Kira-kira dua minggu lalu, personaliti media sosial, Cupcake Aisyah telah memuat naik sebuah video ‘Car Tour’ atas permintaan ramai pengikutnya.
Aisyah sering menerima pertanyaan mengenai barangan yang disimpannya di dalam kereta jenis Mini Cooper itu. Lalu, Aisyah telah berkongsi beberapa essentials yang perlu dia miliki seperti bantal, pewangi beraroma bunga mawar dan pelbagai lagi.
Dalam banyak-banyak itu (tak adalah banyak sangat memandangkan Aisyah gemarkan kereta yang kemas), satu aksesori yang mencuri tumpuan penulis adalah plush toy Buzzlightyear & Woody daripada filem animasi Toy Story di luar keretanya.
Yes, outside!
“Saya baru saja memperolehi kereta saya dalam bulan Oktober tahun lalu. Saya memang menggemari kereta jenis Mini Cooper S dan saya benar-benar bersyukur dalam memiliki kereta ini.
“Seperti yang korang dapat lihat, saya memilih warna kuning yang merupakan warna kegemaran saya. Dan baranagn terbaik yang saya ada adalah aksesori Buzz & Woody ini.
Ads
“Ia sangat comel dan ia tidak akan tercabut. Kalau korang rasa dah drive kereta laju gila, ia masih akan melekat. Jika korang nampak Mini Cooper dengan benda ini di jalan raya, ketahuilah itu adalah saya di dalam kereta!” kongsi Aisyah yang sememangnya meminati Toy Story.
*
*
Ads
So, mesti ramai tertanya-tanya kan mana nak dapatkan plush toy ini kan?
REMAJA telah menemui dua platform yang menjualnya.
Di Lazada, korang boleh mendapatkannya pada harga RM117 dan mereka menjualnya dalam beberapa bentuk.
Yang penting, jangan risau jika hari hujan ke, panas teruk ke. Korang boleh membasuhnya jika kotor dan ia diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi.
Comel kan!
Tonton video temuramah kami bersama Cupcake Aisyah di bawah semasa penggambaran cover Majalah Remaja Okt-Dis 2019
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bubur ayam fast food yang satu ni memang jadi kegemaran ramai.
Tapikan takkan lah kita sanggup membeli dan makan produk dan perkhidmatan yang menguntung perniagaan Israel ditengah saudara-saudara kita di Palestin dibunuh terang-terangan.
RESEPI BUBUR AYAM
Apa kata belajar buat sendiri. Ada banyak perkongsian buat sendiri bubur ayam ala McD ini, antaranya Azwa Muhamad. Boleh cuba buat untuk sarapan, caranya pun senang sangat!
Buat sendiri bubur ayam ala McD
Bahan-bahan
Beras -1 cawan (cuci dan toskan)
Air – 5 cawan
Isi ayam – dicincang
Halia – 2-3 hiris
Bawang merah -dihiris
Bawang putih -dihiris
Kiub ayam -1
Minyak masak -3 sudu
Garam / perasa
Cara membuat
1. Masukkan beras dan air dalam periuk, tanak atas dapur. Kacau sampai lembik, kalau kurang air tambah sampailah jadi bubur.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumis sampai betul-betul garing.
3. Kemudian tuang bahan yang digoreng tadi dalam periuk berisi bubur. Masukkan sekali isi ayam dan kiub pati ayam.
4. Kacau sampai masak serta masukkan perasa. Tutup api. Letak bubur dalam mangkuk hiaskan dengan daun bawang, dau sup dan bawang goreng.
Jika nak pedas letak lada sudah dan cili merah yang dicincang. Siap!
Ayuh kita menyeru ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan untuk bersama-sama dengan kempen memboikot perniagaan ‘mereka’ sebagai tanda protes kita terhadap kekejaman mereka kepada saudara segama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pulau Langkawi sememangnya terkenal sebagai destinasi percutian pelancong dari dalam dan luar negara disebabkan pantainya yang indah selain pelbagai tarikan di situ.
Terkini, Pulau lagenda ini ada port view yang baru untuk ‘healing’!
‘Eagle’s Nest Skywalk’ di Langkawi baru je dibuka pada 10 Mac, dan sekarang dah jadi hotspot terkini untuk korang check out!
Lokasi dia atas Gunung Machinchang setinggi 645 meter dari paras laut ini turut menyajikan permandangan dan view yang gempak, penuh dengan pulau berhijau dan laut yang biru kehijauan.
Kredit: Langkawi Skycab
Inspirasi Dari Simbol Ikonik Langkawi
Design spot ni terinspirasi dari simbol ikonik Langkawi, dengan patung kepala helang besar dan sarang yang ada telur, melambangkan kebebasan dan pencapaian. Plus, lantai kaca panjang dia 38 meter tu boleh tampung sampai 300 orang sekali gus!
Nak ke atas sana, kena naik kereta kabel dulu, baru sampai dekat Skywalk ni. Harga tiket RM68 untuk dewasa dan RM48 untuk budak-budak yang warganegara Malaysia. Kalau pelancong asing, RM130 untuk dewasa dan RM100 untuk budak-budak. Eagle’s Nest Skywalk ni bukak setiap hari dari 9.30 pagi sampai 6 petang.
Jangan lupa pi lawat, memang worth it!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Najib Asaddok memang tidak asing lagi di Malaysia, terkenal sebagai jurulatih pemasaran dalam talian yang telah membimbing ramai peniaga untuk berjaya.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok sebelum ini pernah membuat sesi ‘live’ dan dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi iaitu;
‘Apa bisnes Najib yang sudah berjaya sehingga dia layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran?’
Lalu, sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial lainnya yang mempertikai kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’ semata-mata. Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 tak mahu ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan. Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya.
“Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” kata Najib yang sebenarnya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Dia pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga.
“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
DARI SEKOLAH SUDAH BERNIAGA
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga.
“Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018).
Malah, Najib kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
Baru-baru ini juga, syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya lagi.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!