Sesat dalam hutan adalah situasi paling ditakuti oleh individu yang sering melakukan aktiviti-aktiviti seperti hiking, mahupun jungle trekking. Paling tragis bila situasi ini berakhir dengan kematian (harap-harap dijauhkan).
Ada beberapa faktor yang mendorong individu tersesat dalam hutan, antaranya adalah faktor kepenatan, jurupandu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan ahli kumpulannya dan gangguan makhluk halus.
Kali ini kami nak kongsikan tip yang boleh korang buat sekiranya tersesat dalam hutan yang telah dikongsi oleh Media Hutan ini.
Kalau korang selalu masuk hutan, mesti korang pernah nampak batang pokok yang besar kan? Ia dipanggil sebagai banir. Banir ini mempunyai kegunaan yang sangat banyak terutamanya bagi individu yang sesat dan memerlukan pertolongan.
Ads
Mesti korang selalu jumpa dalam hutan kan?
Macam mana cara nak hantar isyarat kecemasan/minta bantuan guna banir ini? korang boleh ikut langkah-langkah seperti berikut:
1. Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan
2. Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat
Ads
3. Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki lain
4. Pastikan korang menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar
Ads
Selama ni nampak di hutan ingatkan hanya sebatang pokok yang besar, tetapi rupanya ternyata banir ini ada kegunaannya. Kalau korang nak tahu, bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi korang ketika itu.
Hebat kan? Walaupun mungkin kita jarang sekali masuk ke hutan, namun kami percaya informasi ini sangat berguna untuk pengetahuan bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bilangan golongan yang muflis dan diisytihar bangkrup di Malaysia adalah seramai 300, 958 orang di mana golongan berusia 35-44 tahun paling ramai terlibat iaitu dari 34.4 peratus dari jumlah keseluruhan.
Kemampuan mereka yang membayar semula hutang tidak ramai. Dari tahun 2013-2017, bilangan mereka yang membayarnya semula dan berjaya keluar dari hutang ialah seramai 100,610 orang.
Jika dipecahkan mengikut negeri, Selangor mencatat jumlah paling pelepasan dan pembatalan kebankrapan tertinggi iaitu seramai 4,189 orang, diikuti Johor (2,278), Wilayah Persekutuan (1,665), Pulau Pinang (1,002), Sarawak (961), Perak (895), Sabah (737), Kedah (550), Pahang (468), Negeri Sembilan (423), Kelantan (342), Melaka (291), Terengganu (253) dan Perlis (54).
Baca perkongsian dari Perunding Pengurusan Kewangan, Amir Syahir dalam facebooknya mengenai tujuh perkara yang selalu dilakukan oleh anak muda tetapi tidak menyangka itulah perkara paling mudah memerangkap mereka dalam hutang dan seterusnya diisytiharkan muflis.
Tips Mudah Muflis Anak Muda
Mahkamah boleh mengisytiharkan kau muflis jika kau orang mempunyai hutang melebihi RM50,000 dan tidak mampu membayar ansuran melebihi 6 bulan.
Itu sebab kau perlu beli kereta dalam kemampuan kau. Beli kereta ikut penyata gaji kau. Jangan beli kereta ikut penyata gaji bos kau. Pinjaman sewa beli kereta paling mudah lulus.
Pinjaman perumahan kau mampu bayar ansuran bulanan lepastu bank lelong rumah kau. Ada kes yang beli rumah undercon lepastu rasa tak mampu nak bayar. Rumah tak siap lagi. Apa lah nasib.
Pinjaman peribadi ni paling feveret anak muda. Nak kahwin je mesti buat pinjaman peribadi. Nak modified kereta pun ada buat pinjaman peribadi. Pesen suka berhutang benda bukan-bukan.
Antara penyebab utama anak muda muflis ialah;
Pengurusan Kewangan Yang Lemah – Beli kereta separuh daripada gaji, terlebih belanja. Kad kredit sampai tiga, empat. Terlalu terikut dan termakan nasihat kawan suruh berbelanja besar, beli itu beli ini.
Gaya Hidup Mewah – Kereta nak import mewah je, telefon pintar, pakaian semua nak up-to-date. Gaji naik, pendapatan meningkat tapi tak juga dapat menyimpan. Sebab apa? Sebab kau orang hidup melebihi kemampuan.
Kos Perubatan – Kemalangan tidak dijangka, penyakit yang mungkin tiba tanpa kita sedar. Masa tu menyesal pun dah tak guna. Kau dah la suka hisap vape. Takde takaful insurans pulak tu.
Tidak Menyimpan – Tiada langsung simpanan. Tabung kecemasan lagi la. Mulakan menyimpan sekarang!!
Pelaburan Skim Cepat Kaya – Ramai nak kaya. Nak cepat kaya. Tapi malas nak berusaha. Kalau kau kaya terlalu cepat, kau akan jatuh tersungkur, rebah di pintu kemiskinan dengan cepat. Lagi 4 tahun nak masuk 2020 pun kau masih percaya dengan mitos skim cepat kaya. Kasihan. Baik kau berhenti mimpi di siang hari dan berusaha sedaya mungkin.
Tiada Ilmu Pengurusan Kewangan – Nak berjaya dunia kena ada ilmu. Nak berjaya akhirat pun kena ada ilmu. Ada orang yang berpendapatan besar, gaji RM3000 ke atas pun tak mampu ada simpanan dan tak ada aset hartanah.
Pembiayaan Peribadi – Buat pembiayaan peribadi dengan bank dalam jumlah yang besar. Contohnya, buat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kalau nak kahwin mesti gah dan meriah. Maklumlah, sekali seumur hidup.
Ada yang sanggup buat pembiayaan peribadi sampai RM50K untuk majlis perkahwinan. RM50K habis dalam masa sebulan. Tapi, kena tanggung hutang sampai 10 tahun. Buat majlis biasa-biasa bukan dosa pun.
***
Kesimpulannya, perancangan hari ini akan memberi kesan pada masa depan kau orang nanti. Jadi, fikir-fikirkan lah. Kah!
Meskipun berdepan pelbagai cabaran, penyanyi popular, Aina Abdul nekad menjayakan konsert jelajah pertamanya ‘Aina Abdul Imaji Tour’ di tiga lokasi terpilih Disember ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani (31) berkata, segala cabaran yang dihadapi sehingga membuatkan beliau pernah hampir berputus asa, tidak akan mematahkan semangatnya untuk menggapai impian beliau itu.
“Saya tidak sangka akan ‘breakdown’ begini. Apabila sudah bertahun dalam industri, saya perasan dan belajar bahawa bukan mudah untuk membuat konsert di Malaysia, tetapi saya suka membuat persembahan”
“Jadi, saya beritahu pasukan saya, walau apa pun yang terjadi, Aina Abdul Entertainment tetap kekal di sini untuk menjayakan apa yang telah dirancang,” jelasnya dalam nada sebak, pada sidang media konsert jelajahnya baru-baru ini.
Tambahnya lagi, “Ini juga adalah impian saya kerana saya membesar dengan melihat idola-idola saya mengeluarkan album dan membuat persembahan atau konsert mereka sendiri. Jadi, saya juga mahu buat perkara sama demi kepuasan sendiri.”
Menurutnya, konsert jelajah yang diuruskan oleh Altus Prohouse itu juga merupakan sebahagian daripada usahanya memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kedudukan album sulungnya ‘Imaji’ yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Dalam pada itu, demi menjayakan konsert tersebut di setiap lokasi, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 ini juga sanggup mengeluarkan dana sendiri bagi memastikan peminat dapat menikmati persembahan terbaik.
Walau bagaimanapun penyanyi yang dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan itu juga tidak akan menolak jika ada pihak yang mahu memberi tajaan bagi menjayakan jelajah berkenaan.
Konsert jelajah Aina Abdul Imaji Tour anjuran Aina Abdul Entertainment akan berlangsung di tiga lokasi berbeza, iaitu Arena Gemilang, DeTAR PUTRA di Universiti Malaysia Sarawak (14 Dis), Zepp Kuala Lumpur (27 Dis) dan Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah (11 Jan 2025).
Tiket bagi persembahan di UUM dan Unimas dijual pada harga RM100 hingga RM180, manakala tiket konsert di Zepp Kuala Lumpur berharga RM288 hingga RM6,666. Turut tersedia tiket untuk Orang Kurang Upaya pada harga RM268. Tiket boleh didapati dalam talian di www.ticket2u.com.my bermula semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson tampil mengulas hubungannya yang didakwa putus ditengah jalan bersama aktor Aedy Asyraf.
Menurut Amelia, alasan sebenar disebalik pengakhiran hubungan cintanya bersama Aedy hanya diketahui oleh rakan-rakan terdekat kerana mahu menjaga privasi kehidupannya.
“Saya rasa mungkin saya tak boleh jawab soalan ini sebab ia terlalu private. Tapi saya faham sebab saya dah umumkan hubungan saya dengan Aedy kepada semua orang jadi mesti orang nak tahu kenapa.
“Bagi saya, janji orang sekeliling saya tahu kebenaran apa yang berlaku itu sudah cukup untuk saya. Sebab saya okey dengan jadikan relationship saya public dan bagi semua orang nampak pasal kisah percintaan saya.
“Sebab saya fikir hubungan ini akan kekal sehingga hujung hayat saya, tapi saya salah. Tapi tak apa sebab saya tak boleh buat apa-apa pun,” katanya.
Sementara itu apabila disoal mengenai kebarangkalian hubungan cintanya bersama Aedy berputik kembali seperti sebelum ini, Amelia menegaskan bahawa dia tidak akan kembali semula bersama.
Dalam pada itu, Amelia turut berkongsi pengajaran yang dipelajari sepanjang hubungannya bersama pelakon Project Anchor SPM itu.
“Pengajaran saya belajar dalam relationship ini macam mana kita sayang seseorang atau nak membantu seseorang dalam hidup dia kadang-kadang kita perlu lepaskan supaya seseorang tersebut boleh growth in the healthy way walaupun kita tak bersama.
“Mungkin saya akan lebih berhati-hati untuk masa yang akan datang, saya ingat saya dah cukup berhati-hati dah selama ini. Tapi semestinya dalam kehidupan ini untuk saya pun mesti akan ada cara untuk kita improve diri sendiri.
“Kalau boleh saya nak elak topik fasal ini dah sebab saya nak move on. Jadi, kami cuma nak move on dan be happy now,” ujarnya panjang.
Imbas semula pada Mac tahun lalu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada akhir Julai 2023, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.
Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.
Terdahulu, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam naskhah berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Good Boys Go To Heaven ialah siri terbaru daripada Astro Originals yang sarat emosi dan misteri, mengangkat kisah kehilangan kanak-kanak, trauma komuniti serta isu kesihatan mental bermula 8 Mei di Astro One dan sooka.