Cara Buat Toner Timun DIY, Mampu Kecutkan Jerawat Jika Guna Secara Konsisten

Share

Masalah jerawat bukan saja menjadi mimpi buruk buat golongan wanita, malah lelaki pun boleh jadi stres kalau satu muka penuh ditumbuhi jerawat. Jadi, apa yang boleh kita buat? Ikhtiar.

Macam mana nak buat?

Ini adalah antara salah satu kaedah yang dikongsi oleh Nauf Safuan

untuk kecutkan jerawat dengan hanya menggunakan toner timun.

Toner timun mampu mengelakkan jerawat merebak di bahagian muka dan jika dipakai pada waktu malam, keesokan paginya insyaAllah jerawat tersebut segera mengecut.

Bagi mereka yang mempunyai masalah pori besar, toner ini membantu untuk mengecilkan pori dengan penggunaan secara konsisten. Untuk kulit berminyak pula, boleh perahkan sedikit lemon dan lemon tersebut akan menyerap minyak pada wajah.

Berikut merupakan bahan dan cara penyediaan toner timun yang boleh korang buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

½ timun

½ lemon

Penapis air

Penyagat

Cara penyediaan:

1. Sagat timun dan asingkan air timun tersebut dengan hampasnya.

2. Ambil air timun, campurkan dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak saja. Kalau tak berminyak, tak perlu guna lemon.

3. Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ini boleh bertahan sehingga dua minggu kalau simpan di dalam peti ais.

4. Pakai sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada sebelah malam sebelum tidur.

Lakukan secara konsisten, insyaAllah selepas ini tak perlu lagi risau tentang masalah kulit berjerawat.

Selamat mencuba guys!

IKLAN