Aktor berbakat besar, Fattah Amin mengundang sebak di hati para peminat selepas mendedikasikan ucapan teristimewa sempena ulang tahun puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, meskipun hanya ucapan ringkas sempena hari jadi Fatima yang keempat, namun ia menyentuh hati para pengikutnya apabila Fattah turut meluahkan kerinduan terhadap anak tunggalnya itu.
“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Daddy rindu awak,” coretnya ringkas.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen telah pun dibanjiri pelbagai reaksi oleh para pengikutnya selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Sebelum ini, pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah hadir ke Mahkamah Syariah Subang Bestari bagi prosiding perceraian.
Ads
Bagaimanapun, Fattah masih belum bersedia melepaskan usahawan popular itu kerana mengakui masih sayangkan isterinya. Oleh itu, kes perceraian mereka ditangguh pada 7 Oktober ini.
Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada awal bulan ini, rakyat Malaysia diberi peluang untuk membuat permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela. Walau bagaimanapun, ia hanya terbuka kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan terhad kepada siapa yang cepat.
Bagi Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar dan finalis Dewi Remaja 2018/19, Anna Jobling, mereka telah berjaya mendapatkan suntikan pertama vaksin dan kini sedang menunggu untuk menerima suntikan kedua.
Anna telah mendapat suntikan pertama pada minggu lalu dan Nadhir pula, baru semalam menerima suntikan vaksin di Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Gemilang.
Jom kita ikuti pengalaman mereka menerima suntikan vaksin AstraZeneca.
“Alhamdulillah, prosedur suntikan vaksin yang Anna lakukan tempoh hari semuanya berjalan lancar dan sangat sekejap. Temu janji pada pukul 11 pagi, pukul 12 tengah hari dah settle semuanya. Pertama sekali, korang perlu mendaftar di kaunter dan akan berjumpa dengan doktor. Doktor tersebut akan bertanyakan tentang kesihatan korang, sama ada mempunyai sakit kronik atau allergic. Sekiranya korang ada soalan berkaitan vaksin ini juga, korang boleh tanya pada doktor yang bertugas itu,”
“Kesan suntikan hanya dapat dirasa selepas 8 jam menerima vaksin itu. Anna mula rasa sakit badan dan demam. Suhu badan Anna mencecah 38.6 darjah Celsius tetapi ia semakin baik pada keesokan harinya. Lengan rasa sakit sikit tapi tidaklah teruk sangat. Ia mengambil masa lebih kurang empat hari untuk Anna pulih sepenuhnya daripada demam dan sakit kepala,” jelas Anna.
Ramai yang berkongsi kesan sampingan vaksin di media sosial, ia secara tidak langsung menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat. Bagi Anna, menyebarkan berita palsu atau artikel yang berkaitan vaksin tanpa sumber sahih daripada hospital atau pihak yang berwajib adalah satu tindakan yang tidak bijak.
“Jangan disebabkan ada yang tidak mahu mengambil vaksin, individu tersebut ingin menakutkan orang ramai tentang kesan daripada suntikan vaksin ini. Setiap vaksin mempunyai kesan sampingan dan secara jujurnya saya lebih rella mengambil vaksin untuk mengelakkan virus ini, daripada berpotensi besar dijangkiti COVID-19. Do your research because you spread false news. But please get the vaccine!,” tegas Anna Jobling.
Lain pula dengan pemenang Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar yang pada mulanya dia sendiri berasa takut untuk mengambil vaksin ini kerana melihat perkongsian kesan-kesan yang diterima di media sosial. Namun, pelakon baru ini mempunyai alasannya tersendiri dan memberanikan diri untuk menerima suntikan vaksin.
“Biasalah, kita hanya manusia biasa. Sebelum ini memang saya banyak membaca tentang pro & cons tentang vaksin COVID-19 ini. Tapi, bila difikirkan balik lebih banyak kebaikannya daripada keburukan. Selain itu juga, saya memikirkan kedua ibu bapa saya yang telah berumur. Macam ayah pun ada kencing manis. Jadi, saya rasa biarlah saya terima dulu suntikan vaksin ini dan lihat bagaimana prosedur serta kesannya nanti. Barulah senang nak uruskan pengambilan vaksin untuk mak dan ayah pula,” jawabnya.
“Selepas ambil suntikan semalam, seharian saya memang tak rasa apa-apa. Cuma sekarang baru rasa tangan ni macam sengal-sengal sikit dan badan mula rasa nak demam. Cuma mild fever saja jangan risau. Doktor pun ada cakap selepas terima suntikan, demam tu memang perkara biasa sebagai tindak balas badan nak menerima vaksin tersebut. InsyaAllah tidak ada apa yang perlu ditakutkan,”
“Namun begitu, walaupun sudah menerima vaksin tidak bermaksud korang tidak akan dijangkiti COVID-19. Doktor pun ada terangkan tentang hal ini. Vaksin akan membuatkan tubuh badan kita lebih immune kepada virus tersebut. Jadi, walaupun selepas divaksin nanti tidak bermaksud saya boleh keluar bersuka-ria di luar. Tetap kena jaga SOP dan memakai pelitup muka,”
“Yang penting saya telah menjalankan tanggungjawab dan berikhtiar untuk mengurangkan penularan virus pandemik ini. Selebihnya kita bertawakal sahaja kepada Allah SWT,” tambah Nadhir lagi.
Anna dan Nadhir bakal menerima suntikan kedua selepas 12 minggu tarikh terima suntikan pertama. Diharap selepas ini tidak ada lagi masyarakat yang berasa takut untuk menerima suntikan vaksin kerana insyaAllah semuanya selamat dan yang penting kita telah sedaya upaya cuba untuk menjalankan tanggungjawab dalam mengekang COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertemakan ‘Hype Beat’, pentas Big Stage melabuhkan tirai minggu keduanya semalam dengan penyingkiran penyanyi Pantas, Dr. Hanie Soraya.
Hanie berada pada kedudukan tiga markah terendah bersama Fadh Majid dan Amir Hasan bagi kali kedua. Walaupun Amir mendapat markah tersendah daripada 12 orang peserta dengan peratusan 56.60%, namun undian peminat meletakkan Amir di atas kedudukan Hanie.
*
Jadi di mana silap persembahan Hanie Soraya semalam yang dikatakan out of tune oleh juri tetap, Ajai. Ini komen daripada jurulatih vokal mereka, Cikgu Shafi.
“Cikgu baru saja tengok (persembahan) Hanie. Tak berapa okay, saya tak berapa happy dengan prestasi dia dan beberapa peserta lain. Semalam mereka bagus semasa full-dress rehearsal, tapi malam ini tak menjadi.
“Hanie seorang yang akan tulis apa saja yang saya cakap dan beritahu. Kena jelaskan kepada dia secara tepat kerana karakternya sebegitu. She is a thinker and that is where she struggled.
“(Malam tadi) dia tak stabil. Tiada masalah semasa warming dan tuning. Cuma dia tak stabil dari segi emosinya semalam.
“Selepas ini, cikgu harap Hanie tak terlalu ikut buku sangat dan loosen up sedikit semasa melakukan persembahan,” jelas beliau dengan sedikit nada kecewa.
*
Bukan hanya Dr Hanie seorang saja diberikan komen oleh Cikgu Shafi, beberapa lagi peserta Big Stage 2020 lain turut diberikan teguran ataupun pujian oleh cikgu. Jom tengok siapakah mereka!
Dinie Rashid
“Tiga minit sebelum melakukan persembahan, dia tersedak ketika minum air dan panik ingin ke tandas. Dia memang seorang yang panik sedikit sejak minggu pertama.
“Cikgu tengok (semalam) muka dia dah pucat. Dengan berlari ke hulu, ke hilirnya. Seharusnya bila countdown 3 minit, dia perlu duduk diam dan fokus.”
Dr Hafiz Zainal
“Sebagai tenaga pengajar, saya kena jadi orang tengah. Kita kena terbuka dengan kritikan juri. Ya benar dia ada buat silap, untuk minggu ini saya kena handle emosi mereka.
“Tapi seharusnya, kena ada markah untuk persembahan. Dia ada effort untuk tamatkan persembahan kan?”
Farisha Iris
“Dia telah improved dan mempunyai tone yang fleksibel untuk menyanyikan apa-apa jenis lagu. Cuma dia masih takut-takut sedikit kerana usia yang masih muda.”
Fahd Majid
“Suaranya agak berat, jadi kadang-kadang penyampaian tak begitu sampai. Bermula minggu ini, dia kena cepat selesakan diri untuk bergerak, senyum dan interact bersama penari. Kena 360. Ada masa, suara kena naik dan ada masa, suara kena turun.
*
Untuk episod ketiga, 11 orang peserta akan berentap pula secara duet dengan tema Dwi-minasi. Tapi sebelum itu, jom kita recap balik komen Dr Hafiz Zainal yang menerima 2 peratus daripada Ajai pada minggu pertama.
Apapun semalam, beberapa perkara telah menjadikan Big Stage bualan warga net.
Antaranya termasuklah permohonan maaf Ajai kepada Dr Hafiz Zainal dan warga net yang mempersoalkan kehadiran Caprice selaku Presiden Netizen walaupun dia tidak membacakan tweet penonton.
Waktu puncak adalah situasi yang paling dibenci oleh semua masyarakat dunia kerana ia boleh mendorong pada kesesakan lalu lintas yang serius. Pada waktu ini memang masing-masing dalam keadaan tergesa nak pulang ke rumah atau ada juga yang nak keluar atas urusan pekerjaan.
Tak kira di mana anda berada, kesesakan pada waktu kemuncak memang berlaku di serata dunia. Bezanya, jika di negara sendiri kita sudah lali dengan keadaan sesak tersebut dan menganggap bahawa situasi itu yang paling menyesakkan.
Namun begitu, apa kata anda cuba lihat bagaimana keadaan sesak di negara lain pula. Kalau rasa di Malaysia ni dah cukup dahsyat, anda memang silap.
1. Moscow, Rusia
2. Siem Reap, Kemboja
3. London, Britain
4. Beijing, China
5. Parking teksi di Kampala, Uganda
6. Kereta api di Bangladesh
7. Chhattisgarh, India
8. Venice, Itali
9. Sao Paulo, Brazil
10. Dhaka, Bangladesh
11. Tokyo, Jepun
Bila tengok keadaan di negara orang, timbul pula rasa syukur terhadap negara sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...