Bagi anda gadis fashionista pasti menjadi impian untuk membimbit beg tangan ikonik dan berjenama.
Namun, genius atau tidak rekaan Louis Viutton yang terkini ini?
Apakah ada individu yang kemaruk mahu mendapatkan beg tangan dengan rekaaan yang unik dan diperbuat daripada material kulit asli lembu semewah ini? Rata-ratanya menganggap, ianya adalah objek paling tidak munasabah untuk dijual semahal $ 39,000 atau RM159,724 seunit.
Tas tangan yang direka untuk musim luruh dan musim sejuk 2021 ini menggunakan kanvas monogram khas Louis Vuitton, beg eksklusif yang direka oleh Virgil Abloh itu dilengkapi dengan ‘kokpit’, sayap dan juga enjin. Diatas ‘bumbungnya’, terdapat pemegang serta tali bahu.
Ads
Bag yang dilancarkan Januari lepas ini juga viral dimedia sosial dengan ada yang mengatakan bahawa harganya sama dengan sebuah kapal terbang sebenar. Dia membuktikan bahawa pesawat sebenar akan lebih murah seperti pesawat enjin tunggal Cessna 1968 yang tersedia dengan harga $32,300 (RM132,284).
Menurut PlaneCheck.com pula, sebuah Cherokee Piper PA-28-140 1967 kini dijual di UK dengan harga $ 39,572 (RM162,067). Sementara Mooney M20E Super 21 1965 pula dapat dibeli di Sepanyol dengan harga $ 36,127 (RM147,958).
Unik dah unik tapi harganya menerima kecaman dari pelbagai pihak sehingga ada yang mengatakan lebih rela membeli kapal terbang sebenar, lapor The Indian Express.
Kadang kala bila kerap ke salon sama ada untuk memotong, mencuci atau membuat warna, kesannya rambut menjadi kasar, mudah beruban dan kekeringan.
Memang segan jika usia muda rambut kelihatan beruban, kasar dan tidak menarik. Yalah, apabila melakukan rebonding tentu saja ubat-ubatan dicampur kimia digunakan untuk meluruskan, mewarna dan sebagainya. Itu belum lagi penggunaan hair dryer yang boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.
Bagi korang yang ada masalah ini, jangan la risau ya sebab banyak bahan-bahan alami yang boleh digunakan untuk menyubur dan menyihatkan semula rambut yang sudah rosak dan kembali menghitamkannya semula.
Jangan tak tahu, air teh yang telah direndam semalaman merupakan cara terbaik untuk menghitamkan kembali rambut. Kos murah saja tetapi kesannya mampu membuatkan rambut korang kembali bersinar.
Cara membuatnya :
Selaing uncang, adakalanya kita gunakan beberapa senduk teh untuk membuat sama ada teh o atau teh tarik. Biasanya baki teh itu kita buang begitu sahaja.
Selepas ini baki teh itu jangan buang dan rendamkan dengan sedikit air pans untuk mendapatkan mendapan dan kepekatan teh itu. Jangan campur dengan gula sebaliknya biarkan tawar.
Pastikan teh itu terendam seharian dalam bekas bertutup. Ini agar teh tidak tercemar oleh bendasing selain cara paling mudah untuk menyejukkan teh.
Fungsi teh yang telah direndam ini
Ia akan menghitamkan kembali rambut yang rosak akibat penggunaan bahan kimia atau beruban. Untuk mengelakkan rambut kerap rosak, jangan terlalu kerap ke salon melakukan pewarnaan, penggunaan hair dryer dan cara ini juga mampu membuatkan akar rambut kembali sihat.
Warna teh pekat ini akan bertindak sebagai pewarna asli kerana pada zaman dahulu, air lebihan teh berfungsi sebagai menghitamkan rambut, memcegah tumbuhnya uban dan sebagai tonik untuk rambut.
Harus diingat, untuk mendapatkan betul-betul rambut kelihatan hitam, pakailah setiap hari selama dua minggu dan insya Allah, rambut akan kelihatan hitam berkilat.
Cara menggunakan air teh sebagai penghitam rambut
-Proses ini dilakukan 2 jam sebelum mandi setiap pagi
-Ambil air teh sahaja dan bukannya serbuk teh berkenaan.
-Cuci tangan dengan bersih, celupkan kedua telapak tangan sampai basah dan ratakan ke seluruh rambut.Boleh juga dengan menyiramnya ke kepala.
-Sapu rata-rata dan biar untuk satu tempoh sekurangnya 2 jam.
-Selepas itu bilas dengan air bersih dan elakkan penggunaan shampoo. Boleh gunakan shampoo sehari selepas itu atau sebelah petang.
-Untuk dapatkan rambut sihat, gunalah bahan alami agar rambut sentiasa sihat dan kelihatan cantik dan jangan bergantung kepada bahan kimia dengan kerap.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemergian selebriti chef, Adamdidam atau nama sebenarnya Muhammad Adam Mahamed Ismail, 29 tahun akibat jangkitan kuman ke paru-paru tika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan sememangnya amat mengejutkan orang ramai. Dalam usia agak muda, ditambah sikapnya yang menyenangkan dan pemergian di bulan Ramadan membuatkan ramai bersimpati.
Di sebalik punca kematiannya iaitu jangkitan kuman di paru-paru tentu ramai ingin tahu bagaimana penyakit ini berlaku, simptom dan sebagainya yang dikongsikan oleh Dr Latif Saad dari TheDiagnosa yang berkongsi artikel ini di page tersebut.
Pemergian Adamdidam dua hari lalu mengejutkan peminatnya di tambah usianya yang agak muda
Baca penulisan Doktor Latif ini.
Sebelum itu saya nak ucapkan takziah kepada keluarga Chef Adamdidam yang baru sahaja telah pergi meninggalkan kita.
Post ini dibuat untuk menjelaskan beberapa perkara berkenaan dengan jangkitan kuman paru-paru sebab ada yang pelik dan bertanya kepada saya ketika kes Adamdidam ni berlaku. Soalannya “Jangkitan kuman paru-paru boleh menyebabkan kematian ke?”
Jawapannya Ya. Ia boleh menyebabkan kematian.
Ada dua cara dimana ia boleh meragut nyawa.
1. Jangkitan paru-paru yang teruk
Jangkitan paru-paru yang teruk boleh berlaku apabila tidak dirawat dengan cepat ataupun jangkitan kuman tersebut berpunca daripada kuman yang berbahaya seperti Streptococcus pneumoniae.
Jangkitan kuman seperti ini boleh berlaku sehingga menyebabkan paru-paru anda dipenuhi dengan air jika tidak dirawat dengan cepat.
Disebabkan itulah, terdapat vaksin pneumococcal untuk mengelakkan jangkitan paru-paru disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae. Boleh pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan suntikan vaksin ini.
2. Septic shock
Septic shock ataupun ‘renjatan sepsis’ ini bermaksud satu keadaan dimana jangkitan kuman daripada paru-paru telah merebak ke dalam darah dan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Ketika mana tekanan darah menjadi rendah, bekalan darah kepada organ seperti buah pinggang dan hati akan berkurangan. Ini menyebabkan organ tersebut mengalami kegagalan dan badan tidak mampu lagi mengawal tekanan darah.
Dikatakan separuh dari badannya seperti orang lumpuh sebelum meninggal dunia. Al Fatihah untuk arwah Adamdidam
Ia akan berakhir dengan kurangnya darah yang boleh dipam pergi ke otak atau ke jantung. Akhirnya, jantung akan berhenti dengan sendirinya dan pesakit akan meninggal dunia.
Pesakit-pesakit yang menghadapi septic shock ini selalunya akan diberikan ubat untuk mengekalkan tekanan darah tersebut pada tahap yang normal. Ubat itu akan disuntik secara berterusan melalui satu mesin supaya tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang normal.
Punca lain yang menyebabkan jangkitan kuman yang teruk
Ada juga lagi satu punca yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk iaitu ia boleh disebabkan jangkitan measles (demam campak).
Apabila seseorang itu dijangkiti demam campak, sistem imun badannya akan menjadi lemah untuk beberapa bulan.
Pada masa inilah kuman daripada luar mudah untuk masuk ke dalam paru-paru menyebabkan jangkitan paru-paru yang sukar untuk diubati. Sebab itu banyak kematian daripada demam campak measles ini adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Oleh itu, dinasihati kepada ibu bapa diluar sana untuk mengikut jadual vaksin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah simptom jangkitan kuman paru-paru?
Selalunya pesakit akan mengadu beberapa simptom iaitu:
Jika anda atau anak anda menghadapi perkara ini, maka cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan
Kesimpulan
Jangkitan kuman pada paru-paru memang mudah berlaku dalam masyarakat kita. Akan tetapi ia boleh menjadi teruk hingga boleh meragut nyawa. Oleh itu, jika anda mempunyai simptom yang teruk seperti di atas, sila terus berjumpa dengan doktor.
Mohon share supaya orang lain boleh membaca artikel ini dan jangan lupa like page TheDiagnosa untuk sebarang info kesihatan.