
Baru sahaja menyambut ulang tahun pertama anak sulung mereka, pendakwah dan penyanyi Da’i Syed kini berkongsi satu lagi berita menggembirakan apabila isterinya, Hana Ismail disahkan sedang hamil cahaya mata kedua.
Menerusi satu perkongsian di Instagram pada Ahad, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan bentuk ‘baby bump’ Hana sebagai tanda pengumuman berita istimewa itu kepada para pengikutnya.

“Doakan keluarga kecil kami,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Sejurus hantaran itu dimuat naik, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dan doa yang baik-baik daripada para peminat serta kenalan rapat buat pasangan ini.

Bagaimanapun, pendakwah berusia 30 tahun itu tidak mendedahkan usia kandungan isterinya.
Sebagai info, Da’i Syed dan Hana, yang juga merupakan seorang pengacara televisyen, telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ulang Alik Jalan Kaki 5 Jam, Dinding Sekolah Pun Kayu, Alahai Kesian Pelajar Nie…

Sanggupkah kita berjalan kaki sejauh 5 jam setiap hari ke sekolah? Menahan panas dan hujan demi mencari ilmu.
Bila sampai ke sekolah, itu pun dicelah-celah rumah kedai dan sesekali perlu duduk bersila di atas lantai buluh. Dinding pun dari material yang sama. Tak ada kipas pun, hanya angin bertiup sepoi-sepoi. Percayalah, kalau kisah ini diketahui di Malaysia, sudah tentu ia menjadi berita viral dan hangat diperkatakan.
Tetapi berbeza situasi ini di Kemboja khususnya di Wilayah Kratie. Gambaran pendidikannya seolah-olah Malaysia kembali ke zaman 70-an dahulu. Terlalu banyak kekurangan tetapi Malaysia nyata memacu jauh pendidikannya demi memberi pendidikan sempurna kepada rakyatnya.
Tetapi di Kemboja, anak-anak kecilnya khususnya di bawah usia 12 bukan saja perlu berpanas, berhujan malah perlu berjalan sejauh itu setiap hari, semata-mata mahu mendapatkan pendidikan. Tapi itu pun terlalu sukar kerana kurangnya kemudahan tersedia.



Sikap kuku besi dan membunuh cendiakawan semasa pemerintahan Pol Pot dari tahun 1976-1979 menjadikan Kemboja mundur dari segi pendidikan. Peperangan dengan negara jiran Vietnam pada tahun yang sama memburukkan lagi institusi pendidikan di negara ini.
Terpanggil membantu khususnya dalam aspek pendidikan islam, pengajian bahasa, pengajian sains dan teknologi, sejarah dan alam sekitar serta geografi mendorong 33 orang pelajar dari Universiti Malaya melancarkan Projek Sukarelawan Antarabangsa (Volunteer Internasional Project )Kemboja pada 10-24 Julai 2018 ke negara berkenaan.
Menurut Pengarah Projek Sukarelawan Antarabangsa atau disebut VIP, Nur Fazila Fazil, 22 berkata, projek ini merupakan anjuran JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya demi membantu golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah demi mendapatkan pendidikan sempurna.
“Kami memilih tema Learn Today Lead Tomorrow dengan niat untuk memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak tidak berkemampuan ini kerana dengan pendidikan sahajalah mampu mengubah masa depan mereka di masa akan datang. Seperti mana yang kita ketahui, pendidikan sempurna dituntut oleh semua negara di dunia dan kanak-kanak ini berhak mendapatnya,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya.




“Kami memilih Kampung Preksadal, Mukim Preksamann Daerah Chlong, Wilayah Kratie, Kemboja untuk projek pertama ini. Ada kira-kira 1000 orang kanak-kanak miskin yang akan dipilih dalam program ini.
“Tidak hanya dari aspek pendidikan, projek VIP ini juga menyasarkan tentang peri pentingnya menjaga kesihatan, kemahiran dan kebudayaan,” katanya memaklumkan sukarelawan menyasarkan tempoh dua minggu berada di negara terbabit,” kata pelajar tahun dua Akademi Pengajian Melayu, UM ini.
Dalam pada itu, Fazila menjelaskan, kedaifan dan kesukaran dalam mendapat pendidikan sempurna khususnya pada usia 12 tahun ke bawah mendorong mereka menjayakan program ini.
“Mereka bukan saja daif tetapi ramai yang tidak bersekolah. Pihak kerajaan hanya menampung pendidikan pada usia 13 tahun ke atas (bagi sekolah menengah sahaja) tetapi jarak terlalu jauh membuatkan ramai yang memilih tidak bersekolah. Begitu juga bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, terlalu sukar mendapatkan pendidikan di sini.
“Bagi menjayakan program ini, pihak kami menyasarkan wang wakaf atau dana dari mana-mana syarikat dan individu yang mahu menyalurkan dana bantuan. Pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM40,000 bagi membeli barang keperluan seperti buku, pakaian dan sebagainya,” katanya sambil menambah, buat masa ini mereka sedang gigih mengumpul dana dan wang wakaf terbabit.



Jelas Fazila lagi, buat masa ini sumbangan khususnya pakaian sudah mula diberi oleh orang ramai yang mahu menjayakan projek amal ini.
“Pihak kami merancang mengadakan garage sales malah boleh dikatakan setiap petang ada jualan nasi kerabu di mana setiap RM0.50 dari keuntungan perniagaan itu dimasukkan ke tabung ini.
“Buat masa ini, kami baru dapat mengumpulkan dana sebanyak RM2,500 satu jumlah yang masih kecil untuk menjayakan program berkenaan yang memerlukan sekurangnya, RM40,000 bagi 1000 keperluan pelajar dan orang kampung di wilayah berkenaan.
Bagi orang ramai, syarikat persendirian yang mahu menyalurkan wang wakaf dan dana pendidikan bagi Projek Sukarelawan Antarabangsa Kemboja ini, boleh salurkan sebarang sumbangan ke akaun CIMB BANK 8001279998 atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA.
Dalam pada itu, Fazila menjelaskan program ini akan menjalin kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UM, Yayasan SALAM Malaysia, Prof Madya Dr Mariani Md Nor. Malah pelajar tahun dua ini turut mengalu-alukan sumbangan dana wakaf dan dana kewangan bagi menjayakan program yang bakal berlangsung selepas hari raya aidilfitri tahun ini.
Bagi yang ingin mengetahui projek kesukarelawan ini dengan lebih lanjut boleh layari facebook : Volunteer’s Internasional Project, Instagram :@vipkinabalu, twitter: @vipkinabalu.
Mana tahu dana wakaf dan sumbangan ini mampu membantu pelajar ini untuk masa depan mereka yang lebih baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banjir Di Pusat Dagangan Dunia Putra. Anugerah Drama Sangat 2021 Dihentikan Serta Merta, Artis Dan Kru Diarah Pulang

Sebentar tadi telah berlangsungnya Anugerah Drama Sangat 2021 anjuran Media Prima Berhad.
Acara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur itu telah dipancarkan secara langsung di kaca televisyen bermula jam 9 malam, 18 Disember 2021 namun dihentikan separuh jalan serta merta akibat cuaca yang tidak menentu.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan menerusi laman media sosial milik syarikat tersebut, mereka menjelaskan, “Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf di atas penangguhan Anugerah Drama Sangat 2021. Penagguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda World Trade Centre KL tempat anugerah ini berlangsung.”
Difahamkan semua pihak yang terlibat dalam majlis tersebut telah diarahkan pulang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurut kenyataan media itu lagi, baki anugerah yang belum sempat diumumkan sebentar tadi akan diumumkan secara langsung hari ini pada jam 12 tengah hari menerusi rancangan hiburan popular, Melodi.
Anugerah Drama Sangat 2021 telah dihoskan oleh Ain Edruce dan Nabila Huda. Antara selebriti yang sempat membuat persembahan sebentar tadi ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ariff Bahran dan Misha Omar.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Jenama Kasut Sekolah Popular Zaman Dulu, Mana Satu Favorite Korang?

Kalau teringat zaman sekolah dulu-dulu, setiap kali masuk tahun baru mesti nak kena ada sekurang-kurangnya sepasang kasut baru. Kalau tak dapat, memang rasa tak ada mood nak pergi sekolah.
Betul tak?
Kadang-kadang tu, bukan la nak kasut yang mahal pun, cukup sekadar dapat yang baru dah rasa puas hati.
Tapi tak dapat nafikan budak-budak sekolah ni ada jenama kasut favorite mereka sendiri. Berikut kami senaraikan antara jenama kasut sekolah yang
1. North Star

Kasut standard budak sekolah menengah, North Star. Harganya dulu kalau tak silap, RM29.90
2. All America

Tak mampu beli Converse, asal dapat kasut yang ada ‘star’ pun dah cukup bangga wey. Hiks!
3. Warrior

Walaupun kasut sekolah Warrior ni antara jenama yang murah, tapi ia sangat tahan lasak dan tak mudah koyak.
4. Pallas Jazz

Antara jenama kasut lain yang dipakai oleh kebanyakan pelajar sekolah.
5. All Star (Converse)

Siapa yang pakai kasut Converse time sekolah dulu memang dikira sebagai golongan orang berada la. Hehe!
6. Penguin @ kasut kung fu

Simple dan comel je. Harganya pun memang tak mahal. Katanya, dulu boleh dapat dalam harga RM10. Betul ke gais?
7. Sparx

Dulu masa sekolah rendah, mak ayah selalu belikan kasut Sparx ni. Untuk kita yang baru-baru nak kenal dunia, ok je uolls. Tak memilih pun. Haha!
8. Bata

Kalau tak Sparx, mak mesti belikan kasut Bata sebab dua jenis kasut ni memang macam adik beradik, satu kedai je pun.
9. Carlton

Ada sesiapa yang pernah pakai kasut sekolah jenama Carlton tak?
10. Line 7

Kasut Line 7 pun boleh tahan smart wey. Selain tu, jenama kasut ni pun mengeluarkan design untuk kasut bola.
Okay dalam banyak-banyak jenama kasut sekolah yang kami senaraikan, mana satu jadi favorite korang? Jom share dengan kami.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

