Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal, Demi Lovato, sah bergelar isteri kepada Jordan ‘Jutes’ Lutes dalam satu majlis perkahwinan romantis yang berlangsung di California pada 25 Mei lalu.
Demi Lovato atau pemilik nama Demetria Devonne ‘Demi’ Lovato (33), mula menjalin hubungan cinta bersama Jordan Lutes (34) sejak tahun 2022 selepas mereka bekerjasama dalam sebuah album dilihat mengenakan gaun pengantin istimewa rekaan Vivienne Westwood ketika berjalan menuju ke altar.
Apa yang lebih menarik, gaun pengantin dengan warna putih mutiara dengan korset yang menonjolkan siluet tubuhnya itu menjadi pilihan pelantun lagu ‘Heart Attack’ kerana rekaan yang tampak elegan dan klasik.
Dalam pada itu, di majlis resepsi turut menyaksikan Demi mengenakan busana kedua, iaitu gaun satin sutera berwarna gading dengan perincian mutiara yang dijahit tangan satu persatu.
Ads
“Gaun ini benar-benar istimewa dan membuatkan saya berasa sangat istimewa,” katanya.
Sementara itu, pasangan pengantin berkenaan turut mengadakan makan malam pra-perkahwinan sehari sebelum majlis berlangsung yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Terdahulu, Demi Lovato pernah meluahkan keterujaannya untuk berkahwin dengan Lutes dalam satu perkongsian di Instagram sempena Hari Valentine serta menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk memulakan kehidupan berkeluarga bersama suaminya.
Ads
Kredit foto: Demi Lovato Argentina
Ads
Sekadar info, Demi Lovato dan Jordan Lutes mengikat tali pertunangan pada Disember 2023 selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan.
Dalam satu temubual sebelum ini, Demi menyifatkan Jordan sebagai pasangan yang sangat menyokong dan penyayang, selain itu menyatakan bahawa hubungan mereka sangat sihat dan membahagiakan.
Menerusi perkahwinan ini, ia menandakan babak baru dalam kehidupan Demi Lovato yang sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Max Ehrich pada 2020 sebelum hubungan mereka berakhir.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend selebriti wanita popular berkahwin secara ‘mengejut’ nampaknya diteruskan lagi. Kali ini, tiba giliran penyanyi yang bermula sebagai personaliti berbakat YouTube, Elizabeth Tan.
Biarpun empunya badan masih belum mengesahkan perkara tersebut dan dilihat masih berteka-teki dengan peminat menerusi hantaran Instagram Story pada pagi ini, foto perkahwinan Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy telahpun bertebaran di media sosial sehingga menjadi bualan warganet pada pagi ini.
Foto-foto tersebut menyaksikan Lizzy dikahwinkan oleh bapanya, David Tan Suan Chew kepada lelaki pilihan berbangsa Cina yang kini dikenali sebagai Siew Jin.
Cantik dalam persalinan serba putih minimal, Lizzy dilihat girang dan tidak dapat menyembunyikan rasa gembira yang jelas terpancar pada wajahnya.
Dakwaan Lizzy telah menamatkan zaman bujang ini turut diperkuatkan oleh beberapa kenalan baik Lizzy seperti seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai @_esthygram_.
Terdahulu, Lizzy pernah menjayakan gimik berpakaian pengantin demi video klip terbaru berjudul Beku nyanyian bersama Hazama. Ramai yang ‘tertipu’ dengan gimik tersebut dan ia berjaya menjadi topik perbualan ramai warganet.
Apapun, kita nantikan sajalah perkembangan terbaru daripada Lizzy sekiranya benar dia telah berkahwin. Jika ya, congratulations sweetheart! *Berkecai lagi hati lelaki seMalaya.*