Sedapnya, makan panas-panas dicicah pula dengan sos cili yang masam, pedas dan manis. Cucur udang antara resipi popular rakyat Malaysia untuk dinikmati saat minum petang. Menu ini tidaklah susah untuk dibuat, hanya memerlukan beberapa jenis bahan sahaja.
Ada yang suka memasukkan sayur yang banyak, ada pula yang suka menggunakan daun kucai sahaja, namun ada juga yang tak nak sayur langsung. Terpulang kepada selera masing-masing. Bagi penulis, cucur udang enak kalau ada sayur yang banyak.
Berkongsi resipi kepada umum, SuiSan Aliezsha menerangkan bagaimana cara dia menghasilkan cucur udang yang enak serta gebu. Memang cantik hasil air tangannya. Jom kita teliti cara untuk membuat makanan ini ;-
Bahan-bahan
1 kgTepung Gandum
Ads
Sepaket Mauripan
Udang (Saiz udang terpulang kepada kesukaan masing-masing)
Sediakan bekas, masukkan tepung, mauripan, garam dan serbuk kunyit bersama. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Selepas mendapat adunan yang dikehendaki, masukkan daun kucai dan kacau sebati.
Biarkan adunan seketika sehingga hingga ia mengembang.
Untuk mendapatkan bentuk cucur udang yang cantik sekata, gunakan senduk besi. Semasa panaskan minyak, rendam senduk supaya adunan tidak melekat pada senduk besi.
Letakkan udang ke atas cucur yang hendak digoreng.
Selepas cucur nampak garing sekata, angkat. Siap untuk dihidang
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani (27) -Goh Sze Fei (27) baru-baru ini terlepas gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di China yang diadakan malam semalam.
Pasangan nombor tujuh dunia itu terpaksa akur tewas kepada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada aksi final di Hangzhou, China.
Namun, duo Nur Izzuddin-Sze Fei wajar diberikan pujian kerana mereka yang memaksa pasangan Denmark itu bekerja keras sehingga ke permainan penentuan.
Dalam pada itu, pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Astrup-Rasmussen bermula positif apabila menang set pertama 21-17. Tersentak keputusan itu, Nur Izzuddin-Sze Fei bangkit pada permainan kedua menerusi kemenangan 21-17 untuk membawa perlawanan ke aksi penentuan.
Walau bagaimanapun, momentum tersebut gagal diteruskan apabila mereka terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor tiga dunia itu 21-11 dalam masa 64 minit permainan. Keputusan berkenaan melebarkan lagi jurang kemenangan Astrup-Rasmussen kepada 8-2 ke atas Nur Izzuddin-Sze Fei.
Menerusi kemenangan itu, mereka meraih wang tunai AS$210,000 (RM934,553), manakala pasangan negara membawa pulang AS$100,000 (RM445,025).
Sebagai rekod, Izzuddin-Sze Fei pernah mencipta sejarah muncul beregu lelaki pertama negara mara ke final sejak WTF diperkenalkan pada 2018 bagi menggantikan Siri Super Final.
Walaupun terlepas gelaran juara, Nur Izzuddin-Sze Fei dijangka mengambil alih status beregu nombor satu negara dari Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memegang gelaran itu sejak lima tahun lalu.
Nur Izzuddin-Sze Fei yang berstatus ketujuh dunia dijangka melonjak empat anak tangga ke ke tempat ketiga – tertinggi sepanjang karier mereka. Kedudukan tersebut menjelang kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa ini.
Lonjakan tersebut dibantu hasil kejayaan mereka melangkah ke pentas final WTF itu dan sebagai rekod Aaron-Wooi Yik ketika ini berstatus kelima dunia. Nur Izzuddin-Sze Fei sebelum ini meraih tiga gelaran Jelajah Dunia iaitu menerusi Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wah nampaknya raya sudah dekat dan tinggal beberapa hari saja lagi. Bau kuih raya dah mula menyatu dengan sekeliling kita dan lagu raya pun dah berkumandang everytime everywhere! Tapi sebelum boleh feeling makan rendang yang mak korang masak dan beraya dengan sepupu-sepupu, ada satu hal penting kena buat dulu iaitu perjalanan balik kampung!
Kalau tak rancang elok-elok, boleh jadi mimpi ngeri tau. Silap-silap sangkut berjam-jam atas jalan, kereta buat hal, atau lagi teruk, tertinggal barang penting. Jadi, meh Remaja share 5 tip simple untuk korang rancang perjalanan balik kampung tanpa stress.
TENTUKAN TARIKH & MASA
Kalau nak tahu, bermula Isnin minggu ini sahaja ramai yang dah mula pulang ke kampung. Jadi, lepas confirm dapat cuti korang wajib rancang bila nak gerak ke destinasi masing-masing. Sebaiknya, elakkan peak hour sebab biasanya dua hari sebelum raya memang highway confirm sesak tahap nak pecah kepala. Kalau nak tenang, gerak awal pagi atau lewat malam. Bila jalan lengang, hati pun senang.
Selain itu, jangan lupa maklumkan pada jiran untuk tengok-tengokkan rumah sewaktu korang pulang ke kampung.
Pro tip: Guna Google Maps atau Waze untuk tengok ramalan trafik ikut tarikh yang korang plan.
SERVIS KERETA SEBELUM GERAK
Tak kisahlah sama ada naik ‘King’ Myvi ke, Axia ke, BYD ke, Mercedes Benz atau pinjam kereta kekasih korang ke. Pastikan kenderaan tersebut diperiksa terlebih dahulu. Check minyak hitam, air radiator, tayar dan brek. Biar selamat daripada stranded tengah highway sambil tengok kereta lain lambai tangan potong korang.
Tak lupa juga bagi penunggang motosikal lagi double korang perlu berhati-hati atas jalan dan pastikan helmet selamat digunakan, minyak cukup, dan jangan lupa bawa baju hujan, sebab cuaca sekarang ini tak menentu kejap hujan kejap panas. Kesian korang nanti sampai kampung nanti tak sihat pula.
SMART PACKING!
Baju raya, charger, ubat-ubatan, power bank, dokumen penting semua ni WAJIB ada dalam checklist. Kalau korang sejenis pelupa, buat checklist dalam nota telefon korang. Jangan last minute baru terhegeh-hegeh nak masukkan dalam bag, nanti confirm ada benda tertinggal.
Apa kata korang bawa sekali snek kegemaran korang dalam satu beg khas untuk dalam kereta, mana tahu tiba-tiba korang lapar masa hadap jam nanti!
Kredit: Mesra Petronas
PLAN PIT STOP & MAKE SURE TO REST!
Ingat! Sekalipun perjalanan jauh, jangan pecut kereta sampai tak ingat dunia. Rancang untuk berhenti sekurangnya setiap 3 jam untuk berehat, stretching, solat, makan, atau ke tandas. Di negara kita ini, kemudahan R&R memang banyak dan boleh siap-siap pilih stesen mana saja yang korang nak singgah agar perjalanan lebih lancar.
Jangan pernah paksa diri tahan mengantuk, tahan buang air dan sebagainya sebab lebih baik berhenti sekejap daripada ambil risiko yang boleh memudaratkan diri korang.
DUIT & TOUCH ‘N GO
Tol? Minyak? Beli jajan di R&R? Semua ini perlukan duit kecil atau kad Touch ’n Go yang cukup baki. Walaupun ramai peniaga dah guna sistem seperti ‘QR Code’ dan guna kad bank tapi korang perlu juga bawa wang tunai sikit sebab mana tahu tiba-tiba ada masalah teknikal, susah pula nanti.
Pastikan baki TNG korang cukup sebab malu weh kalau orang belakang hon! Dan bagi mudahkan laluan tol tu smooth, isi lebih pun tak apa.
Kredit: Tsem Rinpoche
Ha, nak balik beraya ini bukan setakat tentang sampai ke kampung cepat saja, tapi perjalanan itu sendiri pun kena ada vibe dia seperti nyanyi lagu raya dalam kereta, kongsi cerita dengan kawan atau family, dan rasa angin kampung yang tenang.
Jadi, jangan kelam-kabut. Plan elok-elok, enjoy the ride, dan yang paling penting korang semua sampai dengan selamat.
Apa pun kami di Remaja ucapakan selamat balik kampung & Selamat Hari Raya buat seluruh umat Islam di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh media sosial popular, Mekyun berjaya memiliki rumah pertamanya pada usia 28 tahun, membuktikan bahawa wanita muda mampu mencapai impian besar tanpa bergantung kepada sesiapa. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya golongan wanita muda yang mahu lebih berdikari.
Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee berkongsi berita tersebut menerusi TikTok, memaklumkan rumah barunya dipercayai terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Katanya, lokasi tersebut dipilih kerana berdekatan dengan kediaman ibu bapa.
“Saya capai satu lagi pencapaian. Akhirnya, saya beli rumah pertama. Antara sebab saya pilih duduk sini sebab dekat dengan rumah Mok (ibu) dan Pok (bapa). Tak sabar nak kongsi perjalanan rumah baharu dengan kalian semua. Saya sangat gembira dan berbangga dengan diri sendiri,” tulis Mekyun.
Pesanan Mekyun Untuk Remaja Terutamanya Wanita
Selain berkongsi rasa syukur, Mekyun turut menitipkan pesanan bermakna buat semua wanita. Katanya, jangan menunggu suami atau orang lain untuk menyediakan rumah atau aset untuk kita.
“Mulakan menabung dari sekarang. Pastikan kita ada rumah dan aset sendiri supaya masa depan kita, kita yang kawal. Perempuan yang percaya dan berusaha untuk diri sendiri, dia boleh capai apa saja yang dia impikan.”
Mesej ini mendapat sokongan penuh peminat yang bersetuju wanita harus memiliki aset sendiri. Mereka berpendapat langkah ini memberi lebih jaminan dan kebebasan dalam hidup.
Ramai pengikut Mekyun memuji tindakannya dan bersetuju dengan pandangan tersebut:
“Setuju, wanita memang perlu ada rumah sendiri. Kecil pun tak apa asalkan harta sendiri.”
“Perempuan sekarang kena berdikari walaupun ada pasangan sebab mereka hanyalah pinjaman dari Tuhan.”
“Muda-muda lagi beli rumah dulu. Itu yang penting, aset harta tak akan turun harga sebab makin lama makin mahal.”
Inspirasi Untuk Anak Muda Capai Rumah Idaman
Kisah Mekyun menjadi bukti bahawa memiliki rumah sebelum umur 30 tahun bukan mustahil. Dengan disiplin kewangan, ilmu tentang pasaran hartanah, dan keberanian membuat keputusan, anak muda juga boleh mencapai impian yang sama.
Langkah awal yang boleh diambil:
Tetapkan matlamat kewangan – tahu berapa jumlah yang diperlukan untuk deposit.
Berdisiplin menabung – asingkan simpanan khas setiap bulan.
Kawal hutang – elakkan pembelian mewah yang tidak perlu.
Buat kajian pasaran – bandingkan lokasi, harga, dan kemudahan.
Kisah Mekyun bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi inspirasi kepada generasi muda untuk berani bertindak dan membina masa depan sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan bebas Ismahalil diketepikan selepas Mahkamah Rayuan mensabitkannya atas pertuduhan mengedar kanabis dan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun.