Menurut Dahlia yang juga isteri kepada pengacara dan pelakon, Imran Aqil, bayi perempuan mereka dilahirkan secara pembedahan Caesarean dan seberat 2.85 kilogram.
Ads
“Alhamdulillah, inilah anak saya yang cantik, Yusra,” tulis Dahlia ringkas di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut pasangan ini tampil menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat ibu dan anak yang baru lahir itu.
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Dahlia mula timbul apabila warganet menyedari perubahan bentuk badannya ketika menghadiri sebuah majlis bersama Imran.
Untuk info, Imran dan Dahlia telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh, Melaka pada September tahun lalu.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir setengah abad berkecimpung dalam industri hiburan, Demi Moore akhirnya meraih kemenangan pertamanya di Anugerah Golden Globes.
Perjalanan Karier Demi Moore
Demi Moore, yang memulakan kerjayanya pada awal tahun 1980-an, telah lama dikenali sebagai salah satu wajah yang paling berpengaruh dalam dunia filem Hollywood. Dengan pelbagai peranan ikonik dalam filem seperti Ghost, G.I. Jane, dan Indecent Proposal, Moore telah menunjukkan kepelbagaian bakatnya, daripada drama hingga aksi.
Moore atau Demi Gene Moore, 62, tidak menyangka mampu menundukkan pesaingnya, Amy Adams, Cynthia Erivo, Karla Sofia Gascon, Zendaya dan Mikey Madison menerusi filem The Substance.
Kemenangan di Golden Globes
Di Golden Globes tahun ini, Demi Moore membuktikan bakat dan kerja kerasnya diperakui apabila meraih anugerah pertama di Golden Globes bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik – Filem Komedi atau Muzikal, pagi ini.
Moore atau Demi Gene Moore, 62, tidak menyangka mampu menundukkan pesaingnya, Amy Adams, Cynthia Erivo, Karla Sofia Gascon, Zendaya dan Mikey Madison menerusi filem The Substance.
Pernah Diherdik
Bintang terkenal Amerika itu turut membuktikan kemampuannya sebagai pelakon selepas pernah diherdik seorang penerbit di awal penglibatan dalam industri seni.
“Saya tak menyangka dan masih terkejut. Sudah 45 tahun saya jadi pelakon tetapi ini kali pertama saya menang.
“Dengan rendah hati saya sangat teruja. 30 tahun lalu ada seorang penerbit cakap saya cuma aktres bertih jagung.
“Ketika itu, saya fikir tak patut digelar begitu. Saya boleh buat filem berjaya dan meraih banyak wang tetapi saya tak diiktiraf,” katanya semasa menerima trofi di Hotel The Beverly Hilton, Los Angeles.
Dalam ucapan kemenangannya, Moore menyatakan rasa terima kasih yang mendalam kepada keluarganya, rakan-rakan dalam industri, dan para peminat yang telah menyokongnya sepanjang karier.
“Ini bukan hanya kemenangan bagi saya, tetapi bagi semua wanita di industri ini yang terus berjuang dan menunjukkan bahawa kita kuat, relevan, dan penting pada setiap usia,” kata Moore dengan penuh emosi.
Untuk info, sebelum ini Moore pernah tercalon untuk anugerah Golden Globe 1991 menerusi filem Ghost dan If The Walls Could Talk pada edisi 1997.
Restoran pertama milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, iaitu Restoran Rembayung Khairul Aming, mencipta fenomena tersendiri apabila menerima sambutan luar jangka sebaik sahaja slot tempahan dibuka, hingga menyebabkan laman web rasmi restoran itu mengalami gangguan teknikal.
Menurut Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman, kira-kira 3,000 pelanggan berjaya membuat tempahan dalam tempoh singkat pada malam pertama pembukaan sistem tempahan.
Angka tersebut sekali gus membuktikan keterujaan orang ramai terhadap restoran berkonsepkan masakan tradisional kampung yang diusahakan olehnya.
Laman Web Tidak Mampu Tampung Trafik Tinggi
Perkara berkenaan dikongsikan Khairul menerusi satu hantaran di Threads lewat malam 5 Januari, sambil memohon maaf kepada pelanggan yang berdepan kesulitan akibat masalah teknikal tersebut.
“Kami dah selesaikan pusingan pertama tempahan Rembayung. Saya minta maaf sebab website crashed tadi. Terus terang, bila tengok banyak komen marah, saya sendiri terdiam,” katanya.
View on Threads
Khairul menjelaskan bahawa walaupun persiapan awal telah dibuat, jumlah trafik yang terlalu tinggi menyebabkan sistem tempahan tidak mampu menampung kemasukan pengguna secara serentak.
Situasi itu diakui berada di luar jangkaan pasukannya.
3,000 Tempahan Dalam Masa Singkat
Tambahnya, tempahan yang berjaya dibuat melibatkan sesi makan bermula Rabu, 7 Januari, dan berterusan untuk beberapa hari berikutnya.
“Kami memang buat persediaan, tapi traffic terlalu tinggi. Lebih kurang 3,000 pelanggan berjaya dapatkan tempahan bermula lusa dan untuk hari-hari seterusnya,” jelasnya lagi.
Fenomena ini sekaligus meletakkan Restoran Rembayung Khairul Aming sebagai antara pembukaan restoran paling mendapat perhatian pada awal tahun, khususnya dalam kalangan peminat setia Khairul Aming.
Dalam pada itu, Khairul turut mengakui tekanan yang dialami oleh dirinya dan pasukan sepanjang menguruskan proses tempahan tersebut, termasuk kekurangan rehat.
“Saya minta maaf sebab langsung tak tidur. Hari ni cuma sempat tidur lebih kurang dua jam saja,” kongsinya secara jujur.
Beliau sekali lagi memohon maaf kepada pelanggan yang kecewa dan meminta sedikit masa untuk menambah baik sistem tempahan agar lebih lancar bagi pusingan seterusnya, demi pengalaman pelanggan yang lebih baik di Restoran Rembayung Khairul Aming.
Promosi Awal & Sambutan Luar Biasa
View on Threads
Sebelum ini, Khairul mengumumkan pembukaan slot tempahan Rembayung pada jam 9 malam, Ahad (4 Januari) menerusi Threads, selain berkongsi maklumat lanjut melalui sesi TikTok Live yang turut mendapat ribuan tontonan.
Untuk rekod, Khairul pertama kali mendedahkan perancangan membuka restoran tersebut pada bulan lalu, menyifatkannya sebagai projek selama setahun dengan nilai pelaburan mencecah RM4 juta.
Restoran ini dibina di atas tapak seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, hanya kira-kira sembilan minit dari KLCC dan Menara Berkembar PETRONAS. Rembayung mengetengahkan konsep masakan tradisional kampung dengan kapasiti melebihi 250 pelanggan pada satu-satu masa.
Menariknya, Restoran Rembayung Khairul Aming hadir dengan konsep dua tingkat semi-glasshouse, direka bagi membangkitkan suasana kampung di tengah kesibukan kota, selain membuka peluang pekerjaan kepada 50 tenaga kerja tempatan.
Kehadiran restoran ini bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi buat Khairul Aming, malah dilihat sebagai satu penanda aras baharu bagaimana pengaruh digital mampu diterjemahkan kepada kejayaan perniagaan fizikal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan apa sahaja menu yang berkaitan dengan durian pasti dijual dengan harga yang agak tinggi. Mana tidaknya, harga durian juga ada yang mencecah hingga ratusan ringgit satu biji.
Kali ini, Remaja nak kongsikan resipi daripada Azizi Zamani, Hokkaido Baked Cheese Tart Durian kegemarannya. Kalau nak beli mahal, baginya buat sendiri lebih puas hati.
Betul tak?
Bahan-bahan:
– Kulit tart
– 100 gm gula kaster
– 150gm tepung gandum
– 1 kuning telur gred B
Cara membuat:
1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati
3. Kemudian, masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut
4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya
5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk
6. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit
7. Selepas itu, angkat dan sejukkan dahulu sebelum diisi filling cheese tersebut
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.