
Disebabkan oleh penularan wabak-Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, beberapa universiti awam tempatan terpaksa menangguhkan sesi konvokesyen di kampus masing-masing sehinggalah kemaskini terbaru diterima mengenai perintah kawala pergerakan.
ARTIKEL BERKAITAN: UiTM & UCYP Tangguhkan Konvokesyen
Tetapi itu nyata tak memberi sebarang masalah untuk universiti di Jepun ini meneruskan sesi konvokesyen mereka dengan bantuan…
Yes you guessed it – robot!

Business Breakthrough University (BBT) di Jepun masih meneruskan acara tersebut pada 28 Mac lalu di Hotel Grand Palaceyang terletak di Chiyoda, Tokyo.
Bezanya, ia tidak dihadiri oleh para pelajar. Sebaliknya, mereka mengikuti sesi tersebut menerusi aplikasi video conference Zoom.
Tambah menarik apabila 4 daripada pelajar mereka menghantar robot masing-masing untuk mengantikan mereka semasa menerima sijil!


Robot bernama Newme ini terkenal di Jepun dan bagi acara ini, ‘ia’ disarungkan dengan jubah konvokesyen dan tangan mereka dengan mudahnya dapat menggenggam sijil tersebut.
Newme merupakan robot ciptaan syarikat penerbangan All Nippon dari Jepun yang kelihatan seperti iPad yang diletakkan di atas Roomba bergerak.
Idea di sebalik ciptaan ini adalah demi memberikan cara baru untuk pelancong mengembara ke serata dunia tanpa perlu berada di sana secara fizikal.
Lalu All Nippon sedang merancang untuk ‘melantik’ 1000 robot Newme pada pertengahan taun ini sebagai percubaan pertama mereka – contohnya bagi memberi peluang kepada warga kurang upaya untuk menikmati pemandangan di negara lain dari rumah meeka.
Hebat bukan!
Mungkin satu hari nanti, Malaysia juga akan sampai ke tahap teknologi seperti ini untuk menggantikan haiwan peliharaan di rumah. Robot!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Cinta Lebih Bermakna Dengan Pemberian Gajet Serba ‘Functional’

Menangi pelancongan ke Maldives pada Februari ini lebih bermakna untuk kamu dan pasangan ya!
Sebut saja bulan Februari, ramai orang yang terus mengaitkannya dengan bulan cinta.
Tentunya ramai yang tidak mahu lepaskan peluang untuk meraikan bulan penuh cinta bersama yang tersayang. Bukan eksklusif kepada mereka yang dah berpunya je tau. Kamu juga boleh meraikannya bersama ibu bapa dan rakan baik.

Malah, tak salah pun untuk kamu berikan pemberian istimewa kepada diri sendiri – lets love ourselves first, right?!
Untuk meraikan rasa cinta, kita memerlukan persiapan rapi untuk membeli hadiah. Jadi kami ingin berikan idea hadiah pemberian yang lebih ‘functional’ dan memang betul-betul membantu kita dalam rutin harian.
IDEA 1
Kamu wajar peka dengan aktiviti kegemaran si dia. Ada pasangan yang sukakan aktiviti hujung minggu seperti menonton filem bersama. Ada yang suka makan masakan air tangan pasangan dan jangan terkejut jika ada pasangan yang suka bermain game bersama.
Anda juga boleh memaparkan skrin dari telefon pintar HUAWEI ke MateBook D 15 ini untuk bermain game di skrin besar dengan fungsi Multi-screen Collaboration.
Komputer riba dapat membantu kamu untuk melakukannya bersama Matebook D 15 adalah komputer riba terbaik HUAWEI.


Ia mempunyai skrin IPS FullView skrin sebesar 15.6 inci, hanya seberat 1.53 kg dan mempunyai ketebalan 16.9 mm je! Jelas, komputer ini sesuai dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa ke mana-mana.
HUAWEI MateBook D 15 (8GB + 256GB) boleh dibeli pada harga RM2,299.
IDEA 2
Si dia selalu mendengar muzik ketika berlari di treadmill? Ataupun dia ingin mengelakkan kebosanan semasa menaiki pengangkutan awam pada setiap hari?
Kami amat sukakan idea pemberian fon telinga baru kerana pasangan akan sentiasa teringat kepada kamu tatkala mereka sibuk seharian, gitu!

HUAWEI FreeBuds 3 adalah pilihan yang terbaik dengan harganya berpatutan iaitu RM679.
Pasangan boleh memiliki fon telinga tanpa wayar yang dilengkapi ciri-ciri bagus seperti pembatalan bunyi agar muzik boleh ‘dilayan; tanpa gangguan bunyi bising di sekeliling.
P.S: Jika si dia membebel, pinjamlah Huawei FreeBuds 3 ini. Hiks!

IDEA 3
Simpan memori indah kamu bersama si dia dengan pemberian telefon pintar HUAWEI Nova 7i.
HUAWEI Nova 7i adalah siri Nova terbaharu HUAWEI dengan kamera yang telah dinaik taraf, terutama kamera bahagian hadapan untuk swafoto.

Kamu berdua boleh mengambil gambar bersama sebanyak mungkin walaupun di malam hari. Ini kerana HUAWEI Nova 7i dilengkapi fungsi mod malam yang membolehkan keadaan gelap bertukar menjadi cerah.
Selain itu, HUAWEI Nova 7i juga mempunyai kualiti panggilan video yang tinggi.
Jika kamu dan si dia berjauhan, kamu boleh menggunakannya untuk panggilan video melalui MeeTime. Fungsi MeeTime ini membolehkan panggilan video dibuat dengan mudah tanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga.
HUAWEI Nova 7i dijangka mula dijual pada 22 Februari 2020 pada harga RM1,099.
Bagaimanapun, kamu boleh menempahnya lebihawal bermula hari ini (14 Februari) sehingga 21 Februari 2020 dan boleh merebut promosi Huawei Band 4 pada harga RM139 saja (selagi stok masih ada).

Tempahan HUAWEI Nova 7i boleh dibuat di SINI ataupun melalui HUAWEI Official Flagship Store*(sementara stok masih ada)
Sekarang ini, HUAWEI sedang melakukan promosi yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Nikmatilah pakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE Instalment hingga ke 12 bulan hanya dengan RM4.87 sehari* dari 22nd Feb 2020 (pakej untuk nova 7i)! Klik link di bawah untuk menempah segera HUAWEI nova 7i kepunyaan anda: https://huaweitogether2020.3ex.com.my/

Selain daripada 3 produk di atas, HUAWEI turut menawarkan promosiuntuk produk mereka yang lain.
Antaranya ialah telefon pintar Huawei Nova 5T Crush Green (RM1,399), telefon pintar HUAWEI Y7P (RM699) dan jam tangan digital HUAWEI Watch GT2 42mm Rose Gold (RM899). Kesemuanya dijual pada harga yang lebih murah sempena promosi Hari Valentine.

Kamu juga berpeluang untuk memenangi 3 pasang baucar melancong ke Maldives bernilai sehingga RM36000 dengan pembelian produk HUAWEI terpilih dari 10th -16th Februari 2020.
Kamu hanya perlu imbas kod QR, jawab soalan yang diberi, isi maklumat peribadi dan lampirkan resit pembelian kamu untuk menyertai peraduan ni. Pemenang akan diumumkan di Facebook HUAWEI pada 14 Mac 2020.
ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah Terbaik Untuk Pasangan – Huawei Nova 7i Dengan Tawaran Serendah RM2.14
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan Hanya Satu Klik, HUAWEI P40+ Mudahkan Kehidupan Harian Pengguna

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, ia bukan sahaja membantu malah memudahkan individu untuk melalui kehidupan harian. Kehadiran telefon pintar yang multifungsi antara yang menjadi dambaan setiap remaja.
Kini, formula 1+8+N diperkenalkan HUAWEI agar mengadaptasikan hubungan antara peranti-peranti yang dihasilkan oleh firma pengeluar telefon pintar terkemuka ni.
Angka ‘1’ merujuk kepada telefon pintar itu sendiri manakala ‘8’ pula adalah peranti lain yang boleh disambungkan menerusi Huawei Share seperti laptop, tablet, smart watch, smart tv, fon telinga (Freebuds), speaker, internet router dan beberapa jenis kenderaan.
‘N’ pula merujuk kepada sambungan ke beberapa aplikasi pintar seperti mobile office, smart home, sports & fitness apps, audio-visual entertainment dan smart travel product.
Huawei P40 Pro+ series menekankan beberapa ciri menarik termasuklah HUAWEI SHARE yang menawarkan banyak manfaat kepada pengguna. Dengan hanya satu klik (One Tap Share), telefon pintar ini mampu berhubung dengan alat peranti lain.

Ciri ini juga turut diperkenalkan menerusi kempen Huawei 1+8+N dengan kelebihan-kelebihan seperti berikut:
01
HUAWEI Laptop
One Tap Share antara laptop dan telefon pintar boleh dilakukan dengan hanya klik pada label HUAWEI Share di komputer riba.
Telefon pintar HUAWEI dapat dihubungkan dengan komputer riba dan ia bukan hanya boleh berkongsi data internet, malah skrin di telefon pintar juga boleh dilihat melalui komputer riba tersebut.
Pengguna boleh menarik dan memindahkan file antara telefon pintar dan komputer riba melalui tetikus dan papan kekunci. Jika menggunakan HUAWEI Matebook X Pro, kamu boleh terus drag fail tersebut melalui paparan skrin sentuh dengan menggunakan jari.

02
Jika pengguna ingin menyambungkan telefon pintar ke Smart TV, korang hanya perlu hidupkan NFC pada telefon pintar dan klik HUAWEI Share pada pada alat kawalan jauh Smart TV. Kemudian, skrin telefon pintar dapat dipaparkan di Smart TV.
Berbeza dengan fungsi paparan skrin sebelum ini, operasi ini adalah jauh lebih mudah dan pantas, serta ia masih tidak terdapat di Malaysia.

03
HUAWEI Mate Pad Pro
Sama seperti komputer riba Huawei, Huawei MatePad Pro mempunyai fungsi kolaborasi pelbagai skrin. Telefon pintar boleh dikendalikan pada MatePad Pro yang boleh menarik dan memindahan gambar, video dan fail antara telefon pintar dan tablet, secara tidak langsung ia menjadikan kerja lebih efisien.
Untuk melakukan kolaborasi multiscreen, hidupkan fungsi NFC pada telefon pintar HUAWEI dan tap pada kekunci Shift untuk memaparkan skrin telefon pintar pada MatePad Pro.

04
HUAWEI Sound X
Huawei Sound X adalah speaker pintar pertama yang menyokong file Hi-Res yang dihasilkan oleh Huawei dan Devialet sebagai tambahan kepada fungsi asas speaker AI Huawei. Ia mempunyai teknologi ‘One Tap’, di mana pengguna dapat memainkan muzik di telefon pintar daripada HUAWEI Sound X dengan hanya satu klik pada sensing area di speaker.
Speaker ini juga mudah dikawal. Pengguna tidak perlu mengeluarkan telefon jika mahu mendengar muzik. Cukup sekadar tutup bahagian atas speaker dengan telapak tangan.


05
HUAWEI AX3 router

Terlupa kata laluan Wi-Fi? Dengan HUAWEI AX3 router, anda hanya perlu menyentuh telefon pintar pada sensor NFC di bahagian bawah penjuru kanan router HUAWEI untuk akses kepada rangkaian Wi-Fi secara terus menggunakan One Tap Network Connection.
06
Kereta

Tidak perlu lagi membawa kunci kereta, dengan telefon pintar HUAWEI, pengguna boleh memegang kawasan NFC telefon berhampiran pemegang pintu kereta dan terus membuka kunci kereta.
Untuk mengunci kereta pula, tutup pintu setelah keluar dan pegang kawasan NFC berhampiran pemegang pintu kereta. Perlu diingat, ini hanyalah untuk model kereta tertentu saja.
*
Selain daripada one tap connection antara “1” dan “8” ini juga, HUAWEI akan terus berusaha untuk menambahbaik ciri-ciri ini, misalnya One Tap Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan komputer riba, Freebuds dan Watch GT dan banyak lagi.
Nah, rasanya spesifikasi yang ditawarkan oleh HUAWEI ini sudah cukup berbaloi terutamanya bagi indvidu yang mempunyai jadual harian yang padat. Ciri-ciri ini sangat berguna sekiranya anda sedang melancong, bersukan, mahu pun bersantai di rumah bersama keluarga tersayang.
Untuk maklumat lanjut tentang 1+8+N dan kehebatan kesinambungannya menerusi HUAWEI Share, korang boleh melayari DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sarawak Negeri Pertama Guna Gelang Tangan Digital Bagi Menjejaki Individu Yang Dikuarantin

Jika sebelum ini China dan Korea memperkenalkan penggunaan gelang tangan QR yang akan dipakaikan kepada mereka yang berkemungkinan mempunyai gejala COVID-19 dan perlu di kuarantin, kini Sarawak juga dikatakan menggunakan pendekatan yang sama bagi mereka yang menaiki kapal terbang dan mendarat di negeri tersebut.
Menurut perkongsian dari Siti Rohani Ahmat, Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat satu inisiatif dimana mereka memperkenalkan Digital Tracking untuk mana-mana individu yang telah diarahkan menjalani self quarantine di rumah.

Sesiapa yang menaiki kapal terbang dan mendarat di Sarawak akan diberikan tag tersebut dan mereka perlu mengikuti arahan yang telah disertakan bersama Health Alert Card.

Ia direkacipta oleh Sarawak Multimedia Authority yang merupakan antara agensi Kerajaan Sarawak. Gelang tangan digital ini mempunyai dua kategori iaitu kuarantin di rumah dan kuarantin di hospital bagi memudahkan pihak berkuasa Sarawak untuk mengetahui dimanakah keberadaan mereka sepanjang dalam tempoh kuarantin tersebut.
Apa yang perlu mereka buat adalah:
1. Individu perlu menggunakan Tag tersebut selama tempoh kuarantin.
2. Di tag tersebut terdapat barcode untuk mereka scan dan mereka perlu memuatnaik aplikasi yang berkaitan untuk melaporkan keberadaan mereka.
3. GPS perlu diaktifkan semasa log in ke aplikasi tersebut.
4. Individu tersebut dikehendaki melaporkan status setiap hari jam 8.00pagi dan 8.00 malam sehinggalah 14hari.
5. Turut dinyatakan dalam pamplet tersebut hukuman yang akan diberikan jika mereka ingkar dengan arahan tersebut.
6. Tag ini hanya boleh ditanggal dan diserahkan semula ke Pusat Saringan untuk disahkan bebas daripada tempoh kuarantin.

Arahan ini dikeluarkan sebelum pihak kerajaan mengumumkan Pusat Kuarantin yang disediakan untuk mereka yang pulang dari luar negara pada April 2020.
Sarawak juga merupakan negeri pertama di dalam Malaysia yang menggunakan teknologi gelang digital setakat ini.
Walaupun kini kerajaan sudah menempatkan individu-individu yang pulang dari luar negara ke Pusat Kuarantin, namun kami merasakan bahawa inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak ini adalah satu langkah yang terbaik.
Dengan adanya teknologi seperti ini, sesiapa yang perlu dikuarantin tidak boleh melarikan diri atau bergerak bebas sepanjang tempoh 14 hari bagi menjamin keselamatan orang lain.
Syabas Sarawak.
Sumber: Metrocitytrainingcentre Sarawak & Borneo Post
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

