Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B, mengakui bahawa dia kini selesa berkawan dengan Qadejah, Ara Aziz, dan Alyssa Dezek, dan merasakan hubungan persahabatan mereka terjalin dengan ikhlas.
Bagaimanapun, Cik B turut berkongsi pengalaman pahit apabila pernah dikhianati oleh rakan sendiri. Namun, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang hal itu, menganggapnya sebagai cerita lama yang tidak perlu diungkit semula.
“Tahun ini saya rasa sangat seronok sebab dapat jumpa kawan macam mereka. Sebelum ini, saya selalu jumpa kawan yang mengambil kesempatan terhadap saya.
“Mereka juga memahami perasaan saya, dan saya pun dapat memahami perasaan mereka. Pada tahun 2024, saya pernah berkawan dengan seseorang yang menikam belakang saya dan mencuri barang saya.
“Saya tak tahu apa masalah dia, tapi saya tak mahu cakap lebih lanjut. Biarlah perkara itu berlalu. Sebenarnya, cerita ini dah lama. Kalau saya cerita nanti, dia akan cakap saya buka balik aib dia. Tapi, apa yang boleh saya katakan, barang yang dia curi ialah Balenciaga saya,” katanya kepada Remaja.
Cik B turut meluahkan rasa gembira kerana kini dikelilingi oleh kawan perempuan setelah sekian lama hanya berkawan dengan lelaki.
Baginya, mempunyai kawan perempuan memberi peluang untuk dia menonjolkan sisi kewanitaan yang sebelum ini jarang diketengahkan.
Ads
“Ini sesuatu yang menyeronokkan bagi saya sebab selalunya saya hanya ada kawan lelaki, tapi sekarang saya ada kawan perempuan.
“Jadi, saya boleh tunjukkan sisi kewanitaan yang ada dalam diri saya. Saya rasa macam kita ‘Baddie’,” tambahnya.
Mereka juga mempunyai sebuah kumpulan WhatsApp yang sentiasa meriah, di mana mereka berkongsi pelbagai informasi, kata-kata motivasi, dan saling memberi sokongan antara satu sama lain.
Selain itu, Cik B juga menekankan bahawa kini dia mahu mencari rakan yang sehaluan dalam pemikiran, bukan sekadar melihat kekayaan semata-mata.
Ads
Bagi Cik B, penting untuk dia dikelilingi oleh individu yang memahami visi dalam dunia seni dan perniagaan.
“Saya mahu dikelilingi oleh kawan yang memahami visi serta impian saya dalam dunia seni dan perniagaan. Saya berharap dapat bertemu dengan individu yang benar-benar menyokong impian dan hala tujunya,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara larian kini seakan sudah menjadi satu trend yang sentiasa mendapat sambutan luar biasa terutamannya di kalangan belia. Dengan pelbagai acara larian yang dianjurkan, penganjur kini muncul dengan pelbagai idea untuk memberikan pengalaman berbeza buat penggemar larian.
Acara fun run yang tidaklah terlalu kompetitif sering mendapat tempat di kalangan pelari kasual yang menjadikan aktiviti ini sebagai hobi. Tidak lama lagi sebuah acara larian dikenali sebagai ILLUMI RUN bakal dianjurkan di Malaysia.
Selepas kejayaan luar biasa di Singapura, Australia dan China, Infinitus Productions Pte Ltd mengumunkan pelancaran ILLUMI RUN akan diadakan pada 13 JANUARI 2018 di Selangor Turf Club. Penganjuran kali ini turut dikuasakan okeh penaja utama mereka, MPI General Insurans Berhad.
Acara pertama seumpamanya di Asia, ILLUMI RUN bakal memberikan pengalaman neon yang cukup mengujakan. Larian santai ini menyaksikan peserta berlari melalui Zon Muzik Bercahaya Ultra Ungu dengan diiringi pelbagai muzik tena serta disiram ILLUMI Glow Water.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPI General Insurans Berhad, sebagai sebuah syarikat insurans, mereka ingin memperkenalkan gaya hidup sihat yang ceria terutamanya di kalangan golongan muda.
So, kepada korang yang ingin merasai aktiviti larian lain dari yang lain bolehlah sertai ILLUMI RUN. Sebahagian daripada yuran penyertaan juga akan disalurkan kepada S.O.S Kods, pertubuhan NGO yang menjaga kanak-kanak kritikal dan kurang berbasib baik.
Pendaftaran ILLUMI RUN kini dibuka di www.illumirun.com/my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua bulan lalu, netizen dikejutkan dengan kemunculan tudung dan selendang yang memaparkan logo parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Kali ini, tiba pula giliran DC Comics Super Heroes untuk berkolaborasi dengan jenama tudung tempatan, Fareeda bagi koleksi terbaru mereka.
Telahpun dilancarkan bermula 17 Mei yang lalu, koleksi tudung adiwira ini memaparkan tiga logo berbeza yang diadaptasi daripada DC Comic iaitu logo Wonder Woman, Batman dan Superman. Masing-masing terletak khas di bahagian tengah, hadapan kepala dan pastinya mata sesiapa tidak akan terlepas pandang daripada kelibat logo tersebut.
Koleksi tersebut diumumkan sendiri oleh pengasas Fareeda, Mawar Karim menerusi laman Instagram beliau serta di Instagram rasmi Fareeda sendiri.
Buat masa ini, korang boleh mendapatkannya di Johor Bahru City Square, Johor sehingga 13 Jun akan datang. Ada juga peminat tudung Fareeda yang tidak sabar untuk mendapatkannya, malah bertanya jika Fareeda ada menyediakan perkhidmatan pembelian secara online dan penghantaran ke rumah.
Apa pendapat korang? Onz tak onz koleksi Superheroes ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat kumpulan k-pop popular BTS, khabarnya mereka bakal mengadakan konsert secara dalam talian pada bulan depan.
BTS mendedahkan bahawa konsert tersebut yang dinamakan sebagai “BTS PERMISSION TO DANCE ON STAGE” akan diadakan pada 24 Oktober sebagai acara live-streaming.
Poster rasmi konsert dalam talian itu telah pun dilancarkan, dihiasi dengan rekaan warna CD single mereka iaitu Butter, yang juga turut memuatkan lagu Permission To Dance.
Menurut info yang tertera, konsert tersebut bakal diadakan pada pukul 6.30 petang waktu Korea Selatan pada 24 Oktober 2021.
Untuk maklumat lanjut, Big Hit Music akan memaklumkan pemberitahuan tambahan mengenai tempahan tiket untuk penstriman dalam talian tidak lama lagi.
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...