Tidak dinafikan, negara China ialah salah satu kuasa besar yang sering mendominasi kejohanan Sukan Olimpik dan saling bersaing dengan seterunya, Amerika Syarikat. Pada edisi Tokyo 2020 setakat ini, China masih unggul di tangga pertama kedudukan pingat dengan sejumlah emas 34 pingat emas walaupun dikejar rapat Amerika Syarikat (30 emas) dan Jepun (22 emas).
Kalau korang masih ingiat, pada Olimpik Beijing 2008 saja, China selaku tuan rumah telah berjaya mengumpul 100 pingat; 51 daripadanya adalah emas!
Fuh hebat kan..
Ini jelas menunjukkan China mempersiapkan atlet-atletnya dengan begitu rapi dan mereka mempamerkan kualiti yang hampir sempurna dalam setiap acara yang disertai.
Semalam, penerjun cilik perempuan China, Quan Hongchan mengejutkan dunia setelah mempamerkan prestasi memukau dan berjaya melakukan 3 terjunan ‘perfect 10’ di hadapan tujuh orang juri; walaupun dia baru berusia 14 tahun. Ternyata, kuasa China dalam bidang sukan tidak boleh disangkal lagi.
Akan tetapi, di sebalik kecemerlangan Quan, terselit kisah yang menyentuh hati dalam kalangan atlet dari China sebenarnya. Sebilangan daripada mereka sebenarnya berasal daripada kelompok masyarakat yang susah dan memerlukan bantuan kewangan untuk keluarga.
Contohnya seperti Qua tadi, remaja itu berkorban menjalani latihan berat sejak berusia 7 tahun lagi dan ingin memenangi pingat emas untuk China demi menampung kos rawatan ibunya yang sakit.
Mungkin disebabkan populasi penduduk China yang amat padat di mana ramai yang memerlukan bantuan, tercetus persaingan sengit dalam kalangan kanak-kanak di China untuk bergelar atlet kebangsaan.
Mereka yang terpilih menyertai program sukan itu pula perlu berkorban seawal usia 4 tahun. Mereka diberikan latihan intensif selama lebih 10 jam sehari, tanpa pendidikan yang sebenar, dan pemikiran mereka ‘dicuci’ untuk mengintai sebutir pingat emas di Sukan Olimpik. Itu adalah makna kejayaan sejati untuk para atlet ini.
Ads
Foto Kredit : chinatoday.comFoto Kredit : min.news
Tanpa menerima pendidikan formal, mereka meletakkan keseluruhan diri mereka pada program latihan menuju ke Sukan Olimpik tanpa alternatif lain.
Sekiranya mereka gagal, mereka akan dibuang tanpa mempunyai skil lain ataupun pendidikan yang membolehkan mereka layak melakukan kerja-kerja lain.
Foto Kredit : min.news
Inilah yang terjadi kepada gimnas lelaki China bernama Zhang Shangwu.
Shangwu terpilih menyertai program latihan pada umur 12 tahun dan kemudian berjaya menjadi gimnas China yang berjaya memenangi 2 pingat emas semasa kejohanan sukan musim panas Universiade di Beijing pada tahun 2001. Lalu, dia menempah tiket sebagai atlet harapan China.
Malangnya, tidak lama selepas itu, Shangwu mengalami kecederaan pada bahagian tendon Achilles dan terpaksa menarik diri daripada Sukan Olimpik Athens 2004.
Dia kemudian terpaksa meninggalkan program latihan pada 2005 tanpa sebarang pampasan. Apa yang dilakukan Zhang untuk menampung kehidupannya adalah melakukan persembahan gimnastik jalanan sebagai punca pendapatan!
Foto Kredit : min.newsFoto Kredit : SCMPFoto Kredit : min.news
Zhang menjadi seorang gelandangan yang tidur di bawah jambatan atau di kedai komputer. Pingat emas yang diperolehi pula telah lama dijual pada harga USD15 (RM63). Beberapa tahun selepas itu, Zhang juga pernah dilaporkan mencuri untuk kelangsungan hidup namun ditangkap dan dipenjarakan lebih 4 tahun.
Lapor Nanjing Daily pada tahun 2010, seramai 45 peratus atlet China dibiarkan tanpa kerja selepas bersara daripada acara sukan masing-masing. Sebilangan besar di antara mereka yang pernah mewakili negara juga tidak diambil sebagai atlet secara langsung oleh persatuan sukan negeri.
Nasib atlet China ini ibarat pepatah Melayu pula; ‘habis sepah madu dibuang’.
Barbie juga merupakan anak patung perempuan yang wujud sejak zaman 50-an lagi hingga kini. Karakter yang dihidupkan dari anak patung ini menjadi pujaan kanak-kanak serata dunia.
Foto VIa Instagram
Membawa Barbie ke dunia nyata dalam filem telah menyentuh hati ramai peminat dalam semua peringkat umur seolah-seolah telah mengingatkan semula zaman kanak-kanak mereka.
Baru-baru ini, Warner Bros. Pictures mengumumkan filem Barbie akan ditayangkan hanya di pawagam pada 21 Julai 2023, arahan Greta Gerwig.
Penulis pasti, filem Barbie ini yang akan ditayangkan secara live-action akan membuatkan semua peminat teruja lagi-lagi Barbie dilakonkan oleh pelakon wanita terkenal, Margot Robbie.
Bukan sahaja karakter Barbie, malah pasangan Barbie yang dikenali sebagai Ken juga akan dilakonkan oleh pelakon idaman ramai iaitu Ryan Gosling. Wow!
Foto Via JoBlo
“Dengan pelbagai konflik dan banyak sambungan nostalgia, banyak cara menarik boleh dimasukkan. Apabila dengar ‘Barbie’, orang akan fikir, ‘saya tahu jalan cerita filem itu,’ kemudian dapat tahu pula, penulis dan pengarahnya ialah Greta Gerwig dan mereka akan fikir, ‘oh, mungkin saya tak tahu.” kata Margot Robbie tahun lalu.
Seperti yang semua tahu, Barbie sudah menghasilkan banyak filem fantasi secara animasi sejak tahun 2001.
Mesti ramai tak sabar nak tunggu filem ni keluar…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER : Warner Bros. Pictures /CNN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes haritu masih segar lagi dalam ingatan tapi jenama tudung popular buat hal lagi?
Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis sejak isu ciplak rekaan tudung ini kembali viral dan ‘hangat’ di media sosial dan portal online.
Hal ini selepas tular seorang lelaki pengasas tudung menangis teresak- esak meluahkan rasa selepas kecewa dengan mendakwa rekaan miliknya telah ditiru oleh sebuah jenama tudung terkenal.
Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Yusfariq Iqmal memberitahu dan mengetahui konsep dan idea serta hasil usaha kerasnya sejak dua tahun lalu diciplak oleh jenama besar tersebut.
Apa yang mengejutkan netizen, ini bukan kali pertama isu ini terjadi.
Tidak cukup di laman TikTok, pemuda ini turut memuat naik di laman Twitter
So tahun ni FOUNDER TUDUNG YANG HOBBY DIA CIPLAK IDEA SMALL BUSINESS ambik idea aku plak which is #BawalMagnetic by TheJasmine.Hq which own, designed & invented by me
Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, dia berhempas pulas mengembangkan perniagaan tudung bawal ‘magnetic’ miliknya namun mendakwa jenama berkenaan senang-lenang mempergunakan idea orang lain.
“Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat Research and development (R&D) sampai kemurungan.
“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,” katanya.
Ini bukanlah kes pertama satu jenama ditiru secara bulat-bulat. Apa pendapat korang, patut tak jenama yang ‘meniru’ ini dikenakan tindakan undang-undang? Ataupun mereka juga orang berniaga yang mencari makan dan persamaan yang wujud itu hanyalah kebetulan?
Selalunya, video berbentuk ‘house tour’ atau ‘room tour’ akan dilakukan untuk berkongsi bahagian tertentu di dalam kediaman atau di dalam kamar tidur seseorang atas permintaan followers di platfor atas talian.
Namun lain pula alasan di sebalik video ‘house tour’ yang terpaksa dilakukan oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersempena cuti Tahun Baru Cina ini.
Menerusi perkongsian di platform media sosialnya itu, beliau berkata tindakannya memuat naik video tersebut adalah gara-gara dakwaan daripada beberapa pihak kononnya beliau memiliki sebuah kediaman jenis banglo yang bernilai jutaan Ringgit.
Justeru atas nama ketelusan dan tidak gentar untuk membongkarkan aset tersebut, Ahli Parlimen Muar itu telah menjelaskan menerusi video tersebut bahawa kediaman itu telah disewanya sejak beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebagai menterinya lagi dan ia bukan milik sepenuhnya.
Sebaliknya, ia adalah bangunan sewa yang ditransformasikan menjadi ruang bekerjanya dan sebagai tempat perjumpaan serta bermesyuarat dengan ahli parti Muda yang lain. Ini kerana parti yang baru saja didaftarkan secara sah itu masih belum mempunyai pejabat rasmi.
Relaks sahaja beliau berkata, “Jom saya tunjuk rumah sewa saya,” sebelum menunjukkan satu-persatu ruang di dalamnya.
Bahagian ruang tamu telah dijadikan ruang bekerja dengan skrin monitor jelas dilekatkkan di atas meja kopi yang ada di tengah. Ruang tamu kedua juga dijadikan ruan bekerja lengkap dengan beberapa papan putih yang penuh dengan catatan perbincangan dalam kalangan ahli MUDA.
“Hanya satu bilik sahaja yang saya boleh guna (untuk kegunaan peribadi) kerana yang lain semua sudah dijadikan pejabat.
“Sebab itulah waktu saja jadi menteri dahulu, saya tolak tanah, saya tolak rumah banglo di Putrajaya. Saya sewa saja rumah dan pada masa yang sama, saya juga merupakan menteri pertama yang isytihar segala aset dan segala proses kontrak di Kementerian Belia & Sukan – tender terbuka! Tak ada kepada kroni-kroni,” jelasnya sambil berpendapat tiada apa yang harus ditakutkan olehya.
Hari ini saya tunjuk sendiri rumah sewa saya.
Saya telus, tak ada apa-apa nak sorok.
Tapi menteri-menteri UMNO/BN langsung tak disiasat. Hidup bukan main mewah.
Ini kerana beliau tidak mempunyai kenderaan mewah, rumah mewah, jam tangan mewah atau secara sinikalnya, saham berjuta-juta secara haram.
“Berani kerana benar. Nak siasat, siasatlah!”
Jujurnya, macam best pula kan ada pejabat di ruang rumah dan bukannya di bangunan komersil seperti kebiasaan. Relaks sedikit hendak bekerja, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!