Masalah gastrik bukan boleh dibuat main-main kerana mereka yang mengalami saja tahu bagaimana azabnya nak menahan rasa sakit yang datang.
Biasanya, pesakit akan mengadu pedih ulu hati, perut selalu merasa sakit, selalu sendawa dan kurang selera makan.
Menurut rootofscience, majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. Pylori yang mampu menguraikan lapisan pertahanan perut dan menyebabkan asid yang dirembes menghakis dinding perut.
Oleh kerana itu, pesakit akan merasa pedih hati malah, bakteria ini juga mempunyai kaitannya dengan salah satu punca kanser perut.
Jalan mudah yang boleh dilakukan oleh pesakit adalah dengan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya sudah sampai tahap teruk, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut dan mengambil sedikit sampel bagi mengesan kehadiran bakteria H.pylori.
Ads
Cara bunuh bakteria H.pylori
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa terdapat dua makanan yang boleh anda ambil untuk membantu menyelesaikan masalah gastrik ini. Antaranya adalah seperti:
1. Brokoli
Sayur ini mempunyai kandungan serat dan vitamin yang tinggi. Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori. Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin.
Ads
Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori.
Satu kajian telah dibuat pada tahun 2009, di mana kumpulan manusia yang terkena jangkitan H.pylori mempunyai kadar penurunan bakteria tersebut apabila makan brokoli secara kerap. Ini jelas menunjukkan bahawa brokoli merupakan salah satu makanan yang mampu untuk merawat pesakit gastrik.
Menurut kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition, yogurt mengandungi tinggi probiotik yang memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.
Ini kerana yogurt mempunyai banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang untuk menghapuskan bakteria H. Pylori dalam perut.
Kesimpulannya, kalau anda sering mengalami masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk merawat masalah tersebut, apa kata cuba makan brokoli dan yogurt dengan lebih kerap bagi membantu masalah perut anda.
Ramai yang memandang sinis bila individu bertubuh besar menyatakan hasrat ingin menurunkan berat badan. Bagi mereka, individu ini hanya hangat-hangat tahi ayam sebab dah sebati dengan ‘makanan’, mana mungkin mampu tahan nafsu makan.
Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu saudara Mohd Noor Saari Putranor baru-baru ini telah berkongsi tip diet yang dia praktikkan sehingga mencapai berat yang diingini.
Bagi Mohd Noor Bin Saari atau lebih dikenali dengan nama panggilan Noah , dia memilih untuk melakukan diet secara sihat dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menggunakan ubat-ubatan untuk kurus. Lelaki ini pernah mencecah berat sehingga 98 kg pada Ramadan tahun lepas dan sememangnya setiap kali menjelang bulan puasa dia akan cuak umpama kucing mendengar guruh kerana dia tahu beratnya akan naik kaw-kaw.
Sekarang, berat Noah sudah pun 76kg, ternyata dengan usaha yang dilakukan tanpa mengira penat dan erti putus ada dia kini memakai baju saiz M. Walapun sibuk di pejabat dengan tugasnya sebagai Pembantu Juruukur Bahan Kanan di Perbadanan Putrajaya dan menjadi suami serta ayah kepada 7 orang cahaya mata.
Lihat saja progress yang ditunjukkan daripada gambar before dan after, memang boleh jadi inspirasi buat korang yang nak menurunkan berat badan juga.
Diet Tak Ambil Gula
“Diet yang saya amalkan adalah potong terus pengambilan gula iaitu tidak mengambil langsung gula…. tak kira apa jenis gula sekalipun.. samada gula putih..merah..melaka dan lain2..”,ujar lelaki ini.
Menu Yang Diamalkan
Sarapan Pagi : telur ayam kampung 2 biji dan kurma 2 biji boleh tahan sehingga tengah hari
Tengah hari : ikan dan sayuran
Malam: oat dan buah buahan
Saya tidak mengambil nasi dah hampir 3 bulan lebih.. kini berat turun hampir 20kg
Senaman Jangan Dilupa
“Pada mulanya saya berlari dalam jarak 3km. Kemudian tambah jarak sedikit demi sedikit. Kini saya sudah boleh lari sehingga 10km. Tapi setiap hari saya akan buat sit up dan push up. Sekurang-kurangnya 30 kali waktu pagi, tengahari dan malam sehingga cukup 100kali”.
Tip Motivasi
Kini Noah gembira bukan hanya kerana dirinya semakin kelihatan muda remaja. Namun keluarganya juga kini peka terhadap kesihatan tubuh badan. Dia juga berterima kasih pada keluarga kerana sentiasa memberinya sokongan untuk menurunkan berat badan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
“Saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa saya ada anak-anak yang ramai dan wajib kekal sihat supaya dapat menjaga mereka dengan baik. Bagaimana hidup dalam keluarga besar.
Mungkin jika arwah mak masih hidup, dia pasti akan senyum dan bangga melihat perubahan saya sekarang. Sebab dulu dia selalu perli, risau dan ingatkan saya yang perut sudah semakin galak membesar. Takut sangat katanya. Isteri yang tercinta juga sangat sporting dan banyak memberikan sokongan serta inspirasi. Dialah wanita yang melahirkan anak-anak saya yang seramai 7 orang itu. Bila sudah turun berat badan, anak-anak juga semakin peka dengan kesihatan dan sudah tak berani nak minta makan fast food sebab mereka tahu abahnya dah tak makan”.
Nasihatnya kepada individu yang bertubuh besar, kita boleh turunkan berat badan sedikit demi sedikit kalau kita betul-betul nak. Jadi, jangan putus asa dan jangan berhenti. Moga perkongsian Noah dan boleh dijadikan inspirasi buat korang yang dalam perancangan untuk kurangkan berat badan tu.
Di sebalik ‘kelebihan’ plastik, ramai tak sedar plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia sehingga boleh ‘membunuh’ alam sekitar.
Memandang serius perkara ini, satu pendekatan lestari diambil jenama produk penjagaan diri dan peribadi L’Occitane telah membuka sebuah store eco-friendly di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Inisiatif itu membabitkan L’Occitane serata dunia yang mengambil komitmen untuk menyokong kepada usaha memelihara alam semula jadi selain mengurangkan kesan perubahan iklim dunia.
ISIAN semula produk menggalakkan pengurangan penggunaan plastik. FOTO Ihsan L’occitane Malaysia
Mengorak langkah ke arah masa depan bebas plastik, idea pembelian sekali dan “Botol Selamanya” ini diperbuat daripada material yang tahan lama, ringan dan 100% boleh dikitar semula. Malah, botol aluminium boleh mengurangkan kesan alam sekitar serta korang mampu menikmati faedah “mesra dompet” jangka panjang.
L’OCCITANE percaya bahawa langkah pertama mampu beri impak yang besar. Pengalaman Refill Fountain dalam kedai adalah satu perkara yang praktikal dan mudah. Serta menggalakkan pelanggan turut serta dalam komitmen kolektif kepada persekitaran.
Refill Fountain kini menawarkan isian semula untuk beberapa produk L’OCCITANE’s, buat masa ini ada dua saiz iaitu dalam 250ml & 500ml:
Langkah 1:
Anda boleh memilih untuk membawa botol L’OCCITANE anda sendiri (tertakluk kepada
pemeriksaan kesesuaian oleh Penasihat Kecantikan kami)
ATAU
Beli botol aluminium forever di kedai.
Isi semula produk kegemaran anda dengan pembantu penasihat kecantikan kami untuk
pastikan kebersihan, keselamatan dan kualiti produk yang anda isi semula.
Dengan setiap isi semula, pelanggan betul-betul dapat berjimat disamping mesra alam & mesra dompet. Paling penting, Refill Fountain di Pavilion Bukit Jalil ini telah direka bentuk khas untuk memastikan kawalan kualiti, kebolehkesanan dan piawaian kesihatan & keselamatan yang paling ketat secara sistematik diperlukan oleh L’OCCITANE.
Jom sama-sama kita menjaga bumi dan menjaga dompet kita juga…hehe
Sering ditegur sebab nampak lesu dan tak bermaya? Mata panda, eyebag atau lingkaran hitam bawah mata adalah masalah yang disering dialami terutama di bulan Ramadan ini. Maklumlah waktu malam sibuk berterawih manakala sahur pulak di awal pagi.
Walaupun ianya tidak perlu dibimbangkan, sebagai remaja pasti anda ingin wajah yang tampak mulus, berseri tanpa sebarang lingkaran hitam bukan? Haaa..korang tidak perlu risau lagi kerana Remaja telah senaraikan 5 produk berkesan untuk hilangkan isu lingkaran hitam bawah mata dan mata sembab.
L’Oreal Paris Revitalift Triple Action Anti Aging Eye Cream
Umum mengetahui jenama L’Oreal cukup diminati kerana harganya yang berpatutan dan berkesan. Anda boleh cuba krim mata ini untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata kerana ia mengandungi titanium dioxide yang bertujuan untuk melindungi daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dilengkapi dengan kepala bebola metal yang memudahkan aplikasi dan memberi kesan sejuk menyamankan apabila diaplikasikan.
Apa yang best tentang produk ini adalah ianya bebas daripada paraben, minyak mineral, dan alkohol. Cara penggunaannya juga mudah dengan memicit tiub dan memulakan sapuan di bawah mata pada setiap pagi selepas membersihkan wajah.
Jika berminat, anda boleh mendapatkannya di Watson terdekat dengan harga bermula dari RM48. Jangan lupa pakai pelindung matahari (sunscreen) untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat okay!
Nutox Eye Refiner
Krim mata buatan Malaysia ini telah terbukti keberkesanannya dek kerana lambakan testimoni yang memberikan maklum balas yang baik untuk produk ini. Namun, apa yang menarik tentang krim mata ini adalah ianya diformulasikan dengan ekstrak sarang burung sebagai salah satu bahan yang menjadi sumber semula jadi protein dan kolagen.
Nutox Eye Refiner ini tidak melekit selepas pemakaian dan selain menghilangkan eyebag dalam masa yang terdekat, ianya juga berfungsi untuk memudarkan garis halus bawah mata serta kegelapan di kawasan itu. Krim mata ini juga dihasilkan dengan biji Avena Sativa yang kaya dengan agen anti-keradangan. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, anda wajib cuba produk ini.
Setiap malam sapukan krim tersebut dengan menggunakan jari yang bersih dan lembut di bawah mata. Anda boleh dapatkannya di farmasi berdekatan dengan harga RM32 sahaja.
A.H.C Ageless Real Eye Cream For Face
A.H.C Ageless Real Eye Cream merupakan produk buatan Korea yang amat popular dan diyakini ramai. Tengok sahajalah duta dia, pelakon terkenal Kim Hye Soo yang masih kelihatan awet muda walaupun umurnya kini mencecah 52 tahun.
Setanding dengan popularitinya, krim ini boleh digunakan pada seluruh muka dan ianya diperkaya dengan kolagen hidrolisis yang dicipta hampir serupa dengan kolagen semula jadi manusia untuk memudahkan penyerapan nutrien. Bahan antioksida yang terkandung dalam krim ini juga boleh membantu menenangkan mata anda yang kelihatan penat serta mencerahkan kawasan kulit yang gelap.
Cara nak guna pun sangat mudah, anda hanya perlu sapu krim ini sesudah mencuci wajah, dan memakai pelembap. Cepat lari ke Watsons berdekatan untuk dapatkan muka yang lebih berseri dan bebas tanpa lingkaran hitam bawah mata raya ini dengan harga RM34 sahaja!
Cosmoderm Eye Treatment Gel
Krim mata dari Cosmoderm ni merupakan produk yang asyik sold out di Watson. Maklumlah kerana harganya yang berpatutan dan mengandungi bahan yang berkualiti.
Ia diperkaya dengan Koenzim Q10, Vitamin A dan juga ekstrak tumbuhan yang bertujuan untuk mencerahkan lingkaran bawah gelap, mata bengkak dan garis halus. Krim mata ini juga dapat menganjalkan kulit, mengurangkan lingkaran gelap dan menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran gelap. Paling penting produk ini tidak diuji menggunakan haiwan dan sesuai untuk semua lapisan umur.
Anda hanya perlukan sedikit sahaja kuantiti produk ketika mengaplikasikannya. Jangan pakai terlebih banyak nanti isu lain yang muncul seperti biji millia terperangkap di bawah kulit. Haaaa, guna dengan berhemah okay! Dengan harga RM20, sangatlah sesuai bagi anda yang masih belajar.
Guardian Bye Bye Puffy Eyes Mask
Mata yang penat seperti yang kita tahu akan lebih cenderung untuk mengalami masalah eyebag yang teruk. Eyebag juga merupakan kesan kurang hidrasi pada kulit, jadi masker khas untuk mata ini sangat sesuai untuk anda yang sedang berjimat dan tidak mempunyai banyak masa terluang untuk memberi perhatian penuh terhadap kondisi bawah mata anda.
Eye mask ini turut bebas daripada alkohol, paraben, dan silikon. Maka usah ragu-ragu kerana tiada bahan berbahaya dikandungi oleh produk ini. Selain itu, ia mengandungi khasiat daripada bahan yang digunakan seperti Niacinamide dan vitamin E yang bersifat anti-penuaan dan boleh mengekalkan keanjalan kulit serta mencerahkan kawasan mata.
Cara penggunaannya juga mudah dan cepat. Letakkan eye mask ini di bawah mata sesudah membersihkan wajah dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, urut wajah anda dengan lembut agar pati produk ini diserap oleh kulit dengan lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Cleveland Clinic, Watson, Shopee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.