Seorang ahli parlimen biarpun tidak lagi berada dalam blok kerajaan seharusnya tidak patah semangat dalam membantu penduduk setempat yang telah memberikan kepercayaan undian mereka. Dipilih dari suara majoriti, seorang ahli parlimen merupakan suara penduduk setempat dan juga menjadi jaguh dalam mendepani masalah yang dihadapi oleh rakyat.
YB Syed Saddiq antara ahli politik muda yang cukup disegani di Malaysia. Biarpun masih setahun jagung namun suaranya tidak pernah padam dalam membawa wadah dan juga pendapat demi kebaikan masyarakat.
Ads
Muncul dengan program khas yang dinamakan #ThrunderBOLD, pelaksanaan kali pertama dahulu telah berjaya meraih penyertaan hampir 900 orang peserta dan mengumpulkan dana sebanyak RM 200,000. Dana ini telah digunakan melalui sumbangan sebanyak 400 buah alat peranti pembelajaran kepada para pelajar.
Kini beliau sekali lagi hadir dengan kempen #ThunderBold edisi kedua. Kempen ini akan dijalankan secara atas talian dengan menawarkan kelas insentif berkaitan topik pemikiran kritis yang dikendalikan sendiri oleh YB Syed Saddiq. Kelas selama dua jam ini akan berjalan sebanyak tiga sesi berasingan iaitu pada 15, 17 dan 19 Mac 2021 dengan bayaran serendah RM 100.
Ads
Ads
Dana yang diperolehi hasil pembayaran penyertaan itu akan disalurkan sepenuhnya bagi membeli kelengkapan pakaian sekolah kepada pelajar yang memerlukan di Muar.
***P/S – Kagum dengan semangat Syed Saddiq yang sentiasa memiliki inisiatif sendiri demi membantu rakyat setempat. Beliau menggunakan kelebihan sebagai pendebat dan orator bertaraf dunia dalam meraih dana, pada masa yang sama mereka yang menyertai kelas tersebut mendapat manfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak sektor terjejas termasuklah sektor perhotelan.
Jika sebelum ini , di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama banyak hotel besar mahupun kecil mengalami kerugian dan ‘gulur tikar’. Namun PKP 2.0 ini memperlihatkan hotel Royale Chulan Bukit Bintang yang sudah lama beroperasi terpaksa membuat keputusan untuk menghentikan perkhidmatan dalam industri perhotelan buat selamanya. Hal ini dilaporkan oleh New Staits Times
Menurut info, hotel ini tamat perkhidmatan bermula semalam 11 Februari 2021
2. Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur
Antara hotel bertaraf tiga bintang di Kuala Lumpur yang popular, hotel ini juga menerima nasib yang sama kerana tidak mampu menanggu beban dan kesan pandemik, dan membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya pada bulan Januari lalu.
Tarikh tamat perkhidmatan: 29 Januari 2021
3. Hotel Equatorial Penang
Hotel Equatorial Penang merupakan salah satu hotel yang penulis suka menginap jika bercuti ke Penang. Namun, apakan daya menurut CNA, hotel gergasi dan popular yang telah beroperasi sejak 1989 di Penang ini juga akan menamatkan perkhidmatannya dalam industri perhotelan kerana perniagaan tidak lagi mampu menanggung kos kerugian sepanjang serangan pandemik ini.
Tarikh tamat perkhidmatan: Sebelum 31 Mac 2021
4. Hotel The Puteri Pacific Johor Bahru
Dipetik dari New Straits Times, satu lagi hotel gergasi di Johor Baru iaitu The Puteri Pacific yang telah beroperasi sejak tahun 1991, juga menamatkan perkhidmatannya pada tahun lalu.
Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Ogos 2020
5. Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel popular berusia 35 tahun ini juga menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 2020 kerana tidak mampu menampung kerugian sepanjang pandemik.
Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Jun 2020
6. Berjaya Tioman Resort Pahang
Salah satu resort yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara ini juga, memberhentikan perkhidmatan setelah 50 tahun beroperasi pada tahun lepas.
Tarikh tamat perkhidmatan: 15 Jun 2020
Sungguh ramai yang bergelut untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika korang antara individu yang masih berkemampuan, marilah kita bersyukur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rempah dalam kari, kurma dan paneer rupanya bantu turunkan berat badan ideal. Terdapat bukti saintifik terkini yang menunjukkan bahawa rempah-rempah yang biasa digunakan dalam masakan kita seperti kunyit, halia, jintan, ketumbar dan campuran rempah kari boleh menyokong usaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Topik rempah untuk kekalkan berat badan kini semakin mendapat perhatian kerana ramai ingin mencari pendekatan natural dan mudah di dapur.
Foto Via Pexels
Untuk ramai remaja, isu berat badan ideal sering menjadi kebimbangan sama ada kerana mahu kekal aktif, moden, atau rasa yakin dengan diri sendiri. Kajian menunjukkan bahawa selain daripada latihan dan kawalan pemakanan, pemilihan bahan masakan juga boleh memainkan peranan. Rempah-rempah yang lazim dalam hidangan seperti kari, kurma dan paneer bukan sahaja memberi rasa yang sedap, malah mempunyai manfaat kesihatan tertentu.
Apa Kajian Tunjukkan?
Satu ulasan sistematik terhadap penggunaan herba dan rempah dalam kajian klinikal mendapati bahawa rempah seperti kunyit (turmeric), halia (ginger), kayu manis (cinnamon), jintan (cumin) dan coriander mempunyai bukti yang menyokong pengawalan berat badan atau komponen metabolik seperti rintangan insulin atau lemak badan. Penemuan ini menguatkan lagi kefahaman bahawa rempah untuk kekalkan berat badan bukanlah mitos tetapi mempunyai asas saintifik.
Kajian juga menunjukkan bahawa apabila hidangan tinggi lemak dan karbohidrat (contoh: masakan ala Barat yang berat) ditambah dengan campuran rempah yang agak besar (contoh 6 g campuran rempah) ia boleh mengurangkan tindak balas keradangan selepas makan.
Penjelasan popular media menyebut bahawa rempah seperti kunyit dalam kari membantu mempercepat metabolisme dan mengurangkan lilitan pinggang, walaupun perubahan itu sederhana.
Foto Via Pexels
Kenapa Hidangan Seperti Kari, Kurma & Paneer Penting?
Hidangan-hidangan seperti kari, kurma daging dan paneer masala biasanya menggunakan pelbagai rempah bukan satu jenis sahaja. Dengan gabungan rempah ini, mereka menyediakan lebih banyak “bioaktif” yang dapat menyokong metabolisma, anti-keradangan dan penghadaman.
Ditambah pula, jika hidangan disediakan secara lebih sihat (kurang minyak, banyak sayur, gunakan protein berkualiti) maka ia boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang. Inilah sebabnya rempah sering digandingkan dengan gaya hidup sihat dalam perbincangan tentang rempah untuk kekalkan berat badan.
Perkara Penting Untuk Ditegaskan
Walaupun rempah mempunyai manfaat, ia bukan pengganti diet seimbang dan aktiviti fizikal. Kajian menegaskan bahawa diet keseluruhan adalah pendorong utama obesiti — bukan hanya kurang bersenam.
Kualiti penyediaan hidangan sangat penting. Contoh: kari yang berkuah santan pekat dan banyak minyak mungkin tinggi kalori walaupun rempah memang ada, tetapi keseluruhan hidangan tetap boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan.
Kebanyakan kajian adalah kecil atau dalam jangka masa sederhana “peningkatan sederhana” seperti pengurangan lilitan pinggang sekitar 2 cm atau kehilangan ~2 kg dilaporkan. Contoh: pengambilan kunyit atau curcumin dalam kajian menunjukkan penurunan ~2 kg berat badan dan lilitan pinggang ~2.5 cm.
JINTAN hitam sering digunakan dalam masakan kari dan kurma. – AGENSI
Tip Praktikal Untuk Remaja
Bila makan kari, kurma atau paneer: pilih versi yang lebih ringan macam banyak sayur, protein seperti daging tanpa lemak atau paneer rendah lemak, dan kurangkan santan atau minyak tebal.
Gunakan rempah-rempah secara aktif: pastikan ada kombinasi seperti kunyit + ketumbar + jintan + halia, bukan sekadar rempah ringan.
Perhatikan saiz hidangan nasi atau roti. Rempah membantu tetapi bukan kompensasi untuk kuantiti karbohidrat yang besar.
Pastikan gaya hidup aktif dengan melakukan senaman atau aktiviti harian membantu metabolism dan menjadikan rempah tersebut lebih berkesan.
Untuk remaja yang rasa sukar kawal berat badan: mulakan dengan “modifikasi” kecil dalam resepi harian daripada satu perubahan kecil boleh jadi rutin besar. Inilah cara paling mudah memanfaatkan rempah untuk kekalkan berat badan tanpa rasa terbeban.
Kesimpulan
Jadi, buat kamu yang suka makan makanan berperisa seperti kari, kurma atau paneer — bagus! Dengan sedikit bijak dalam penyediaan dan memilih bahan, rempah-rempah itu memang boleh membantu menyokong usaha kekalkan berat badan ideal.
Ingat: bukan rempah yang ajaib, tetapi cara kita menggunakan rempah + pemilihan bahan + gaya hidup yang beri kesan. Pemahaman tentang rempah untuk kekalkan berat badan boleh membantu remaja membuat pilihan lebih bijak di dapur.
Jom ubah dapur kita jadi “dapur cerdik” — sedap, menyihatkan dan sesuai untuk remaja yang aktif dan ingin kekal yakin dengan dirinya.
Kerisik Recipe Manager bermula dengan satu niat yang sangat sederhana seorang lelaki mahu memudahkan isterinya membaca resipi. Hari ini, aplikasi itu perlahan-lahan berubah menjadi sebuah ‘hub’ resipi influencer yang semakin mendapat perhatian ramai.
Dalam dunia hari ini, resipi bukan lagi tersimpan dalam buku tebal di dapur. Semuanya sudah beralih ke platform seperti Reels, TikTok dan Shorts.
Kita swipe untuk inspirasi, pause untuk tengok sukatan, kemudian rewind semula sebab terlepas langkah. Nampak remeh, tetapi ketika memasak dengan tangan yang basah atau berminyak, proses ulang-alik itu sebenarnya sangat mengganggu.
Dari situlah tercetusnya idea membina Kerisik sebuah aplikasi yang menyusun resipi daripada internet dan media sosial ke dalam bentuk teks yang lebih kemas dan mudah dirujuk.
Bermula Dengan Masalah Kecil Dalam Rumah Tangga
Kerisik Recipe Manager dibangunkan oleh seorang software developer, Hafizuddin Sharif. Menariknya, beliau sendiri mengakui tujuan asal membina aplikasi ini bukan untuk mengejar populariti atau menjadikannya sebuah startup besar.
Semuanya bermula kerana isterinya kerap menggunakan resipi dalam bentuk video ketika memasak, namun format video memerlukan pengguna pause dan play berulang kali hanya untuk memastikan sukatan bahan atau langkah memasak tepat.
Niatnya cukup ringkas mahu menjadikan resipi lebih mudah dibaca dalam format yang lebih praktikal di dapur.
Penting untuk difahami, aplikasi ini bukan memaparkan video dalam platformnya. Ia tidak memainkan atau menstrim semula kandungan tersebut, sebaliknya menyusun maklumat resipi dalam bentuk nota bertulis lengkap dengan senarai bahan dan langkah demi langkah.
Dengan cara ini, pengguna tidak perlu lagi menonton keseluruhan video semata-mata untuk mencari satu sukatan atau memastikan turutan langkah yang betul.
Segalanya dipersembahkan dalam paparan yang lebih tersusun dan mesra pengguna.
Alat Bantu, Bukan Pesaing Pencipta Kandungan
Daripada satu masalah kecil dalam rumah tangga, lahirlah satu solusi yang rupa-rupanya relevan untuk ramai orang lain.
Untuk mak-mak bekerja, pelajar atau sesiapa sahaja yang memasak dalam keadaan tergesa-gesa, fungsi ini sangat membantu.
Video masih penting untuk memahami teknik dan visual masakan, namun ketika proses memasak sedang berlangsung, teks selalunya lebih efisien dan praktikal.
Setakat ini, majoriti respon netizen terhadap aplikasi ini cenderung positif. Ramai melihatnya sebagai alat bantu, bukan pesaing kepada pencipta kandungan asal.
Malah ada yang berpendapat aplikasi seperti ini boleh membantu meningkatkan discoverability resipi dan secara tidak langsung membawa trafik kepada pencipta asal. Sejak mula disebut di Threads dan media sosial, semakin ramai pengguna mula mencari Kerisik di App Store dan Play Store.
Apa yang bermula sebagai usaha memudahkan seorang isteri kini berkembang menjadi satu platform yang menghimpunkan pelbagai resipi dalam satu ruang yang lebih teratur.
Ia mencerminkan perubahan cara kita mengonsumsi kandungan hari ini kita suka menonton video untuk mendapatkan inspirasi, tetapi tetap memerlukan teks untuk memastikan praktikaliti.
Sama ada aplikasi ini akan terus berkembang atau kekal sebagai niche tool, satu perkara jelas, ia membuka perbincangan tentang bagaimana kandungan digital boleh diolah semula untuk memenuhi keperluan pengguna dengan lebih efektif.
Sumber : Thread mya_dahari, sharippu_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!