Idea asalnya nak enjoy bercuti, tapi disebabkan keadaan cuaca yang semakin tak mengizinkan di Pulau Langkawi Kedah, kecewa sis!
Perasan tak sepanjang akhir tahun lalu dan minggu ni, memang ramai rakyat Malaysia yang memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian / menghabiskan saki-baki cuti mereka.
Ia mungkin disebabkan musim tiket penerbangan murah
Kelmarin, kebanyakan daripada pelancong yang baru tiba di sana terpaksa membatalkan itinerari untuk ke Pantai Chenang, Pantai Tengah dan ke laut bermula kelmarin. Ia susulan amaran ribut Pabuk pada jam 2 petang.
Ads
Bagi mengelakkan kejadian tak diingini seperti yang terjadi di Pantai Timur beberapa hari lepas, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah terpaksa mengeluarkan amaran itu. Lalu, segala aktiviti di kawasan tumpuan pelancong itu tak dibenarkan.
Bagaimanapun pada 11 pagi tadi, bendera merah didapati telah diturunkan setelah amaran ribut ditamatkan oleh Jabatan Meorologi Malaysia hari ini. Ia berikutan kedudukan ribut yang sudah pada jarak 345 kilometer dari Langkawi. Sebelum ini, ribut adalah pada jarak kira-kira 200 kilometer dari utara.
Ads
“Buat masa ini, bendera merah sudah diturunkan di beberapa bahagian Pantai Chenang. Namun anggota kami masih di menara tinjau sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Semalam, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) juga membatalkan semua aktiviti Islands Hopping ke Pulau Dayang Bunting bagi 970 orang pelancong yang telah membuat tempahan. Namun pada hari ini, pengusaha feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi tidak memaklumkan sebarang pembatalan atau pengurangan perjalanan feri
Walaupun kini ribut Pabuk tidak akan membadai Pulau Langkawi, namun ia tetap akan menerima kesan sampingan cuaca dan pelancong khususnya perlu berhati-hati dengan angin kuat secara tiba-tiba.
Ads
***
Ribut Pabuk kini berada di Laut China Selatan dan sedang bergerak ke barat laut Teluk Siam dan akan melintasi Segenting Kra dan Laut Andaman. 3 negeri yang terkesan sekarang adalah Pahang, Terengganu dan Kelantan di mana mereka akan menerima angin kencang berkelajuan 40 kilometer sejam.
Tinggal lagi beberapa hari umat Islam seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan. Waktu inilah ramai yang mengambil peluang untuk mengutip pahala dengan melakukan lebih banyak ibadah.
Apa yang menariknya tahun ini, Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul bakal mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun. Masjid itu telah diubah suai menjadi muzium pada 1934 dan tahun 2020, statusnya kembali menjadi masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai 2020. Namun, masjid itu tidak digunakan akibat sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko penularan.
Walau bagaimanapun, menurut laporan Bernama, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan ini berikut kebanyakan penduduk sudah pun divaksin dan jumlah kes baharu serta kematian semakin menurun.
Untuk info, Hagia Sophia dibina pada 532 SM dan dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul. Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Bagi individu yang pernah sampai ke Masjid Hagia Sophia ini mesti korang sudah tahu bagaimana cantiknya masjid besar ini kan? Semoga kita semua diberikan kesempatan dan peluang untuk menjejakkan kaki di masjid terindah ini. InsyaAllah!
Kejayaan pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini dengan memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek keirin lelaki telah membuka peluang besar buat beliau.
Secara rasminya, beliau terpilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Foto: Universiti Malaysia Terengganu
Azizulhasni yang amat berbesar hati dengan tawaran tersebut dibenarkan menyambung pengajian di universiti itu bagi tempoh tiga tahun pada bila-bila masa.
“Tawaran untuk sambung belajar memang banyak, namun saya pilih UMT kerana universiti ini terletak di negeri kelahiran saya. Ia lebih istimewa,” jelasnya.
Kata beliau lagi, buat masa ini fokusnya adalah pada kerjaya sukan dan akan menyambung pengajian apabila sudah bersedia.
“Buat masa sekarang saya perlu fokus pada karier. Saya akan sambung belajar apabila telah bersedia kerana tawaran biasiswa UMT ini tiada tarikh luput. Mungkin bila anak-anak sudah besar sambung belajar ke sekolah atau universiti nanti, saya mulakan pengajian PhD.”
Foto: Universiti Malaysia Terengganu
Pihak UMT dalam pada itu turut menawarkan peluang kepada Azizulhasni bagi menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut selepas bersara dari dunia atlet demi kecemerlangan sains sukan negari dan negara, secara amnya.
Azizulhasni kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sukan di Universiti Victoria, Melbourne. Beliau juga bakal menerima Anugerah Sarjana Kehormat pada Istiadat Konvokesyen UMT kali ke-19 yang dijangka berlangsung November depan.
Untuk pengetahuan, beliau telah dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama UMT sejak November tahun lepas. Tiga penghargaan ini adalah pengiktirafan UMT terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada negara selama ini.
Sudah menjadi rezeki atlet berbasikal trek ini untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada Datuk Azizulhasni Awang! Beliau bukan hanya telah mengharumkan nama negara, malah terus dahagakan peluang untuk mengejar ilmu pada masa akan datang.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak lama lagi bakal menceriakan hari-hari pendengar setia stesen radio popular Hot FM!
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Media Prima Audio (MPA), menerusi satu kenyataan hari ini. Pihaknya mengesahkan Khairy yang lebih disapa KJ itu akan mula bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut, mulai Rabu depan iaitu pada 15 Februari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan KJ sebagai penyampai radio bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot yang bermula seawal jam 6 pagi itu lebih segar dan relevan kepada pendengar, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’.
Selepas itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut mengesahkan bahawa dirinya bakal menyertai Hot FM, menerusi talian telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan pelawak Johan, AG dan Datuk AC Mizal.
Menjengah di ruangan komen dalam hantaran terbaharu di Instagram rasmi stesen tersebut, rata-rata pendengar tidak sabar untuk mendengar coletoh beliau pada minggu hadapan.
“Yes, yes yes. Go KJ, bangun awal tau kami tunggu,” komen seorang pengguna.
“Yey, tak sabar nak tunggu minggu hadapan,” komen juga pengguna lain.
“Sudah lama tidak dengar radio ini. Okey minggu hadapan saya tune Hot FM semata-mata nak dengar KJ menjadi Dj,” tulis netizen lain.
Sekadar informasi, Khairy Jamaluddin atau nama penuhnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga November 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.