Negara jiran kita Indonesia kini menjadi tuan rumah bagi acara berprestij MotoGP 2022 yang berlangsung pada 18 Mac lalu. Sirkuit Mandalika di Lombok menjadi tempat pertarungan dimana penonton dapat menyaksikan aksi pelumba MotoGP terkenal seluruh dunia.
Namun apa yang menariknya tahun ini, selain daripada liputan perlawanan, kehadiran seorang pawang hujan di Grand Prix Indonesia menjadi tumpuan ramai dan menjadi tular di media sosial. Ramai yang berkongsi video pawang hujan itu berada di hentian pit dengan niat untuk menghentikan hujan.
Rara Isti Wulandari melakukan ritual itu agar cuaca di sekitar Sirkuit Mandalika tidak dibasahi hujan sewaktu perlawanan MotoGP berlangsung. Sebelum ini juga, Rara pernah menjadi pawang hujan bagi acara pembukaan Sukan Asia 2018. Wanita ini mengakui bahawa dia telah dipanggil untuk berkolaborasi dengan pasukan keselamatan di sirkuit itu.
Jom kita lihat aksi si pawang hujan ini di Sirkuit Mandalika, Lombok Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Industri vape kini dikatakan semakin berani dan gigih mengeluarkan reka bentuk terbaharu yang sengaja ‘mengelirukan’ sebagai satu usaha untuk meningkatkan jualan.
Berwarna-warni, menyerupai bentuk alat permainan dan berperisa buah-buahan, vape yang berada di pasaran pada hari ini amat jelas disasarkan untuk kanak-kanak di peringkat sekolah dan perkara ini sudah tentunya meresahkan lagi golongan ibu bapa.
Sedar dengan bahaya penggunaan vape ini terutamanya dikalangan kanak-kanak dan remaja. Seorang doktor terpanggil untuk lantang bersuara, Dr. Arisman Wenge Abdul Rahman yang juga Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam tegas menggesa kerajaan bertindak segera untuk menanganinya.
Satu Jenayah
Menurut doktor ini, perkara ini bukanlah jenaka, tapi ini adalah satu jenayah. Beliau turut merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa agar memandang serius perkara yang mampu memudaratkan kesihatan mental dan fizikal ini.
“Laksanakan tindakan keras dan jelas dengan segera! Sampai macam ni sekali kita menggalakkan dan mendedahkan anak kecil dan budak sekolah dengan penampilan video dan gambar serta iklan malah “kedai-kedai” yang aktif tumbuh macam cendawan dalam negara kita. Bodoh atau cerdik? Speechless.
Dr Arisman turut mempersoalkan masa depan masyarakat di negara ini sekiranya mereka telah didedahkan dengan penggunaan alatan elektronik berbahaya sejak usia muda lagi.
“Bagaimana generasi kita 10 tahun atau 20 tahun akan datang jika seawal usia kurang 10 tahun sudah terdedah dan mudah mendapatkan barangan ”bodoh” ini tanpa kawalan dan penguatkuasaan keras oleh kerajaan. Generasi apa akan kita dapat nanti?” soalnya lagi.
Selain Dr Arisman, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bimbang serta marah dengan penjualan vape itu di pasaran negara ini.
Dasar Generasi Penamat (GEG)
Sebelum ini, pada Disember tahun lalu Dr Zaliha dilaporkan akan meneliti semula Dasar Generasi Penamat (GEG), dari segi pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang belum diluluskan di Parlimen.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok antaranya melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok, termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bagi tujuan melahirkan Generasi Penamat bagi merokok.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Khairy Jamaluddin pada 27 Julai 2023 tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi.
Semoga ibu bapa semua lebih cakna mengenai perkara ini dan diharapkan juga agar tindakan sewajarnya dapat diambil segera oleh pihak kerajaan. Kesan penggunaan bahan ini dalam jangka masa panjang masih belum diketahui dan berkemungkinan besar berbahaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja lelaki tersebut dilihat mengeluarkan kata-kata kesat sejurus selepas menduduki peperiksaan SPM. Terlarut dengan emosi, pelajar tersebut bertindak menghina pembuat kertas soalan Sejarah selain turut mengeluarkan kenyataan sensitif mengenai Singapura.
Sedar akan kesilapannya, remaja lelaki tersebut bersama rakannya iaitu perakam video tampil membuat permohonan maaf menyesali tindakannya itu.
Ditahan Polis
Rentetan daripada itu, Polis Diraja Malaysia mengesahkan tindakan mereka menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Tahanan reman selama dua hari terhadap dua pelajar ini dibuat bagi merakam keterangan dengan lebih teliti dan menyemak fakta daripada pihak berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit serta mendapatkan laporan disiplin daripada pihak sekolah.
“Walaupun mendapat perintah tahanan reman selama dua hari namun setelah berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, kedua-dua pelajar dibebaskan hari ini pada 11 pagi dengan jaminan polis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…huhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban hari kita mendengar berita kematian yang disebabkan oleh wabak COVID-19 dan selebriti terkenal dunia juga tidak dapat lari daripda dijangkiti virus tersebut.
Malah, ada diantara mereka yang sudah meninggal dunia akibat daripada wabak pandemik yang semakin ‘menggila’ menyerang seluruh dunia.
Berikut Remaja senaraikan antara beberapa selebriti terkenal dunia yang terkorban akibat COVID-19.
1. Shimura Ken
Pelawak terkenal Jepun, Shimura Ken meninggal dunia akibat COVID-19 dan beliau merupakan selebriti pertama yang meninggal dunia kerana virus ini. Dikejarkan ke hospital Tokyo pada 20 Mac lalu kerana mengalami demam dan masalah pernafasan, pelawak ini disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020.
Berita kematiannya disambut sedih oleh segenap rakyat Jepun apabila ada yang berkumpul di luar hospital tempat dia dirawat.
2. Mark Blum
Pernah membintangi filem Desperately Seeking Susan, Crocodile Dundee dan terbaru siri televisyen You, aktor ini meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis COVID-19 pada pertengahan Mac lalu.
Dilahirkan pada 14 Mei 1950, antara filem yang pernah dibintanginya termasuk Blind Date, Eighties dan Lovesick.
3. Andrew Jack
Seorang lagi pelakon Hollywood dilapor menjadi mangsa jangkitan COVID-19, Andrew Jack yang membawa watak General Ematt menerusi filem Star Wars meninggal dunia di usia 76 tahun akibat komplikasi koronavirus. Jack meninggal dunia di sebuah hospital di Surrey, United Kingdom pada 31 Mac lalu.
4. Patricia Bosworth
Pelakon veteran era 50-an yang berumur 86 tahun ini dilaporkan meninggal dunia di Manhattan, Amerika Syarikat akibat komplikasi jangkitan COVID-19. Mendiang terkenal dengan watak biarawati bersama Audrey Hepburn dalam filem The Nun’s Story pada tahun 1959. Anak tirinya Fia Hatsav mengumumkan pemergian Patricia diakibatkan pneumonia yang berpunca daripada jangkitan COVID-19.
Semoga penularan wabak ini dapat dihentikan dengan segera agar tiada lagi individu yang menjadi mangsa seterusnya. Untuk merealisasikan impian ini, korang kenalah ikut perintah kerajaan agar tidak keluar rumah dan duduk di rumah sahaja bagi mengelakkan diri daripada berjangkit.
Come on Malaysia, we can do it!
Sumber: Astro Awani & Astro Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!