Wah nampaknya EXO-L Malaysia perlu bersedia! Tahun 2026 bakal menjadi satu lagi detik istimewa buat peminat K-Pop apabila Chen, vokalis utama kumpulan EXO, mengumumkan bakal kembali ke Malaysia menerusi jelajah konsert solonya berjudul ‘Arcadia’. Lebih menarik lagi, Kuala Lumpur tersenarai sebagai salah satu hentian rasmi jelajah Asia ini, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan artis K-Pop antarabangsa.
Khabar ini pastinya mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat tempatan yang sudah lama menantikan kepulangan penyanyi bersuara emas itu. Selepas kejayaan konsert dan projek solo beliau terdahulu, kehadiran Chen kali ini dijangka membawa pengalaman persembahan yang lebih matang dan emosional, seiring dengan perkembangan kerjaya seninya.
Difahamkan, konsert jelajah ‘Arcadia’ merupakan kesinambungan daripada konsert solo Chen di Seoul yang berlangsung sejak Oktober lalu, bersempena pelancaran EP keenam beliau. Jelajah ini turut merangkumi beberapa bandar utama Asia seperti Taipei, Yokohama, Jakarta, Manila dan Macau sebelum tiba di Kuala Lumpur.
Ads
Dalam pada itu, kepulangan Chen ke Malaysia juga membawa makna tersendiri apabila ia menandakan persembahan solo kedua beliau di negara ini. Sebelum ini, Chen pernah bertemu peminat tempatan menerusi acara fan-con ‘Beyond The Door’ pada November 2024, yang menerima sambutan hangat dan meninggalkan memori manis buat EXO-L Malaysia.
Untuk rekod, konsert jelajah ‘Arcadia’ di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 29 Mac 2026. Walau bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai lokasi dan penjualan tiket masih belum diumumkan, peminat disarankan untuk terus menantikan pengumuman rasmi dalam masa terdekat.
Ads
Pemilik nama sebenar Kim Jongdae, Chen dikenali sebagai vokalis utama EXO sejak debut kumpulan tersebut pada tahun 2012 di bawah SM Entertainment. Keupayaan vokalnya yang luas, teknik nyanyian yang konsisten serta penyampaian penuh emosi menjadikan beliau antara vokalis paling dihormati dalam industri K-Pop.
Ads
Selain kejayaan bersama EXO menerusi lagu-lagu ikonik seperti MAMA, Growl, Call Me Baby dan Love Shot, Chen turut membina kerjaya solo yang kukuh. Album dan EP solo beliau, termasuk ‘April, and a Flower’, ‘Dear My Dear’ dan ‘Arcadia’, bukan sahaja menerima pujian para peminat muzik malah berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan di carta antarabangsa.
Sementara itu, beliau yang terkenal menerusi dengan persembahan dan kekuatan vokal secara langsung yang berkualiti tinggi, jelajah ‘Arcadia’ dijangka bakal menghangatkan lagi pentas di Kuala Lumpur sekaligus menjanjikan kenangan yang pasti tidak akan dilupakan oleh para peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peluang untuk beraksi di pentas finale Asia’s Got Talent musim ketiga sudah lebih mencukupi untuk peserta berkumpulan dari Malaysia, NAMA.
Sebaik saja berakhir episod finale Asia’s Got Talent kelmarin, semua orang masih bercakapkan mengenai penyertaan kumpulan penyanyi berhijab ini.
NAMA menyangkal segala tohmahan kononnya mereka tidak boleh pergi jauh apabila mereka menerima tiket ‘Pilihan Juri AGT’ pada peringkat separuh akhir. Sekaligus, ia bermakna mereka adalah yang terbaik di kalangan peserta yang bertanding pada peringkat itu.
Bagi Nur Farahida Dolhadi, dia amat berterima kasih atas sokongan semua yang menonton dan mengundi mereka. Walaupun tidak berjaya menempah tempat pertama, tetapi perjalanan muzik NAMA masih jauh lagi.
Farah juga baru saja memperdengarkan single barunya beberapa hari lalu dengan tajuk ‘Jadi Tak Keruan’ di Spotify. Jadi pastikan korang dengar dan support okay.
Syamimi juga bersyukur mereka berempat mengambil keputusan untuk mencuba nasib di AGT. Pengalaman beberapa bulan ini telah mengajar mereka maksud percaya, sahabat, kesabaran dan bersyukur.
“Kami berterima kasih kepada team produksi yang sangat baik dan membantu. Juga kepada korang semua yang menyokong kami, ini hanyalah permulaan.
Seperti yang diperkatakan oleh Norfazira Malik, peluang NAMA untuk dipilih sebagai judges’ pick dan mara ke peringkat finale adalah pengalaman yang sangat berharga.
Peminat Harapkan Single
Bagi REMAJA, NAMA adalah bakat baharu yang telah memberi inspirasi kepada ramai remaja seperti korang yang sedang tercari-cari bagaimana cara terbaik untuk mengejar cita-cita dan minat.
Walaupun mereka bergelar tenaga pengajar, minat dan bakat dalam bidang muzik tak dipersiakan begitu saja.
Buktinya, ada yang bertanyakan bila NAMA akan muncul dengan album, bila akan membuat persembahan live di Malaysia dan sebagainya.
Definisi kacak mungkin berbeza mengikut persepsi setiap individu. Ada yang menganggap bahawa lelaki botak itu kacak, tapi ada pula yang merasakan bahawa seorang lelaki tampan itu adalah yang sentiasa berambut lebat,kemas dan bergaya.
Kalau nak ikut taste masing-masing memang susahlah korang nak define maksud kacak tu.
Jadi, ini adalah senarai 10 lelaki botak paling kacak di dunia menurut The Sun . Dan hasil kajian daripada pakar bedah kosmetik Longevita mendapati bahawa Putera William digambarkan sebagai ‘seksi’ dalam blog dan artikel dalam talian di internet. Ia juga berdasarkan survey yang telah dilakukan secara meluas.
Jom kita tengok siapa lelaki botak paling handsome didunia..
Prince William – 17.6m
Mike Tyson – 8.8m
Jason Statham – 7.4m
Pitbull – 5.4m
Michael Jordan – 5.3m
Floyd Mayweather – 4.3m
John Travolta – 3.8m
Bruce Willis – 3.3m
Dwayne Johnson – 2.6m
Vin Diesel – 2.3m
Amacam, onz tak onz? Ada tak crush korang dalam senarai ni? Hiks!
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan keterujaannya apabila berpeluang untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan aksi pertarungan yang sudah lama diimpikannya.
Aksi itu dilakukan ketika menjalani penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Magisyang bakal dilancarkan pada 7 Oktober nanti.
Berkongsi video di sebalik tabir pembikinan muzik video itu di platform Instagram pada, pelantun lagi popular Kau Kekasihku itu merakamkan menzahirkan penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama pihak lain yang membantunya mempelajar aksi melawan ala pahlawan srikandi tersebut.
“Terima kasih guru seni pertahan diri, pelakon utama lelaki bersama saya berlawan, pelakon kanak kanak yang hebat dan semua yang terlibat menjadikan muzik video ini lebih menarik.
“Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi, semoga iadapat diterima baik,” katanya.
Dalam perkongsian tersebut turut dilihat, Siti memakai busana ala pahlawan wanita dilihat melakukan gerakan mempertahankan diri sambil memegang busur panah.
Sekadar info, Magis bakal dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Ceria.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Siti Nurhaliza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!