Namanya tiba-tiba disebut dan menjadi viral kerana berjaya menakluki Annapurna Base Camp (ABC) dengan berpakaian lengkap tradisional Sarawak pada akhir November lepas.
Nancy Maria merupakan seorang bekas finalis Dewi Remaja 1997/98 yang kini sudah pun berusia 42 tahun. Walau bagaimanapun, kecantikan anak kelahiran Sarawak ini masih jelas kelihatan kerana Nancy memang seorang yang aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti sihat.
Berkongsi pengalamannya bersama suami menakluk gunung Annapurna, Nancy Maria mengakui bahawa sudah dua tahun dia mengimpikan untuk menyempurnakan ekspedisi ini. Mula merancang sejak Februari 2019, inilah kemuncak cerita suami isteri ini yang berakhir dengan realiti.
Ads
Selepas 6 hari pendakian, mereka tiba di ABC dengan selamatnya. Dengan bangganya wanita ini memakai pakaian tradisional Kaum Kayan, etnik Orang Ulu dari Uma Juman, Belanga Sarawak.
Ads
Nancy turut berkongsi foto sepanjang dalam misi pendakian tersebut.
Ads
Ternyata memang cantik sungguh pemandangan di gunung Anapura ini. Bagi korang yang nak merasai pengalaman seperti ini juga, Nancy turut berpesan agar kena ready fitness korang sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan. Banyak yang barai, helikopter berulang alik setiap setengah jam. Gerun pun ada melihatnya.
Kami juga berasa kagum melihat lifestyle Nancy yang sememangnya mengamalkan gaya hidup sihat. Moga-moga Nancy berjaya memberi lebih banyak inspirasi untuk anak muda bagi menjalani kehidupan sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Iya, doakan yang terbaik untuk saya.”
Begitulah permintaan selebriti dan usahawanita, Noor Neelofa setelah mengesahkan bahawa dia kini sedang berbadan dua.
Setelah pelbagai spekulasi bertebaran sejak awal tahun ini kononnya Neelofa sedang hamil dengan kandungan keduanya, juara Dewi Remaja 2009/10 itu dan suami, Hariz Ismail pada awalnya memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan spekulasi tersebut.
Namun kini apabila kandungan lebih stabil dan sudahpun memasuki trimester kedua, barulah mereka lebih terbuka untuk berkongsi serba sedikit mengenai bakal adik kepada Muhammad Bilal itu.
Dari kanan: Neelofa dan adiknya, Athisha Khan di majlis hari ini.
Kata Neelofa kepada Media Hiburan semasa ditemui di acara pelancaran Warisan Naelofar di Kuala Lumpur pada hari ini, “Usia kandungan kini sudah half way to go. Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja.
“Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih baru lagi. Tapi syukur, semua mendoakan saya,” ujarnya.
Tambah Neelofa lagi, dia dan suami kini sedang giat melakukan persiapan menyambut bayi kedua itu biarpun masih belum mengetahui jantinanya. Malah, mereka juga tidak kisah tentang soal jantina asalkan keadaan bayi sihat sejahtera.
“Syukur, setakat ini saya tidak ada alami alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua.
“Jadi saya sudah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semua,” tambahnya yang manis dalam persalinan serba merah jambu.
Agaknya, bayi kedua ini adalah baby girl ke ataupun masih baby boy?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa angin tanpa ribut, pertalian jodoh di antara selebriti dan usahawan, Noor Neelofa dan PU Riz semakin menghampiri jinjang pelamin dengan berlangsungnya majlis merisik pada petang tadi.
Majlis yang dilaporkan berlangsung sekitar selepas solat Asar itu melibatkan hanya kaum keluarga Neelofa dan PU Riz.
Tinjauan REMAJA di Instagram milik adik Neelofa iaitu Athisha Khan dan Ameera Khan juga menunjukkan kelibat ahli keluarga mereka bagi acara istimewa tersebut.
Hubungan di antara juara Dewi Remaja 2009/2010 dan finalis program Pencetus Ummah musim keempat itu tidak pernah dinafikan ataupun diiyakan oleh pihak mereka berdua walaupun khabar angin telah bertiup sejak awal tahun ini.
*
Kami dalam pada itu tertarik dengan titipan doa yang dimuat naik oleh mama Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed menerusi Instagram miliknya.
“Bismillahhirrohmanirohim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Syukurku padamu Ya Rabb. Saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba. Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayangan ku. Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yang akan menyokong setiap apa saja urusannya.
“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewaMu di syurgaMu nanti. Amin,” catat doa beliau.
Ia bersambung dengan ucapannya kepada Neelofa berbunyi, “Neelofaku sayang. Jantung hatiku, intan permataku. Setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang. Mama loves you very much.”
Walaupun ini merupakan caption awal yang dimuat naik oleh Datin Noor Kartini, ia bagaimanapun telah ditukar kepada emoji hati atas sebab yang hanya diri beliau ketahui.
Apapun, kami gembira dengan restu yang diperolehi oleh Neelofa dan PU Riz daripada keluarga mereka sebelum melayari fasa seterusnya. After all, it is very important to get their blessings in anything.
Menurut laporan rakan media, mereka dijangkakan bakal melangsungkan ijab kabul sekitar Mac 2021. Tanpa perlu berlengah mahupun menangguh terlalu lama, tempoh masa 4 bulan itu bagi kami sempurna bagi pihak mereka berdua menyediakan persiapan secukupnya.
Diharap segala urusan yang bakal menjelang ini akan berjalan lancar teruttamanya dalam musim PKPB di Lembah Klang sekarang.
Semasa berada dalam mana-mana pertandingan, tentulah adat untuk bersaing itu perlu ada. Tetapi setelah tamat pertandingan, adakah persaingan itu masih wujud di antara mereka?
Pemenang tempat kelima pencarian Dewi Remaja 2019, Tengku Shatirah Amanda binti Tengku Ahmad Badrulddin atau lebih mesra dikenali sebagai Shatira Amanda menidakkan perlunya persaingan di antara mereka walaupun masing-masing terlibat dalam industri seni yang sama.
12 orang finalis Dewi Remaja 2019 sewaktu malam finale, Disember tahun lalu. Shaza Bae (6 dari kanan) muncul sebagai juara edisi tersebut. Foto: IDEAKTIV
Setiap kali pencarian Dewi Remaja ataupun Hero Remaja diadakan, budaya banding-membanding di antara finalis yang berjaya menempatkan diri dalam dunia lakonan mahupun pengacaraan seakan tidak dapat dielakkan.
Persoalan siapakah yang terlebih dahulu ke hadapan, siapakah yang sedikit tercicir ke belakang akan menjadi bualan mulut. Namun bagi Amanda, dia tidak langsung memikirkan isu remeh tersebut. Malah, dia sedikit pun tidak terkesan sekiranya benar wujud perbandingan daripada mana-mana pihak.
Amanda muncul sebagai pemenang tempat kelima dalam pencarian Dewi Remaja 2019. Foto: IDEAKTIV
“Soal siapa yang naik dahulu, siapa yang menjadi pilihan produksi.. itu semua terletak pada rezeki dan usaha kita. Saya percaya, pihak produksi lebih memahami mengapa rakan-rakan Dewi Remaja saya menjadi pilihan mereka bagi sesebuah projek.
“Tak perlupun ada persaingan di antara kami. Tak perlu juga untuk saya merasa sedih sekiranya saya bermula agak lambat sebagai seorang anak seni. Each Dewi has her own goals and gold. Jika tepat masanya dan tertulis rezeki seseorang untuk berjaya, dia akan menyinar. Yang penting kami semua kekal positif dalam berusaha,” jelasnya yang baru berusia 20 tahun.
Bercakap mengenai soal rezeki, Amanda baru saja muncul dengan buah tangan drama pertama lakonannya berjudul Mummy Oja.
Mulai ditayangkan sejak semalam di saluran Awesome TV, Amanda menyifatkan peluang bergandingan dengan nama-nama besar dunia lakonan menerusi Mummy Oja adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.
Amanda muncul dalam halaman Majalah Remaja – Dewi Issue pada Januari lalu. Foto: IDEAKTIV
“Sudah tentu saya selalu teringin untuk berlakon dalam drama pertama saya. Namun, saya tak sangka akan bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Fauziah Nawi, Azhan Rani, Ali Puteh, Syiqin Kamal dan Tasha Shila. Mereka semua merupakan pelakon berkaliber jika hendak dibandingkan dengan saya yang teramatlah baru.
“However, I had the most wonderful time with them on our set. Amanda banyak belajar, ibarat seperti Amanda pergi ke kelas lakonan dan bukannya bekerja di set penggambaran.
“Ibu (Fauziah Nawi) tidak lokek memberi tunjuk ajar. Dia seorang yang akan tegur jika melihat kesalahan semasa berlakon. Namun tegurannya lembut dan tidak sesekali dalam intonasi marah,” katanya yang pernah dinilai oleh Fauziah Nawi sewaktu cabaran lakonan dalam pencarian Dewi Remaja 2019.
Tambah Amanda, menerusi drama bergenre komedi kekeluargaan ini, dia membawakan watak Anita iaitu anak bongsu yang bercita-cita tinggi ingin menjadi model antarabangsa. Amanda secara tidak langsung dapat mengaitkan dirinya yang sebenar dengan watak ini.
“Jika di rumah, Amanda boleh dikatakan seperti ‘princess’ lah bila dilayan sebegitu rupa oleh ahli keluarga yang lebih senior. Tak boleh keluar malam. Nak ambil lesen memandu pun masih ditegah. Mereka berkeras akan menghantar Amanda ke set dan tempat-tempat lain.
“Dalam drama Mummy Oja, watak Anita ini juga seakan sama apabila dia dimanjakan oleh watak-watak lain. Amanda percaya korang akan terhibur dan gelak bersama apabila menontonnya,” jelasnya lagi yang juga dikurniakan bakat bersuara lunak.
*
Jangan lupa untuk menonton drama Mummy Oja okay guys!
Kalau Amanda baru bergelar pelakon, pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2019 iaitu Mira Nazir pula semakin selesa bergelar pengacara rancangan live.