Kira-kira dua tahun lalu; pempengaruh, YouTuber & pelakon baharu, Nur Aisyah Muhammaf Razip atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah pernah sensasi dengan persengketaan yang pernah tercetus antara dirinya dengan pempengaruh, Kasih Iris Leona Azhar.
Sekian lama memilih untuk menutup mulut kecuali kenyataan yang pernah dimuat naik menerusi Instagram demi tidak mengeruhkan keadaan.
Biarpun sudah cuba menjelaskan sebaik mungkin, nama Aisyah tetap menerima tempias kontroversi berkenaan apabila netizen yang merupakan pengikut mereka berdua memilih kem untuk menyatakan sokongan mahupun melontarkan kecaman.
(Dari Kiri): Leona Azhar & Cupcake Aisyah.
Lalu, menerusi video YouTube terbaru Aisyah berkonsepkan Q&A dengan para pengikutnya; Aisyah mengambil peluang untuk sekali lagi memberikan penjelasannya berhubung isu persengketaan tersebut dengan harapan netizen menghentikan spekulasi dan move on.
“Leona memuat naik hantaran berkenaan di TikTok pada bulan Januari tahun ini; lebih kurang pada waktu sama saya berdepan situasi bersama Nana (rakan baik Aisyah).
“Jujurnya, saya sudahpun jelaskan apa yang perlu diperjelaskan dalam kenyataan saya di Instagram. Cuma sekali lagi saya ingin jelaskan agar orang ramai berhenti mengajukan pertanyaan ini dan membuat macam-macam andaian,” katanya.
Aisyah yang merupakan graduan Universiti Westminster, United Kingdom juga memaklumkan bahawa kemelut di antaranya dengan Leona sudah selesai.
“Saya sebenarnya telah menemui Leona pada penghujung tahun 2022, kami bincangkan hal ini dan kemudian saya menghantarnya pulang ke rumah
“Saya sedar saya melakukan kesilapan (dalam persahabatan bersama Leona) tetapi saya ulang sekali lagi, saya tidak merampas sesiapa dan saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan.
Ads
“Saya benar-benar berharap kita boleh move on daripada situasi ini. Sudah dua tahun berlalu sejak ia berlaku tetapi keadaan bertambah buruk hinggakan saya tidak boleh buka masuk akaun Instagram, Twitter, TikTok tanpa melihat nama saya dipetik dan dibenci. Ramai orang membuat andaian.
“Selalunya saya tidak akan menjelaskan isu remeh dan kontroversi sebegini kerana tidak mahu ia menjadi yang lebih isu besar. Namun netizen mula menyerang keluarga saya secara peribadi terutamanya ibu saya. Oleh itu, saya terpaksa ke hadapan dan mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Apa-apa yang saya katakan menerusi kenyataan berkenaan adalah 100 peratus benar,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Aisyah yang pernah memenangi anugerah Influence Asia 2017 turut menjelaskan mengapa dia memilih untuk tidak ‘hanyut’ dalam kemelutnya dengan Leona di mata netizen pada platform media sosial.
“Saya tahu ramai dalam kalangan anda yang bertanya mengapa saya tidak mempertahankan diri sendiri. Ia kerana kadangkala respon terbaik adalah untuk tidak memberikan respon. Asalkan saya tahu kebenarannya dan berlaku jujur kepada diri sendiri, saya tidak perlu menjelaskan apa-apa perkara.
“Sesiapa sahaja boleh membuat kesilapan. Saya hanya seorang gadis berusia 23 tahun yang sedang belajar dan membesar dengan kehidupan ini,” simpul Aisyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mas kahwin atau disebut sebagai mahar adalah antara pemberian berharga wajib yang diberikan si suami buat isterinya sewaktu berlangsungnya Ijab dan Qabul antara kedua calon mempelai.
Ada lelaki bagi cincin. Kalau ikut adat orang Indonesia, mereka banyak beri jongkong emas dan syiling emas sebagai mahar. Manakala dalam masyarakat Melayu Malaysia, ada yang beri wang tunai atau aksesori barang kemas seperti gelang dan rantai emas yang bernilai sama atau lebih tinggi dari harga mahar yang ditetapkan.
Namun, baru-baru ini tular di platform media sosial satu video yang mencuri perhatian dan dipercayai dari negara jiran, Indonesia.
Saya terima nikahnya… dengan mahar…seperangkat alat solat…. dan TIKET COLDPLAY! Sah sah sah 😂🙏🏻 pic.twitter.com/Sv02DQElEZ
— Coldplay Indonesia (@IDWantsColdplay) May 21, 2023
Berdasarkan video, satu sesi akad nikah sedang berlangsung. Jika diperhatikan, ianya hanya satu sesi akad nikah yang biasa. Namun, jika netizen dengar dengan teliti ada satu perkara yang sangat unik untuk mas kahwin mereka.
Pengantin lelaki itu menyebut mas kahwinnya adalah seperangkat alat solat dan juga tiket Coldplay! Berdasarkan komen, ramai yang mencerumbui pengantin tersebut kerana berjaya membeli tiket Coldplay dan dijadikan sebagai mas kahwin.
Gambar Hiasan
Sebelum ini, tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia. Bahkan, ribuan peminat tegar Coldplay masih lagi meluahkan rasa bengang dan kecewa apabila tiket umum untuk menyaksikan konsert band muzik pop rock British yang mula dibuka pada jam 10 pagi tadi telah habis dijual dalam tempoh tiga jam.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, masyarakat dikejutkan dengan berita satu mayat yang dipotong enam bahagian ditemui di tepi jalan Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran persimpangan Rawang Selatan.
Paling menyedihkan, ada sebahagian keratan tubuh mangsa disumbatkan ke dalam beg bagasi manakala separuh bahagian badan ditemui di tepi jalan.
Menurut laporan Malaysia Gazzete, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki dewasa itu daripada orang awam pada jam 11.25 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut. Berdasarkan maklumat sumber juga, mayat berkenaan tidak mempunyai tanda suntikan BCG yang berkemungkinan adalah warga asing.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada IPD Sungai Buloh telah bergegas ke tempat kejadian itu.
“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai bagasi pakaian sebelum pemeriksaan lanjut di dalam bagasi berkenaan telah menemui serpinan potongan badan dalam enam bahagian iaitu mayat tapa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.
“Identiti mayat dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, satu sumber berkata, bahagian badan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di lereng bukit di lokasi tersebut. Kata sumber, polis kemudian menemui sebuah bagasi berhampiran mayat mangsa yang diisi dengan bahagian kepala manusia, kaki, tangan dan dua lagi anggota badan lain.
“Anggota badan dalam bagasi itu disyaki milik mayat lelaki yang dijumpai tanpa kepala dan beberapa bahagian badan lain di tepi bagasi itu,” kata sumber.
Dalam pada itu, Shafa’aton memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut di lokasi kejadian juga turut dijalankan oleh Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas Dalgona Coffee menjadi viral di media sosial, kini seorang lagi pengguna Facebook berkongsi idea kreatif untuk menghasilkan green tea latte pula, ala-ala Frape Green Tea Latte Starbucks.