Kejohanan Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) memancarkan sinar kegembiraan buat skuad kebangsaan apabila dua jaguh terjun negara, Datuk Pandelela Rinnong dan Ooi Tze Liang masing-masing berjaya memperoleh pingat emas dalam acara 10m platform wanita dan terjun 3m papan anjal lelaki.
Pandelela berjaya mencatat kutipan mata sebanyak 324.70 manakala Tze Liang pula berjaya mencatat sebanyak 441.35 mata. Menerusi kutipan mata itu, Tze Liang mencipta rekod peribadi apabila ia merupakan catatan masa terbaiknya untuk musim ini.
“Saya rasa prestasi pada sebelah petang lebih baik dan konsisten berbanding (pusingan awal dan separuh akhir) pagi tadi, namun perlu perbaiki dari segi taktikal dan perbaiki lagi terjunan. Saya perlu pertingkatkan kecergasan kerana apabila perlu beraksi dua atau tiga pusingan dalam satu hari, ia agak mencabar dari segi fizikal.
Ads
“Bagaimanapun, pertandingan macam ini sangat baik untuk saya, selepas sebelum ini banyak pertandingan dibatalkan kerana pandemik COVID-19. Jadi, pertandingan berterusan sangat penting untuk kembali kepada normal (suasana pertandingan),” ujar Pandelela kepada media selepas majlis penyampaian pingat.
Manakala Tze Liang pula berkongsi, “”Saya gembira untuk menang emas dengan catatan peribadi terbaik musim ini pada kejohanan terakhir tahun ini, walaupun persediaan saya tidak berapa baik kerana terpaksa bahagikan masa antara latihan saya dengan tahun akhir saya di Universiti Malaya.”
Dalam acara yang dimenangi Pandelela, penerjun Australia, Milly Puckeridge (289.90 mata) dan Kim Nahyun (254.10 mata) dari Korea Selatan masing-masing menang perak dan gangsa. Manakala dalam acara yang dimenangi oleh Tze Liang pula rakan senegara, Chew Yi Wei berjaya memperoleh pingat perak dengan catatan masa 406.90 dan penerjun Australia lchlan Cronin menang gangsa dngan 402.20 mata.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: BERNAMA, Kredit foto: Instagram Team Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelmarin, Azeem Fahmi berjaya memecahkan rekod kebangsaaan dengan catatan masa 10.09 saat sekaligus meleburkan rekod lama yang dicatat Khairul Hafiz Jantan yang dipegangnya sejak tahun 2016.
Seiring dengan prestasi cemerlang itu dilayak ke peringkat separuh akhir dan di pusingan tersebut dia mencatat masa 10.19 sekaligus melayakkan diri sebagai lapan peserta akhir 100m Kejohanan Olahraga Dunia bawah 20 tahun.
Saingan peringkat akhir yang berlangsung jam 7 pagi tadi menyaksikan anak jati negeri Perak ini menamatkan saingan keseluruhan dengan berada di kedudukan kelima dengan catatan masa 10.14 saat.
Berita ini disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican menerusi ciapan di laman Twitter. Ujar beliau, “Dengan catatan 10.14s, @_azeemf berjaya mendapat tempat kelima dalam final 100m @WorldAthletics U20 di Cali, Colombia! Tahniah Azeem Fahmi!”
Acara tersebut dimenangi oleh atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencipta rekod dunia mencatat masa 9.91 saat sekaligus memecahkan rekodnya sendiri yang dicatat sebelum ini dengan catatan masa 9.94 saat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi anak tempatan, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Fakhirah Khairuddin telah pun menempa kejayaan apabila berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA.
Untuk pengetahuan korang, TESLA adalah sebuah syarikat besar yang menghasilkan kereta elektrik dan solar yang berpangkalan di California USA.
Menurut perkongsian yang telah dibuat oleh Dr. Zulkifli Hussain, Fakhirah Khairuddin merupakan pelajar batch pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra. Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19′, University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21′, University of California San Diego (Tajaan University).
Kini, Fakhirah menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.
Dr. Zulkifli Hussain turut mendoakan kejayaan anak muda itu dan berharap agar beliau terus meneruskan bakti dan kepakaran walaupun berada di mana sahaja. Dr. Zulkifli juga menzahirkan bahawa Fakhirah adalah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan.
Semoga kejayaan yang dikecapi oleh anak muda ini memberikan inspirasi buat remaja di luar sana untuk terus berusaha dalam mengejar cita-cita mereka kerana tidak ada yang mustahil jika kita benar-benar bersungguh.
Semenjak atlet lompat tinggi senior negara, Lee Hup Wei mengumumkan dirinya tidak lagi akan menyertai Sukan Olimpik selepas ini biarpun baru berusia 34 tahun, rata-rata peminat sukan negara tertanya-tanya sama ada Malaysia mempunyai pelapis bagi acara lompat tinggi selepas ini.
Kita nampaknya telah mendapat jawapan bagi persoalan itu menerusi atlet kebangsaan, Nauraj Singh Randhawa.
Kelibat Nauraj tidak selalu dapat disaksikan di tanah air kerana atlet berusia 29 tahun ini memilih Jerman sebagai tapak latihannya. Bagaimanapun, beliau pernah mengharumkan nama negara dengan memperolehi pingat perak di Sukan SEA Filipina 2019.
Hari ini, Nauraj menyahut cabaran antarabangsa di kejohanan CAS di arena Stade Jean-Jacoby dekat Schifflange, Luxenbourg. Segala latihan yang dipersiapkan beliau, jurulatih dan pasukan sokongan di sana tampak membuahkan hasil apabila Nauraj berjaya memenangi pingat emas dengan lompatan 2.18 m!
Biarpun ini bukanlah catatan peribadi terbaiknya iaitu rekod lompatan 2.30m yang pernah dilakukan pada tahun 2017 di Kejohanan Terbuka Singapura, ia masih adalah satu persembahan yang wajar dipuji.
Untuk pengetahuan, Nauraj bukan lagi wajah baharu untuk menaiki podium dalam kejohanan bersiri yang dilangsungkan di benua Eropah. Pada bulan Jun lalu, anak kelahiran Johor ini pernah memenangi emas di Hungarian Grand Prix (GP) Series Tatabanya Championship dengan lompatan 2.27m. Ia juga merupakan lompatan terbaiknya pada musim ini.
Khabarnya, Nauraj akan meneruskan latihan di Jerman dan meneruskan usaha meningkatkan prestasi di sana memandangkan lebih banyak kejohanan olahraga dilangsungkan di benua tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!