Penggunaan Touch n Go eWallet semakin menjadi favorite masyarakat kita kerana pulangan yang diberi jika menggunakan perkhidmatan mereka sangatlah berbaloi.
Buktinya, dah banyak promosi menerusi kerjasama mereka dengan syarikat-syarikat Food & Beverages misalnya, yang memberi banyak keuntungan buat pengguna dengan diskaun menarik mereka.
Terbaru, Touch n Go eWallet telah bekerjasama dengan taman tema LEGOLAND Malaysia Resort, sesuai dengan rekod pelancongan domestik yang mencatat seramai 221.3 juta pelawat pada tahun 2018 dan dijangka terus meningkat pada tahun ini.
Hal ini membuka peluang kepada Touch n Go eWallet untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai gaya hidup tanpa tunai walaupun ketika bercuti.
Ads
Wah, syok la kalau bercuti tak perlu bawa banyak wang tunai. Bahaya juga kan!
Korang boleh menggunakan Touch n Go eWallet untuk membeli hampir apa saja dari taman tema berkenaan, seperti tiket masuk, makanan dan minuman serta barangan cenderamata.
Ads
Malah, yang menariknya korang juga bakal menikmati promosi diskaun sehingga 31 Disember 2019. Sesuai sangatlah sebab cuti sekolah pun dah nak bermula.
Ads
Antara diskaun yang korang bakal nikmati adalah seperti berikut:
Diskaun 35% untuk transaksi sehingga 4 tiket harian/tiket kombo LEGOLAND Malaysia (Dewasa/Anak/Warga Emas) yang dibeli dalam satu resit. Kemasukan hanya sah pada hari pembelian yang sama.
Promosi 10% diskaun untuk cenderamata – Promosi ini boleh dinikmati di semua kedai cenderamata LEGOLAND Malaysia Resort kecuali di kedai cenderamata hotel LEGOLAND. Promosi ini tidak boleh digunakan untuk barangan cenderamata yang sudah dikenakan diskaun.
Promosi 10% diskaun F&B – promosi ini adalah sah di semua kedai makanan di LEGOLAND Malaysia kecuali di Bricks Cafe & Bricks Restaurant di LEGOLAND Hotel. Diskaun ini tidak termasuk caj perkhidmatan yang dikenakan seperti SST.
Okay memang berbaloi. Bagi korang yang nak habiskan cuti tahunan dan tak tahu nak ke mana, mungkin LEGOLAND boleh jadi salah satu daripada lokasi pilihan.
Have fun guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kumpulan K-Pop sensasi, MONSTA X menyambut ulang tahun satu dekad dalam industri hiburan dengan menunjukkan komitmen mereka terhadap kerja amal apabila tampil menghulurkan sumbangan di bawah nama peminat setia mereka, MONBEBE. Bagaimanapun, jumlah bantuan itu tidak diumumkan dan sumbangan berkenaan difahamkan akan digunakan untuk menyediakan set makanan, lauk-pauk serta barangan runcit bagi kanak-kanak yang berdepan isu kekurangan makanan menjelang cuti musim sejuk.
MONSTA X yang dianggotai oleh Shownu, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney, dan I.M dalam satu kenyataan memaklumkan langkah murni ini hadir seiring penghargaan mereka terhadap sokongan peminat sepanjang perjalanan sebagai anak seni.
“Sepuluh tahun ini menjadi lebih bermakna kerana kami melaluinya bersama para peminat. Sama seperti MONSTA X dan MONBEBE saling memberi kekuatan, kami berharap tindakan berkongsi ini juga dapat menjadi sumber kekuatan buat sesiapa yang memerlukan,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, sejak beberapa tahun lalu, MONSTA X sememangnya aktif dalam kerja kebajikan. Pada 2020, kumpulan tersebut mula melakukan sumbangan bagi membantu keluarga berpendapatan rendah yang terkesan akibat pandemik COVID-19, sekaligus membuka ruang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada masyarakat.
Selain itu, pada bulan Mac lalu, pelantun lagu ‘Love Killa’ dan ‘Dramarama’ itu meneruskan usaha kemanusiaan mereka dengan menyalurkan 100 juta Korea Won (kira-kira RM290,000) bagi membantu penduduk dan kanak-kanak di Gyeongnam serta Gyeongbuk yang terjejas akibat kebakaran hutan. Sumbangan tersebut menjadi antara bantuan besar mereka dalam usaha membantu mangsa bencana.
Lebih menarik lagi, MONSTA X turut diiktiraf sebagai sebahagian daripada The Neighbors Honors Club, iaitu sebuah rangkaian penderma utama yang diuruskan oleh organisasi kemanusiaan Good Neighbors. Penyertaan itu mengukuhkan lagi reputasi kumpulan tersebut sebagai artis yang bukan sekadar aktif berkarya, tetapi juga memberi impak positif kepada komuniti.
Dalam perkembangan lain, MONSTA X bakal membuat kemunculan terbaru menerusi pelancaran single digital berjudul ‘Baby Blue’ pada 14 November ini, menandakan kemunculan pertama mereka selepas kira-kira empat tahun sejak album ‘The Dreaming’ pada 2021.
Sementara itu, sebagai penutup tahun 2025 yang lebih bermakna, MONSTA X turut dijadualkan membuat persembahan di ‘2025 iHeartRadio Jingle Ball Tour’ pada Disember ini, mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai salah satu kumpulan K-Pop yang terus relevan di pentas antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir 24 tahun mengabdikan diri dalam dunia gusti profesional, bintang terkenal, John Cena akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada gelanggang WWE sekaligus menutup tirai kerjaya luar biasanya dalam suasana penuh emosi yang berlangsung di Capital One Arena, Washington D.C baru-baru ini.
Sebelum ini, seperti yang telah dijangka sejak pengumuman rasmi pada Julai tahun lalu, John Cena atau pemilik nama sebenar John Felix Anthony Cena itu tampil buat kali terakhir di hadapan ribuan peminat setia yang membanjiri arena, menyaksikan detik bersejarah yang menandakan berakhirnya satu era dalam WWE.
Dalam perlawanan terakhir Cena berlangsung dalam acara khas Saturday Night’s Main Event, menyaksikan beliau berdepan Gunther dalam pertembungan berintensiti tinggi yang berlanjutan hampir 25 minit.
Pertarungan tersebut berakhir secara dramatik apabila beliau terpaksa melakukan ‘tap out’ buat pertama kali dalam sejarah kerjayanya selepas dikunci dengan ‘sleeper hold’ oleh Gunther, sekaligus memberikan penamat simbolik kepada perjalanan panjangnya sebagai seorang pejuang gelanggang.
Saat keputusan diumumkan, sorakan gemuruh bercampur sebak menyelubungi arena apabila Cena menanggalkan wristband dan kasutnya, meninggalkannya di tengah gelanggang sebagai isyarat ikonik persaraan yang cukup bermakna dalam dunia gusti profesional.
Meskipun Gunther, juara heavyweight WWE dua kali, dinobatkan sebagai pemenang, tumpuan sepenuhnya kekal kepada Cena yang berdiri lama di tengah gelanggang sambil menundukkan kepala, meluahkan rasa terima kasih kepada jutaan peminat yang setia menyokong beliau sepanjang lebih dua dekad.
Menariknya, detik menyentuh hati itu diteruskan dengan kemunculan beberapa bintang utama WWE termasuk Juara Dunia Heavyweight CM Punk dan Juara Undisputed WWE Cody Rhodes, yang menyerahkan tali pinggang kejuaraan masing-masing kepada Cena sebagai tanda penghormatan tertinggi sebelum beliau memulangkannya semula sebagai simbol penyerahan legasi.
Dalam acara yang sama, Cena memilih untuk tidak menyampaikan ucapan panjang, sebaliknya menggunakan bahasa simbolik gusti profesional apabila beliau berpaling ke arah kamera dan memberikan tabik hormat terakhir sebelum berjalan keluar gelanggang buat kali terakhir.
Sekadar info, persaraan Cena yang kini berusia 48 tahun, telah diumumkan secara rasmi pada 7 Julai tahun lalu semasa acara WWE Money in the Bank 2024 di Toronto, dengan tahun 2025 dijadikan sebagai jelajah perpisahan rasmi yang sarat dengan momen istimewa buat peminat.
Sepanjang tahun terakhirnya, Cena melalui beberapa perubahan watak termasuk ‘heel turn’ mengejutkan di Elimination Chamber sebelum kembali sebagai ‘babyface’, selain memahat sejarah sebagai juara dunia WWE sebanyak 17 kali sejak debutnya bersama organisasi itu pada tahun 2001.
Selain menerima penghormatan di gelanggang, legasi John Cena turut diraikan oleh barisan bintang dan legenda WWE. The Undertaker dalam satu kenyataan di aplikasi X menyifatkan Cena sebagai individu yang sudah kelihatan seperti bintang besar sejak kali pertama mereka berkongsi gelanggang, sambil memuji etika kerja dan kesetiaannya kepada industri gusti profesional.
“Nice job”
Those were the words I said to you 23 years ago when you debuted. Now, on the day of your final match, I say again…nice job.
Hustle, loyalty, and respect is more than just a catch phrase. For 23 years you have lived by those words. Your passion for our business and… pic.twitter.com/WE1SNV9h7W
Triple H dan Shawn Michaels pula mengakui bahawa Cena memainkan peranan besar dalam memastikan WWE kekal relevan ketika era persaingan paling sengit, manakala pengulas veteran Michael Cole menyifatkan Cena sebagai antara penghibur terhebat yang pernah disaksikan, dan suara kepada satu generasi peminat WWE.
Di luar gelanggang, John Cena turut mencipta kejayaan besar dalam dunia lakonan menerusi filem seperti The Suicide Squad, Bumblebee dan Fast & Furious 9, selain memegang Guinness World Record sebagai selebriti paling banyak memenuhi permintaan Make-A-Wish Foundation, mengukuhkan statusnya bukan sekadar legenda gusti, tetapi ikon global berjiwa besar.
Sementara itu, WWE bukan satu-satunya pihak yang memberi penghormatan. Ucapan tahniah datang daripada nama besar seperti legenda NFL Tom Brady, yang sendiri memahami erti ketahanan dan konsistensi dalam jangka panjang, serta Jelly Roll yang menyampaikan penghargaan dengan penuh makna.
Ramai atlet profesional menyebut Cena sebagai figura yang berjaya mengimbangi kerjaya gusti, filem dan kerja kebajikan, sekaligus menjadi contoh teladan positif buat masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu kelima tayangan, drama bersiri penuh aksi dan emosi Thariq Ridzuwan: His Treasure SEmakin buat penonton tak senang duduk.
Dua episod terbaharu minggu ini bukan sahaja sarat dengan babak romantis tetapi juga penuh dengan pengkhianatan dan dendam lama yang kembali menghantui.
Episod 9: Cinta Bergolak, Farez Tunjuk Taring
Hubungan Thariq (Meerqeen) dan Radwa (Qasrina Karim) mula retak bila Radwa dimasukkan ke hospital. Saat Thariq tiada di sisi, Farez (Evertts Gomes) muncul menjadi ‘peneman setia’. Radwa yang rapuh ketika itu mula meluahkan perasaan kepada Farez tanpa mengetahui niat sebenar lelaki misteri itu.
Pada masa yang sama, Thariq berdepan misi berbahaya untuk menyelamatkan Budi yang diculik dari TEDUH. Namun tindakannya yang terburu-buru menyebabkan Haider (Dariel Aeldra) cedera parah akibat letupan. Terhimpit rasa bersalah, Thariq nekad mahu menarik diri daripada pasukan Holy Dragon.
Lebih merumitkan keadaan, rumah tangga Thariq dan Radwa terus diuji bila Radwa sekali lagi meminta cerai. Amaran Thariq jelas, jika diminta buat kali ketiga, dia akan MENUNAIKANNYA.
Plot semakin mendebarkan apabila Thariq menerima nota misteri yang membawanya ke sebuah kafe hipster. Di sana, dia bertemu dengan Farez iaitu sahabat lama yang disangka sudah meninggal dunia.
Senyuman sinis Farez dan panggilan ‘sahabat’ itu membuat Thariq tergamam, seolah-olah berdepan bayangan masa silamnya sendiri.
Episod 10: Sahabat Jadi Lawan, Dendam Terbongkar
Identiti Farez akhirnya terbongkar! Rupa-rupanya, dia dan Thariq pernah bersahabat baik. Tapi kerana rasa cinta yang dimiliki oleh kedua-duanya terhadap Radwa, persahabatan itu musnah.
Farez masih menyimpan dendam kerana Thariq melanggar janji untuk tidak memiliki Radwa. Kini, dendam yang lama terpendam makin membara.
Farez nekad mahu merampas semula Radwa dan menghancurkan hiduo Thariq. Lebih mengejutkan, dialah dalang di sebalik kesemua penderitaan yang dialami oleh derita selama ini termasuklah kes rogol Ridha dan Zafir!
Kemuncak episod hadir bila konco-konco Farez diarah untuk membunuh Zafir. Saat pistol hampir melepaskan peluru, Holy Dragon muncul menyelamatkan Zafir tepat pada waktunya.
Babak penuh aksi ini sekaligus membuka lebih banyak persoalan: sejauh mana Farez sanggup pergi demi dendamnya?
Konflik cinta tiga segi, sahabat bertukar musuh, dan rahsia yang semakin terbongkar menjadikan Thariq Ridzuwan: His Treasure terus jadi bahan bualan minggu demi minggu.
Jangan lupa saksikan episod baharu setiap Rabu dan Khamis hanya di Astro One, Astro Ria (saluran 104) dan sooka!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!