Pelakon berkaliber, Uqasha Senrose sempat memberi reaksi terhadap para peserta yang hadir di uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023, yang berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur, Ahad lepas.
Menurut pelakon drama popular Perempuan Tanpa Dosa itu, mereka yang hadir bagi mencuba nasib mempunyai personaliti tersendiri.
Uqasha bagaimanapun berkata para peserta haruslah mengasah lagi bakat dan membuat persediaan terlebih dahulu, sebelum hadir ke uji bakat.
“Mereka buat bagus, sejujurnya semua yang hadir hari ini bagus. Tetapi biasalah manusia, pertama kali datang uji bakat pasti kita akan ada rasa gugup, gementar.
“Apa yang saya nampak mereka ada personaliti, bakat menyanyi dan berlakon. Cuma, mungkin mereka perlu mengasah lagi dan buat persediaan yang banyak,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu turut mengingatkan buat mereka yang hadir sebaiknya datang kerana ingin mengetengah bakat yang ada, bukanlah hanya untuk menjadi terkenal sahaja.
“Satu perkara yang penting adalah jika nak lakukan perkara ini bukan sebab mahu popular, tetapi buatlah kerana minat iaitu minat dalam lakonan, menyanyi, mengacara.
“Selepas itu, popular akan datang kemudian. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang tidak dapat, jangan sedih, down dan berputus asa,” ujarnya lagi.
Untuk informasi, uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan diteruskan di tiga negeri iaitu di Pulau Penang, Sabah dan destinasi terakhir di Selangor.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penampilan penyanyi bersuara lunak, Wany Hasrita ketika melakukan persembahan pembukaan bersama kumpulan wanita, De Fam di malam Anugerah Juara Lagu ke-37, baru-baru ini telah mencuri perhatian warganet di platform media sosial.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, selain dibanjiri puji-pujian kecantikan penampilan yang sopan dan cantik, ada segelintir peminat turut membuat spekluasi Wany kini seperti sedang hamil bayi sulung, menerusi ruangan komen.
Walaupun mengenakan busana berwarna coklat yang longgar hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Seth & Luna, mereka mendakwa perut penyanyi lagu Menahan Rindu itu kelihatan sedikit ‘kedepan’ seolah-olah menggambarkan dirinya kini sedang berbadan dua.
“Dont know why , tetapi nampak macam ada baby bump,” komen seorang warganet.
“Rasa Wany pregnant, macam nampak baby bump,” komen juga warganet lain.
“Wany macam pregnant sahaja,” tanya ringkas seorang pengikut menerusi ruangan komen.
Sekadar informasi, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin ramai yang gemar memilih pulau sebagai salah satu destinasi percutian favorite. Tapi tahukah korang bahawa terdapat beberapa perairan di dunia ini boleh membawa maut?
Walaupun pada luarannya nampak cantik, tidak bermakna ia selamat untuk dikunjungi. Lagi-lagi untuk si kaki diver.
So gaiss, sebelum memilih tempat bercuti yang rare, eloknya sekiranya korang check terlebih dahulu latar belakang tempat yang nak dituju tu. Jangan kerana hanya nak lain daripada orang lain, nyawa korang juga yang terancam nanti.
Berikut merupakan 10 perairan yang paling berbahaya di dunia yang perlu korang tahu.
1. Lake Kivu, Congo/Rwanda
Nampak sangat menenangkan tapi sebenarnya tasik ini mempunyai lapisan karbon dioksida di dalamnya dan 55 billion meter kubik metana di bahagaian bawah. Malah, jika berlaku gempa kecil juga boleh menyebabkan ledakan besar dan mampu melenyapkan lebih daripada dua juata orang yang tinggal di sekitar Kivu.
2. Drake Passage, Amerika Syarikat
Terletak di Samudera Atlantik yang terdiri daripada gunung ais. Kelajuan angin mencapai 80 batu per jam, arus yang kuat dan jika kapal melalui kawasan ini mereka akan mengalami masalah penglihatan yang kurang baik.
Laluan ini dianggap sebagai tempat pemakaman kapal kerana dah banyak kapal yang terbalik dari zaman Magellan hingga pembinaan Terusan Panama pada abad ke-20.
3. Rio Tinto, Portugal/Sepanyol
Penggalian fosil selama lebih kurang 3000 tahun menjadikan sungai ini tepu dengan tembaga, besi dan logam berat. Oleh sebab itu membuatkan air sungai ini bertukar menjadi warna merah.
4. Boiling Lake, Dominica
Tasik ini sentiasa dilitupi wap panas dan suhu airnya boleh mencecah sehingga 82 dan 91.5 darjah Celsius. Perghh, jangan kata nak berenang, nak dekat pun kena fikir 100 kali.
5. Horseshoe Lake, Amerika Syarikat
Karbon dioksida yang ada dibahagian bawah tasik ini boleh mematikan segala hidupan. Tasik ini juga pernah menjadi punca kematian empat orang, serta pokok-pokok yang tumbuh 100 ekar di sekeliling. Ok so korang boleh bayangkan tak?
6. Blue Hole, Dahab
Lautan ini mungkin menjadi tempat yang paling berbahaya untuk menyelam kerana banyak penyelam yang telah meninggal dunia di lautan sedalam 400 kaki ini. Penyebab kematian biasanya disebabkan oleh narcosis nitrogen atau kapasiti udara yang tidak mencukupi.
7. Lake Natron, Tanzania
Tasik Natron adalah salah satu daripada tasik yang paling berakali di bumi dan dilitupi dengan kerak garam yang kadangkala berwarna merah. Suhu air boleh mencapai 50 darjah Celsius di tempat-tempat tertentu dan hamper tidak sesuai untuk kehidupan. Hanya ada tiga jenis ikan yang boleh hidup disini.
8. Lake Michigan, Amerika Syarikat
Tasik ini lebih kurang sama kisahnya dengan Segitiga Bermuda kerana pernah berlakunya satu kemalangan udara yang paling dahsyat di US tanpa ada sebab yang logic.
selain itu, menurut beberapa sumber tasik ini juga sudah mengorbankan berpuluh-puluh nyawa setiap tahun oleh kerana arus kuat yang tiba-tiba muncul.
9. Jacob’s Well, Texas
Telaga semulajadi yang berukuran 30 kaki dengan air jernih adalah salah satu tempat menyelam yang paling berbahaya di dunia. Di dasarnya, ada beberapa pintuk masuk ke rangkaian gua yang luas dan boleh menyebabkan korang maut.
10. Great Blue Hole, Belize
Sinkhole di dasar laut ini terkenal sebagai habitat ikan laut dan koral yang terindah di Laut Merah. Namun, lautan ini juga dikenali sebagai salah satu kawasan selam yang paling berbahaya di dunia.
Mempunyai kedalaman 130 meter dan pembukaan sekitar enam meter, terowong gua di Blue Hole dapat menjadi perankap untuk penyelam. Selain itu, nitrogen di kedalaman yang melebihi aras selaman dapat membuatkan penyelam tidak sedarkan diri.
Bagi anda yang membesar sekitar penghujung 1990-an dan awal 2000-an pasti kenal dengan penyanyi popular ini yang suatu ketika dahulu menakluk carta muzik dengan lagu-lagu seperti Aarons Party’s, I Want Candy dan I’m All About You.
Aaron Carter yang dilahirkan pada 7 Disember 1987 ini telah ditemui mati di rumahnya di Carlifonia Selatan pada 5 November 20222. Taylor Helgeson, wakil Big Umbrella, sebuah syarikat pengurusan hiburan, mengesahkan kematian bintang terkenal itu tetapi enggan mengulas mengenai punca kematian.
Mendiang merupakan adik kepada Nick Carter, salah anggota kumpulan terkenal, Back Street Boys. Mengeluarkan album pertamanya pada usia 9 tahun, namun dia benar-benar mengecap populariti menerusi album Aaron’s Party (Come Get It) yang dihasilkan ketika dia usia 12 tahun. Album tersebut menerima jualan tinggi sehingga mencapai tiga kali platinum.
Ketika itu mendiang menjadi kegilaan remaja-remaja perempuan dan merupakan salah seorang figura yang kerap menghiasi program berkonsepkan remaja dan juga majalah-majalah khusus untuk remaja.
Mendiang Aaron kemudiannya beralih ke genre rap dan berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Dia muncul dalam program termasuk siri komedi terkenal, Lizzie McGuire dan membuat debut Broadway pada tahun 2001 sebagai JoJo the Who dalam Seussical The Musical.
itu muncul dalam program televisyen AS Dancing With The Stars pada tahun 2009 dan dalam siri realiti keluarga House Of Carters. Naskah terakhirnya sebagai seorang penyanyi adalah menerusi album LOVE yang dikeluarkan pada tahun 2017.
Ketika zaman popularnya, jejaka yang dikenali dengan masalah perhubungan dengan teman wanita pernah menjalin cinta dengan selebriti popular sepeerti Lindsay Lohan dan Hillary Duff. Kini, mendiangan meninggalkan seorang cahaya mata yang dikenali sebagai Prince yang kini berusia setahun hasil perhubungannya bersama Melanie Martin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.