Malam semalam telah menyaksikan peserta dari Singapura, Farhan Shah terpaksa meninggalkan pentas Big Stage 5.
Penyanyi berusia 31 tahun itu tersingkir menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai dan Aina Abdul bagi menyelamatkan kumpulan Dem Lepak Boyz yang sepatutnya menjadi peserta yang tersingikir, pada malam semalam.
Berhubung perkara tersebut, pelantun lagu Racun itu memaklumkan dia sudah pun menjangka dirinya akan menjadi peserta yang tersingkir, pada minggu ini.
“Saya dah jangka yang saya akan tersingkir minggu ini,sebenarnya dari minggu lepas bila Aina bagi saya markah 39.
“Tapi minggu lepas saya keliru kenapa dapat markah paling rendah daripada Aina, jadi saya cuba cari apa kesalahan saya.
Ads
“Tetapi saya rasa i don’t deserve 39, so daripada situ saya sudah dapat agak yang saya akan tersingkir,” tuturnya.
Bercakap mengenai terguris hati kerana harus meninggalkan Big Stage 2023, Farhan menyatakan dia dapat merasakan bahawa juri tetap yang juga penyanyi popular, Aina Abdul tidak menyukai dirinya.
“Terguris hati itu, dari minggu lepas lagi saya dapat rasa yang Aina betul-betul tidak suka saya, saya rasa begitu.
Ads
“Mungkin dari segi vokal ataupun persembahan saya betul-betul tidak tahu, jadi saya mahu dengar penjelasan dari Aina, jadi bila diumum mengenai Imuniti X saya dah tahu Aina akan pilih saya berbanding Firdaus Rahmat,” katanya lagi.
Pada masa sama, Farhan juga menyatakan dia akan meneruskan untuk melebarkan sayapnya di Malaysia dan berterima kasih atas sokongan yang diperolehi sepanjang berada di program tersebut.
Ads
Sekadar informasi, Farhan menjadi bintang Big Stage 2023 keempat yang tersingkir pada konsert minggu keenam yang bersiaran secara langsung, pada Ahad.
Dia yang mendapat markah sebanyak 64.00% gagal meneruskan perjuangan pada minggu ketujuh yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil, Zubir Khan berkongsi kisah di mana dia pernah menangis teruk kerana sukar mendapat kerja disebabkan kekurangan dirinya yang tidak mempunyai tangan kiri akibat termasuk ke dalam mesin kek sewaktu berumur empat tahun.
Zubir atau nama penuh Muhammad Zubir Mohamad Ali berkata, dia juga mahu bekerja dan berdikari selepas selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana berhasrat untuk memberi wang kepada ibu bapanya hasil daripada titik peluh sendiri.
Kredit: Instagram Zubir Khan
“Selepas SPM, walaupun saya anak bongsu yang manja, namun ibu bapa dan keluarga tak pernah paksa saya untuk belajar atau bekerja. Mereka beri kelonggaran untuk saya melakukan apa yang disukai dan saya rasa sangat okay”
“Saya juga tertarik dan berniat nak bagi duit kepada ibu bapa. Tak kisahlah sama ada keluarga kita ada bisnes ke apa, tapi saya nak bagi ibu bapa duit daripada hasil titik peluh sendiri”
“Jadi, saya pergi minta kerja dan mereka kata saya tak ada tangan. Kalau barang itu jatuh, siapa nak bayar. Mereka macam kutuk saya. Apabila balik rumah, saya menangis dan minta doa kepada Allah untuk diberi jalan keluar,” katanya
Pelantun Yennode Macha yang ditemui Harian Metro berkata, dia bersyukur apabila seorang sahabat yang berbangsa India datang berjumpa dan kerap memberikan semangat kepadanya supaya tidak bersedih.
“Kawan saya cakap jangan terus bersedih sebab tiada kerja sebab kamu boleh nyanyi. Cubalah menyanyi dan ‘post’ di TikTok ke, YouTube, mana tahu orang suka. Rakan itu beri saya jalan dan saya buat”
Kredit: Instagram Zubir Khan
“Suatu hari, saya viral di Facebook sebab ada repost video saya dari TikTok. Jadi, saya fikir itu ‘jalan keluar’ yang Allah beri, di mana kejayaan saya dalam industri lagu. Ini seni awak dan pergilah dalam bidang itu”
Sejak itu, Zubir tidak melepaskan peluang dan terus berusaha sehingga namanya diakui oleh dalam industri muzik.
Dalam pada itu, Zubir juga turut berkongsi kisah bagaimana dia reda dengan takdir hidupnya dan sekaligus tidak berasa kekurangan tangan itu menghalang dirinya bangkit untuk meraih kejayaan seperti hari ini.
“20 tahun lepas, ketika umur empat tahun, tangan saya masuk dalam mesin kek. Ayah saya ada kilang roti dan tangan saya masuk mesin kek. Saya degil masa itu, nangis-nagis nak ikut ayah dan akhirnya ayah terpaksalah bawa saya (ke kilang). Saya main-main dan saya masuk tangan dalam mesin (kek)”
Kejayaan Zubir pada hari ini membuktikan walaupun tiada sebelah tangan, tidak bermakna individu sepertinya tidak boleh menunggang motosikal dan memandu kereta atau melakukan apa saja yang orang lain pandang rendah terhadap dirinya.
Kredit: Instagram Zubir Khan
Sehingga kini, Zubir telah menghasilkan tujuh lagu Tamil ciptaan dan lirik ditulisnya sendiri sejak 2019, Zubir berkata, kunci kejayaannya kini adalah dia tidak malu belajar dan suka mempelbagaikan kemahiran bahasa.
Antara lagu Zubir Khan yang popular di YouTube adalah seperti Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha dan terbaharu, OMK (Oh My Khadhale) duet bersama Ezra Kairo.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon tanah air, Amyza Aznan kini berada dalam fasa paling mencabar apabila anak sulungnya, Andre Mikhail dilaporkan semakin kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Oleh hal demikian, pelakon berusia 50 tahun itu memohon seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan agar ada keajaiban buat anak tersayangnya itu.
Malah, dia juga meminta bantuan daripada mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif demi ikhtiar terakhir menyelamatkan Andre.
“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiar dengan mungkin apa sahaja perubatan.
“Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh, saya perlu bantuan anda sekarang. Tolong!” katanya penuh sayu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (IGS).
Keluar Hospital, Hanya Mengharap Keajaiban
Terbaharu, Amyza membuat keputusan mengeluarkan anak sulungnya yang sedang menerima rawatan akibat kanser paru-paru di HKL.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai punca keputusan tersebut, sebaliknya menyerahkan soal kesembuhan Andre kepada keajaiban.
“Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun. Anak saya Andre Mikhail akan keluar dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban,” tulisnya.
Dalam masa sama, Amyza turut memaklumkan bahawa pihak hospital telah meminta ahli keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Doktor suruh keluarga bersedia. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital,” katanya.
Ujian Bertimpa-Timpa Sejak Tahun Lalu
Untuk rekod, tahun lalu Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Lebih menyayat hati, pada Ramadan pertama tahun ini dia sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.
Ujian demi ujian yang menimpa keluarga ini sekali gus meruntun hati ramai, apatah lagi melihat seorang ibu yang tidak pernah berhenti berusaha dan berharap.
Sama-sama kita titipkan doa dan kekuatan buat Amyza sekeluarga. Semoga ada sinar dan keajaiban yang menyebelahi mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk pengetahuan, Vera Wang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-73 pada 27 Jun yang lepas. Pereka fesyen Amerika Syarikat yang terkenal dengan rekaan gaun pengantin itu mengadakan pesta bertemakan ‘Enchanted Garden’.
Malah, birthday party Vera ini bertemakan warna merah jambu. Dia sendiri memakai pakaian berwarna pink, mendedahkan tubuh langsingnya yang memukau netizen.
Majlis hari jadi Vera Wang turut menerima pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan memuji penampilannya yang kelihatan tidak dimakan usia.
“Selamat hari lahir Vera. Awak semakin muda setiap tahun,” “Penampilan tidak nyata,” “Apa rahsianya,” “Saya mahu kelihatan seperti awak pada usia 70 tahun,” tulis netizen.
Beberapa tahun lalu dia menjadi viral kerana tampil dalam pakai sukan yang mendedahkan tubuh atletnya. Dalam temu bual bersama People, Vera berkongsi rahsia awet mudanya.
Foto Via Instagram verawang
“Saya pernah menjadi atlet pada masa muda saya. Saya seorang peluncur figura kompetitif Amerika dan penari di Balanchine School of American Ballet. Saya rasa apabila menghabiskan 16 tahun hidup secara bersukan dan aktif, ada sesuatu yang kekal bersama. Iaitu ‘ Muscle memory’ padanya,” katanya.
Foto Via Instagram Vera Wang
Selain bersenam, tidur yang cukup juga merupakan satu lagi kunci kesihatan.
“Tidur adalah kunci untuk terus hidup dengan sihat dan untuk menjaga dua orang anak. Saya fikir saya tidak akan ada jika saya tidak dapat tidur. Saya terpaksa berehat kerana saya fikir ia adalah sumber kembali bersemangat untuk hidup. Jadi tidur adalah sebahagian besar dan sudah tentu vodka,” tambah Vera Wang.
Semakin usia meningkat, makin nampak muda pula eh Vera ni. So, kalau korang nak badan macam beliau silalah ikut tip ini. hiks
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!