Siapa je yang tak teringin untuk menghadiri pertunjukan fesyen jenama fesyen terkenal di bandaraya New York. Tak semua orang mempunyai akses ke dalam khemah terkenal mereka itu, inikan lagi untuk berada di kawasan belakang pentas, berjumpa dengan pereka fesyen secara personal dan digayakan sendiri oleh para stylist mereka.
Tapi tak semua orang merupakan Scha Alyahya dan Noor Neelofa.
Jika korang follow mereka di Instagram, pastinya foto serta video mereka menghadiri acara New York Fashion Week SS2020 melintas di timeline masing-masing.
Foto gegar berdua pun onz!
Amboi kemain bergaya lagi juara Dewi Remaja berdua kami ini!
Sebelum menghadiri pertunjukan fesyen terakhir oleh Marc Jacobs dan pulang ke Malaysia, Scha sempat untuk memuat naik satu foto bersama Neelofa dengan caption yang menyebut, “DR 05/06 & DR 09/10”. DR di sini membawa simbol Dewi Remaja. Aww girls, we are so proud of you both.
Korang ada OOTD kegemaran daripada Scha dan Neelofa sepanjang mereka berada di New York. Kami recap semula momen fashionable mereka di kota Big Apple itu sepanjang minggu ini.
Edisi ke-14 program realiti pencarian bakat paling ikonik di Malaysia, Dewi Remaja 2025, kembali membuka tirai dan seperti biasa, kemunculannya mencuri perhatian ramai. Namun lebih daripada sekadar pertunjukan glamor, kali ini ia mengetengahkan semangat dan keberanian gadis muda yang hadir dengan harapan dan impian.
Di sebalik keterujaan peminat setia, ruang media sosial turut dibanjiri pandangan pelbagai, khususnya terhadap penampilan dan personaliti para peserta yang hadir ke sesi uji bakat. Walaupun ada suara-suara sinis, dua figura berpengaruh dalam legasi Dewi Remaja tampil menyuntik inspirasi dengan mempertahankan semangat dan tekad peserta muda ini.
Antaranya ialah Adriana Ghafar, Naib Juara Dewi Remaja 2019, yang menerusi satu hantaran di Threads, tampil menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak dan menyeru masyarakat untuk lebih positif.
“Saya dari Dewi Remaja dan cuma nak jelaskan yang pergi ke uji bakat tu belum lagi bermakna dah sah jadi peserta mana-mana.
“Hanya 12 peserta teratas sahaja yang akan secara rasmi dianggap sebagai Dewi, okay?” katanya.
Adriana turut menyeru agar gadis muda yang berani melangkah ke uji bakat ini diberi ruang dan dihargai atas keberanian mereka.
“Apa pun, bila seorang gadis muda berani keluar dari zon selesa, itu sepatutnya kita raikan, bukan perlekehkan. Kita semua ada kecantikan masing-masing, jadi mungkin kita boleh belajar untuk lebih berlembut antara satu sama lain.
“Rasanya saya patut nyatakan dari awal. Saya sebenarnya Naib Juara Dewi Remaja 2019. Harap perkara ni dah jelas. Dan untuk semua calon Dewi yang akan datang, semoga berjaya!” coretnya lagi.
Dalam masa sama, komen positif daripada pengguna media sosial turut menegaskan bahawa menyertai Dewi Remaja bukan semata-mata soal rupa, tetapi komitmen terhadap tanggungjawab dan hala tuju diri.
“Menyertai Dewi Remaja sebagai finalis adalah satu langkah yang berani dan penuh cita-cita tapi ia hadir dengan pelbagai peluang besar, namun juga cabaran yang tidak kurang hebatnya. Sebaik sahaja anda menjadi finalis, anda bukan lagi individu biasa. Kehidupan, tutur kata, penampilan dan setiap tindakan anda akan menjadi perhatian umum.
“Menjadi finalis Dewi Remaja bukan sekadar tentang rupa paras atau populariti, ia tentang keperibadian, keteguhan diri, dan tujuan yang jelas. Jika anda sudah bersedia untuk menghadapi seluruh perjalanan ini, termasuk cabarannya, itu bermakna anda sudah pun separuh jalan ke hadapan,” komennya panjang lebar.
Turut memberikan sokongan ialah Arabella Ellen, Naib Juara Dewi Remaja 2023 yang berkongsi pandangannya di Instagram Story.
“Semua gadis yang datang ke uji bakat Dewi Remaja 2025 hadir dengan impian dan harapan.
“Mungkin ada yang tidak berjaya melepasi saringan, tapi keberanian untuk tampil dan mencuba, itu sudah cukup bermakna. Teruskan langkah, kamu sedang membina sesuatu. #DewiRemaja2025,” tulis Arabella.
Lebih 40 Tahun Menyuluh Bintang
Dewi Remaja 2025 merupakan sambutan ulang tahun ke-40 sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Ia kekal sebagai platform pencungkil bakat wanita paling berprestij di Malaysia, membuka ruang buat gadis remaja menyerlahkan potensi dalam dunia hiburan, fesyen, penyiaran dan banyak lagi.
Antara alumni terkenal yang pernah bergelar finalis termasuklah Aleeza Kassim, Scha Alyahya, Izara Aishah, Noor Neelofa, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Tracie Sinidol. Edisi 2023 pula menyaksikan Nurel Baharin dari Sarawak dinobatkan sebagai juara.
Kini, memasuki dekad keempat, Dewi Remaja terus membuktikan bahawa seorang gadis bukan sekadar dinilai dari segi rupa, tetapi melalui karakter, keberanian dan cita-cita mereka.
(Dari Kiri) Anna Jobling, Tracie Sinidol dan Shaza Bae sewaktu uji bakat musim Dewi Remaja masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak nafikan sejak dahulu lagi, rancangan pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja adalah sebuah platform buat yang bergelar remaja di luar sana untuk mengasah lagi bakat sedia ada mereka.
Ramai juga selebriti yang dilihat telah mendunia pada masa ini yang datangnya dari program tersebut. Antaranya seperti alumni terkenal, Noor Neelofa. Izara Aishah, Scha Al-Yahya, Anna Jobling, Meerqeen, Nadir Nasar dan ramai lagi.
Kini, sudah tiba masanya buat bakat baharu yang bergelar finalis Hero Dewi Remaja 2023 untuk mewarnai industri seni tempatan pula.
Bagi dua finalis kacak dan cantik jelita ini, edisi pada kali ini bagaikan selangkah buat mereka dalam menceburi bidang lakonan yang diimpikan selama ini.
Sebagai salah seorang graduan dalam bidang teater, di sini adalah titik permulaan bagi pemilik nama Azri Safix dan Nurel dalam mengejar cita-cita mereka untuk mewarnai layar skrin tempatan, pada suatu masa nanti.
NUREL
Nurelyana Bahrin, sejak kecil lagi dirinya sudah bergiat aktif dalam bidang lakonan dan tarian.
Sebaik sahaja menamatkan zaman persekolahan, anak jati bumi kenyalang, Sarawak yang lebih disapa sebagai Nurel ini telah menyambung pelajaran dalam jurusan Diploma Teater di UiTM Puncak Perdana.
Sedar minatnya dengan bidang lakonan bagaikan isi dengan kuku, kini dia menyambung pula pelajaran dalam Sarjana Muda Seni Persembahan Teater di universiti yang sama.
Baru berusia 21 tahun, pastinya ada impian yang ingin digapai olehnya terutama dalam bidang yang diminatinya sejak kecil ini.
“Saya seorang yang happy go lucky. Saya boleh ‘masuk’ dengan semua yang berada di sekeliling saya.
“Saya berasa sangat gembira dan teruja kerana inilah yang saya impikan sejak dahulu lagi. Sebelum ini saya ingin cuba uji bakat Dewi Remaja, tetapi disebabkan saya masih belajar jadi saya tidak mencuba pada ketika itu.
“Harapan saya pastinya ingin menjadi seorang anak seni, InsyaAllah. Selain itu, saya ingin tunjuk kepada semua apa yang saya ada,” katanya kepada Remaja
AZRI SAFIX
Buat pemilik nama penuh Azri Safix Mohd Razal ini pula, saat pertama kali penulis bertemu empat mata bersama finalis hero ini, bagaikan sudah mengerti apa yang ingin dicapainya sebaik sahaja tamatnya Hero Dewi Remaja 2023.
Bekas penuntut Diploma Teater di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), penulis juga yakin lakonan adalah ‘makanan’ buat pemuda berusia 22 tahun ini dalam memenuhi challenge berkaitan lakonan.
Ia kerana, Azri memaklumkan dia seorang yang mudah menjiwai watak sejak kecil dan gemar mengkaji penghayatan apabila menonton filem.
“Hasrat terbesar yang saya mahu capai selepas program realiti ini adalah ingin menjadi seorang pelakon antagonis yang hebat.
“Dalam Hero Dewi Remaja 2023 ini, saya ingin buktikan kepada orang ramai bahawa saya boleh lakukan sehingga dapat yang saya mahukan. Yang tidak percaya itu, anda tengoklah saya berada di mana sekarang ini,” tuturnya ketika ditemu bual.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi sebuah majlis ‘gender reveal’ yang dilangsungkan baru-baru ini, pelakon dan Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose berserta suaminya, Nabil Jeffri mengumumkan bahawa mereka bakal menimang bayi perempuan.
Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz jelas kelihatan teruja setelah pengumuman tersebut dilakukan menerusi letusan confetti berwarna merah jambu sebagai simbol kepada jantina bakal cahaya mata mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories oleh beberapa jemputan yang hadir, Raysha terlebih dahulu dilanda rasa sebak sewaktu menyampaikan ucapannya di hadapan tetamu termasuklah dua orang kakaknya, Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
Menurut Raysha, dia berterima kasih kepada kedua-dua pasangan ibu bapa mereka kerana telah membesarkan mereka selama ini. Sebagai bakal ibu bapa, Raysha dan Jeffri memahami tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh mereka berdua.
“Saya berharap kami boleh menjadi sebaik anda ketika membesarkan bayi ini (merujuk kepada ibu bapanya dan ibu bapa Nabil).
“Terima kasih di atas semua bantuan yang telah anda berikan kepada kami berdua. Terima kasih kerana telah membesarkan kami berdua hingga hari ini.
“Mama, papa… Nabil has been amazing. Dia merupakan suami yang baik sepanjang saya hamil. Dia sentiasa cuba menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
“Dia juga selalu kongsikan impiannya kepada saya pada setiap hari. Dia cakap, ‘Saya ingin membahagiakan kamu. Saya ingin mampu membeli apa sahaja yang kamu inginkan…’,” katanya dalam nada sebak.
Raysha dijangka akan melahirkan bayinya pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...