Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin Di Hospital Swasta, Kos Cecah RM35K!

Share

Personaliti media sosial media sosial, Dahlia Rizal, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi jumlah kos rawatan bersalinnya di sebuah hospital swasta terkemuka di Damansara, Selangor.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Dahlia mendedahkan bahawa dia telah membelanjakan sekitar RM35,000 untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, Yusra.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Imran Aqil Dah Bergelar Bapa! Tahniah

“Hahah Imran terkejut mereka caj beg muntah, itu biasa sayang. Untuk enam hari, kos menginap di sini adalah sebanyak RM2,000 satu malam jadi jumlahnya adalah RM12,000 untuk bilik sahaja.

“Tetapi kalau dicampurkan jumlah untuk pembedahan sekali dengan ubat dan semuanya, menjadi RM35,000,” kongsi Dahlia.

Difahamkan, ramai peminat yang bertanyakan kos sebenar selepas Dahlia memuat naik beberapa hantaran tentang proses bersalinnya di hospital tersebut.

Dah Kumpul Duit Setahun…

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal Kongsi Perjalanan Cinta Bersama Imran Aqil, Sempat Beri Pesanan Dalam Hubungan!

Dalam pada itu, Dahlia yang kini berusia 24 tahun turut berkongsi bahawa dia dan suaminya, Imran, telah membuat persediaan awal sejak setahun lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Alhamdulillah, saya sangat sarankan kalian untuk dapatkan rawatan di sini.

“Memang dari tahun lepas lagi dah mula kumpul untuk bil hospital andai kata kecemasan macam ini terjadi. Syukur kepada Allah sebab limpahkan kami rezeki yang cukup,” katanya.

Servis Tip-Top, Berbaloi Dengan Harga

Dalam satu lagi IG Story, Dahlia turut memuji persekitaran dan servis yang ditawarkan oleh pihak hospital. Menurutnya, pengalaman bersalin di sana sangat selesa dan berbaloi meskipun harganya sedikit tinggi.

“Saya buat keputusan tepat pilih bilik ini selepas melahirkan anak sebab mereka sediakan satu bilik dengan katil serta meja yang selesa.

“Macam dalam gambar, ini adalah untuk orang menjaga kita tidur dan siap ada ‘mini lounge’ di luar bilik.

“Jururawat dan doktor-doktor pun baik saja. Katil tak perlu cakaplah, empuk sangat. Secara keseluruhan, harganya sedikit mahal tetapi sangat berbaloi,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Dahlia selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pada hari Selasa. Lebih istimewa, anak sulung mereka lahir dalam bulan yang sama dengan tarikh lahir ibunya sendiri.

Untuk info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Fath