Kejayaan yang diperoleh William Mah Wey Lian menjadi lambang kesungguhan yang jitu oleh seorang pelajar yang mahu mengecap kejayaan di dalam pendidikannya. Baru-baru ini dalam majlis kovokesyen kali ke-15 Universiti Malaysia Pahang (UMP), William telah dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dek kehebatannya.
Jejaka berusia 24 tahun ini merupakan graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia berjaya mengekalkan status penerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut sepanjang pengajian dan dia mengumpul gred purata keseluruhan 3.95 sekaligus bergelar graduan kelas pertama.
Selain seorang yang cemerlang dalam akademik, dia juga merupakan seorang mahasiswa yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum. William pernah memegang jawatan sebagai Naib Setiausaha Kelab Orator dan bergiat aktif dalam kelab fakulti dan Karnival Kerjaya serta sukan badminton.
Jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini berpendapat sebagai mahasiswa, setiap remaja harus menghargai setiap saat di universiti kerana pengalaman sebagai pelajar merupakan kenangan yang terindah dalam kehidupan.
Selain itu kecemerlangannya bukan sekadar di dalam universiti sahaja, sebaliknya menebar ke luar. William berjaya berjaya menerbitkan Projek Tahun Akhir di penerbitan Taylor & Francis Group dalam kajian berkaitan Chemical Engineering Communications, memenangi pingat perak dalam Pertandingan Kimia Invensi dan Inovasi Malaysia, KI2M, hadiah sagu hati dalam Pertandingan IEM Plant Design Ke-10 2021/2022 dan menerima anugerah Akademik Persatuan Mah Clan.
Ads
“Mengimbau kembali kepada kehidupan di universiti selama 4 tahun ini, ia adalah satu perjalanan yang ada turun dan naik di mana saya mengalami beberapa pengalaman kali pertama yang keluar dari zon selesa dan akhirnya semua kerja keras telah membuahkan hasil.
“Ini merupakan sau pengormatan dan juga perasaan yang bagaikan saya tidak percaya apabila menjadi salah seorang penerima dari UMP untuk anugerah terhebat ini – Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dan dipilih sebagai valedictorian,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebooknya.
Kini, beliau bertugas sebagai Eksekutif Junior Protégé-GEES di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Sebelum itu dia memulakan kerjaya sebagai pembantu farmasi di Park@City Pharmacy dan menjalani latihan industri di Top Glove Sdn. Bhd.
Mengimbau kembali ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, William memperoleah keputusan 9A 1B manakala di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pula dia memperoleh keputusan gred purata keseluruhan sebanyak 3.00.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan FAM eRimau muncul sebagai juara saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile yang berlangsung pada 12 Disember, semalam.
Abdul Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe yang merupakan wakil Malaysia berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.
Difahamkan, Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Muhaimin atas kejayaan tersebut.
“Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia”
“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar,” kata FAM dalam sebuah kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Enggan menyertai parti baharu yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk menubuhkan parti politik yang menfokuskan pada perpaduan berbilang kaum dan belia.
Apabila parti Pejuang ditubuhkan baru-baru ini, ramai yang hairan dengan ketiadaan Syed Saddiq dalam kelompok para pemimpinnya.
Rupanya, bekas menteri Belia & Sukan itu ada agendanya sendiri untuk menubuhkan sebuah parti baru, hari ini.
Sumber: FMT
Dalam sidang media yang dilakukan oleh beliau pada pagi ini kepada Channel NewsAsia, beliau menegaskan bahawa sudah tiba masa untuk tidak dikawal dan dimonopoli oleh orang yang sama.
“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’. Di Perancis mereka boleh menubuhkan’En Marche’ di bawah Macron.
“Saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda,” jelas beliau yang seringkali dijadikan ‘target’ sindiran oleh ahli politik veteran di Parlimen.
“(Parti ini ditubuhkan) daripada teknokrat, profesional (dan) ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara beliau mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.”
Wah, agaknya apa nama parti politik baharu ini?
Tak sabar juga untuk kami nantikan logo serta senarai ahli parti tersebut.
Tinjauan REMAJA di Twitter mendapati ramai warga net yang bersetuju dengan penubuhan tersebut. Kata mereka, akhirnya suara belia akan didengari.
.
.
.
.
*
Semoga segala perancangan beliau berjalan dengan lancar. Harapnya selepas ini, budaya ageist di parlimen dapat dikurangkan dengan kemasukan suara anak muda.
Atlet golf muda negara, Muhammad Afham Othman baru-baru ini berjaya menempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida, Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Januari tahun hadapan.
Menurut jurulatih beliau, Dinie Zakie berkata ini selepas pemain berusia 13 tahun itu berjaya menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada 8 hingga 10 November lepas.
“Saya sendiri tidak menyangka Afham boleh beraksi cemerlang pada kejohanan semalam sebab dia dalam peralihan teknik pukulan bila mana selalunya atlet yang berada di fasa ini sukar untuk menampilkan prestasi terbaik, tapi Afham mampu cipta kejutan”
Kredit: Awani
“Selain itu, kami mahu beri pendedahan kepadanya untuk bermain dengan pemain lain dan dia memberi tentangan sengit kepada pemain Korea dengan perbezaan satu par sahaja (pada pusingan ketiga),” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Muhammad Afham membuat kejutan di kejohanan tersebut dengan menamatkan saingan di tempat kedua, mencatat keseluruhan 6 atas par 114 pukulan di bawah pemain Korea Selatan Taeoh Ryu yang mengungguli saingan dengan catatan keseluruhan 5 atas par 112 pukulan, manakala tempat ketiga menjadi milik atlet Filipina Ralph Rian Woo Batican.
Kredit: Sinar Harian
Susulan itu, Dinie berkata Muhammad Afham masih belum membuat keputusan untuk menyertai Kejohanan Remaja Piala Dunia kerana mempertimbangkan kos perjalanan yang akan ditanggung untuk ke Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, beliau berharap atlet kelahiran Kelantan itu dapat menyertai kejohanan berprestij itu untuk memperoleh pengalaman selain mengasah potensi Muhammad Afham serta bakal menyediakan beberapa program buat Muhammad Afham sebagai persediaan untuk beraksi di Florida kelak.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.