Tular beberapa kali sejak kebelakangan ini insiden di mana vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat seakan bersujud di hadapan pesawat sebaik sahaja tiba di destinasi yang dituju atau sebelum berlepas.
Gelagatnya itu mula meraih perhatian peminat Coldplay kira-kira lima hari lalu semasa ingin meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta sebelum menyambung jelajah Coldplay: Music of the Spheres di Perth, Australia.
Saat Chris sedang berjalan menuju ke pesawat, beliau yang mengenakan jaket berwarna hitam dengan topi kelihatan seakan bersujud di lapangan dengan mencium tanah.
Ads
Selang beberapa hari, tular di aplikasi TikTok pada hari ini apabila sebuah video berdurasi 25 saat menampakkan Chris sekali lagi bersujud dan mencium tanah selama beberapa saat.
Namun, kali ini ia bertempat di lapangan terbang di Malaysia. Sejurus sahaja ketibaan mereka di sini, aksi Chris itu berjaya dirakamkan oleh pemilik video, @myjienaaa.
Menjenguk ke bahagian komen, rata-rata netizen berpendapat insiden itu adalah cara tersendiri Chris untuk mendapatkan keberkatan sebelum memulakan perjalanan dan caranya bersyukur sesudah selamat sampai ke destinasi.
“Ini namanya sujud syukur. Pastinya dalam hatinya, Indonesia sangat berkesan buat dia dan dia kepingin balik lagi,” ujar seorang netizen dari negara seberang.
“Sudah kebiasaan Chris Martin di setiap konsert pasti dia sujud. Mencium bumi yang dipijak,” ulas yang lain.
Ads
Apapun alasan di sebalik perbuatan Chris itu, apa yang pasti, kesemua peminat Coldplay memuji ‘energy’ dan etika persembahan mereka sewaktu di Stadium Bukit Jalil pada malam Rabu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gunung Bromo yang terletak di Jawa Timur antara gunung terindah di Indonesia. Tidak hairanlah, Gunung Bromo selalu diletak dalam peta pelancongan sebagai antara tempat wajib dikunjungi.
Sama ada mendaki, korang juga boleh naik ke puncak gunung yang termasuk dalam Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (Taman Negara) dengan menaiki jeep atau menunggang kuda menuju ke puncaknya pada ketinggian 2329 dari aras laut.
Gunung Bromo merupakan tempat pelancongan yang menjadi tarikan utama di Jawa Timur. Boleh ke puncaknya menaiki kuda sahaja. Gambar internet
Ini 9 misteri Gunung Bromo yang perlu korang tahu. Nanti jangan suka-suka di sana silap-silap kena sampuk.
a) Sejarah nama Gunung Bromo
Nama gunung ini diambil dari nama seorang Dewa iaitu Dewa Brahma (lambing kesucian). Dalam sebuah kepercayaan, gunung Bromo menyimpan banyak barang-barang pelik dan misteri peninggalan dewa Brahma ini.
b) Tempat bersemayam para dewa
Bromo hanya terkait dengan ajaran agama Hindu. Masyarakat beragama hindu di sini menyakini gunung ini merupakan tempat bersemanyam para dewa yang selalu melindungi mereka. Dewa-dewa dipercayai tinggal di sini antaranya Dewa Brahma, Dewa Wisnu dan Dewa Siwa.
Pemandangan indah Gunung Bromo di waktu pagi. Terlalu indah seolah-olah negeri di atas awan
c) Tempat berlindung Kerajaan Majapahit
Di sebalik keindahannya, gunung ini merupakan tempat perlindungan kerana Majapahit pada zaman dahulu. Bila diserang oleh musuh, sebahagiannya lari ke Bali dan sebahagian lagi ke Bromo. Sebab itulah Bali dan Bromo banyak persamaan.
Rombongan yang berlindung di Bromo meminta perlindungan dari Dewa Brahma yang kemudiannya memberikan pinjaman benda-benda pusaka kepada pasukan kerajaan Majapahit.
d) Saksi cinta Joko Seger dan Roro Anteng
Menyebut lagenda Bromo, kisah cinta antara pahlawan Joko Seger dan Rara Anteng paling banyak diperkatakan rakyat tempatan. Joko merupakan anak seorang Brahamana dan dikenali kerana kegagahan dan kekuatannya. Rara Anteng pula perempuan cantik keturunan dewa. Seorang cantik dan seorang tampan, akhirnya keduanya saling menyintai namun ada ujian. Lagenda ini masih diperkatakan rakyat tempatan hingga kini kerana kecantikan dan ketampanan mereka tiada tolok banding.
e) Lagenda Gunung Batok Kerana cantiknya Rara, banyak anak raja ingin melamarnya namun semuanya ditolak kerana dirinya hanya mencintai Joko Seger.
Sehingga timbul kisah seorang pemuda memiliki kesaktian yang mahu melamar dan membuat ugutan mahu mencederakan ibu bapanya. Rara meletakkan syarat jika mahu dirinya dipinang.
Syaratnya ialah pemuda tersebut harus menjadikan kawasan di sekeliling Bromo sebagai lautan sehingga Bromo terlihat seperti sebuah pulau. Hanya dalam waktu satu malam saja. Syarat tersebut diajukan dengan harapan agar pemuda sakti tidak menyanggupinya.
Namun siapa sangka, karena kesaktiannya yang luar biasa, pemuda itu menerima syarat itu dengan percaya diri. Ternyata benar, dia menggali tanah di sekitar Bromo dengan batok (tempurung kelapa) raksasa. Melihat hal ini, Rara Anteng menumbuk padi sehingga ayam berkokok. Disebabkan marah kerja tidak selesai, pemuda saksi itu melemparkan batoknya hingga wujudlah Gunung Batok.
Pembinaan di puncak Bromo oleh alam ghaib mengakibatkan berlaku letusan. Hinggalah satu upacara memberi makanan kepada jin dan barulah letusan ini terhentiKerajaan Ghaib di puncak
f) Kerajaan Ghaib di puncak
Pada tahun 2015 hingga 2016, Bromo mengalami peningkatan aktiviti sehingga pada mata kasar, ia akan memuntahkan larvanya. Namun ramai paranormal berkata, ada pembinaan kerajaan ghaib di puncak gunung oleh Ki Bromo dan itulah punca sebenarnya. Jamuan makan diberi buat jin-jin ini dan sejak itu, tiada lagi pengeluaran larva terjadi.
Wujud pasir jerlus yang menelan manusia secara tiba-tiba tanpa terduga
g) Wujud pasir jerlus menelan manusia
Jika di Hutan Amazon wujud lumpur yang mampu menelan manusia, Gunung Bromo pula memiliki pasir jerlus yang mampu menghisap manusia yang terpijak di atasnya. Tiada siapa tahu di mana titik punca pasir ini kecuali pemegang kunci gunung ini dan warga asliu Tengger sahaja.
h) Misteri Akar Ghaib
Paranormal sangat yakin gunung Bromo dililit oleh akar ghaib yang sangat kuat.Konon, jika ada orang jahat dan memiliki hati yang kotor yang memijak akar tersebut, akan alami kejadian buruk bahkan boleh hilang terus dari dunia (ditarik ke alam ghaib).
i) Beberapa Misteri Lainnya
Selain misteri-misteri di atas, gunung Bromo pun masih memiliki misteri-misteri lainnya. Berikut di bawah ini.
Bromo merupakan kawasan suci
Keberadaan upacara Kasado yang amat misteri
Bromo adalah negeri di atas awan
Ada kuntilanak (Pontianak) di gunung Bromo
Sebab itu, bila korang berada di Gunung Bromo ini, sila jaga-jaga percakapan dan perlakuan kerana kalau tidak mahu disampuk.
Namun bagi yang ingin mengunjungi Gunung Bromo dalam masa terdekat ini, dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana pada 19 Februari lalu, pihak berkuasa Indonesia sudah mengeluarkan amaran tidak dibenarkan mendekati gunung ini kerana ia di paras berwaspada (tahap dua) berikutan ia mula mengeluarkan debu putih bercampur coklat di mana ia adalah tanda permulaan akan berlakunya letusan gunung berapi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merupakan cucu saudara Raja Kemboja, Norodom Sihomani, remaja perempuan berusia 10 tahun ini popular sebagai pelakon, penyanyi dan juga pempengaruh media sosial di negaranya.
Ibunya, Puteri Buphary Norodom merupakan anak kepada Putera Norodom Chakrapong, manakala bapanya pula merupakan seorang lelaki berbangsa Perancis. Dilahirkan dinegara bapanya pada tahun 2012, dia kembali ke Kemboja pada usia tiga tahun dan menetap di sana sehingga kini.
Selain mempelajari bahasa Perancis dan Khmer daripada ibu bapanya, menurut Cambodia News, Norodom juga bertutur dalam bahasa Thai, Cina dan Inggeris. Seperti yang boleh dilihat pada saluran YouTubenya beliau berkemampuan menyanyi dalam kesemua bahasa tersebut.
Satu perkara yang cukup menarik tentang puteri raja ini semestinya raut wajah beliau yang iras penyanyi KPop popular, Lisa Blackpink. Selain gemarkan penyanyi tersebut, Jenna sering dipanggil “Little Lisa” dari Kemboja kerana memiliki kemahiran melakukan persembahan dan menari seperti Lisa.
Mempunyai minat terhadap persembahan dan muzik sejak kecil, beliau secara rasmi menyertai industri hiburan pada 2018 sebagai pelakon, penyanyi dan penari. Minatnya ini mendapat sokongan keluarga Diraja. Selain itu beliau juga belajar opera di Sekolah Seni Muzik di Phnom Penh.
Mendapat perhatian kerana jarang kerabat Diraja aktif dalam dunia seni kreatif dan menjadi bintang pop kanak-kanak, kini beliau bernaung di bawah agensi bakat, Space Creative Marketing.
Dia pernah muncul dalam dua drama televisyen popular berbahasa Khmer iaitu Tep Thida Pokul Meas (2020) dan Golden Kingdom (2021).
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Kemboja merupakan negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan yang mana Raja diberi kuasa sebagai ketua negara namun ia haruslah mengikut perlembagaan dan kedudukannya melebihi entiti politik.
Negara tersebut diperintah seorang Perdana Menteri yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya untuk mengetuai kerajaan.
Menariknya, sistem beraja di negara ini bukanlah diperturunkan secara pertalian darah ayah dan anak sebaliknya kedudukan sebagai raja diberikan kepada sesiapa sahaja di dalam keluarga Diraja yang dirasakan berhak oleh Majlis Takhta Diraja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, pelakon, Sharifah Aryana meraih perhatian di media sosial apabila tampil dengan imej lebih sopan selepas memutuskan untuk mula mengenakan hijab. Penampilan terbaharu ini turut mencuri tumpuan warga internet dan mendapat reaksi positif dari ramai pihak.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya, pemilik nama sebenar Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya (31) yang lebih mesra disapa Yana Alyahya berkata, keputusan untuk berubah itu datang dengan keikhlasan selepas melalui pelbagai fasa penting dalam kehidupannya.
“Saya gunakan perkataan ‘cuba’ sebab ada orang tanya sama ada ini hanya untuk bulan Ramadan atau akan terus kekal. Saya sendiri pun tidak tahu,” katanya.
“Saya rasa sejak dulu lagi saya tahu suatu hari nanti saya akan memakai tudung, tapi bila tu saya tidak tahu,” jelasnya dengan tenang.
Dalam pada itu, Yana Alyahya turut berkongsi bahawa pada tahun lalu beliau telah mencecah usia 30 tahun, satu titik dalam hidupnya yang mendorong dirinya membuat keputusan penting ini. Ujarnya, usia yang semakin matang membawa satu ketenangan yang membantunya menghadapi perubahan dengan lebih positif.
“Saya tidak mahu terlebih berjanji dan akhirnya tidak dapat tunaikan apa-apa. Jadi saya mohon semua bersabar dan kalau boleh jangan marah atau mengecam saya. Saya hanya manusia biasa yang sedang mencuba menjadi sebaik mungkin,” tambah Yana.
Menurut pelakon yang popular menerusi filem ‘Mukhsin’ dan ‘Puaka Tebing Biru’ ini, selepas melahirkan anak dan melalui pelbagai pengalaman dalam hidup, beliau menyuarakan keinginan untuk menjadi lebih baik.
Pada masa yang sama, Yana juga menyedari bahawa perubahan ini merupakan satu penyesuaian besar dalam hidupnya dan bertekad untuk melakukannya dengan kesungguhan, tanpa memberi tekanan kepada diri sendiri, agar ia dapat dilakukan dengan baik dan berkekalan.
Di penghujung video, Yana sempat bertegas mengenai setiap individu mempunyai hak untuk berubah, belajar dan memperbaiki diri agar menjadi versi terbaik diri sendiri, tanpa mengira pengalaman lampau atau keadaan diri sebelum ini.
Sumber artikel & foto: Instagram Sharifah Aryana
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!