Dahlia Rizal Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Imran Aqil Dah Bergelar Bapa! Tahniah

Share

Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial, Dahlia Rizal yang kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada hari Rabu.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dahlia menerusi satu hantaran di Instagram pada awal pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal Kongsi Perjalanan Cinta Bersama Imran Aqil, Sempat Beri Pesanan Dalam Hubungan!

Menurut Dahlia yang juga isteri kepada pengacara dan pelakon, Imran Aqil, bayi perempuan mereka dilahirkan secara pembedahan Caesarean dan seberat 2.85 kilogram.

“Alhamdulillah, inilah anak saya yang cantik, Yusra,” tulis Dahlia ringkas di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut pasangan ini tampil menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat ibu dan anak yang baru lahir itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Imran Aqil Ulas Dakwaan Dahlia Rizal Hamil Anak Sulung -“Doakan Yang Baik-Baik, Kalau Ada Hasil…”

Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Dahlia mula timbul apabila warganet menyedari perubahan bentuk badannya ketika menghadiri sebuah majlis bersama Imran.

Untuk info, Imran dan Dahlia telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh, Melaka pada September tahun lalu.

 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Fath