Setelah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Januari 2022 lalu, pempengaruh dan YouTuber Athisha Khan, 24 tidak menunggu tempoh yang lama untuk menamatkan zaman bujang.
Seperti yang pernah diberitahu oleh Athisha kepada REMAJA beberapa hari lalu, dia dan pasangan; Wan Amirul Haiqal enggan mengikat tali pertunangan untuk tempoh yang terlalu lama. Keputusan tersebut juga telah dilakukan atas nasihat dan pandangan mereka yang dekat dengan diri pasangan itu.
Lantas, dengan sekali lafaz saja, adik kepada Noor Neelofa ini telah selamat bergelar isteri kepada Haiqal dalam sebuah majlis ijab kabul di Pusatu Konvensyen Sime Darby, hari ini.
Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh bapa Athisha iaitu Datuk Abdul Halim Khan di mana pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak laki dan saling menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis masing-masing setelah selamat disatukan.
Seperkara elemen istimewa yang menjadi bualan warganet terutamanya pengikut Athisha tentunya adalah dekorasi rekaan Reka Teemor yang mengubah dewan tersebut menjadi lokasi pernikahan dalam taman.
Kalau korang masih ingat, Reka Teemor juga merupakan pereka acara yang bertanggungjawab ke atas dekorasi majlis perkahwinan dua orang kakak serta abang Athisha dua tahun kebelakangan ini; iaitu majlis Mohamed Aqief, Noor Nabila Noor dan tentunya, majlis Noor Neelofa dengan reka bentuk pelamin Jabal Rahmahnya yang menjadi tular.
Untuk majlis Athisha dan Haiqal ini, pengasas Reka Teemor iaitu Faiz Sabari telah menampilkan konsep ‘Brighton Garden’ yang mungkin sekali diilhamkan daripada konsep taman Inggeris seperti yang ada di Brighton UK. Ini memandangkan hubungan pasangan tersebut telah bertambah rapat setelah mereka memilih United Kingdom sebagai lokasi melanjutkan pengajian; Athisha di University of Birmingham manakala Haiqal di Coventry University.
Sedari melangkah di pintu gerbangnya, perasaan seakan berada dalam taman dapat dirasai seperti yang korang lihat dalam foto di bawah ini.
Tambah istimewa apabila langkahan Athisha di laluan ‘aisle’ menemukannya dengan frasa ‘Till Forever’ ataupun sehingga selamanya sebelum dia berada di bawah gazebo di tengah laluan.
Ads
Hiasan pelamin Athisha dan Haiqal juga tidak kurang memukau apabila ia dipenuhi dengan pelbagai gubahan flora yang mempunyai estetika ‘taman liar’ indah.
Ads
Tambahan pula dengan pemilihan gaun serba putih rekaan Alia Bastamam Atelier hari ini, imej Athisha sebagai pengantin perempuan yang moden namun masih mempunyai nilai sentimental serta romantik cukup terserlah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Untuk ramadan pertama kami pada tahun ini, saya sudah membuat persiapan beberapa resipi masakan untuk masak bersama-sama suami”
Itulah yang dikongsikan pempengaruh popular, Dahlia Rizal apabila bercerita mengenai keterujaannya menyambut bulan Ramadan pertama bersama suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil.
Katanya, dia sudah pun menyediakan beberapa resipi masakan untuk memasak bersama suaminya bagi juadah berbuka puasa.
Menurut bekas peserta Hero Remaja itu pula, ramadan kali ini amat bermakna buatnya selain banyak membeli pakaian ‘muslim friendly’ bagi tujuan menunaikan solat sunat tarawih bersama isteri tersayang.
“Ya, bagi ramadan kali ini juga saya banyak membeli pakaian ‘muslim friendly’ seperti kurta dan abaya untuk menunaikan solat sunat tarawih.
“Ia kerana, kami sangat teruja untuk menyambut ramadan bersama sebagai suami dan isteri,” katanya kepada Remaja.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
SUMBER FOTO: Instagram Imran & Dahlia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak semua perempuan itu sama. Kalau 10 orang perempuan disusunkan dalam satu barisan, besar kemungkinan mereka semua mempunyai personaliti dan minat berbeza.
Salah satu karakter perempuan yang wujud dalam kalangan rakan-rakan kita adalah perempuan yang mempunyai karakter yang sedikit ‘kasar’.
Ramai menganggap perempuan kasar sukar didekati. Malah, ada juga lelaki yang takut-takut nak tackle awek ‘kasar’ ni.
Kasar bukan bermaksud biadap atau berkelakuan tidak baik. Cuma mereka merupakan seseorang yang agak slumber dan tak cover cun. Lebih sporting dan gila-gila.
So, ini antara 5 sebab kenapa perempuan kasar boleh menjadi pasangan yang best.
Karakter kasar selalunya ‘didatangkan’ dengan ketegasan. Dah macam buy 1 free 1 pula.Mereka enggan bergantung harap kepada lelaki.
Mereka tahu apa yang diinginkan dan melakukan semuanya sendiri. Pendek kata, kalau lelaki dapat awek macam ini memang senanglah hidup. Tak adalah nak berkepit 24 jam.
Jujur
Siapa kata perempuan complicated?
Perempuan kasar diketahui ramai sebagai seorang yang menggemari gaya hidup yang ringkas dan tidak suka berdrama. Semua benda dia akan terus terang, itulah sebab kadangkala mereka boleh terlepas cakap. Opps!
Perempuan kasar ni ada macam-macam perancangan yang best. Lelaki serious tak akan bosan kalau keluar dengan dorang ni. Asalkan ada minat yang sama, kira onz la!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang umat Islam serba tahu, pergunungan Rahmah ataupun Jabal Rahmah di kota Makkah merupakan lokasi yang sering dilawati oleh jemaah haji semasa berada di Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Jabal Rahmah juga sering dikaitkan sebagai titik pertemuan buat Nabi Adam dan isteri baginda, Hawa setelah terpisah untuk ratusan tahun selepas diturunkan ke muka bumi.
Berikutan itu, ramai pengunjung yang melawat kawasan pergunungan itu sering berdoa agar mereka ditemukan jodoh. Bagi yang telah berkahwin pula, doa yang dikirimkan tentunya adalah agar perjalanan cinta mereka seutuh cinta yang terjalin di antara Adam dan Hawa.
Maka, tidak hairanlah apabila Jabal Rahmah yang dipilih sebagai konsep gerbang pelamin di majlis akad nikah di antara Noor Neelofa dan Haris Ismail pada hari ini cukup ‘kena’ dengan ceritera cinta mereka sendiri.
Untuk pengetahuan, pereka majlis telah menggunakan empat tan bunga segar termasuklah bunga ros putih, orkid putih, baby’s breath dan empat jenis bunga lain sebagai hiasan di pelamin.
Bertahun-tahun Neelofa sendiri merasai pasang surut kisah cinta untuk akhirnya bertemu dengan sang suami, Haris yang insyaAllah akan menjadi pengemudi mereka berdua ke arah kehidupan yang lebih bahagia selepas ini.
Biarpun bertahun mencari, benarlah janji Allah SWT kepada kita bahawa takdir seperti jodoh pasti tidak akan lari jika ia telah tertulis.
Sebagai hamba yang mengharapkan pertolongan daripadaNya dalam soal jodoh, apa yang boleh kita lakukan adalah untuk berikhtiar mencari insan terbaik buat kita, terus berdoa agar si dia dipertemukan dan tentunya tawakal dengan ketentuanNya. Apabila tiba masa dan lokasi yang tepat, hadirlah insan tersebut kepada kita.
Sumber Foto : Wedlocx.co.
Seperti yang disaksikan di dewan pernikahan Neelofa dan Haris, masing-masing tenang apabila mereka berdua disatukan. Pernikahan ini bukan saja satu pencapaian hasil kesabaran dan keikhlasan diri pasangan tersebut. Ia juga merupakan permulaan ke arah perjalanan hidup yang baharu.
Jika tiga minggu masa yang diambil oleh pereka majlis, Reka Teemor untuk menyiapkan pelamin yang diilhamkan daripada siluet Jabal Rahmah ini, Neelofa dan Haris pastinya bersedia untuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengenali diri pasangan, menjadi insan yang lebih kuat dan tentunya mencipta keluarga bahagia.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.