Bintang K-Pop generasi baharu, Cortis mencuri perhatian apabila isu keselamatan dan privasi ahli kumpulan berkenaan kembali menjadi bualan selepas agensi mereka mengambil tindakan tegas terhadap segelintir individu yang didakwa melampaui batas sebagai peminat.
Perkara ini difahamkan tercetus susulan beberapa insiden yang melibatkan pencerobohan privasi serta gangguan terhadap pergerakan kumpulan tersebut.
Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit Music, pihaknya memaklumkan bahawa tindakan undang-undang telah pun dimulakan terhadap pihak yang menyebarkan gambar artis yang telah diubah suai dengan niat tidak baik di platform dalam talian. Selain itu, agensi tersebut turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melibatkan penyebaran maklumat peribadi ahli kumpulan.
Dalam laporan sama, antara insiden paling serius yang dilaporkan berlaku adalah apabila terdapat individu yang memasang peranti penjejak GPS pada kenderaan yang digunakan oleh Cortis ketika berada di Paris.
Ads
Malah, ada juga pihak yang didakwa mengekori pergerakan kumpulan tersebut menggunakan kenderaan lain serta menyusun pergerakan mereka berdasarkan jadual tidak rasmi.
Tidak hanya itu, Big Hit Music turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa pelanggaran privasi lain yang semakin membimbangkan termasuk pencerobohan kawasan parkir kediaman artis serta individu yang menyamar sebagai petugas acara untuk mendekati ahli kumpulan. Terdapat juga laporan mengenai pengambilan gambar tanpa kebenaran ketika ahli kumpulan berada di ruang rehat lapangan terbang dan di dalam pesawat.
Ads
Pada masa yang sama, agensi tersebut turut mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat penerbangan peribadi ahli kumpulan yang dijual secara tidak sah di platform media sosial. Pihak mereka telah memfailkan aduan jenayah dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Di samping itu, Big Hit Music turut menegaskan bahawa perbuatan seperti penjualan dan pembelian data peribadi ini merupakan satu kesalahan serius yang melanggar undang-undang perlindungan maklumat peribadi serta peraturan komunikasi digital yang ditetapkan.
Ads
Selain isu fizikal dan keselamatan, agensi itu juga memaklumkan bahawa mereka sedang mengambil tindakan terhadap kandungan dalam talian yang berunsur fitnah, penghinaan serta manipulasi imej artis yang disebarkan dengan niat menjatuhkan reputasi kumpulan tersebut. Langkah ini termasuk sekatan terhadap akaun yang didapati melanggar garis panduan komuniti.
Untuk rekod, Cortis yang mula mencuri perhatian sejak kemunculan mereka pada Ogos lalu menerusi lagu hit berjudul Go!, Fashion, RED RED, dan TNT terus mencatat pencapaian memberangsangkan dalam industri muzik K-Pop dengan jutaan jualan album serta strim global yang tinggi. Walaupun berdepan cabaran dari segi privasi, agensi menegaskan mereka akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan ahli kumpulan sentiasa menjadi keutamaan.
Sumber: Big Hit Music
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut sumber, ahli BLACKPINK itu telah membeli sebuah vila di kejiranan ‘UN Village’ yang terkenal di Seoul tanpa sebarang pinjaman.
Dia dilaporkan telah membeli apartmen mewah itu secara tunai dan mendaftarkan alamatnya dengan pejabat perbandaran tempatan.
Di tengah-tengah laporan rundingan kontrak Jennie dengan YG Entertainment, ahli BLACKPINK itu didapati dilaporkan telah membeli sebuah unit di kompleks vila LaTerrace di UN Village pada Julai lalu.
Pangsapuri seluas 2636 kaki persegi itu dikatakan mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik mandi, dan Jennie dilaporkan telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk tempat itu pada Februari 2021.
Jirannya termasuk pelakon terkenal Lee Jong Suk, yang didakwa memiliki sebuah apartmen di kompleks yang sama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Warga Shah Alam pastinya sudah mengetahui misteri di sebalik Banglo Seksyen 12. Kalau anda search mengenai banglo ini, pelbagai versi cerita yang akan anda ketahui mengenainya. Ramai kumpulan paranormal yang datang untuk merungkai misteri ini namun pelbagai kejadian yang mereka hadapi dan misteri tetap misteri.
Terbaharu Filem berjudul “Banglo Seksyen 12” itu diinspirasikan dari novel nukilan Hasrudi Jawawi yang sama judulnya dan diterbitkan di bawah syarikat produksi Intan iaitu Prisma Pictures Sdn Bhd.
Menariknya “Banglo Seksyen 12” turut menampilkan Hero Remaja 2020 iaitu pelakon berbakat Aniq Suhair dan Hariz Hamdan.
Pengalaman berlakon dalam filem seram?
Menurut Aniq yang memegang watak sebagai Amir, berlakon dalam filem seram sangat luar biasa sebab ini merupakan pertama kali beliau berlakon dalam filem dan sangat berbeza dari pengalaman berlakon drama.
Hariz pula memegang watak sebagai Fadzli dan menyatakan walaupun diadaptasi daripada cerita novel, filem banglo seksyen 12 ini tidaklah 100% serupa, banyak scene yang dicipta bagi menjadikan filem ini lebih menarik dan berbaloi ditonton.
Aniq dan Hariz juga memberitahu berkerjasama dengan pelakon, pengarah dan penerbit Intan Ladyana sangat seronok kerana beliau sangat profesional dan juga baik. Dia juga banyak mengajar dan memberi tip untuk menjadi pelakon yang baik.
Untuk pengetahuan semua filem ini mengisahkan tentang enam orang remaja yang pergi membuat youtube paranormal aktiviti di sebuah banglo terbiar.
Namun, ketika pengambaran banglo seksyen 12 ini dibuat Hariz sembat bongkar pengalaman berdepan peristiwa mistik.
“Sebenarnya sebelum kami memulakan pengambaran filem ini kami ada kelas lakonan bersama Abang Zack Azhari Zain iaitu pengarah dan pensyarah perfileman yang popular.Dan selepas kelas tersebut Abang Zack ajak kami pergi recce banglo yang kiteorang nak shooting tu. Tapi masa itu tak semua pelakon terlibat, cuma yang masuk kelas lakonan je ada.”
” Mula-mula memang dah rasa seram sejuk bila tiba di banglo yang telah ditinggalkan itu dan banyak kelawar berterbangan dalam rumah banglo tersebut. Tapi tujuan kami pergi recce ialah untuk mendapatkan feel sebelum memulakan pengambaran. Jadi semua yang ada disitu mula la ambil gambar dan video banglo tersebut. Tapi bila balik dan tengok balik video dan gambar tadi ada sesuatu yang pelik. Salah seorang daripada kami berlainan dalam klip video tersebut dari segi warna baju dan juga reaksi wajah. Tapi kami tak tahu kenappa dan agak seram la pengalaman tersebut!” jelas Hariz Hamdan
Untuk video penuh jom tonton video interview dibawah :
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Reshmonu yang baru sahaja beraksi di pentas Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu keenam mengejutkan para penonton apabila beliau diumumkan sebagai salah seorang peserta yang tersingkir bersama Illa Sabry.
Walaupun telah memberikan persembahan yang terbaik menerusia lagu Getaran Jiwa nyanyian asal Tan Sri P.Ramlee, nasib tidak menyebelahi Reshmonu atau nama sebenar Hiresh Haridas (48) untuk melayakkan diri ke minggu seterusnya.
“Saya nak cakap yang kami semua seronok berada di sini. Saya juga mahu berterima kasih kepada para juri dan juga semua peminat kerana telah menyokong saya,” katanya.
“Terima kasih kerana berikan saya peluang ini. Saya tak mahu berhenti dan akan terus berkarya,” ucap Reshmonu selepas diumumkan tersingkir.
Dalam pada itu, juri Datuk Syafinaz Selamat (Tok Naz) juga turut memberikan komen positif kepada persembahan Reshmonu, terutamanya terhadap vokal beliau yang lembut mendayu dalam menyampaikan lagu pada malam Ahad, semalam.
“Kalau minggu lalu, saya komen negatif tetapi untuk minggu ini, visual menang. Vokal pun okay walaupun awal-awal agak tergelincir,” ulas Tok Naz.
“Saya gembira dengan persembahan awak malam ini, tona awak berbeza dan lembut daripada selalu,” ujarnya lagi.
Sekadar info. konsert Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!