Cinta sememangnya sesuatu hal cukup misteri. Ada masanya cinta seolah-olah senang dicari, namun kadang kala banyak juga rintangan yang perlu diharungi demi mendapatkan cinta sejati.
Bak kata pujangga demi cinta lautan api sanggup diredahi. Begitulah perumpamaan yang berlaku kepada seorang lelaki Thailand ini.
Demi membuktikan cinta dan menawan hati teman wanitanya, lelaki ini sanggup berjalan kaki sejauh 1,400 kilometer merentasi Thailand demi melamar teman wanita. Dia telah memulakan perjalanan dari rumahnya di wilayah Nakhon Nayok di tengah Thailand dan menyasarkan untuk sampai ke rumah teman wanitanya di wilayah Satun, Selatan Thailand menjelang 15 Februari ini.
Tidak Pernah Bertemu
Menurut laporan The Thaiger, lelaki ini hanya mengambil masa lima bulan mengenali dan menyulam kasih bersama teman wanitanya di media sosial TikTok. Mereka dilaporkan tidak pernah bertemu secara bersemuka dan hanya bercakap secara kerap melalui panggilan video.
Malah, teman wanita lelaki tersebut telah mencabarnya untuk membuktikan cintanya dengan berjalan kaki atau berlari sehingga sampai ke Satun. Demi cinta, lelaki tersebut telah menerima cabaran itu dan terus bertolak pada Selasa lalu. Menerusi video yang dimuat naiknya pada bulan November lalu, dia menulis bahawa dia akan berlari untuk membuktikan cinta sejatinya.
Ads
“Saya akan lari untuk membuktikan sama ada cinta sejati itu wujud atau tidak. Saya akan berlari selama sebulan, bermula pada 14 Januari dan bakal tiba di destinasi pada 14 Februari, ketika hari Valentine.
“Permulaan perjalanan adalah di Empangan Khun Dan Prakarn Chon di Nakhon Nayok dan destinasinya ialah Satun. Kami bertemu di TikTok, saya akan membuktikan bahawa cinta sejati boleh ditemui di media sosial,” tulis lelaki tersebut.
Berkongsi Perjalanan Di TikTok
Lelaki itu turut berkongsikan setiap detik perjalanannya di akaun TikTok miliknya. Dia juga bersedia dengan segala kelengkapan bagi menempuh perjalanan yang panjang itu.
Pada hari ketiga, lelaki itu berkata bahawa dia agak letih berjalan dan mula berasa sakit di ototnya. Dia akan bertukar strategi daripada berjalan pada waktu siang kepada berjalan pada waktu malam kerana jalan raya pada waktu pagi terlalu sesak.
Ads
Pejalan kaki yang sedang hangat dilamun cinta itu telah mendapat perhatian ramai pengikut di media sosial. Terdapat ramai TikTokers Thailand juga mengulas mengenai videonya untuk memberi semangat kepadanya.
Dalam video terbarunya, dia kini sudah masuk hari ketujuh dalam perjalanan bertemu dengan cinta sejatinya. Dia kini berada di wilayah Phetchaburi dan mempunyai kira-kira 850 kilometer baki perjalanan lagi.
Wah, macam-macam ragam orang bercinta ini kan. Apa-apapun, memang thumbs up diberikan untuk lelaki ini!
Sumber: The Thaiger Kredit Foto: @kaocivid1970/TikTok
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semestinya, barisan frontliner petugas perubatan dan keselamatan antara individu yang bertungkus lumus memberikan khidmat bakti terbaik melawan Covid-19 di negara kita.
Terbaru, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan berita gembira buat petugas KKM dalam Sidang Media Perkembangan Covid-19 hari ini.
Selepas beberapa bulan berkhidmat tanpa henti bagi mengawal pendemik ini, frontliner akan diberikan cuti secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.
“Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir.”
Perkara tersebut disampaikan bagi memberikan masa untuk frontliner berehat sebentar dan memulihkan semangat masing-masing selepas bertungkus-lumus selama hampir 5 bulan.
“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.”
Penurunan Kes
Pengumuman tersebut dilakukan selepas melihat keadaan terkini yang semakin baik dan kes positif Covid-19 di Malaysia juga semakin menurun.
“Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan.”
Berita tersebut sudah tentu memberikan sinar kegembiraan buat para barisan hadapan yang pastinya lelah dalam menangani Covid-19 ini.
Cuti yang diberikan sudah tentu dapat meneutralkan kembali semangat juang mereka agar dapat kembali bertugas dengan lebih dedikasi selepas kembalinya dari bercuti.
Memang wajar frontliner dan wira tak didendang kita ini diberikan cuti setelah berhempas pulas menagani pandemik membawa maut ini.
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak popular sekitar tahun 80 an dan 90 an, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Os.
Lawaknya yang bersahaja tetapi cukup mencuit hati. Biarpun bergelar pelawak, namun Allahyarham semasa hayat tidak pernah mengabaikan pelajaran buat anak-anaknya.
Meniti usia 30 tahun, kematangan anak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os ini cukup menyerlah. Bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Syafiqa Hayra bukan hanya disifatkan seorang wanita cantik dan bijak bahkan memiliki keperibadian yang baik. Kalau arwah Mr Os masih ada, mesti dia bangga melihat kejayaan anak perempuannya hari ini.
Enam bulan mengikat tali pertunangan akhirnya Dr Syafiqa Hayra Mohd Yusof selamat bergelar isteri. Memilih tanggal 23 Disember 2023 untuk menamatkan zaman bujang, anak sulung daripada dua beradik ini sah menjadi suri hati jurutera kacak iaitu Ahmad Amirul Aiman Azimi dengan sekali lafaz.
Dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur, Muhammad Awal Syafrel Harez Mohd Yusof selaku adik lelaki menjadi wali kepada Dr Syafiqa Hayra.
Graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Mesir ini menerima mas kahwin RM300.
Mesra disapa Dr Hayra tampil memukau dan berseri-seri hasil sentuhan magis makeup artist, Bee Ramza. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan sama cantik sama padan dalam persalinan putih bersih bertemakan Fairy Tale.
Difahamkan busana gaun kembang yang digayakan Dr Hayra ialah cetusan inspirasi gaun perkahwinan mendiang Puteri Diana. Memang terserlah kecantikan pengantin perempuan persis seorang puteri!
Bagi ibu pengantin perempuan iaitu Rahayu Muhamed Nadzir, dia bersyukur kerana anak gadis kesayangan kini menemui teman hidup.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman belajar di kolej dan universiti merupakan waktu yang tepat untuk mana-mana pelajar jurusan fesyen mengeksplorasi segala peluang, idea dan kreativiti.
Bermacam-macam ragam pada koleksi pelajar fesyen yang dapat kita saksikan semasa pertunjukan fesyen graduasi mereka sehinggakan golongan selebriti dan pempengaruh juga terpanggil untuk menyarungkan rekaan mereka disebabkan ‘idea gila’ yang dihasilkan mereka.
Begitulah yang terjadi kepada Tal Maslavi, seorang pelajar fesyen dari Shekar College yang tela mengecap populariti di media sosial antarabangsa setelah koleksinya diperagakan di pertunjukan fesyen graduasinya.
Maslavi dengan kreatifnya telahpun melakukan modifikasi terhadap kasut kulit derby hitam biasa apabila ‘memotong’ bahagian ibu jari kasut tersebut lalu menyerlahkan ‘bahagian kek’ di dalam.
Ia sekaligus mendapat jolokan Derby Cake di seluruh internet setelah wargamaya antarabangsa teruja memilih sama ada mereka lebih menyukai kasut versi strawberi, coklat atau vanila.
Maslavi mendedahkan bahawa makna di sebalik koleksi ini sebenarnya lebih mendalam daripada apa yang kita sangkakan. “Lapisan kek pada kasut ini adalah simbol kepada realiti kehidupan kita sekarang. Tidak jelas lagi apa yang benar dan apa yang palsu.”
Selain Derby Cake, satu lagi ciptaan Maslavi telah mendapat perhatian ramai iaitu baju yang diperbuat daripada coklat putih. Sewaktu modelnya berjalan di pentas peragaan, dia dengan tidak semena-menanya telah mengigit bahagian atas baju lalu mengunyah coklat putih tersebut. Fuh, nyum!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika anda pernah mengulang lagu Tetap Dalam Jiwa berkali-kali atau kagum melihat evolusi muzik Isyana Sarasvati sejak album Explore! sehingga LEXICON, berita ini pasti...