Cinta sememangnya sesuatu hal cukup misteri. Ada masanya cinta seolah-olah senang dicari, namun kadang kala banyak juga rintangan yang perlu diharungi demi mendapatkan cinta sejati. Bagaimana pula jika sudah berusaha sepenuh hati, tetapi cinta tetap ditolak?

Hal ini berlaku pada seorang lelaki di China, demi membuktikan cinta dan
menawan semula hati bekas teman wanitanya beliau sanggup menggunakan duit tabung membina sebuah pulau khas untuk cinta hatinya.

Demi Buktikan Cinta, Lelaki Cipta Pulau Khas Guna Duit Tabung Tapi Tetap Ditolak
Sumber Gambar : CCWB

Berpisah disebabkan keluarga, pemuda bernama Xu tidak berputus ada dan kembali ke kampung halamannya di mana dia menghabiskan ratusan ribu yuan untuk membina sebuah pulau kecil berukuran 20 hingga 30 meter persegi di kampungnya.

Dia juga mengupah penduduk kampung untuk membantu membina jambatan untuk disambungkan pada pulau kecil itu dan menanam pokok dan buaian di tengah pulau. Selain itu, dia juga menanam pokok sakura sebagai simbol cinta jika menurut karya sastera klasik China.

Xu mula membina pulau itu sejak Disember 2020 dan projek siap sepenuhnya pada akhir Januari 2021.

IKLAN

 

Demi Buktikan Cinta, Lelaki Cipta Pulau Khas Guna Duit Tabung Tapi Tetap Ditolak
Sumber Gambar : CCWB

Demi Buktikan Cinta, Lelaki Cipta Pulau Khas Guna Duit Tabung Tapi Tetap Ditolak

IKLAN

“Ini adalah tempat yang ideal untuk fotografi,” katanya sambil menunjukkan latar belakang awan putih dan pergunungan yang membentuk pemandangan yang sangat indah serta menakjubkan.

Setelah mengetahui apa yang dilakukan oleh Xu, bekas teman wanitanya sangat tersentuh tetapi dia tetap menolak untuk kembali ke pangkuan Xu.

IKLAN

“Terima kasih di atas usaha dan dedikasi awak yang sangat tulus. Saya harap awak bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada saya,” katanya.

Walaupun Xu tidak berjaya menawan kembali hati bekas teman wanitanya, dia tidak menyesal dengan apa yang telah dilakukannya itu. Apa yang penting katanya, dia ikhlas dalam apa yang dilakukan dan itu sudah memadai.

Pulau tersebut kini menjadi tempat romantis yang sering dikunjungi oleh pasangan kekasih muda. Apa-apapun, memang thumbs up diberikan untuk lelaki ini!

Sumber: Chinese Daily

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI