Cuaca panas yang semakin terasa sekarang nampaknya bukan sekadar ‘panas biasa’. Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah awal bagi melindungi kesihatan murid apabila sesi persekolahan dibuka semula minggu hadapan.

Menurut laporan Bernama TV, KPM memaklumkan bahawa aktiviti luar bilik darjah akan ditangguhkan sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius.

Cuaca Terlalu Panas, KPM ‘Pause’ Aktiviti Luar Jika Melebihi 35°C

Langkah ini dilihat sebagai persediaan penting bagi menghadapi cuaca panas yang dijangka berterusan, selain memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa terjaga sepanjang berada di sekolah.

Dalam masa sama, KPM turut mempertimbangkan kebenaran khas kepada murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan ketika cuaca panas, bergantung kepada situasi semasa di institusi masing-masing.

Selain itu, pihak kementerian juga akan memantau sebarang aktiviti yang berpotensi mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi mengelakkan risiko kesihatan.

Ads

Cuaca Terlalu Panas, KPM ‘Pause’ Aktiviti Luar Jika Melebihi 35°CBekalan air minuman bersih juga akan dipastikan mencukupi di semua institusi pendidikan di bawah KPM. Malah, murid digalakkan untuk membawa air minuman sendiri sebagai langkah tambahan.

Bagi murid asrama pula, KPM akan menyediakan bekalan air minuman sekiranya keadaan menjadi kritikal dan tiada sumber lain tersedia.

Ads

Tidak hanya itu, kerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan turut diperkukuhkan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang komplikasi akibat cuaca panas.

Ads

Cuaca Terlalu Panas, KPM ‘Pause’ Aktiviti Luar Jika Melebihi 35°C

Jadi, untuk semua pelajar di luar sana jangan lupa minum air secukupnya dan jaga diri, okay!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads