Bukan sahaja berbakat di hadapan kamera, bekas pemain luncur figura dari Malaysia ini turut membuktikan bakatnya di belakang lensa apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan fotografi sukan dunia sempena Olimpik Musim Sejuk di Beijing baru-baru ini.
Menurut sumber WeirdKaya, Annice Lyn merupakan peluncur figura berbakat yang pernah mewakili negara suatu ketika dahulu sebelum mengambil keputusan untuk terjun ke dunia fotografi dengan lebih mendalam.
Sebagai bekas peluncur negara, dirinya beralih daripada peranan olahraga yang digalasnya selama ini untuk muncul selaku jurugambar sukan musim sejuk itu. Dirinya yang dahagakan pengiktirafan antarabangsa turut gembira apabila foto yang diambil ketika acara sukan itu berjaya memenangi anugerah tempat pertama.
Memulakan Ogos dengan berita baik, Annice menyuarakan rasa rendah diri dan penghargaannya apabila memperoleh pingat Emas dalam Kategori Sukan Musim Sejuk bagi Anugerah Fotografi Sukan Dunia 2023 di Beijing 2022.
Bertanding dengan lebih kurang 700 jurugambar dari lebih 70 negara lain, tangkapan emas Lyn tidak lain dan tidak bukan ialah atlet Alexandra Trusova dari Pasukan ROC di acara sukan berprestij itu.
Bercakap kepada WeirdKaya, dia menyelami detik keemasan itu dengan lebih mendalam, “Foto Alexandra Trusova telah diambil semasa persembahan gala pamerannya meluncur dengan latarbelakang lagu Wonder Woman nyanyian kumpulan A Call to Stand.
Antara momen berharga yang ditangkap oleh Annice.
Menurut insan berbakat itu lagi, kemenangan ini mempunyai harga yang istimewa baginya kerana ia bukan sahaja tentang menghidupkan semula sukan yang pernah diwakilinya tetapi juga memecahkan prejudis terhadap jurugambar dari negara tropika.
Ads
Kemenangannya menjadi inspirasi, menggesa lebih ramai jurugambar Asia Tenggara, lelaki dan wanita, untuk memecahkan rekod tersebut.
Antara momen berharga yang ditangkap oleh Annice di sukan Olimpik musim sejuk itu.
Sekadar info, pada 2015, kecederaan malang telah memaksanya untuk bersara awal dari dunia sukan luncur. Namun halangan tersebut tidak menghalangnya dari mengenepikan minatnya apabila Annice mengubahya menjadi peluang untuk beralih ke bidang fotografi sukan. Secara tidak langsung, kariernya kini menjadi medium untuknya terus menyumbang bakat kepada cinta pertamanya iaitu sukan luncur figura.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: WeirdKaya, Instagram Annice Lyn
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pergolakan yang semakin meruncing di rantau Ukraine kini telah mencetuskan kegusaran masyarakat dunia.
Bagi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, misinya kini adalah untuk memindahkan 11 orang rakyat Malaysia yang berada di Ukraine.
Katanya yang sedang dalam rangka lawatan rasmi dua hari di Phnom Penh, Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv (juga dieja sebagai Kiev) Ukraine sedang berhubung dengan rakyat Malaysia di sana.
Mereka yang berada di luar Kyiv sedang merancang untuk keluar dari sana manakala mereka yang berada di Kyiv pula akan dikumpulkan di Kedutaan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, lapan orang dikenal pasti berada di Kyiv manakala selebihnya berada di luar ibu kota itu.
Sumber Foto : New Straits Times
“Keutamaan kerajaan adalah keselamatan rakyat,” jelasnya.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, beliau berkata, “Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk rakyat Malaysia sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia”.
Khabarnya, pelan pemindahan rakyat Malaysia ini akan menggunakan jalan darat ke Poland yang meliputi perjalanan 782 kilometer dan boleh mengambil masa 10 jam.
Bagi menjayakan operasi ini, Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv sedang berhubung dengan pihak berkaitan di Warsaw dan meminta bantuan mereka. Semoga usaha pergerakan melintasi sempadan ini akan dipermudahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam beberapa hari ini telah tular sebuah rakaman video seorang pelajar sekolah menengah dipukul oleh beberapa rakannya. Menerusi rakaman video yang tular itu, mangsa didapati dipukul oleh beberapa orang pelajar lain sebagai salah satu cara untuk ‘menyambut’ hari jadi.
Pelbagai reaksi yang telah diluahkan oleh netizen berikutan rakaman belasah yang memang nampak sangat menyakitkan buat mangsa. Menurut komen-komen dari netizen, perkara seperti ini bukanlah satu benda baru tetapi dianggap sebagai ‘tradisi’ di kalangan pelajar sekolah menengah sekarang.
Berikutan dengan kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis. Menurut Ketua Senior Asisten Komisioner Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata mangsa yang berusia 17 tahun tersebut melakukan laporan polis di ibu pejabat polis pada Ahad lalu.
Jelas beliau, insiden tersebut berlaku pada 8 Februari dan pihak polis telah sebenarnya telah mula melakukan siasatan terlebih dahulu sebe;um mangsa membuat laporan. Mangsa dikatakan membuat laporan polis pada jam 9 pagi pada hari Ahad.
Tambah beliau lagi, siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah di Shah Alam dan polis kini sudah mengenal pasti semua pelajar yang terlibat. Pihak sekolah juga telah mengadakan siasatan dalaman.
Dan semalam, seramai 9 orang pelajar telah ditahan oleh pihak polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Mereka telah ditahan sekitar jam 11.30 pagi pada Isnin sebelum dibebaskan pada jam 4.45 petang.
Rakam video selama 30 saat yang tular itu menampilkan seramai lapan orang pelajar menyanyikan lagu Happy Birthday sebelum memukul mangsa dengan batang penyapu, menendang dan menumbuk mangsa.
Nasihat Remaja, jika korang menjadi saksi kepada kejadian seumpama ini janganlah berdiam diri. Lakukan sesuatu seperti melaporkan kepada guru dan pihak berkuasa. Jangan nanti sudah berlaku kecederaan parah atau lebih teruk lagi kematian, barulah semua nak tergadah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apam Balik, sejenis pencuci mulut yang cukup menggiurkan setiap mata yang memandang.
Disajikan dengan pelbagai pilihan inti manis seperti kacang tanah, gula, dan kadang-kadang jagung krim atau kelapa parut, apam balik menggambarkan keharmonian dan kekayaan pelbagai gabungan rasa dalam setiap gigitan.
Maka tidak hairanlah apabila laman web terkemuka TasteAtlas baru-baru ini menyenaraikan Apam Balik sebagai pankek ke-35 paling sedap di dunia.
Dilaporkan, Apam Balik menduduki tangga ke-35 daripada 50 jenis penkek yang wujud di seluruh dunia dengan nilai skor 4.2 daripada 5. Wow!
Bagi kategori hidangan pankek di seluruh dunia, TasteAtlas telah menobatkan menu ‘crepe’ dari Perancis sebagai tempat pertama diikuti oleh penkek dari Austria-Hungary iaitu Kaiserschmarrn di tempat kedua manakala Jianbing berada di tempat ketiga.
Crepe, hidangan cukup manis yang kebiasaannya dihidang bersama sos coklat dan buah-buahan.
Carta ini juga menunjukkan bahawa Apam Balik lebih mendapat sambutan berbanding menu pankek tradisional dari Kanada yang sering dimakan dengan sirap mapel.
Pankek tradisional berasal dari Kanada.
Apam Balik bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga terkenal di negara jiran kita iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.
Menurut TasteAtlas, hidangan ini juga mula diperkenalkan di negeri Pulau Pinang oleh kaum Cina yang berhijrah dari wilayah Fujian, China.
Sebelum ini, menu karipap juga telah disenaraikan oleh TasteAtlas sebagai pastri kelima paling sedap di dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: TRPBM, Taste Atlas
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.