik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, keadaan kanak-kanak berusia 13 tahun itu semakin baik. Dia yang berkunjung ke rumah kebajikan tersebut meluangkan masa melawat Bella dan juga penghuni yang lain pada hari raya keempat.
“Hari ini masuk hari keempat kita berhari raya. Saya meraikan hari raya keempat hari ini bersama Bella dan rakan-rakan. Bella manis dan ceria berbaju tema ungu menikmati juadah yang dihidangkan. Saya turut membawa nasi goreng kegemaran Bella yang saya masak sendiri dari rumah.
“Selain KFC, Bella memang suka nasi goreng ‘no pedas’, berselera sungguh dia menikmati hidangan-hidangan yang saya bawa. Saya juga membawa nasi impit, lemang, rendang, ayam goreng kek dan kuih muih khas buat Bella dan rakan-rakan,” kongsinya mengenai juadah yang dibawa ketika membuat lawatan.
Ujarnya lagi, “Terima kasih kepada warga kerja pusat pelindungan kanak-kanak ini yang tanpa jemu menjaga dan melindungi kanak-kanak yang ditempatkan di tempat selamat ini setiap hari. Alhamdulillah mereka dijaga dengan baik dan sempurna dari sudut keperluan fizikal dan emosi.”
Sekadar informasi mengenai Kes Bella yang mana tertuduh Siti Bainun Ahd Razali ketika ini sedang didakwa di mahkamah. Tunku Mahkota Johor dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam bulan lalu telah menyuarakan kekesalan mengenai situasi penderaan yang dialami kanak-kanak malang itu.
Kedua-dua baginda mengikuti rapat kes tersebut dan menghantar peguam sebagai pemerhati kepada kes ini. Dengan adanya sokongan dari Istana, masyarakat menjadi lebih cakna dan tidak membiarkan kes ini sekadar di angin lalu. Kebenaran harus ditegakkan dan mereka yang bersalah harus dihukum.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selalunya, pelajar yang baru saja melepasi zaman sekolah akan menjadi ‘blur’ dengan arah tuju mereka selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sedikit berbeza bagi pelajar SPM 2020 apabila mereka bakal menduduki peperiksaan bermula Isnin minggu hadapan. Lalu, tempoh ‘honeymoon’ mereka hanya boleh bermula pada akhir bulan Mac ini setelah SPM tamat.
Jika pada waktu itu korang tidak tahu hendak lakukan aktiviti apa, ataupun jika ada di antara korang yang kini sedang mempunyai masa terluang, why not korang sertai program baharu yang diperkenalkan oleh McDonald’s Malaysia.
Untuk pengetahuan, francais makanan popular ini sedang membuka pendaftaran segera untuk menyertai Program Akademi Vokasional McDonald’s (SLDN). Ia merupakan program yang akan mengajar para pesertanya skil dan kemahiran serta dikendalikan dalam mod pembelajaran secara teori (30%) dan praktikal (70%).
Jom lihat beberapa lagi syarat dan terma yang diletakkan bagi pemgambilan peserta kali ini:
1. Berusia 16 tahun dan ke atas
2. Sihat tubuh badan
3. Merupakan lepasan pelajar PT3 atau SPM
4. Berminat untuk mendalami bidang penyediaan makanan
5. Mempunyai kemahiran membaca, menulis, mengira dan memahami
6. Bersedia untuk melalui tempoh pembelajaran selama 18 bulan.
Menariknya, peserta akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dan 3 setelah mereka menamatkan program!
Bagi kami, program seperti ini bukan saja wajar disertai untuk mendapatkan kelayakan sijil tersebut tetapi ia juga akan menjadi pengalaman bermakna untuk remaja seperti korang mendapatkan skil dan kemahiran tertentu. We are sure you will have a great time!
Jika korang berminat untuk menyertai SLDN, hantarkan maklumat diri ataupun resume masing-masing ke emel McDAcademy@my.mcd.com okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam menjalani aktiviti kehidupan harian.
Sumber Gambar : Engin Akyurt from Pexels
Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina dan bangsa. Lebih teruk lagi, masalah kemurungan ini boleh berlaku sehingga berbulan-bulan atau bertahun lamanya.
Baru-baru ini, Public Health Malaysia ada berkongsi di laman facebook diantara perbezaan kemurungan dan kegelisahan. Biarpun mempunyai beberapa persamaan seperti masalah untuk tidur, kedua-dua gangguan ini mempunyai banyak perbezaan.
Situasi semasa menyebabkan ramai yang mengalami anxiety atau kebimbangan. Anda mungkin bimbang jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri atau individu disekitar anda.
Perasaan bimbang dan cemas mengundang serangan panik yang menyebabkan seseorang individu mula rasa sukar untuk bernafas dan sakit dada.
Pada waktu malam, jantung masih berdegup kencang menyebabkan seseorang individu sukar melelapkan mata.
Sementara itu, di ruangan komen juga, ramai yang berkongsi pengalaman dan kisah mereka tentang penyakit kemurungan ini. Rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa jangan takut untuk mendapatkan rawatan dan segeralah berjumpa dengan pakar.
Sumber : Public Health Malaysia
Kebimbangan berterusan boleh menyebabkan kemurungan. Namun ada juga kemurungan tanpa kebimbangan. Di sini perbezaannya.
Jangan memandang remeh dengan masalah kemurungan ini, namun diingatkan depresinya bukannya gila. Jangan takut untuk berjumpa dengan pakar, sebaliknya cuba dapatkan nasihat perubatan daripada mereka.
Wah, mesti kesemua rakyat Johor berbangga dengan kemenangan tersebut.
Anugerah Stadium of the Year merupakan sebuah anugerah yang telah diadakan sejak 11 edisi yang lalu.
Pada setiap tahun, ahli komiti daripada Stadium DB akan menyenaraikan stadium-stadium baharu dari seluruh dunia yang dilengkapi dengan kemudahan canggih, rekaan menarik dan moden serta segala ciri-ciri yang dicari oleh para pemain, pasukan dan penonton bagi menyaksikan perlawanan bola sepak dengan selesa.
Istimewanya bagi edisi 2020, stadium pertama dari Malaysia telah dicalonkan untuk anugerah tersebut. Stadium mana lagi kalau tidak lain tidak bukan Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi kubu kuat pasukan JDT.
Ia telahpun tersenarai sebagai salah satu daripada 20 buah stadium paling menarik sepanjang tahun lalu. Hasil daripada undian orang awam serta juri yang dilantik, Stadium Sultan Ibrahim berjaya dinobatkan sebagai pemenang Stadium of the Year 2020!
Menerusi muat naik di media sosial rasmi JDT, stadium tersebut telah mengatasi beberapa stadium ikonik lain dengan 21,821 undi setelah undian ditutup pada 7 Mac lalu.
Stadium DB pula berkata, lebih separuh daripada jumlah itu datang daripada rantau Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia.
Antara stadium yang berjaya ditewaskan olehnya termasuklah Education City Stadium di Qatar, Corum Sehir Stadyumu di Tuki, Batumi Stadium di Georgia, AS, Xi’an OSC Stadium di China dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan, pasukan JDT telahpun berpindah ke stadium di bandar Iskandar Puteri ini yang boleh memuatkan seramai 35,000 orang penonton itu pada 22 Februari tahun lalu.
Terletak di atas tapak seluas 11.3 hektar, ia mempunyai teknologi moden lampu spotlight LED dan lampu berwarna-warni yang dipancarkan di bahagian luar stadium.
Selain itu, Stadium Sultan Ibrahim ini juga menggunakan rumput original Zeon Zoysia yang merupakan di antara rumput berkualiti tinggi bagi perlawanan bola sepak serta menerapkan sistem perparitan air yang canggih.
Semua itu adalah hasil rekaan Saadon Architect dan ia memakan kos sebanyak RM200 juta.
Tahniah JDT!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden Byeon Woo-seok ditegur wartawan gara-gara memakai pelitup muka di Lapangan Terbang Incheon mencetuskan kemarahan peminat dan perdebatan tentang etika media.