Memiliki lebih daripada 80 pulau kecil seperti Ko Lanta dan Phi Phi, Krabi merupakan antara tempat pelancongan yang digemari oleh masyarakat Malaysia, selain menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara.
Walau bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, suasana lengang dibeberapa tempat tumpuan pelancongan jelas kelihatan dan Krabi tidak terkecuali.
Seorang jurugambar Asia yang dikenali sebagai Jan Daga telah berkongsi gambar terkini situasi lengang di tempat pelancongan tersebut dan jelas sekali tidak seperti dahulu sering dibanjiri dengan kehadiran pelancong, kini Krabi kelihatan kosong dan hanya seperti sebuah ghost town.
Perkongsian ini turut mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya merindui tempat pelancongan tersebut.
Ads
Jom kita lihat antara lain-lain gambar yang dikongsi jurugambar ini.
Ads
Kosong..
Ads
Banyak sebenarnya tempat-tempat pelancongan di Thailand yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia. Disebabkan situasi pandemik ini, sudah tentu sektor pelancongan mereka terjejas dan kita pun rindu nak melancong ke sana kan?
Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 segera pulih dan diharap agar sektor industri pelancongan diseluruh dunia kembali meriah seperti dahulu.
Setiap remaja perempuan sudah tentu mempunyai impian untuk memiliki barangan berjenama, apatah lagi beg tangan yang menjadi simbolik gaya si gadis. Ada yang merasakan dengan memilikinya, ia boleh meningkatkan keyakinan di hadapan orang ramai.
Namun, bukan semua di antara kita dilahirkan dalam keluarga mewah dan mampu menggalas beg berharga ribuan Ringgit pada bahu.
Apabila seorang remaja dari Singapura baru-baru ini dikritik segelintir netizen di TikTok setelah dia melabel jenama fesyen ‘Charles & Keith’ sebagai jenama mewah atau premium, ia terus menjadi isu tular di platform media sosial lain.
Remaja 17 tahun yang dikenali sebagai Zoe itu difahamkan terkesan dengan kritikan itu memandangkan beg Charles & Keith bernilai S$80 (kira-kira RM262) yang dimilikinya itu merupakan pemberian istimewa daripada bapanya.
Majoriti netizen mempertahankan Zoe dan beranggapan pengkritik di TikTok tidak seharusnya memukul rata definisi ‘mewah’. Masing-masing mempunyai interpretasi sendiri apa yang dianggapnya sebagai mewah.
Video yang dimuat naik pada 8 Januari lepas itu terus mendapat perhatian ibu pejabat Charles & Keith di Singapura and guess what? Zoe dan bapanya telah diundang untuk bertemu pengasas jenama berkenaan dalam satu sesi makan tengah hari.
Mereka turut dibawa menyertai tour di ibu pejabat mereka dan Zoe telah menerima dua beg baharu daripada Charles & Keith!
Terdahulu, Zoe sebak menjelaskan bahawa keluarganya bukanlah daripada golongan orang berada dan harus membanting tulang untuk mendapatkan sesuatu.
Disebabkan dia membesar dalam serba kekurangan, Zoe amat menghargai pemberiaan bapanya. Maka, sebuah beg tangan Charles & Keith berharga S$80 memberi makna yang mendalam kepadanya.
Video tersebut turut meraih perhatian ramai orang dan rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepadanya serta bersimpati kerana perlu berdepan dengan komen seperti itu
Zoe sangat berterima kasih kerana dijemput untuk datang berjumpa pengasas jenama itu dan dapat melawat ke pejabat HQ bagi melihat sendiri di sebalik tabir syarikat berkenaan.
Selain itu, dia juga menerima dua utas beg tangan baharu iaitu pemberian daripada pihak Charles & Keith sendiri.
“Pengasas kami percaya bahawa produk kami harus mencetuskan kegembiraan, memperkasakan pencinta fesyen dan memberi keyakinan kepada mereka, kami amat berterima kasih.” ujar pihak Charles & Keith. Mereka juga kagum dengan cara Zoe berdepan pengkritik negatif sebelum ini susulan video tular itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konflik yang melanda etnik Uighur di China masih menjadi perdebatan antarabangsa sehingga kini. Banyak pihak menyelar tindakan kerajaan China yang meletakkan rakyat etnik Uighur yang beragama Islam ke pusat tahanan dan merantai kebebasan mereka. Antara yang terkesan dengan tindakan kerajaan China ini ialah pasangan muda Sadam Abudusalamu dan isterinya, Nadila Wumaier.
Sadam merupakan warganegara Australia manakala isterinya pula merupakan warganegara China dan kedua-duanya berasal dari etnik Uighur. Sadam yang sudah tinggal di Australia lebih 10 tahun, melawat China pada tahun 2016 untuk mengahwini isterinya itu.
Dia kembali ke Australia pada tahun 2017 untuk bekerja sementara isterinya menunggu di China sehingga proses mendapatkan visa pasangan untuk masuk ke Australia selesai. Pada tahun yang sama Nadila telah melahirkan anak sulung mereka namun visa Sadam untuk melawat isterinya tidak diluluskan oleh kerajaan China.
Selepas melahirkan anak, keluarga mereka berkata yang Nadila telah ditahan oleh pihak berkuasa China selama dua minggu sebelum dilepaskan. Namun begitu passportnya telah dirampas dan dia tidak dibenarkan meninggalkan rumah.
.
PERJUANGAN Selama dua tahun berjuang, Sadam dengan pertolongan kerajaan Austalia telah berhubung dengan kerajaan China untuk membenarkan isterinya meningalkan negara untuk bersamanya di Australia. Walaupun isterinya adalah warganegara China namun anak lelakinya itu diakui sebagai warganegara Australia berikutan rayuan oleh Sadam pada tahun 2019.
Pada bulan Februari tahun ini, wakil ketua misi China di Australia, Wang Xining, mengatakan di rangkaian televisyen ABC yang Wumaier tidak mahu meninggalkan Xinjiang. Namun perkara sebenar terbongkar apabila Nadila memuatnaik gambar ke Twitter yang memegang kertas dengan mesej ‘Saya mahu pergi dan bersama suami saya’.
.
Akhirnya setelah bertahun terpisah, pasangan ini akhirnya berjaya disatukan di Sydney, Australia. Menurut peguam yang mewakili Sadam, Michael Bradley kepada BBC, “Kami mengetahui yang Nadila dan anak mereka, Lutfy boleh meninggalkan China kira-kira dua ke tiga bulan lalu.”
Setelah menempuh perjalanan lebih 48 jam akhirnya Nadila dan anaknya tiba di Brisbane, Australia dan mejalani proses kuarantin di sebuah hotel di sana sebelum tiba di Sydney pada Jumaat untuk bersama suaminya. Kini mereka memulakan kehidupan baru dan dalam nota yang dimuat naik di Twitter, Sadam meminta media supaya menghormati privasi mereka.
Negara jiran kita Indonesia kini menjadi tuan rumah bagi acara berprestij MotoGP 2022 yang berlangsung pada 18 Mac lalu. Sirkuit Mandalika di Lombok menjadi tempat pertarungan dimana penonton dapat menyaksikan aksi pelumba MotoGP terkenal seluruh dunia.
Namun apa yang menariknya tahun ini, selain daripada liputan perlawanan, kehadiran seorang pawang hujan di Grand Prix Indonesia menjadi tumpuan ramai dan menjadi tular di media sosial. Ramai yang berkongsi video pawang hujan itu berada di hentian pit dengan niat untuk menghentikan hujan.
Rara Isti Wulandari melakukan ritual itu agar cuaca di sekitar Sirkuit Mandalika tidak dibasahi hujan sewaktu perlawanan MotoGP berlangsung. Sebelum ini juga, Rara pernah menjadi pawang hujan bagi acara pembukaan Sukan Asia 2018. Wanita ini mengakui bahawa dia telah dipanggil untuk berkolaborasi dengan pasukan keselamatan di sirkuit itu.
Jom kita lihat aksi si pawang hujan ini di Sirkuit Mandalika, Lombok Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.