Setelah Malaysia mencapai kedudukan Top 30 di pertandingan Miss Universe 2024 menerusi jelitawan, Sandra Lim; kini tiba giliran wakil terbaru negara untuk sekali lagi membawa nama negara di pentas ratu cantik berprestij tersebut.
Chloe Lim yang dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2025 kira-kira sebulan lalu kini berada di Bangkok, Thailand untuk melakukan yang terbaik bagi mengekalkan kedudukan membanggakan yang diperolehi pada tahun lalu.
Memasuki hari kelima di sana, malam ini menyaksikan Chloe dan lebih seratus delegasi lain dari serata dunia terlibat dalam sebuah acara formal bagi memperkenalkan diri mereka di mata dunia.
Tampil dalam busana serba merah oleh pereka fesyen tempatan, Brian Khoo; Chloe jelas semakin yakin dengan skil yang dipersembahkan di pentas ratu cantik.
Terdahulu sebelum ‘terbang’ ke Thailand, Chloe terpaksa menelan kritikan yang dilontarkan ke arahnya oleh warganet yang mengikut rapat dunia ratu cantik.
Biarpun berdepan kata-kata berbaur negativiti, ia tidak sesekali menghambarkan semangat dan keinginan Chloe untuk memberikan yang terbaik buat negara tercinta. Nah! REMAJA senaraikan lima fakta menarik mengenai wakil negara ini.
Miss Universe Malaysia 2025, Chloe Lim
01. Kali Pertama Sertai Ratu Cantik
Sebelum terlibat dalam dunia ratu cantik, Chloe yang kini berusia 27 tahun berkhidmat sebagai Perunding Pengurusan. Walaupun pernah menyuarakan hasrat untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam hidupnya, Chloe sama sekali tidak pernah terfikir untuk menyertai pertandingan ratu cantik apatah lagi memenanginya.
02. Ubah Fikiran Saat-Saat Terakhir
Chloe hampir tidak menyertai pertandingan Miss Universe Malaysia 2025 apabila dia nekad untuk menghantarkan borang penyertaan hanya dua jam sebelum aplikasi ditutup!
Ads
03. Bawa Mesej Kemanusiaan
Keberadaan Chloe di Thailand bukanlah sekadar untuk kelihatan glamor di hadapan kamera. Sebaliknya, Chloe membawa mesej kesedaran terhadap jurang pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak di Malaysia. Sejak usia belasan tahun lagi, Chloe telah menawarkan diri untuk misi sukarelawan di Lighthouse Children Welfare Home di Bangsar, Kuala Lumpur terutamanya untuk meraih dana kewangan untuk kegunaan rumah amal tersebut.
Chloe Lim bersama teman sebiliknya di Miss Universe 2025 dari Honduras.
04. Ghairah Kejar Pendidikan
Keazaman Chloe dalam menyuarakan isu jurang peluang pendidikan dalam kalangan kanak-kanak ini muncul daripada pengalamannya sendiri. Chloe bertuah kerana pernah melanjutkan pelajaran hingga ke United Kingdom, New York, Portugal dan Estonia. Daripada pengalaman meluas ini, Chloe sedar bagaimana akses terhadap pendidikan yang berkualiti amat penting untuk menentukan masa hadapan seseorang.
*
Ads
Ayuh! Sama-sama kita berikan sokongan buat Chloe Lim sepanjang keberadaannya di Bangkok bagi mengharumkan nama Malaysia.
Pentas akhir Miss Universe 2025 bakal berlangsung pada 21 November ini bagi menyaksikan siapakah ratu baharu yang akan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh juara 2024 dari Denmark, Victoria Kjær Theilvig.
Gincu bibir merupakan alat solekan yang paling penting bagi perempuan. Walaupun tidak mengenakan secalit mekap,warna gincu bibir pilihan sudah cukup untuk menaikkan seri wajah.
Jika kita lihat di pasaran hari ini, terdapat banyak warna gincu yang berbeza-beza mengikut cita rasa kaum perempuan. Sebut sahaja korang suka warna apa? Semua ada.
Biasanya, warna gincu yang dipilih berdasarkan kepada personaliti si pemakai itu sendiri. Cara terbaik untuk korang kenal seseorang wanita adalah dengan melihat tata gaya dan pilihan warna yang dibuat.
Finalis Dewi Remaja (dari kiri): Zeera Azizi, Fazreen Fazera dan Ernisha bersama makeup kit daripada Irisa Cosmetics. Untungnya!
Jadi, berikut merupakan beberapa warna gincu bibir pilihan berdasarkan personaliti diri.
01
Moonlight
Warna berry gelap yang elegan ini membawa maksud korang seorang yang menggoda. Tak hairan lah kalau siapa yang pilih warna ni akan nampak seperti si penggoda!
02
Dead Roses
Kalau korang memilih warna merah terang untuk pilihan gincu bibir, ini bermaksud korang seorang yang berkeyakinan tinggi dan gemarkan perhatian.
03
Stigma
Warna ini sesuai buat anak muda yang bersifat ‘girly’. Korang seorang yang sering menceriakan suasana dengan personaliti manja dan baik hati
04
Valerie
Tidak mudah untuk mendekati personaliti si gincu merah cerah ni sebab korang seorang yang tidak suka kepada perhatian. Bagi yang mahu mendekati, mereka perlu lebih bekerja keras kerana sikap ketegasan yang ada dalam diri korang.
05
Solo
Nude merupakan favourite buat rata-rata anak gadis yang suka dengan gaya minimalis. Nude adalah warna natural yang menonjolkan tahap kesabaran korang. Tapi lip cream Solo memberi sedikit sentuhan rona peach pada gincu bibir ini.
So macam mana guys? Korang yang mana satu?
Kalau nak pilih gincu yang sesuai dan oleh didapati dengan harga mampu milik, Irisa Cosmetics telah memperkenalkan pilihan gincu dengan tona warna yang sangat sesuai untuk orang Asia.
Dan lebih menarik lagi, korang mesti tak percaya produk kecantikan ini diusahakan oleh pasangan adik-beradik, Iman yang berusia 17 tahun serta Irisa pula baru berusia 15 tahun.
Jadi, sememangnya mereka lebih memahami apa yang remaja inginkan!
Layari je www.irisacosmetics.com untuk ketahui lebih lanjut mengenai 5 varian gincu ini. DAN follow mereka di Instagram untuk update produk terbaru daripada Irisa Cosmetics!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak boleh buat tak tahu sebab rambut yang kritikal dengan minyak akan menyebabkan syampu tidak berbuih langsung. Malah bau rambut busuk dan buat rasa tak selesa.
Tip Kurangkan Rambut Berminyak, Boleh Guna Bedak Bayi Je
Mungkin anda telah mencuba pelbagai jenis syampu khususnya untuk kulit kepala berminyak tetapi tidak berkesan malah ada yang semakin teruk!
Sebenanya kulit kepala berminyak berpunca daripada pengeluaran minyak berlebihan dari sebum. Minyak yang keluar dikhaskan untuk menjaga kulit dari menjadi kering atau hilang kelembapan. Namun jika berlebihan boleh membawa kepada masalah kelemumur dan lebih teruk jangkitan kulat malassezia.
Anda dah penat dengan gatal-gatal dan rasa berminyak kepala? Mari ikuti langkah penjagaan ini.
Jaga Makan
Individu yang lebih banyak makan karbohidrat dan lemak boleh meningkatkan kadar pengeluaran sebum. Jadi kena kurangkan karbohidrat dan lemak sahaja ke? Bukan tapi pastikan sumber yang menyihatkan seperti dari minyak ikan atau makanan laut.
Kerap Syampu Rambut
Salah satu rutin yang wajib diterapkan ialah bersyampu dengan kerap tapi jangan terlalu banyak menggunakan produk. Cukup untuk membersih kulit kepala dan jangan mengosok terlalu kuat.
Guna Gel Rambut
Guna jumlah produk gel atau minyak rambut mengikut kesesuaian. Ingat semakin banyak produk rambut disapu rambut lebih tampak berminyak dan secara tidak langsung boleh menyumbat sebum.
Sembur Cuka Epal
Anda mahu cegah dari terus jangkitan kulat malassezia, senang buat air semburan dari campuran cuka epal. Campurkan dua atau tiga sudu besar cuka epal dengan secawan air dan letakkan dalam botol semburan. Pastikan anda sembur hingga akar dan kulit kepala sekurangnya dua atau tiga kali seminggu. Cuci rambut selepas dua atau tiga minit.
Kelebihan Bedak Bayi
Bedak bayi boleh memerangkap minyak pada rambut dan mengembalikan volume. Kalau anda tak mahu sembur syampu kering ganti sahaja dengan bedak bayi. Sapukan bedak bayi pada akar rambut, untuk rambut warna gelap campurkan bedak dengan bronzer.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa perlu menghadiri acara pun, model antarabangsa terkenal Bella Hadid tetap mencuri tumpuan setelah dinobatkan sebagai ‘Peragawati Tahunan’ atau ‘Model of the Year’.
Bertempat di Royal Albert Hall London, acara British Fashion Award kembali bagi edisi 2022 awal pagi tadi. Sepert tahun-tahun lalu, British Fashion Award telah mengiktiraf nama-nama besar dalam industri fesyen sebagai pelopor trend serta di atas kerja keras mereka sepanjang tahun ini.
Salah seorang penerima yang diiktiraf adalah Bella, 26 yang mengenepikan saingan sengit daripada peragawati terkenal lain seperti Adut Akech, Paloma Elsesser, Lila Moss (hhm..) dan Quannah Chasinghorse) bagi kategori Peragawati Tahunan.
Kali terakhir kategori ini dipertandingkan adalah pada tahun 2019 di mana Adut Akech telah dinamakan sebagai penerimanya. Kategori bagi para model ini ditiadakan pada tahun 2020 dan 2021.
Selayaknya, Bella diangkat atas usaha, kerja keras dan momen-momen ikonik yang terhasil apabila Bella berada di set penggambaran serta pentas peragaan.
Sejak melakukan debut di Minggu Fesyen New York pada September 2014, Bella tidak lagi menoleh kebelakang.
Jika korang masih ingat, Bella telah menjadi topik pertama dalam carta trending Oktober lalu setelah dia menutup pertunjukan fesyen jenama Perancis, Coperni dengan busana yang disembur pada tubuhnya menggunakan sejenis cecair ‘misty’.
Selain daripada momen tersebut, ini merupakan enam lagi momen menarik melibatkan Bella sepanjang tahun ini.
Met Gala dalam busana Burberry
Cannes Film Festival dalam persalinan vintaj Versace
Pertunjukan fesyen Off-White
Penghias wajah hadapan Vogue & bercakap tentang isu Kesihatan Mental
Selain Bella, di antara penerima lain yang diiktiraf semalam teermasuklah Pengarah Kreatif Valentino, Pierpaolo Piccioli untuk kategori Pereka Fesyen Tahunan; jenama Wales Bonner untuk kategori jenama ‘independent’ Britain dan jenama Burberry bagi kategori ‘Metaverse World & Gaming Experience’
British Fashion Award turut menghargai mendiang Ratu Elizabeth II di mana barisan model memperagakan karya busana yang diinspirasikan daripada kerabat diraja Britain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cha Eun Woo terpalit kontroversi selepas siasatan mendedahkan isu syarikat dikaitkan dengan ibunya serta dakwaan pengelakan cukai bernilai puluhan bilion won.