Khabar angin tersebut dilaporkan berpunca daripada laporan eksklusif oleh saluran media Proof, di mana mereka mendakwa bahawa orang dalaman industri tersebut yang melaporkan informasi berkenaan.
Orang dalaman tersebut melaporkan bahawa Lee Junho dan Im YoonA telah berpacaran sebelum penggambaran drama hujung minggu JTBC King The Land berlangsung.
Turut dimaklumkan bahawa kedua-duanya dikatakan memilih drama tersebut di atas sebab itu.
Ads
Sebagai tindak balas, kedua-dua agensi idola K-Pop tersebut segera mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Kedua-duanya rapat tetapi laporan bahawa mereka berpacaran adalah tidak benar.
— JYP Entertainment
Ads
YoonA rapat dengan Junho, tetapi khabar angin mereka berpacaran adalah tidak benar.
— SM Entertainment
Sebelum ini, ramai netizen mempersoalkan kesahihan laporan itu dengan ramai yang mengecam saluran media itu kerana menyiarkan laporan tersebut hanya berdasarkan khabar angin industri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo, AllKpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
"Saya tak adalah belajar sepanjang masa, tetapi.."
Sekiranya betul-betul meminati sesebuah subjek itu, tiada apa yang dapat menghalang diri seorang pelajar untuk melakukan yang terbaik.
Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar dari Kolej MARA Seremban yang terpilih di kalangan 30 pelajar Malaysia lain untuk menerima anugerah Top In World: Outstanding Cambridge Learner Awards bagi subjek Matematik. Anugerah itu diterima Raziq Kamaruddin, 18 setelah cemerlang dalam ujian Cambridge International AS Level.
Katanya kepada rakan media di BH kelmarin di Shah Alam, "Saya tak adalah belajar sepanjang masa dan mempunyai jadual pelajaran ketat. Namun saya akan pastikan ketika belajar dan mengulang kaji, saya akan berikan 100 peratus fokus.
"Sama juga semasa berehat, saya akan manfaatkan peluang itu sepenuhnya," kata bekas pelajar MRSM Baling ini.
Selain Raziq, 4 orang lagi pelajar dari Kolej MARA Seremban turut tersenarai sebagai penerima anugerah. Muhamad Danial Yamany Dicky Yamany, Muhammad Adam Abdul Rashid dan Nur Hidayah Khosim menyertai Raziq menerima anugerah Top in World dalam subjek Matematik tersebut. Manakala Muhammad Amirul Adam Mohamad Zambri menerima anugerah Top in Country dalam subjek Perakaunan.
Kini, Raziq yang bercita-cita untuk bergelar seorang akauntan satu hari nanti akan menduduki satu lagi ujian pada bulan Jun tahun hadapan untuk meloloskan diri ke sebuah universiti di United Kingdom.
Untuk pengetahuan korang, ujian Cambridge International AS Level ini diduduki lebih sejuta pelajar dari seluruh dunia bagi membolehkan mereka memasuki universiti di United Kingdom.
All the best korang!
Sumber: BHarian
Foto: Facebook Kolej MARA Seremban
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, laman web undian popular dunia hiburan Korea, KingChoice telah pun mencalonkan kategori Pelakon Lelaki Paling Kacak di Korea untuk dipilih oleh peminat mereka.
Selepas beberapa minggu undian dibuka, berikut adalah hasil undian yang diterima dan peminat telah pun memilih lelaki-lelaki dalam senarai ini sebagai 20 Pelakon Korea Paling Kacak.
Jom kita lihat siapa antara selebriti yang tersenarai.
“Menjadi nombor satu bukan segalanya, apatah lagi apabila kita perlu mengorbankan integriti diri sendiri demi mencapai kejayaan. At what cost?”
Begitulah cara pelakon muda dan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 2014/15, Arena Wan menyimpulkan mesej bermakna di sebalik drama bersiri Astro Originals, Generasi: Perfect 10 (GP10) yang menjadi naskah hit dalam kalangan penonton.
Arena Wan Umpama Bermimpi
Sebagai konteks kepada korang yang belum berkesempatan untuk mengikuti naskah daripada Home Of Originals, Astro Originals, GP10, drama lapan episod ini membawakan tema sukan gimnastik wanita yang belum pernah diketengahkan di kaca televisyen tempatan.
Siri Astro bersiri yang boleh distrim di melalui Astro GO dan aplikasi sooka, arahan Sling Ng ini majoritinya dibintangi oleh barisan pelakon perempuan termasuklah Arena sendiri, Arabella Ellen, Datin Sofia Jane, Sharifah Sakinah, Sherie Merlis, Ellyza Azizi, Aila Aziziul, Chadni Nagadurga, Dhabita Auji, Aaliyah Natasha dan Hazi Juzaili selain memperkenalkan bekas gimnas kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi dalam watak lakonan pertamanya sebagai Natasha Zahra Hadi.
GP10 mengisahkan tentang Ezie atau Ezrina Riyad Azfar yang meminati sukan gimnastik atas sokongan bapanya, Azfar (lakonan Qi Razali) dan bercita-cita menjadi seorang atlet profesional.
Ezie kemudian memohon masuk ke akademi sukan paling berprestij, PERMAI di bawah bimbingan Coach Sue (lakonan Datin Sofia Jane) dan di sana, Ezie bukan hanya perlu membiasakan diri dengan situasi baharu tetapi juga berdepan saingan gimnas sedia ada terutamanya daripada Victoria Zahra Hadi (lakonan Arabella Ellen).
Sepanjang episod keudara menerusi Astro One dan di aplikasi sooka, penonton dipersembahkan dengan kandungan yang menyentuh mengenai persahabatan, disiplin, dedikasi, tekanan yang dihadapi oleh remaja dan rasa kompetitif melampau yang sedikit sebanyak menghancurkan persahabatan yang terjalin
Tersungkur Dengan Konflik Persahabatan Disebabkan Keinginan Ekstrem
Dalam dunia sukan yang begitu subjektif seperti gimnastik yang ditayangkan dalam GP10, Ezie dan Victoria terpalit dalam konflik persahabatan disebabkan keinginan ekstrem untuk diterima oleh jurulatih mereka serta untuk diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Pada awalnya, Ezie kekal dengan integriti sebagai seorang remaja dan ahli sukan. Namun, perlahan-lahan Ezie tersungkur apabila saingan di antara mereka memuncak di gelanggang gimnastik. Jelas, Ezie memakan dirinya sendiri sehinggakan dia terlupa misi sebenarnya menyertai dunia sukan ini. Adakah pencapaian ‘Perfect 10’ selepas aksi di gelanggang boleh membayar semula nilai ego dan hasad dengki yang menjerat diri?
“Apabila kami bersama-sama menonton episod terakhir beberapa hari lalu (di acara tayangan yang berlangsung di TGV Pavilion Bukit Jalil), saya merasai pelbagai jenis emosi. Lebih-lebih lagi bila tiba di bahagian hujung episod terakhir ini di mana Ezie mengucapkan monolog, ia benar-benar membuat saya terkesan.
“Pada waktu itu, saya sedar usaha kami semua untuk menjayakan GP10 benar-benar berbaloi. GP10 menceritakan lebih daripada sekadar kisah ahli sukan. Ia menjawab persoalan bagaimana seseorang boleh bangkit selepas jatuh. Ia mengangkat nilai keberanian untuk mengakui kesalahan dan menyambut permohonan maaf seseorang apabila ia dihulurkan.”
“Peluang menjayakan watak Ezie bukan sekadar mencabar saya dari sudut lakonan. Ia turut meninggalkan kesan mendalam kerana GP10 merupakan projek pertama saya bersama Astro Originals dan Astro Shaw sebagai pelakon utama setelah saya berusaha selama bertahun-tahun.
“Saya sangat berterima kasih di atas peluang ini dan kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan kepada kami,” ujar Arena lagi.
GP10 Bawa Mesej Segar & Indah Ditonton
Kepada korang yang telahpun menonton drama bersiri GP10 dari awal hingga episod akhir, tentunya korang terkesan dengan cara sinematografi yang begitu memukau. Bukan hanya ia membawa imej segar terhadap pencinta drama dan filem tempatan, cara GP10 diceritakan dengan visual sebegitu rupa juga memudahkan orang ramai menghadam mesej yang ingin disampaikan.
Tidak hairanlah, Arena saban minggu menerima pujian yang diberikan oleh para peminat yang memuji garapan GP10 yang boleh dilayan oleh masyarakat pelbagai peringkat usia.
“GP10 umpama mimpi kerana saya akhirnya menjadi sebahagian daripada sebuah projek yang begitu besar.
“Dari episod awal hingga ke episod akhir, saya lega GP10 diterima oleh orang ramai terutamanya penonton sasaran kami iaitu remaja perempuan yang bercita-cita ingin mencapai impian mereka,” tambahnya lagi.
Buat korang yang ingin menonton semula siri premium Astro Originals Generasi: Perfect 10, jom kita strim kesemua episod secara On Demand menerusi Astro One dan di aplikasi sooka.
KREDIT FOTO: Instagram // @arenalieya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!