Hidup bersama dengan orang lain dalam satu rumah memang bukan perkara mudah. Kalau tinggal dengan saudara sendiri pun belum tentu aman, apa lagi dengan orang yang langsung tak ada kaitan langsung dalam hidup kita.
Paling tak boleh tahan bila dapat housemate yang pengotor. Tak reti cuci pinggan lepas makan. Guna tandas pun kadang-kadang ‘lupa’ flush katanya.
Belum lagi kalau nak kira berapa kerap mereka kemas rumah. Selalu buat sepah ada laa..
Ads
Biasanya, kalau korang terkena dengan housemate yang berperangai macam ni, apa yang korang buat?
Ni kami nak share idea ‘baek punya’ daripada Safwan Nazri untuk korang perli housemate yang mungkin tak faham bahasa.
Video ini juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ads
Tapi kita bukanlah nak cari gaduh dengan housemate sendiri kan? Video ni cuma untuk menghiburkan diri dan kadang-kadang rasa nak buat je, baru puas hati. Tapi rasanya taka da pun yang sampai hati nak buat kan? Hiks!
Apa-apa pun, kalau ada masalah dengan housemate, cuba bincang elok-elok. Iye la, tak nak la sampai satu rumah bermasam muka kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila imej berambut kerinting yang dimuat naik di laman Instagram mendapat pujian ramai. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin yang juga kini sudah bergelar pelakon nampaknya tampil berbeza dan kelihtan lebih yakin.
Remaja pernah bekerjasama dengan anak muda ini dan tidak dinafikan, dia seorang yang pemalu. Kali pertama disolek, Cik B sendiri ketawa melihat dirinya kerana dia mengakui bahawa dia tidak pernah dimekapkan seperti itu.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik semalam, Cik B dilihat dengan imej yang sedikit berbeza dan lebih feminin apabila didandan berambut kerinting.
Kini, perubahan yang ditunjukkan mendapat respon positif bukan sahaja daripada peminat, malah selebriti terkenal tanah air juga turut memuji kecantikan yang ada pada Cik B.
Rata-rata daripada pengikutnya di Instagram juga terpegun dengan kecantikan anak muda ini dan ada yang menggelarkan seperti Cardi B dan Sherry Alhadad.
Pergh, hebatlah Cik B. Patutlah dua orang Hero Remaja kejar Cik B dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh, yang disifatkan sebagai simbol kerja keras, disiplin, dan inspirasibuat rakyat Malaysia.
Menurut Anwar, Michelle Yeoh merupakan seorang pelakon luar biasa yang versatil serta berdisiplin dalam membawakan pelbagai watak. Malah, kejayaannya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila menjadi pemenang Anugerah Oscar Asia pertama.
“Apakah yang mendorong seorang gadis Malaysia dari sebuah bandar kecil di Pulau Pinang untuk muncul sebagai bintang besar Hollywood?
“Inilah kisah tentang kerja keras, kecekalan dan keberanian merebut peluang,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar, I LITE U Pavilion Kuala Lumpur.
Selain itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua kementerian serta agensi kerajaan yang menyokong penganjuran acara berkenaan, menegaskan bahawa kejayaan rakyat Malaysia di persada dunia wajar diraikan bersama tanpa mengira latar belakang.
Sementara itu, Michelle Yeoh dalam ucapannya menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang disifatkannya sebagai sumber inspirasi sepanjang perjalanan kerjayanya.
“Setiap kali saya pulang ke Malaysia dan melihat wajah-wajah anda semua, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih baik dan mewakili Malaysia ke seluruh dunia,” katanya.
Pelakon lagenda ini juga menekankan bahawa kejayaan tidak hadir dengan mudah, sebaliknya menuntut usaha berterusan serta sokongan keluarga, rakan, dan masyarakat sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, bintang K-Pop terkenal, Suga BTS atau nama sebenarnya Min Yoongi meraih perhatian apabila beliau terlibat sebagai penulis bersama dalam penerbitan sebuah manual terapi berasaskan muzik yang dikenali sebagai “MIND Program”. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam menggabungkan elemen seni dan kesihatan mental, khususnya dalam membantu individu dengan gangguan spektrum autisme.
Menurut Severance Hospital di Seoul, program MIND yang membawa maksud Music, Interaction, Network and Diversity dibangunkan sebagai pendekatan alternatif untuk menyokong kanak-kanak dan remaja yang berdepan cabaran autisme melalui aktiviti muzik yang lebih tersusun dan interaktif.
Berbeza dengan pendekatan konvensional yang banyak bergantung kepada kefahaman bahasa serta keupayaan kognitif, program ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran sosial melalui pengalaman praktikal. Peserta didedahkan kepada aktiviti seperti memilih instrumen muzik serta terlibat dalam persembahan secara berkumpulan.
Dalam pada itu, pendekatan ini difahamkan bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri, malah membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih natural tanpa tekanan komunikasi secara verbal yang kompleks.
Selain itu, program ini disusun dalam 12 sesi yang dirangka secara progresif, bermula daripada interaksi asas sebelum berkembang kepada aspek kesedaran emosi, komunikasi dan seterusnya penghasilan muzik secara kolaboratif antara peserta.
Penglibatan penyanyi rap yang kini berusia 33 tahun dalam projek ini juga diketahui oleh ramai pihak bermula sejak tahun 2024 selepas Suga bekerjasama dengan pakar psikiatri, Cheon Keun-ah. Selain menyumbang idea pada peringkat awal pembangunan, beliau juga turut terlibat secara langsung sebagai tenaga pengajar sukarelawan dalam fasa percubaan program tersebut.
Malah, sumbangan besar beliau sebanyak 5 bilion Korea Won (sekitar RM17 juta) turut memainkan peranan penting dalam penubuhan Pusat Rawatan Min Yoongi di Severance Hospital pada September lalu, yang kini menjadi lokasi utama pelaksanaan program berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Cheon Keun-ah menyifatkan sumbangan Suga BTS sebagai antara faktor utama yang merealisasikan MIND Program dan berharap manual ini dapat dimanfaatkan oleh pengamal klinikal serta pakar di seluruh dunia dalam usaha memperluaskan pendekatan terapi berasaskan muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...