Pandemik Covid-19 ternyata melumpuhkan ekonomi banyak sektor terutama sekali pelancongan. Zoo Negara yang menempatkan banyak haiwan turut menerima nasib sama apabila jumlah pengunjungnya kurang dari biasa.
Ustaz Ebit Liew adalah nama yang kita semua patut tahu sebagai orang Malaysia. Kerja-kerja amal jariah yang banyak dilakukannya ternyata membuka mata kita akan nilai mengambil tahu dan saling membantu di antara satu sama lain.
Terbaru, kasih yang dia miliki bukan hanya untuk manusia namun untuk haiwan juga. Menerusi perkongsian menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit Liew menyatakan yang dia berasa sayu apabila mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana.
Ads
Perbelanjaan RM1 juta sebulan untuk makanan dan penyelenggaraan Zoo negara terjejas dek pendapatan yang menyusut semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Berkongsi kisah, dia berkata, “Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.
Ads
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara.”
Ads
Semoga jasa baik dan keprihatinan Ustaz Ebit Liew menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Kalau anda ingin menghulurkan bantuan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara, anda boleh menjadikan hidupan ini sebagai haiwan angkat menerusi program yang disediakan. Sila lawati alamat ini untuk maklumat lanjut. https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Sumber foto: Facebook Ustaz Ebit Liew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah beberapa hari kita berada di tahun 2020 dan bagi mereka yang lahir di zaman akhir 80-an dan 90-an, mesti korang masih ingat lagi bagaimana isu Wawasan 2020 dibahaskan pada waktu sekolah dulu.
Malah, ada juga sekolah yang perlu menyanyikan lagu Wawasan 2020 ketika waktu perhimpunan setiap hari.
Perkara ini turut dikongsi oleh Dr Afiq Rahim di laman twitternya apabila dia mengimbau kenangan semasa di bangku sekolah apabila perlu melukis dengan tema ‘Malaysia dan Wawasan 2020’ ketika subjek Pendidikan Seni.
Berikut merupakan thread lukisan Pendidikan Seni yang dikongsi sekitar tahun 1997-1999.
Ini antara ilustrasi pelukis tentan wajah Kuala Lumpur pada tahun 2020. Ada persamaan atau tidak?
Ilustrasi Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur 2020
Kenderaan terbang sangat sinonim pada tahun 2020
Grafiti ini memang hebat meramal masa hadapan. Pada tahun 2020, Perdana Menteri kita dapat melihat sendiri di mana hala tuju Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh beliau sendiri.
Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu kita lakukan bersama bagi mencapai status negara maju.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mengangap individu yang bergelar selebriti tidak begitu bijak seperti mereka yang memilih untuk meneruskan kerjaya berdasarkan lulusan akademik seperti guru, doktor atau jurutera.
Namun begitu, stigma ini adalah tidak benar kerana ramai selebriti sebenarnya bijak tetapi masih memilih untuk menceburkan diri dalam industri hiburan.
Bukan hanya bijak, malah ada diantaranya mempunyai IQ yang sangat tinggi, hampir sama seperti IQ Albert Einstein 160. Berikut adalah nilai IQ seperti yang telah dilaporkan oleh TheRichest:
• 115-124: Rata-rata kebiasaannya (contohnya pelajar)
• 125-134: Berbakat (contohnya pelajar sarjana)
• 135-133: Sangat berbakat (intelektual)
• 145-154: Genius (contohnya profesor)
• 155-164: Genius (contohnya pemenang hadiah nobel)
• 165-179: Genius tinggi
• 180-200: Genius tertinggi
• > 200: Sangat genius
Berikut kami senaraikan antara selebriti-selebriti Korea yang mempunyai IQ tinggi.
Changmin mempunyai IQ 150, cukup tinggi dan dia dianggap genius. Changmin merupakan pelajar salah sebuah universiti terkemuka di Asia, Universiti Kyunghee dan mengambil jurusan postmodern music.
Pada tahun 2011, dia melanjutkan ijazah kedua di Universiti Konkun, salah sebuah universiti swasta yang paling komprehensif di Asia dan mengambil jurusan Filem dan Seni. Dia melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Inha.
Selebriti ini juga seorang genius akademik dengan IQ 142. Sewaktu masih belajar, dia mengekalkan tempat ketiga dalam keseluruhan skor daripada segi gred dan tidak pernah jatuh dari kedudukan 5 teratas. Cha Eunwoo merupakan presiden pelajar dan memenangi anugerah untuk pertandingan bahasa Inggeris, ujian bakat dan perbahasan.
Cha Eun Woo melanjutkan pelajarannya di Universiti Sungkyungkwan dan mengambil jurusan seni persembahan, walaupun gurunya berpendapat dia akan memasuki Universiti Kyunghee atau Universiti Seoul dalam jurusan kehakiman. Dia memilih untuk melepaskan peluang menjadi hakim untuk fokus kepada bidang nyanyian dan lakonan.
Ahli kumpulan popular BTS ini memiliki IQ 148. Semasa di sekolah menengah, RM memperoleh skor 900 daripada 990 di TOEIC, ujian standard antarabangsa yang menguji kemampuan berbahasa Inggeris kepada bukan penutur asli. Sebagai pelajar sekolah menengah, RM berada di 1% pelajar teratas dalam peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan untuk bahasa, Matematik, bahasa asing dan pengajian sosial.
Oleh kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang akademik, ibu bapa RM sangat menentang minatnya terhadap muzik. Namun, dia dapat menyakinkan ibunya dengan mengatakan “Adakah ibu ingin mempunyai anak lelaki yang merupakan rapper di tempat pertama atau pelajar di tempat ke-5?”
Kyuhyun mempunyai IQ 130 dan merupakan antara pelajar yang mempunyai kemahiran Matematik terbaik di kelasnya. Sebagai pelajar sekolah menengah, dia memenangi pingat emas di Olimpik Matematik Kebangsaan. Disebabkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, Kyuhyun didesak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang oleh ibu bapanya.
Pada awalnya, dia memilih untuk akur tetapi meninggalkannya ketika dia menyedari bahawa dia mempunyai bakat menyanyi setelah bergabung dengan sebuah band. Ayahnya sangat menentang impiannya untuk menjadi penyanyi tetapi dia memberitahu Kyuhyun, selepas anaknya diterima memasuki universiti berprestij, barulah dia akan memberikan restu.
Kyuhyun berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti paling berprestij di Korea Selatan dalam jurusan Post-Modern Music. Dia mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 2013.
Taecyeon memiliki IQ 130 dan pernah memperoleh skor penuh 990 dalam ujian TOEIC yang membuktikan bahawa dia fasih berbahasa Inggeris. Semasa di sekolah menengah di Massachusetts, Taecyeon adalah ahli kelab catur, Jazz Bang, pasukan bola sepak JV dan Pasukan Kehormatan Nasional, membuktikan kejayaan akademik dan kemampuannya bersukan.
Dia melanjutkan pelajaran di Universiti Dankook dan mengambil jurusan Pentadbiran Perniagaan. Dia kemudiannya memasuki Korea University Graduate School of International Studies mengambil major dalam Hubungan Antarabangsa.
Semasa Wendy adalah pelajar di Shattuck-Saint Mary’s di Minnesota, dia merupakan pelajar cemerlang dan seorang atlet. Dia banyak memperoleh penghargaan untuk akademik dan aktiviti berkaitan muzik. Gred terendah Wendy semasa dia di sekolah adalah B +. Pada tahun 2009, dia menerima Anugerah Presiden Obama, anugerah yang diberikan setiap tahun kepada pelajar dengan nilai cemerlang. Wendy menerima sijil dan namanya terukir di Hall of Fame sekolahnya.
Selama berada di Amerika Syarikat dan Kanada, dia dapat memilih empat bahasa: Korea, Inggeris, Perancis, dan Sepanyol. Wendy khabarnya memiliki IQ sekitar 140.
Tablo pernah belajar di beberapa buah sekolah kerana keluarganya sering berpindah. Semasa di Kanada, dia bersekolah di St. George’s School di British Columbia sebelum berpindah ke Seoul International School ketika keluarganya kembali ke Korea Selatan.
Dia diterima menjadi pelajar di Universiti Stanford, universiti keempat terbaik di Amerika Syarikat, sebagai pelajar coterminal. Dia memperoleh sarjana dalam kesusteraan Inggeris dan ijazah sarjana dalam penulisan kreatif hanya dalam tiga tahun. Semasa di Universiti Stanford, dia berada di bawah pengawasan Tobias Wolff, seorang penulis cerpen, memoiris, novelis, dan guru penulisan kreatif Amerika yang terkenal.
Tablo mempunyai IQ 160 seakan sama seperti Einstein.
Hani mempunyai IQ 145 yang dan dia sama seperti RM, memperoleh 900 dari 990 dalam ujian TOEIC dan memberitahu dia hanya menghabiskan masa selama dua bulan untuk membuat persiapan sebelum mengambil ujian tersebut.
Selain berbahasa Inggeris dan Korea, Hani belajar di luar negara di China selama setahun, dan dia fasih berbahasa Cina dengan selesa. Dia juga turut belajar bertutur dalam bahasa Jepun.
Sebagai pelajar, dia sering bertanding di triathlon dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan juga merupakan seorang perenang. Dia sebelum ini memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Triathlon Kanak-kanak Persekutuan Triathol Korea.
Uish, ternyata bukan ‘biasa-biasa’ kebijakan mereka ini. So guys, jangan pandang rendah dengan individu yang bergelar selebriti ya. Mereka mungkin mempunyai latar akademik yang korang sendiri tak pernah tahu.
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kesembilan baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku dan menjadikan kelapan-lapan peserta layak ke peringkat suku akhir.
Menerusi tema Mendonia, Ning Baizura meraih markah 73.17 peratus dengan membawakan lagu First Love nyanyian asal Hikaru Utada dan juga duet bersama Zehra Zambri menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang oleh Alyah mendapat pujian para juri.
“Ning banyak improve dan very less error. Dia juga sangat istimewa, sebab bakat dia tu kalau dia tak ada benda ‘special’ tu, tiada syarikat rakaman akan ambil dia dan dia patut maintain level yang dia ada tu,” kata Datuk Ramli M.S ketika ditemui pihak media selepas konsert Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.
Dalam pada itu, persembahan unik dari Fairuz Selamat membawakan lagu Mirai E nyanyian Kiroro No Mori bagaimanapun kurang berjaya memikat hati para juri apabila mendapat markah tercorot iaitu sebanyak 55.54 peratus.
“Bila saya sudah berada di tempat terbawah, ada banyak lagi benda perlu saya belajar dan belum gali lagi. Ini semua rezeki,” komen Fairuz ketika ditanya pihak media selepas konsert #GV11.
Sementara itu, Liza Aziz (73.16%) menerusi lagu Mas Que Nada nyanyian Jorge Ben Jor berada di tempat kedua dan Zehra Zambri (71.04%) di tempat ketiga selepas menyampaikan lagu berbahasa Arab penyanyi asal Pascale Machaalani berjudul Nour El Chams.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!